Tuesday, July 31, 2012

Table Talk

Meeting itu biasa.Lepas meeting ada meeting lagi.
Lebih kepada personal coaching.
Masa ni boleh bertanya, boleh bagi pandangan,
boleh kemukakan masalah, boleh juga bagi idea untuk penambahbaikan.
Perbincangan bersemuka.
untuk lebih detail.
Untuk lebih jelas.
Semasa BOP mungkin tak faham sangat.
Masa meeting berjalan, bampak selapis je.
Masa meeting, nampak selapis je.

Jadi masa table talk, boleh tanya yang tak jelas, tak faham atau tak clear.
Biar jelas semuanya.
Kadang2 masa table talk, org lain boleh tumpang tengok
cara CDM present marketing plannya.
Bagaimana cara mereka convince orang baru.
Mungkin cara berbeza2.
Mungkin cara mereka lebih baik.
Mungkin cara closingnya juga berbeza2.
Marketing plan mesti simple.
Jelas dan mudah difahami.
Baru prospek rasa boleh buat.
Jangan berbelit2.Jangan terlampau detail.
Tunjukkan langkah demi langkah.
Jika aku buat, hanya sampai step ke tiga sahaja.
Sampai DSM sahaja.
Selepas 4 bulan, boleh kumpul pendapatan RM22 000.
Boleh settle dana sementara.
Cukup.
Dah tu, kena berani untuk buat closing.
Isi borang ahli adalah closing yang pertama.
Minta IC dan kita isikan untuk prospek.
Closing kedua ialah bahagian dana.
tengoklah macam mana, cash, CC atau dana sementara.
Borang2 bank kena ada semua la.Baru smart buat kerja.Borang ahli pun kena ada.

Ulat Buku

Aisyah, 10 tahun. Anak bongsu kami. Hantu buku.
Tiap2 hari minta ke MPH atau Popular atau mana2 kedai buku.
Ini dua hari lepas ke Popular.Dua hari sebelum tu dah gi MPH Alamanda.
Pilih buku, baca buku sampai tak ingat lapar.Takingat nak makan.
McD dgn buku, pasti dia pilih buku.
Nandos dgn buku, pasti dia pilih buku.
KFC dgn buku, pasti dia mahu buku.
Tengok wayang dgn buku, pasti dia nak buku.
Baju baru atau buku baru, pasti dia nak buku.
Macam2 koleksi buku yang dia ada.Kabinet buku dia pun dah penuh.
Aisyah minta aku buat satu kabinet buku yang besar untuknya.
Tak mahu dgn kabinet buku org lain.Khas untuknya sahaja.
Dia sanggup berjam2 duk di MPH atau Popular.Tinggal dia kat situ sejam dua jam pun tak apa.

Inipun ulat buku.
Nak berbuka puasa dah, masih dgn buku.Sampai dah azanpun masih mengadap buku.

Alhamdulillah, barang kali kerana kami control TV, games dan internet.Kami alihkan minat anak2 kepada buku.
TV dan games tak ada dalam minda mereka.TV ada kat rumah, sekadar hiasan.
Dibuka hanya untuk mendengar azan maghrib, berbuka masuk waktunya.

Saturday, July 28, 2012

WXB 1813...Wow DSM Nabihan

Wow
WXB 1813
Merah warnanya
Garang tapi ada manisnya
Honda Jazz baru bernilai RM95K.

Tahniah Yan.
Tahniah DSM Nabihan.
teruja aku gak!!
Semangat rasanya!!
Banggapun ada.

Bila melihat rakan kongsi berjaya.
Memiliki impian mereka.
Menukar hidup mereka.
Meningkat carta dan garf hidup mereka.

Melakar sejarah kejayaan untuk diri sendiri.
Mencatat kemenangan peribadi.
Tak perlu bandingkan dgn orang lain.
Tak perlu berlawan dgn sesiapa.
Hasil selepas 3 tahun, pada aku cukup besar.
Jika tak bersama ATM, belum tentu boleh memiliki kejayaan seperti ini.
Biar kecil asal berhasil.
biar sedikit asal berpanjangan.
itu lebih baik daripada dapat banyak lepas tu hilang.

ahniah Yan.
Konsisten dgn ATM.
Hari2 buat.
Hari2 demo.
Hari2 usaha.
Hari2 berkongsi dengan sesiapa saja.
Meeting/BOP/ seminar dan program lain tak pernah tak ikut.
Semua follow.
Dgn mentor tetap rapat.
Rujuk, tanya dan ikut.
Alhamdulillah.

Rasanya sikit lagi Yan akan naik DDM Yan.
Wow...tahniah lagi.

Anda nak jadi seperti Yan?
Meh hellow2 kat saya ya...
0116 2212181


Percubaan Pertama Yang Gagal

Tahniah Aimi.
Percubaan pertama  gagal tetapi ia memberi
makna besar untuk menempuh kejayaan pertama.

Kali pertama Aimi berdemo dgn Ina, staff Giant tetapi dia tak nampak.
Tak tahu apa perlunya mencari sideincome.
Orangnya pun muda lagi, sebaya Aimi je.
Tak nampak pun halatuju hidup.
Gaji RM1200 pun dah besar.
Biasalah anak2 muda kita.

Kena bawa ke BOP.
biar dia tahu apa ia ATM.
biar dia bersemangat melihat orang lain sebayanya yang berjaya menggenggam pendapatan
besar setiap bulan melalui ATM.
biar dia tengok dan rasa betapa seronoknya bersama ATM.

Hari ini mungkin Ina tak mahu, besok2 mungkin dia mahu.
Hari ini dia tak nampak, besok2 mungkin dia nampak.
kita kena follow up seperti biasa.

Friday, July 27, 2012

CDM Nor Mazlina

Tahniah DDM Nor Mazlina.
Semakin hebat sekarang ni.
Semakin laju bisnya.
Semakin lancar geraknya.

Penangan PB punya pasal.
Networknya berkembang2.
Ramai yang join networknya.
Hari2 demo demo demo.
Setiap minggu ke utara.
Gempur utara lak.Takletih tak jemu.
Tiada istilah putus asa dalam dirinya.
PB oooo PB.

DDM Nor Mazlina.
Terus setia kepada ATM.
Terus yakin dengan ATM.
meski upliene dah hilang drpd ATM.
meski ramai rakan kongsinya tak ada lagi dlm bis ini.
Meski dia tidak dipedulikan uoline directnya.

Tetapi dia kekal setia bersama ATM.
Betapa susahpun dia menghayun langkah, tidak sekali2 dia berubah arah.
Dan kini terbukti, hasilnya berbaloi.
Usahanya semakinmenampakkan hasil.
Berbondong2 masuk pakejnya.
berbondong2 juga wang masuk ke poketnya.

Inilah hasil tanpa jemu.
Inilah hasil tanpa berhenti berusaha.|
Inilah hasil percaya kepada ATM.
Inilah hasil setia kepada ATM.

Tak lama lagi akan naik CDM.
Tak lama lagi akan dijulang sebagai CDM.
ATM sangat berbangga dgn anda.
Tahniah CDM Nor Mazlina.
Hebat.
Aku teruja dengannya.

Dah macam dwline sendiri.
meski aku dgn dia tak ada kena mengena,
kecuali sebagai suatu keluarga besar ATM.

Tahniah Tahniah Tahniah.
CDM Nor Mazlina

Tak Sempat

Assalamualaikum
Ada yg dah sms, nape tak ada entry baru.
Rindu dgn tulisan2 aku kat blog ni.

Maaf sangat2, bukan malas tapi tak sempat sejak dua menjak ni.
Bulan puasa masa agak terbatas sedikit.
Demo lak penuh dua atau tiga sehari.
Petang dah balik nak masak.
kami tak ke bazar Ramadan langsung sejak 2011.
Bulan ni pun berazam tak mahu ke sana lagi.

Jam 6.45 mesti siap masak dan menghidang.
sebab lepas tu majlis bertadarus dgn suami dan anak2 sampailah kedengaran azan
dan waktu berbuka.

Selepas berbuka ala kadar, kami solat maghrib dulu.
Lepas tu baru makan nasi dan hidangan lain.

Selepas makan, kami sekeluarga bersiap ke masjid
untuk terawih.
Jam 10 malam balik ke rumah, itupun buat 8 rakaan je.
Jika tak ada appointment, kami terus tidur.

Dalam jam 4 pagi,kami suami isteri, Aimi dan Irah
bangun untuk bertahajjud berjemaah.
Mengaji dan bersolat sunat.
Ada waktu buat sendiri2.
Galakan Irah dan Aisyah banyak mengheret kami menjadi lebih baik.
Mereka dididik sebegitu rupa di IISKD.engutamakan kerahmatan dan kemuliaan
Ramadan berbanding yg lain.
Lepas tu sama2 mengaji lagi sementara menantikan waktu utk bersahur.

Jam 5 pagi baru turun bersahur.
Lepas bersahur, tak tidur, bersiap pula untuk solat Subuh berjemaah.

Lepas tu jam 6.30 pagi dah keluar untuk ke
Kota Damansara.
Sepanjang Ramadan ni, jam 7 pagi Irah dan Aisyah
dah  mula menghafaz dan bertadaruss
Al Quran secara berjemaah di IISKD sehingga jam 8 pagi.
kami ikut serta.

Selalunya jam 9.30 pagi baru sampai ke rumah.
Berehat sekejap, jika sempat buat Duha.
Lepas tu dah mula penuh dgn appointment.
Sepanjang Ramadan kali ni,
alhamdulillah, sibuknya lebih drpd bulan Ramadan yg lepas.


Business pun semakin kencang.
Semua rakan kongsi dah semakin mendapat rentaknya.
Demo di sana sini dgn PB.
Syukurlah.

Untuk anda,
Selamat Berpuasa.
Maafkan saya yang banyak dosa.
Terlanjur kata, tersasul bicara.
Atau tersilap perbuatan.
Siapakah aku untuk mendabik dada mendakwa serba sempurna.
Ohh Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.
Moga Ramadan kali ini bukan yg terakhir untukku.


Monday, July 23, 2012

Guangzhou 3...Makan-Makan

Makan-makan.
Sampai kenyang
Asyik makan.
Tambah dan tambah.
Sampai tak termakan.

Macam2 pilihan makan sepanjang 4 hari ke Guangzhou.
Layanan makan memang first class.
Tahniah Hai O.
Sentiasa menyediakan yg terbaik utk warga dan usahawannya.
Antara menu yang dihidangkan.
Qinghai Moslem Restorant, restoran Islam terbesar di Guangzhou.
Hari pertama, sampai je terus gi shopping.
Lepas shopping, baru singgah makan.
lepas makan gi shopping lagi.
Sakan shopping kat Guangzhou.
Cuma waktu balik, terlbih bagasi.
Mak ooiiii...bayar je lah.
Bayak gak tapi dah tum2 jadi sikit sorang.
Alhamdulillah.
Zahari dan Firdaus, rakan kongsinya.
Kat meja makan pun snap snap snap.
Hari kedua di Guangzhou...orengggge.
Kalau ke negara China, aku bawa makanan sendiri.
Taklalu ehh nak makan yg dihidangkan.
Tekak kampung aku ni.
Bawalah sambal bilis, telur masin, sotong kering, ikn masin, srunding daging.
itu jelah yg aku makan.

Breakfast hanya di bilik dgn roti yg dibawa sendiri.
Ada gak nasi empit dan rendang. serta serunding daging.
Kopi Ginseng sendiri dan teh 3 in 1.
Cukuplah, kenyang pun.
baik mulut mereka ni, berselera je memanjang.
Tak cerewet.
Memang ditanggung halal.
Disahkan JAKIM...he he he.
Nampak cam sedap benar tapi tekak aku tak nak masukkk
upline downline....
CDM Siti Rahmah dan Masnih dr Tawau.
Berniaga sungguh2, makan sungguh2.
Baru berbaloi.
Tekun menghadap rezeki...alhamdulillah.
Malam gala Dinner
Ramainya kat dewan ni....tak tahu lak berapa ratus orang. Yg pasti memang ramai.
Meremang bulu roma melihat ramainya org berniaga Hai O.
Beratur menunggu giliran...makanan menu arab.
Sedap...
Jejaka idaman Malaya
menunggu giliran utk mengambil makanan
Sementara menanti masa utk makan
Emmmm..yummy sedapnya.
Syoknya berjalan makan angin ke Guangzhou.
Maraikan majlis hari jadi pada Gala Dinner.
Bertuahnya badan...diraikan diluar negara.
Selamat hari lahir...semoga terus suksess.
Bergambar...kenangan sepanjang hayat.
Amboiii Ika...seronoknya trip mewah dgn ATM.
Syok sangat katanya.
Semua berselera...emmm nik 2kg ni.
Jika tak cukup, ditambah lagi.
Hari ke3, kami dibawa makan tengah hari di Bukhara Restoran.
Wah....hijau menghijau pada hari ke3.
Melayan perut...makan
Sup gear box ke Kuani??
jangan segan, makan je sampai licinnn.
Perut dah lapar, angkat pinggan dulu sebelum makan.
Sampai berdiri nak ambik makanan, tak sampai.
Makan tengah hari di Muslim Hotel.

Tengok cara hidangannya...memang ekslusif utk warga hai O.
memang VVIP.
Lepas makan, bergambar lagi.
Muslim Hotel, hari ketiga.
He he he...atas lantai kat airportpun boleh.
hari ke4, makan nasi bungkus sahaja.
sebelum penerbangan pulang jam  3 ptg.



Atas flight..alhamdulillah.
tapi dah terbayang nasi lemak, teh tarik, roti canai, ikan singgang,budu...emmm sedapnya.
Sampai je,lepas BOP aku terus
ke Taipan thai Corner
makan nasi berlaukkan ikan singgang.
Sampai jam 2 pagi.
Peanuts ni, atas penerbangan MAS, memang aku suka.