Hari Raya Aidil Adha 26 Okt yang baru lalu. Kami beraya di Kinrara. lan nak balik ke Kelantan terpaksa dibatalkan, kerana komitmen kepada Irah yang masih belum selesai examnya. Hafalan AlQuran ada ujian juga selepas raya.
Jadi kami beraya di sini sahaja. Pagi2 ke masjid Kinrara. Selepas tu makan di rumah. Aku masak kuzi ayam dan roti jala. Juga nasi empit dan kuah kacang.
Jam 11 pagi kami ke rumah adik di BK5B juga. Wow...macam2 ada. Spagetti, lemang dan rendang dan masak lontong. Sedap semuanya.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.