Monday, January 31, 2011

Kota Kinabalu dan Sandakan.

 
Kota Kinabalu
Sandakan

Bersama2 dalam slot pengukuhan untuk membina kekuatan diri, kemantapan semangat dan ketahanan daya juang dalam business bersama
Akademi Taipan 181.

Bersama CDM Faridah Mohd Ali dan CDM Kuyah
* 4 Februari jam 8 malam bertempat di TTC, Apartmen Universiti
Kota Kinabalu Sabah.

*5 Februari jam 9.30 Pagi bertempat di TTC, Sandakan Sabah.

Datanglah beramai2. Bawa orang baru, bawa orang lama, bawa diri sendiri. Semua yang anda lakukan bersama Akademi Taipan 181 adalah untuk menjayakan diri anda sendiri.

Seminar Nur Wanita Alor Star

Salam Keharmonian untuk anda seisi keluarga.

Program Seminar Nur Wanita
Bertema 'Wanita Cantik Wanita Sihat' muncul lagi.

Kali ini di Alor Star pada Khamis 3 Februari 2011
Jam 9 Pagi hingga 12.30 Tengahari
Bertempat di INSPIN, Jalan Sultanah Alor Star Kedah.

Anda akan didedahkan dengan
pelbagai ilmu, tips dan rahsia untuk
*Penjagaan dalaman wanita yang mengancam!!!
* Penjagaan wajah dengan penampilan yang cantik, awet muda dan sihat secara halal, selamat, murah dan sangat berkesan. Terbukti secara klinikal.
* Penjagaan kesihatan untuk kekal sihat sehingga ke hujung usia untuk wanita dan seisi keluarga.

Masuk adalah percuma. Jamuan disediakan.
Terbuka kepada semua wanita di Utara.
Datanglah beramai2.
Sila hubungi saya untuk info selanjutnya 016 2212181.

Bertemu Lagi

Salam, bertemu lagi. Pagi Isnin yang membahagiakan hendaknya. Tiga hari tidak menulis catatan baru di ruangan blog ini. Tidak berkesempatan. Jadual ku penuh.

Hari Jumaat hari tu aku ada banyak appoiment sampai malam.
Hari Sabtu pula, seawal jam empat pagi aku dah bertolak ke Gua Musang Kelantan, untuk membantu mengendalaikan Seminar Nur Wanita 'Wanita Cantik, Wanita Sihat'. Habis je seminar, aku terus bertolak pulang ke KL. Sampai di rumah jam 9 malam, ada tetamu pula sampai. Lepas itu terus pengsan. Kepenatan.

Semalam, Ahad pula, pagi2 aku bangun masak untuk keluarga. Maklum hari Ahad, semua ada di rumah. Aimi pun bercuti dari ITM. Selepas bersarapan, aku terus ke TTC 1 USJ 9 untuk kelas. Kelas mingguan untuk mereka yang mahu berjaya. Mahu mengubah kehidupan.

Selepas habis kelas di USJ itu, aku terus ke Melaka untuk memberikan sokongan kepada Taipan selatan. Sepanjang jalan ke Melaka hujan turun tidak berhenti. Tak ramai yang hadir di Melaka. Mungkin kerana kesejukan dan ramai yang selesa untuk berpeluk tubuh di rumah. CDM Syed Huzair pula terperangkap dalam banjir di Felda Pemanis Johor.

Yang hadir walaupun tidak ramai, tetap bersemangat.  Turut bersama ialah CDM Kamaruddin, CDM Khazir, CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Hamaka, DDM Norkamisah, DDM Jef Rosli dan lain2. Inilah ruang untuk yang mahu berjaya. Tidak pernah memberikan alasan.

Perjalanan pulang dari Melaka, tak boleh laju. Hujan turun tidak berhenti. Jam 9.15 malam baru aku sampai. Duduk sekejap, CDM Kepten Jai dan CDM Haryati serta anak2 sampai ke rumah. Mereka menghantar Aisyah yang dibawa berjalan bersama2 Dania dan Sofia. Asalnya Aisyah nak ikut kami ke Melaka tapi ubah plan bila berjumpa Sofia dan Dania.
Rezeki, kami menjamu buah durian dan tea O panas. sedap...Syukurlah.

Keadaan dan suasana semasa di Mesir sedikit mengganggu ketenteraman ku. Hubungan dengan anak ku MOHD ADIB yang berada di Cairo langsung terputus. Selalunya aku sering berchit chat dengan Adib melalui FB dan emeil. Tetapi sejak Jumaat lagi, langsung tak dapat dihubungi. Hati keibuanku sangat bimbang. Menelefon ke sana sini untuk menyenangkan hati sendiri. Andainya ada cara, ingin segera dibawa pulang ke Malaysia. Yang paling merisaukan, tak tahu langsung perkembangan terkini. Dengarnya stok makanan langsung tak ada. Nak membeli pula tak ada duit kerana bank semua ditutup. Mengikut berita dari Wisma Putra, keadaan agak terkawal tetapi apa yang ku lihat di kaca TV, keadaan agak kitikal dan semakin cemas. Apa lagi yang mampu aku lakukan kecuali melakukan solat hajat dan berdoa untuk anakku dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Cairo terutamanya.

Apapun, hidup mesti diteruskan. Matlamat mesti dilaksanakan. Impian mesti dicapai. Azam mesti dibuktikan. Hari ini aku dah berjanji dengan DSM Ku Ani untuk membantunya. Ada dua temujanji dengannya dan satu lagi dengan kaki baru. Insyaallah harapan ku agar ada perkembangan yang positif.

Syukurlah, selepas seminar Fight To CDM Seminar baru2 ini, aku tak menang tangan membantu dan bergerak dengan rakan kongsi. Aku dengar pun, semua CDM penuh jadual. Baguslah. Ini suatu perkembangan yang sangat baik. Inilah yang kita mahu. Apapun seminar yang kita buat, mesti matlamatnya untuk naikkan berniaga. Kemahuan untuk berjaya mesti datang dari diri sendiri. Akademi Taipan 181 cuma membantu mewujudkan suasana berniaga, memberi bimbingan, ilmu dan sokongan sahaja. Selebihnya mesti datang dari diri sendiri.

Jadual ku sepanjang bulan Februari pun dah penuh sampai hujung bulan.
Malam ni ada kelas How To Start kepada SM SSM baru di TTC 1, USJ 9.
Khamis ni 3 Februari,aku ke Alor Star untuk membantu menegendalikan Seminar Nur Wanita.
Jumaat 4 Februari aku ke K Kinabalu Sabah untuk membuat slot pengukuhan di KK.
 Sabtu 5 februari, dari KK aku bersama CDM Kuyah akan bertolak ke Sandakan seawal jam 7 pagi. Sebelah malamnya aku terus berangkat pulang ke KL dari Sandakan.
Jumaat 11 Februari, aku ke Tanah Merah untuk Seminar Nur Wanita dengan Taipan Kelantan.
Dari Tanah Merah, aku terus bertolak ke Penang untuk NDS yang akan diadakan pada Sabtu 12 februari di Safira Club Seberang Jaya.
Pada 13 Februari pula, aku akan ke Tanjung Karang sebelah pagi dan petangnya di Melaka untuk memberikan sokongan kepada Taipan selatan.
Pada 19 Februari, aku telah mendaftarkan diri untuk menghadiri Seminar Penulisan Kali Kedua. Ini impian aku dalam usaha untuk menjadi penulis. Banyak ilmu baru yang ku perolehi. Insyaallah aku telah bermula. Tiada yag terlewat.
26 februari pun dah ada jadual. Penuh.

Ya bekerjalah selagi kita berdaya dan sihat. Jangan pula lalai dan leka dengan kerja. Bersedialah juga untuk mengadap Ilahi pada bila2 masa. Setiap hari sebanyak 70 kali malaikat maut datang menjenguk. Alangkah takutnya untuk mengadap Ilahi tanpa bekalan ke sana. Kelas mengaji berjalan macam biasa. Banyakkan bersolat hajat dan duha. Semoga semua usaha kita menjadi amalan baik yang berpanjangan ganjaran kebaikannya.

Insyaallah, kita  jumpa lagi. Salam kebahagiaan untuk anda juga.

Thursday, January 27, 2011

Macam2 Sebab


Salam sejahtera.
Salam kemenangan.
Salam perjuangan.

Dah lebih lapan tahun berniaga dengan syarikat ini.
Aku dah lama resign sejak bulan Mac 2004.
Dzul pula menyusul resign juga pada Julai 2006.

Inilah punca rezeki kami sejak tahun 2003 selepas bersama dalam business ini.
Syukur atas segala nikmat, kurniaan rezeki, anugerah yang berlipat ganda.
Sesungguhnya kurniaan Allah itu Maha luas.
Sesungguhnya kurniaan Allah itu maha kaya.
Dia mampu memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan
mampu pula menariknya dari sesiapa yang dikehendakiNya.

Setiap hari aku berjumpa orang.
berjumpa prospek, stranger atau rakan kongsi.
Semuanya bermula dengan orang yang ku kenali.
tetapi sekarang dah jadi sahabat setia dalam Akademi Taipan 181.

CDM Kartini, CDM Kuyah, CDM Norita, CDM Siti Rohani, CDM Yan,
CDM Din, CDM Siti Rozana, CDM Jalilah, CDH Syed, CDM Hj Char, CDM Hanim, CDM Aida, CDM Aidawati, CDM Hasmidar, CDM Hamsah, CDM Mariam, CDM Che Mat Razali, CDM Jai, CDM Haryati, CDM Inda, CDM Sabarinah, CDM Sharina
dan ramai lagi.
Semuanya dulu adalah orang asing bagi ku.
 Tetapi kini bagai cincin dengan permata
Bagai bulan dengan bintangnya.
Bagai kuku dengan isi.
Silaturrahim kami begitu erat.
Sama2 jatuh dan bangun.
Sama2 susah dan senang.
Sama2 seronok dan gembira.
Sama2 pula berduka andainya ada.

Pengalaman lebih lapan tahun memperlihatkan terdapat pelbagai
sebab orang join Hai O.
Sebab2nya....
Ada yang bosan dengan kerja lama.
Ada yang join kerana belum ada kerja.
Ada yang mahu mencari pendapatan sampingan.
Ada yang memang nak berniaga.
Ada yang mahu menjadikan punca rezeki utama.
Ada yang mahu suka2 sahaja.
Ada yang ingin menambah kawan.
Ada yang mahu melihat cara gaya hidup orang lain.
Ada yang mahu meluaskan pergaulan.
Ada yang mahu melancong percuma.
Ada yang mahu kerana nak bebas berbelanja.
Ada yang mahu kerana anak2 dah tiada di rumah.
Ada yang minat nak menukar kereta.
Ada yang mahu mencari ilmu.
Ada yang mahu menyanyi je.
Ada yang mahu menggunakan produk.
Ada yangmahu membeli dengan harga murah.
Ada yang suka nak bergaya macam CDM.
Ada yang mahu kerana malu pada kerana kawan.
Ada juga yang mahu takut dia ketinggalan.
Ada yang mahu kerana tak tahu nak buat apa.
Ada yang mahu kerana merasa ini peluang terbaik.
Ada yang mahu sekadar untuk upgrade diri sendiri.
Ada yang mahu join kerana nak mengisi masa.
Ada yang join kerana tertarik dengan pencen.
Ada yang join kerana syarikat yang bagus.
Ada yang join hanya kerana ubat nyamuk je.
Ada yang mahu kerana mahu mencari kenalan.
Ada juga yang mahu kerana nak cari jodoh...memang ada pun yang mendapat jodoh selepas join AT 181.

Pendeknya ada macam2 sebab mereka join AT 181.
Jadi kita sebagai usahawan dalam kumpulan ini jangan sempitkan fikiran kita.
Dengan sebab2 di atas, ada pelbagai cara dan kaedah untuk kita mendekati prospek kita.
sebab utama memanglah untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Tetapi sesungguhnya bukan hanya kerana wang mereka join AT 181.

Tajamkan pengamatan kita apabila berdepan dengan prospek.
Itulah kepentingan hubungan dua hala ketika berjumpa mereka.
Kaedah FORM amat bagus diaplikasikan.

Macam mana tu? Datanglah slot pengukuhan malam ni kat USJ 9.
Nanti bolehlah nak kongsikan dengan anda ya.
Jumpa lagi.

Malam Ni di USJ 9

Hong Kong...dua bulan lagi
Tinggal hanya Feb dan Mac
Fight Fight Fight Hong Kong

Jom..Jom...Jom...
Bawa orang baru, bawa prospek baru, bawa rakan kongsi baru
Jam 8.45 malam ni di TTC 1, USJ 9
Business Talk untuk orang baru dan lama.

Untuk orang baru melihat peluang baru untuk menjadi luar biasa
Bagi yang dah join untuk mengekalkan semangat dan momentum serta memberikan sokongan kepada AT 181.

Datanglah. Jika tak tahu tempatnya boleh call saya 016 2212181.
Jumpa malam ni ya.
GO GO GO HONG KONG.

Solat Duha...Pembuka Pintu Rezeki



Salam.
Sejahtera hendaknya.
Bahagia sentiasa.
Jika ada masalahpun bahagia juga.

Masih pagi lagi.
Sebelum keluar mencari rezeki disarankan agar mengerjakan solat Duha.
Antara jam 8 pagi hingga jam 11 pagi, waktu yang sesuai.
Sama ada kita di ofis, di tempat kerja, di sekolah, di kilang atau masih di rumah...
carilah ruang untuk mengerjakannya.

Sebentar je. Bukan lama pun.
Dua rakaat boleh.
Empat rakaat dua kali salam pun boleh.
Jika rajin, boleh buat enam, lapan atau sampai 10 rakaat.
Tak kisah banyak atau sedikit.
Lebih penting lagi ialah berterusan atau disebut juga istiqamah.

Ia pembuka pintu rezeki.
Rezeki menjadi mudah.
Rezeki menjadi banyak.
Rezeki menjadi melimpah ruah.
Rezeki datang dari sumber yang tidak disangka2.
Buat sedikit dapatnya banyak. berganda2.

Bacalah doanya selepas Solat Duha.
Begitu indah maknanya.
Begitu mendalam ertinya.
Begitu luas pemberianNya.
Begitu besar kurniaan dan anugerahNya.

Makna doanya...
"Ya Allah, bahawasanya waktu duhaMu,
kecantikan itu kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
perlindungan itu perlindunganMu.
Telah Kau sempurnakan nikmat dan kurniaanMu.
Dalam titipan kudrat kami mencari rezekuMu,
Andainya rezekiMu di langit Kau turunkanlah,
Andai rezekiMu di dalam bumi Kau keluarkanlah,
Andai rezekiMu di laut Kau timbulkanlah,
Andai rezekiMu jauh Kau dekatkanlah,
Andai rezekiMu dekat Kau sampaikanlah,
Andai rezeki itu sedikit Ku perbanyakkanlah,
Andainya rezeki itu sedikit sekalipun, Kau berkatilah ia.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha pemurah menyempurnakan anugerahMu kepada hambaMu yang soleh."

&&&&&&&&&&&&


Allah itu Maha Kaya.
Dia mampu memberi kekayaan kepada sesiapa saja.
Ia mampu mengkayakan sesiapa yang Dia mahu.
Dia memberikan kekayaan tanpa Dia berkurang apa2.
Mintalah kekayaan daripadaNya.
Mintalah rezeki dengan pemberi rezeki.
Mintalah kekayaan daripada yang Maha Kaya.
Mintalah dimurahkan rezeki daripada yang Maha Pemurah.
Mintalah perhatian daripada yang Maha Mendengar.
Mintalah kasih sayang daripada yang Maha Penyayang.
Mintalah perlindungan daripada yang Maha Gagah Perkasa.
Mintalah kemuliaan daripada yang Maha Mulia.
Mintalah ketinggian darjat daripada yang Maha Agung.

Jangan takut untuk meminta daripadaNya.
Dia memang nak beri pada kita.
Dia memang mahu kita Kaya.
Dia mahu mencurahkan kasih sayangnya.
Dia mahu kita menjadi hebat.
Kerana kita memang dicipta untuk kaya, untuk hebat dan untuk berjaya.

Insyaallah, marilah sama2 kita jadikan amalan
Solat Duha dan doa duha ini setiap hari sebelum kita keluar mencari rezeki.

Semoga hidup kita lebih diberkati.
Bahagia di sini dan di sana jua.
Kita mencari bekalan sebanyak2nya untuk
kekayaan di sini dan kekayaan di akhirat jua.
Kita melabur dalam saham di sini dan di akhirat sana.
Kita membina rumah besar di dunia untuk kehidupan kita dan
kita membina rumah yang lebih cantik untuk kehidupan selepas mati kita.

Salam kebahagiaan.
Berjumpa lagi.

Jangan Menunggu


Hong Kong...Tinggal dua bulan lagi.

Salam bahagia. Hari2 dah jadi rutin baru untuk update blog.
Ya aku mesti menulis.
Hanya berkongsi pengalaman buat catatan diri sendiri dan sesiapa juga yang melayarinya. Terima kasih semua.

Esok dah closing sale untuk bulan Januari 2011.
Begitu cepat masa berlalu.

Petang tadi sempat demo di Sri Keramat.
Mula2 katanya nak buat business.
Suaminya minat dan suruh isteri buat sungguh2, dia nak bagi modal.
Tapi isterinya tak berapa mahu. Nak beli satu je katanya. Juallah satu BZFood.
Alahai...macam2 aku jumpa orang sejak buat berniaga ni.

Tapi aku teruskan juga. Tak apalah, aku tetap mahu walaupun orang tak mahu.
'Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang menggelek'.
Sungguh malang hidup kita andainya kita hanya menjadi manusia yang hanya menunggu kejayaan datang kepada kita.

Jadilah manusia yang memburu, bukan manusia yang menunggu.
Semua orang berpeluang untuk ke Hong Kong.
Tak kira pangkat sama ada SM SSM DSM DDM atau CDM.
Atau yang belum mempunyai M
Tak kira lelaki atau perempuan.
Tak kira muda atau senior.
Tak kisah sekolah tinggi atau tak sekolah.
Tak kira di bandar atau di kampung.
Tak kira bekerja atau tidak bekerja.
Tidak kira kerajaan atau swasta.

Kelayakannya sangat mudah..
Syaratnya setiap orang mesti mempunyai 6888 mata dan mengumpulkan jualan peribadi sejumlah 1200BV(bagi produk terpilih).
Dalam masa 4 bulan dari Disember hingga Mac 2011.
Mudahkan!

Lebih mudah lagi, kita bukannya buat sorang2.
Upline bantu kita.
Sideline support kita.
Downline bersama kita.
Akademi Taipan 181 bimbing kita.
Begitu bagus pun kita tak nampak ke?
begitu hebat pun kita tak mahu ke?

Pergilah mengejar tawaran percuma ini.
Semua orang berpeluang.
Bagi yang pernah melancong, kali ini jangan berseorangan.
Bawalah rakan kongsi kita bersama.

Seronok pergi melancong ni.
Apalak tak seronok??
Riuh rendah berkumpul sejak di KLIA lagi.
Atas flight masing2 buka bekalan...nasi, sambal bilis, sambal sotong, budu pun ada yang bawa. Perut Melayu.
Kat sana ke hulu ke hilir dengan rakan kongsi.
Naik bas, kat hotel, pergi makan dan minum, shopping dan macam2 lagi.
Semua gembira,seronok dan enjoy.
Ada seminar seberang laut lak tu. Lagi lah semangat.
Rakan kongsi pun gembira makan angin setelah penat berusaha.
Berbaloi sapa yang buat sungguh2.


Jangan menunggu.
Jangan sia2kan masa dua bulan yang tinggal ni.
Masa tidak menunggu kita.
Sesaat yang berlalu makin jauh meninggalkan pergi.
Fight habis2an.
Buat appoiment dengan upline atau CDM anda.
Bawa prospek datang meeting.
Buat senarai nama.
telefonlah mereka.
Buat temu janji bila nak jumpa.

Jangan malu nak berkongsi peluang yang hebat ini.
Jangan segan nak berkongsi peluang terhebat ini.
Mana tahu, dia sedang menanti peluang.
Mana tahu, entah2 dia sedang mencari2 perniagaan yang sesuai.
Mana tahu dia bersedia untuk memberi modal segera untuk memulakannya.
Mana tahu entah2 dia sedang mencari MLM juga.
Mana tahu dia memang suka pergi melancong juga.
Mana tahu dia juga mahukan kereta mewah seperti kita.

Esok nak kemana?
Esok nak jumpa siapa?
Esok ada berapa appoiment?
Esok mahu service siapa?
Esok nak berkongsi dengan berapa orang?

Malam ni dah call.
Malam ni dah tahu hala tujunya.
Malam ni dah siap temu janji dengan prospek.
Malam ni dah siap dokumennya.
Malam ni dah complete strateginya.
Malam ni dah tahu apa nak jawab jika mereka menolak.
Pendek kata malam ni mesti sudah bersiap siaga segalanya.

Esok terus keluar mengikut waktunya.
Pagi2 keluar.
Jangan bertangguh2.
Jangan bermalas2.
Jangan menunggu2.
Jika appoiment cancel, cari ganti.
Call B dan C jika A tak jadi. Jangan melencong ke tempat lain.

Jika kita sanggup buat seperti itu, tentu ada hasilnya.
Kita dapat duit.
Kita naik pangkat.
Kita dapat tabung kereta.
Kita dapat wawasan. Yang pasti HONG KONG pun pasti dapat.

Jadi, jagan menjadi penunggu kejayaan.
Jadilah manusia yang memburu kejayaan.


Wednesday, January 26, 2011

Tanyalah Juara


Salam semua. Harap semuanya sihat dan gembira.
Hidup mestilah gembira.
Jangan bersedih hati. Apa lagi berduka nestapa.
Masalah dan cabaran tetap ada.
Hadapilah dengan sabar dan reda.
Hikmahnya pasti ada.
Di samping itu berusahalah untuk mengatasinya.

Kitapun tak mahu susah.
Tak mahu sedih.
Tak mahu miskin.
Tak mahu berduka.

Semua orang mahu senang.
Semua orang mahu kaya.
Semua orang mahukan kejayaan.
Semua orang mahu menjadi juara.
Yang sudah senangpun mahu tambahkan kesenangannya.
Yang sudah kayapun masih mahu menambahkan kekayaannya.
Yang sudah berjaya mahu mengekalkan kejayaannya.
Yang sudah bergelar juara mahu mencipta kejuaraan lain pula,
tentunyamahukan juara yang lebih hebat pula.

Mari kita lihat bagaimana kehidupan mereka sebelum senang?
Bagaimana kehidupan mereka sebelum mereka kaya?
Apa yang mereka lalui sebelum menikmati kejayaannya?
Apa yang mereka tempuhi sebelum meraih kejuarannya?

Mereka semuanya bermula dengan kosong.
Mereka mengejar impian mereka.
Mereka tak jemu mencari ilmu.
Mereka pernah dihina dan dikata.
Mereka pernah miskin papa kedana.
Mereka pernah buat macam2 kerja...pelayan restoran, tukang sapu, budak kilang, menjaja nasi lemak, jual surat khabar, jual air tebu dan sebagainya.
Ada yang tak bersekolah, ada yang tak tahu membaca, adajuga yang berkelulusan.

Mereka bekerja siang malam.
Mereka selalu tak cukup tidur.
Mereka sanggup bekerja keras.
Mereka tak kenal erti putus asa.
Mereka tak pernah berhenti berusaha.
Mereka tak pernah jemu.
Tiada istilah kecewa.

Tanyalah Robert Kok
Tanyalah Tan Sri Vincent Tan
Tanyalah Dato' Maznah Hamid.
Tanyalah Dato' Sri Tony Fernandes
Tanyalah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Tanyalah Tan Sri Lim Goh Tong(Mendiang)
Tanyalah Boon Siew(Mendiang)
Tanyalah Ananda Krishnan
Tanyalah Dato' Azlina Che Abdullah
Tanyalah Dato' Sosilawati Lawiya(Allahyarham)
Tanyalah Irfan Khairi
Tanyalah Dato' Siti Norhaliza
Tanyalah pemilik butik Cosry...tak ingat pulak namanya
Tanyalah Dr Azizan Osman
Dan tanyalah semua yang pernah menjadi juara??
Tanyalah mereka??


Merekalah yang paling banyak kali terduduk.
Merekalah yang paling banyak kali jatuh.
Merekalah yang paling banyak dikecewakan.
Malahan mereka ada yang pernah bangkrap.
Mereka pernah dikejar bank kerana hutang.
Mereka yang paling banyak dikata dan selalu dihina.

Merekalah yang paling banyak jatuh.
Merekalah yang paling banyak gagal.
Merekalah yang paling banyak dikata.
Merekalah yang paling banyak dihina.
Merelah yang paling banyak hutang.
Merekalah yang paling banyak menerima tamparan.
Merekalah yang banyak menerima ujian dan cabaran besar.
Merekalah yang paling banyak merana dan menderita.

Tetapi lihatlah mereka sekarang...
Sekarang mereka telah senang.
Sekarang mereka telah berjaya.
Sekarang mereka telah kaya raya.
Sekarang mereka bergelar jutawan.
Sekarang mereka telah bahagia.
Sekarang mereka telah menjadi juara.
Sekarang mereka menjadi idola.

Sama juga dengan kita.
Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.
Itulah resam untuk yang mahu menjadi kaya.
Itulah resam mahu menjadi juara.
Tempuhilah...ganjarannya pasti ada.


Fikir-fikirkan

Perubahan tidak menjamin hasil yang lebih baik tetapi
tiada jalan lain untuk mendapatkan yang lebih baik
melainkan dengan melakukan perubahan.

Tiada Yang Terlewat

Tiada istilah terlewat bagi yang mempunyai impian dan kemahuan.
Semuanya datang daripada kemahuan sendiri.

Alhamdulillah, Ahad lalu 23 Januari, aku berpeluang mengikuti Bengkel Penulisan anjuran penulis buku popular,
Saudara Zamri Mohamad di Wangsamaju.
Kagum sekali dengan anak muda yang hebat ini.
Dalam tempoh tiga tahun, telah menulis sebanyak
22 buah buku.
Rupanya banyak buku tulisannya telah menjadi sebahagian daripada koleksi yang ku minati.
Bila balik ke rumah dan meninjau di kabinet buku,dah ada banyak buku tulisannya dalam koleksi ku.
Telah menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel penulisan.
Yang terbaru, menghasilkan buku cerita kanak2
'Mencari Pohon Emas'.
Bengkel ini sesuatu yang amat baru bagiku, tetapi menyeronokkan.
Peserta bengkel ini tak ramai,hanya enam orang sahaja termasuk aku. Tetapi ada yang datang dari Melaka, Seremban dan KL. Ada juga yang hadir berdua suami isteri.
Ada juga yang sudah bekerja sebagai wartawan, penulis rencana dan berita tidak kurang yang datang kosong macam aku tetapi mahu memulakan sesuatu dalam bidang penulisan.

Tetapi jika orang lain boleh, kenapa tidak dengan aku?
"Aku tak pandai menulis".
"Aku tidak dikenali".
"Aku tidak mempunyai nama".
"Aku tidak ada bakat untuk menulis".
"Bahasa ku carcamarba".

Inilah ayat2 pembunuh yang sering menggelapkan impian kita.

Aku sedar,,, 6 tahun di sekolah rendah, enam tahun di sekolah menengah,  empat tahun di universiti dan 22 tahun di alam dewasa dan dunia pekerjaaan...hakikatnya setiap hari aku menulis.

Mengapa aku tidak mahu mencuba???
Tiada istilah terlewat bagi yang mahu.
Aku akan bermula.
Sejak 23 Ogos 2010 aku sudah bermula sebagai penulis blog.
Dulu nak buka laptop pun aku takut.
Dulu nak mengguna komputerpun aku buta.
Wah...sekarang setiap hari menulis blog.
Ya, aku bermula dengan apa yang aku ada.
Hanya dari pengalaman.
Mana tahu...daripada mencuba aku boleh menjadi penulis ternama??
Bukan wang matlamatku tetapi aku mahu meninggalkan sesuatu untuk anak cucuku, untuk bangsaku.
Selepas aku tiada nanti, ada khazanah ilmu untuk ditatap oleh generasiku nanti.
Ketika itu mereka mungkin tidak mengenaliku lagi tetapi mereka menatap tulisan peninggalan ku.
Itu saja.

Salam, berjumpa lagi.
Sayang sekali, banyak gambar bersama penulis ini tak boleh nak upload. Entah di mana silapnya.

Tuesday, January 25, 2011

Warren Buffett

Siapakah Warren Buffett???

Warren Buffett adalah antara orang paling kaya di dunia dan minat beliau untuk menjadi seorang usahawan berputik sejak kecil lagi.
Seawal usia enam tahun, beliau telah berniaga dengan menjual minuman
coca cola yang dibeli dari kedai datuknya.
Rakan2 seusianya masih bermain anak patung ketika itu.
Dia juga menjaja dan menjual surat khabar ketika itu dan mula mengisi borang cukai pendapatan ketika berusia 13 tahun.
Beliau mengumumkan impiannya untuk menjadi
seorang jutawan ketika berusia 30 tahun. Jika impian itu tidak terlaksana, Buffett akan membunuh diri dengan terjun daripada bangunan tinggi.
Buffet rajin dan tidak pernah jemu mencariilmu dan merujuk kepada orang yang telah berjaya.
Warren Buffett dilaporkan sebagai seorang pelabur yang paling kaya di dunia.
Jumlah kekayaannya hari ini dianggarkan bernilai USD 62 Billion...

Faktor2 kejayaan Warren Buffett
* Memiliki matlamat yang sangat jelas

* Keyakinan diri yang tinggi

*Sentiasa menimba ilmu

*Memahami sesuatu dengan mendalam

*Motivasi yang tinggi

*Bertanya kepada mereka yang arif

*Memahami sesuatu hanya apabila memahaminya

*Nekad dan bersungguh2

"Saya sentiasa tahu bahawa saya akan menjadi kaya.
Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit"

Fakta tentang Warren Buffett ketika berusia 21 tahun hingga 78 tahun

*21 tahun
$ Membeli stesen minyak Texaco sebagai pelaburan sampingan
$ Bekerja sebagai broker saham
$Menyertai kursus pengucapan awam untuk keyakinan dirinya
$ Mengajar kelas malam untuk subjek Prinsip Pelaburan di universiti Of Nebraska

*26 tahun
$ Memiliki 3 buah perkongsian
$ membeli rumah lima bilik di Farham Street berharga USD31,500

*28 tahun
$ Memiliki 5 buah perkongsian

*29 tahun
$Memiliki 6 buah perkongsian

*31 Tahun
$Melabur di dalam Sanborn Map Company
$ Menduduki kerusi lembaga Pengarah Sanborn

*32 Tahun
$ Menjadi jutawan di mana nilai pelaburannya bernilai USD1,025,000.
$ Menggabungkan semua perkongsiannya menjadi satu
$Perkongsiannya mmbeli saham Berkshire Hathaway pada harga USD7.60 seunit

*35 Tahun
$Nilai hartanya bernilai USD6 juta

*39 Tahun
Jumlah asetnya berjumlah USD25 juta

*40 Tahun
$ Menjadi Pengerusi kepada Berkshire Hathaway

*43 Tahun
$ Berkshire mula membeli saham Washington Post Company(WPC)
$ Menjadi lembaga Pengarah WPC

*49Tahun
$ Berkshire membeli saham ABC
$ Nilai bersih saham Warren ketika itu USD620 juta
$Disenaraikan kali pertama dalam majalah FORBES

*59 tahun
$ Saham Berkshire meningkat menjadi USD4,800 sehingga USD8000 seunit

*60 Tahun
$ Warren dinamakan sebagai pengurus kewangan paling berjaya pada kurun ke20.

*72 Tahun
$Perolehan beliaubagi urusniaga bagi mata wang USD ialah USD2 billion.

*78 Tahun
$Dinobatkan sebagai orang terkaya di dunia oleh FORBES pada tahun 2006.


Fikir-fikirkan

"Saya sentiasa tahu bahawa saya akan menjadi kaya.
Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit".

Warren Buffett
(1930 - kini)
Seorang pelabur dan jutawan

Jangan Terpedaya!

Aku Boleh!

"Saya rasa saya tak ada bakat nak jadi CDM"
Saya rasa saya tiada potensi diri nak jadi CDM"
"Saya rasa saya tak pandai bercakap"
"Saya ni terlalu slowlah"
"Saya ni langsung tiada daya tarikan"
"Saya takut apa orang kata nanti selepas saya naik CDM"
"Saya hairan kenapa rakan kongsi saya tak macam group CDM lain"
"Saya rasa takutlah dengan gelaran CDM".
"Saya sebenarnya tak ada gaya macam CDM lain".
"Saya rasa saya tak pandai nak memimpin group apabila naik CDM"
"Saya takut kepimpinan saya ditolak oleh rakan kongsi sendiri bila jadi CDM".

Inilah ayat2 pembunuh semangat kita.
Jangan terpedaya!!
Jangan terperangkap!!

Apabila disebut CDM...
Apabila terbayang di minda kita perkataan CDM...
Apabila kata kunci CDM muncul di ruang mata kita...

Kita terus terlihat kelibat...
CDM Kartini Mat Yaakob
CDM Kamaruddin Mamat
CDM Roshila Mohd Saufi
CDM Siti Rohani
CDM Wan Nor Hanim
CDM Muhammad Razali
CDM Yan
CDM Syed Huzair
Atau CDM Faridah Mohd Ali
Atau CDM2 lain yang hebat2 belaka

Yang Pasti kami dengan anda tiada bezanya.
Jangan terpedeya dengan ayat2 pembunuh semangat dan impian anda.

Katakan kepada diri anda...
"AKU MESTI JADI CDM"


Monday, January 24, 2011

Gua Musang

Seminar Nur Wanita
"Wanita Cantik Wanita Sihat"

Tarikh 29 Januari 2011
Jam 9 Pagi Hingga 12.30 Tengahari
Bertempat di tingkat 1, restoran Nasi Lele,
bersebelahan Pasaraya KU,
berhampiran Econjaya Gua Musang.

Terbuka untuk semua wanita yang mementingkan
Kecantikan, Penampilan dan Kesihatan.

Pn. Faridah Mohd Ali akan bersama2 menjayakan program ini.
jom...sama hadir bagi sesiapa yang ada network di sana.

Selasa di TTC 1, USJ 9


Setiap Selasa
25 Januari 2011
Jam 8.45 Malam
Bertempat di TTC 1, USJ 9.
Datanglah bawa orang baru, prospek baru.
Berusahalah untuk membawa prospek anda kali ini.
saya juga mesti bawa orang baru untuk buka kaki baru.

Dua bulan lagi untuk fight ke Hong Kong!!!
Siapa akan naik CDM bulan ini?
Pasti dapat RM5 Ribu cash...

RM5 Ribu...Siapa Mahu Sahut Cabaran Ini?

"FIGHT TO CDM SEMINAR"
Anjuran Akademi Taipan 181
22 Jan 2011
Mines Resort Seri Kembangan
Tahniah Semua.

Tahniah kepada CDM Comitee Akademi Taipan 181.
Tahniah kepada semua speaker dalam seminar ini.
Tahniah kepada semua peserta "FIGHT TO CDM 2011" ini.


Inilah seminar yang terhebat.
memang ia mengalahkan seminar yang bayarannya beratus2,
Ia mengalahkan mana2 seminar yang dianjurkan oleh syarikat lain.

Kenapa seminar anjuran AT 181 terhebat dan terbaik?
Anda dilbimbing untuk menjadi bintang.
Anda dilatih untuk menjadi berlian.
Anda diajar untuk menjadi star.
Bintang anda digilap untuk bergemerlapan.
Bakat anda diasah untuk berkilauan.
Potensi anda dikeluarkan untuk bersinaran.
Impian anda diasak demi menjadikan anda luar biasa.

Segalanya percuma.
Siap dengan strategi.
Didedahkan di dalam bengkel.
Segalanya ditunjuk cara.
Segalanya diberikan.
Tiada agenda tersembunyi.
Anda yang terhebat.

Dengan RM50.
Rugi siapa tak hadir.
Rugi yang bagi alasan.
Rugi yang tak mahu datang, walaupun anda punya alasan.
Hotel bertaraf 4 bintang, tempat yang selesa.
Makanan yang sedap.
Penceramah dan motivator tidak dibayar, mencurahnya secara percuma.

Lebih hebat lagi....
Ada tawaran besar lagi hebat bagi yang datang...
RM5 Ribu bagi yang berjaya naik CDM pada Februari 2011.
RM1 Ribu bagi DDM yang naik CDM pada April 2011.

RM1 Ribu bagi DSM yang naik CDM Jun 2011.

AKU MESTI JADI CDM!!!


Aku yang terbaik.
Aku yang terhebat.
Jika orang lain boleh, aku juga pasti boleh.
Aku sama saja dengan orang lain.

Hanya aku yang mampu mengubah diriku sendiri.
Hanya aku yang boleh mengubah nasib diriku sendiri.
Hanya aku yang akan mengubah kedudukan kewangan ku.
Hanya aku yang mampu mengubah kedudukan dan status diriku dan keluargaku.
Hanya aku yang mencorakkan masa depanku.
Hanya aku yang akan merubah warna hidupku.
Hanya aku yang mampu menolak diriku ke menara jaya.
Hanya aku yang mampu menjulang diriku ke mercu jaya.
Hanya aku yang mampu menjulang diriku sebagai Juara.

AKU MESTI JADI CDM!!!

Fikir-fikirkan

Hidup ini umpama lagu. Ia hanya dianggap indah dan bermakna
apabila ia didendangkan.

Saturday, January 22, 2011

Wajib Datang Jika Mahu Berjaya

Datang Jangan Tak Datang!!!
Kejayaan Adalah Matlamat Kita!!!

Ahad 23 Januari 2011
Ada dua tempat

Pertama di TTC 1 USJ 9
Jam 10.30 Pagi

Kedua di Dewan Kristal
Berhampiran MITC Ayer Keroh Melaka
Jam 3 Petang
Jom....Orang Johor, Orang Negeri Sembilan, Orang Kuala Pilah, Orang Pahang,
Orang KL, Orang Selangor dan Orang Melaka...
Ramai2 kita penuhkan Dewan Kristal ini agar
sinar diri dapat dikilaukan kilatnya.
Berseri2 pancarannya.

Jika saya boleh anda juga pasti boleh.
Hong Kong Dalam genggaman!!!

Friday, January 21, 2011

Selamat Datang DDM DSM


Selamat Datang kepada Semua DDM DSM

Ke
"FIGHT TO CDM SEMINAR'
Pada 22 Januari 2011
Di Dewan Hang Li Po Mines Resort Seri Kembangan
Bermula Jam 7.30 Pagi Hingga 5 Petang
Pakaian rasmi hitam merah

''SELAMAT BERSEMINAR''

Fikir-fikirkan

Anda tidak mampu mengharungi sebuah lautan
dengan hanya merenung ke dalam air.

Buka Mulut


Salam bahagia.
Berjumpa lagi.
Aku baru je sampai rumah.
Aku ke TTC USJ 9, ada meeting.
Selepas itu kami ke Kelana Jaya.
Bersembang dgn CDM Kepten Jai di sana.
Macam2 cerita business berkongsi dengan Jai.
Hebat betul Jai ni. Ayahnya pun join sekali.
Tengah semangat ni, dipulunnya betul2.

"Buka mulut je".
Kita bukan ada kedai.
Sign board pun tak ada.
Iklan pun tak ada kat badan kita.

Orang lain tak tahu kehebatan business ini.
Orang lain tak tahu tentang produk kita.
Orang lain tak tahu tentang syarikat kita.
Orang lain tak tahu tentang akademi kita.
Orang lain tak tahu tentang hebatnya strategi kita.
Orang lain tak tahu tentang meniaga kita.
Orang lain tak tahu tentang kejayaan kita.
Orang lain tak tahu tentang kejayaan usahawan2 dalam akademi kita.

Jadi kita kena buka mulut.
Buka mulut supaya orang tahu apa yang kita buat.
Buka mulut untuk kembangkan business kita.
Buka mulut untuk mendapatkan prospek.
Buka mulut untuk berkongsi tentang produk hebat kita.
Buka mulut untuk menceritakan kejayaan strategi kita.
Buka mulut untuk berkongsi peluang hebat ini.
Buka mulut untuk menceritakan bukti2 kejayaan group kita.

Kita kena buka mulut.
Kita kena rajin buka mulut.
Senyum.
kemudian tegur.
Bertanya khabar dulu.
Berbual untuk membina hubungan.
Mula2 hanya sentuh isu2 semasa.
Jangan terus cerita tentang business.
Biar dia rasa selesa dengan kita.
Lepaas itu ambillah nombor telefonnya.

Dah dapat nombor telefon, jangan diam saja.
Mesti menghubunginya untuk membuat appoiment.
Perkenalkan diri kita.
Perkenalkan Akademi Taipan.
Jangan jual barang melalui telefon.
Jangan berkempen melalui telefon.
Pergi jumpa dia dulu. Di mana2 pun boleh.
Di pejabat, restoran, kedai makan, kat KFC atau datang ke rumahnya.

Selepas kita berkongsi....Jawapannya ada dua saja.
Mahu atau nanti dulu.
Jika dia join, kita yang untung.
Jika dia kata nanti dulu, kita tak rugi.
Buka mulut lagi cari orang lain yang mahu.
Jangan malu jika orang menolak.
Biasalah tu. Mana ada semua orang mahu??
Jika kita dah membiasakan diri dengan orang tak mahu,
kita tak rasa apa2 lagi.

Bukalah mulut.
Business kita hanya di mulut.
Ringan2kan mulut kita.
Rajin2lah tegur orang.
Jangan lupa ambil nombor telefon.

Jika rajin buka mulut, di mana2pun boleh dapat prospek.
Jika rajin buka mulut, tak ada masalah prospek habis.
Jika rajin buka mulut, di mana2pun boleh kembang business.
Jika rajin buka mulut, ramai kawan kita dapat.
Jika rajin buka mulut, busines kita sentiasa jalan.
Jika malas buka mulut, kita rasa macam tak keruan.
Jika kita berat mulut, kita macam hilang haluan.
Jika tak mahu buka mulut, kita tiada arah tujuan.

Jadi, rajin2lah buka mulut.

Jika anda menghadiri kahwin atau majlis jamuan di mana2, begitu ramai stranger.
Mereka akan melayan anda jika anda rajin membuka mulut.
Buangkan perasaan malu atau segan untuk membuka mulut.

Jika kita singgah makan, senyum dan buka mulut untuk mendapatkan nombor telefon.
Datanglah kepada mereka.
Jangan mengharap mereka yang datang kepada kita.
Kita yang mesti bertindak, bukan hanya menunggu sahaja.

Thursday, January 20, 2011

Fikir-fikirkan

Tak serik luka di makan tajak
Esok lusa ke bendang juga.

Orang yang ingin berjaya
Tidak mengenal erti penat dan kesusahan

Maintain, Sihat dan Bahagia


Tak adalah rahsia sangat.

"CDM, tak penat ke bercakap dua tiga jam?"

"CDM, bila masa CDM rehat? Tak letih ke?"

"Hari ni di Penang, semalam di Kota Bharu, esok di KK, lusa di KL semula!!!" Bila masa CDM berehat?"

Itu antara beberapa soalan yang sering ditanyakan kepada aku bila melihat jadual kerja ku yang padat.

Usia dah 45 tahun ni...aku tak pernah berahsia pun tentang umur.
Ia hanyalah angka.
Yang penting sekali sihat di usia yang macam mana pun.
Tetapi jika nak tahu....

Jangan tinggalkan solat kerana ia sangat memberi kesan kepada jiwa yang tenang dan rohani yang terpelihara.

Hati kena baik...jika marahpun bertempat.
Orang nampak aku macam garang je...tetapi biarlah. Aku tak mampu nak ubah pemberian Allah pada riak wajahku. He he he...dah anugerah tu. Ada banyak kelebihannya wajah yang serius macam aku ni....

Fikiran mesti sentiasa positif.
Ada masalah...cari jalan penyelesaiannya.
Jangan dok fikir benda yang sama berhari2.
Pasti ada jalannya.

Banyakkan bersabar.
Hikmahnya terlalu besar kepada diri dan kehidupan.
Dulu sebelum bersama dalam business ni, aku pun kurang sabar juga.
Tetapi rupanya aku mampu control sabar bila buat business ini.
Aku bukan sekadar dapat wang tetapi dapat up grade diri menjadi lebih baik.
Bila sabar, badan dan jiwa lebih sihat.


Kalau nak tanya rahsia lain...
Alaa..bukan rahsiapun.


Sejak 14 tahun dahulu aku memang banyak mengambil supplement yang mesti aku ambil setiap hari.
Aku makan jenama Amway sejak sekian lama termasuk Double X, Daily, Kalsium Magnesium, Bio C Plus, Protein Powder, EPO,
Lecithin E dan Beta Carotene.

Yang jenama Hai O, aku makan Maharani, Celgynic, Garlic,
Garam Buluh dan Spirulina.
Sekarang baru cuba lactolite pulak.

Aku dengar macam bagus je.
Pendek kata aku berhabis lebih seribu sebulan untuk vitamin sahaja.


Aku juga dengan setia memakai pakaian dalam premium beautiful sejak lebih lapan tahun dahulu tanpa ditukar dengan pakaian dalam lain.
Aku ada lima set beautiful.
Aku memakainya dengan konsisten dari pagi hingga malam.


Bukannya macam orang lain, sekejap pakai lama tak pakai.
"Susahlah, payah nak bukalah, lambatlah, nanti lewat gi kerjalah, leceh nak ke tandaslah, susah nak kancinglah".
Itu antara rungutan yang selalu aku dengar di kalangan wanita yang mempunyai beautiful tetapi hanya digantung dalam almari.
Barang kali keadaan ini membolehkan aku tidak dihinggapi keletihan, kelesuan badan, sakit belakang atau mengalami masalah kegemukan.

Bio Aura tentulah guna. Buat minum, masak, mencuci ikan dan sayur2an semua menggunakan air Bio Aura sejak lima tahun lalu. Air yang diminum mesti cukup sembilan gelas sehari. Jadi aku tidak mengalami masalah kekurangan air. Kulitpun lembab, tidak kering, perpeluhan berlaku sempurna, tiada masalah sembelit atau tidak lawas kerana air yang cukup.

Di bilik mandi pula, aku menggunakan Bio Aura Shower Filter.
Gunakan bersama shampoo rambut dan  body shampoo Hai O.
Femi9 pun aku guna setiap hari.
Mandian terasa lebih segar dan bertenaga.
Lepas mandi, gunalah losyen badan Hai O. Kulit pun tak kering. Jika digigit nyamuk, ia tidak meninggalkan kesan gigitan kerana sifatnya yang melindungi kulit.



Dari segi pemakanan, rasanya aku jenis suka makan juga.
Apa lagi sejak buat Hai O dan berkawan rapat dengan Raja Makan SeMalaya,,,,,CDM kartini dan CDM Kamaruddin.
Dapat boyfriend pun jenis kuat makan.
Tak ada pantang, aku makan semua.
Cuma...aku makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.

Bio Zone Food Purifier juga aku guna kat rumah. Ia sangat bagus untuk menyingkirkan bahan cemar. bahan kimia dan sisa kotoran dalam ikan, ayam, daging, sotong, sayur2an dan buah2an juga aku guna sepenuhnya sejak dilancarkan bulan Ogos yang lalu.
Dua unit aku pakai. Satu tak cukup.
Jadi aku dan keluarga makan makanan yang telah dipurifierkan.
Lebih sihat dan lebih selamat.



Senaman??
Sekali sekala je bila free. Bukan bersenam pun cuma joging sekitar rumah pada waktu pagi selepas menghantar anak2 ke sekolah.
Berjalan lebih kurang 30minit hingga satu jam sehari.
Aku buat dua atau tiga kali seminggu, jika free.
Kalau ada urusan, tak buatlah.
Aku berhasrat juga nak masuk kelas aerobik supaya lebih sihat.
Insyaallah, banyak benda nak buat tahun ni.


TV langsung aku tak tengok. Tak ada satupun rancangan TV yang menjadi kegemaranku.


Surat khabarpun aku tak baca sangat kecuali ada berita2 penting. Bukannya anti surat khabar tetapi pada pandangan aku, berita2 yang dimuatkan tidak sangat membina jiwa yang kental dan fikiran yang positif di kalangan masyarakat.
Terlalu banyak kisah karut marut, pembunuhan, rogol, kemalangan, orang hilang, diculik, anak derhaka, berebut harta, pembuangan bayi, anak lari ikut kekasih dan sebagainya. Jika dibaca, aku rasa takut.
Nak memandu sorang pun takut.
Baik aku tak baca.
Tak adalah kolot sangat pun walaupun tak baca paper.
Yang penting poket mesti penuh.


Tetapi membaca buku aku suka.
Hari2 mesti membaca buku.
Setiap minggu mesti membeli buku.
Dalam seminggu aku berusaha menghabiskan dua atau tiga buah buku.
Sebenarnya dulu akupun kurang minat membaca.
Tetapi minat Dzul yang suka membaca membuat aku pun terkena tempias hobinya itu. Tambah2 pula aku sebagai leader MLM.
Ia sangat berguna untuk menambah ilmu, menjadi lebih matang dan membentuk jiwa yang lebih positif.
Membaca sudah menjadi seperti supplement harian untuk aku
sihat dan ceria.
Sekarang beribu juga habis duit membeli buku untuk sebulan untuk kami sekeluarga. Macam2 koleksi ada.
Ada sejarah, ekonomi, kewangan, politik, MLM, motivasi, novel, buku2 Islam, pemikiran2 baru, kitab2 rujukan lama dan lain2.
Kena buat kabinet buku yang baru.
Dah penuh dah kat tingkat atas tu.


Ada lagi tips yang aku boleh kongsi...
Dengan pembantu rumah jangan terlalu cerewet.
Anggap dia macam keluarga kita. Jangan pula terlalu suka memberi arahan itu ini dan merasa mereka buat serba tak kena.
Aku tak ada masalah dengan pembantu rumah.
Barang kali kerana itu, pembantu rumah sebelum ini, Mariani tinggal dengan kami selama lebih lima tahun.
Suedah pula hampir enam tahun.Suedah berhenti kerana nak bersalin selepas berkahwin tiga tahun sebelum itu.
Jika tak mengandung, dia masih nak bekerja dengan aku.

Yang baru ni bernama Homsatun dah setahun lebih.
Mereka happy je.
Alhamdulillah, aku tidak pening dengan pembantu rumah.
Jadi hidup pun seronoklah.


Last...jangan suka bergaduh dengan suami.
Jika aku tahu Dzul marah aku diam je. Lepas tu minta maaflah, sapa yang salah dia yang mengalah. Tak rugi mengalah ni.
Jika aku marah, Dzul pulak yang diam.
Kan bahagia macam tu. Berlebih kurang, jangan berkira, bertolak ansur, faham memahami, saling percaya dan nasihat menasihati.
Kita saling melengkapi.
Dia melengkapi hidup aku dan aku melengkapi hidupnya.

Jangan sekali2 suka mengungkit cerita lama. Paling aku tak suka
Buatlah apa2 pun mesti bersama2. Solat berjemaah, ke masjid bersama2, pergi mengaji pun bersama, keluar makan berdua, pergi shopping bersama, pergi demo pun bersama, jumpa rakan kongsipun  dan semuanya bersama.

Seingat aku, lebih 20 tahun kahwin,
kami jarang sekali bergaduh, apa lagi berlawan cakap.
Baling pinggan mangkuk...masyaallah simpang malaikat 44.
Kalau bermasam muka tu ada lah, tapi sekejap je.
Dzul tak suka aku merajuk. Jadi dia pujuklah cepat2.

Bila bahagia, kita pun senang hatilah.
Hidup pun lebih sihat dan bermakna.
Anak2 pun gembira je.
Rumah adalah syurga untuk kami sekeluarga.



Banyak lagi yang aku boleh kongsikan.
Yang paling penting banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada.
Banyak atau sedikit bersyukurlah dulu dengan segala anugerahNya.
Sabar dan reda menjadi penawar paling mujarab agar jiwa dan hati kita sentiasa merasa bahagia dan gembira.


Salam bahagia
Jumpa lagi.


Datang Malam Ni

Malam ni jam 8.30 malam di TTC USJ 9 Business Talk akan berjalan seperti biasa.
1. TTC 3 untuk orang baru, prospek baru, rakan kongsi baru untuk mendalami marketing plan dan mengetahui bagaimana menjana pendapatan dengan produk hebat Bio Zone Food Purifier.
2. TTC 2 untuk SM SSM DSM bagi mengetahui kelebihan, kehebatan produk garam buluh, bio ever, la praise dan celgynic.

Wednesday, January 19, 2011

Al Fatihah Untuk Allahyarham Murika Ayu

Al Fatihah untuk kenalan lama dan kenalan keluarga ku, Allahyarham Murika Ayu Bt Muhyiddin.
Seingat aku, sedemikian lama tidak berjumpa barang kali lebih 30 tahun, sehingga khabar sedih sampai bahawa aruah telah meninggal dunia pada 16 Januari lalu jam 9.20 pagi di Hospital Pantai akibat kanser otak.

Aku hanya mendapat perkhabaran itu pagi tadi melalui fb. Untung juga ada fb. Ahad baru2 ini ketika Aruah menghembuskan nafasnya, aku berada di KK kerana menjayakan seminar NDS di sana. Aku segera mencari maklumat untuk menjejaki alamat atau hp keluarganya.
Alhamdulillah, dapat akhirnya dan aku segera ke rumah keluarganya di Puncak Jalil. Rupa2nya dekat je dengan rumah tempat tinggal ku. Di sana sempat berjumpa dengan ibunya, Pn Kamariah dan adik2nya.
Al Fatihah...Kita juga akan kembali ke sana.

Fikir-fikirkan

Patah tongkat berjeramang
Habis hulu balang bersiak

Gigih berusaha dan tidak sekali2 berputus asa

Bekerjalah Untuk Kemuliaan Diri


Zaman memang semakin susah.
Kenaikan harga barang2 keperluan menggila tanpa belas ihsan setiap hari. Lihatlah harga susu, minyak masak, gula,tepung, kelapa, bawang,gas, petrol, ikan, ayam dan sebagainya. Hampir tiada yang tak naik.

Orang yang susah semakin susah.
Kehidupan makin terdesak.
Nilai wang semakin susut.
Gaji pula tidak bertambah.
Ribuan penuntut universiti bertambah setiap tahun.
Peluang pekerjaan semakin berkurangan.
Kebanyakan syarikat pula memerlukan pengalaman bekerja sekurang2nya dua tahun untuk mereka mengambil pekerja.

Kita terasa dizalimi dengan situasi yang ada.
Keperitan semakin terasa, apalagi yang tinggal di bandar2 besar yang segalanya memerlukan wang.

Aku tak boleh nak bayangkan kehidupan masyarakat yang hidup "kais pagi makan pagi.
Yang bekerja dengan pendapatan RM10 sehari masih ramai. Yang bergaji RM500 sebulan lagilah ramai.
Yang hidup cukup2 makan adalah majoriti masyarakat kita.
Yang hidup tak cukup makan juga lebih ramai.
Apakah impian yang ada bagi golongan seperti ini.
Hampir tiada impian hidup.

Ini memang zaman susah.
Namun semua kesusahan itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk berusaha dan tidak menyerah.
Tak perlu kita merungut tak cukup wang.
Tak guna kita mengeluh harga barang naik.
Tak ada faedah jika kita berleter tentang kenaikan harga barang.
Duduk bersembang di gerai makan, kedai kopi, restoran mahukan di cafe hause mahupun di lobi hotel, berdebat dan berlawan cakap tentang situasi ini.
Lebih baik kita diam tetapi kita bertindak.

Bagi warga AT 181, kita wajib bersyukur kerana peluang sudah berada di dalam tangan.
Berusahalah ketika kita masih sihat dan bertenaga untuk mengubah hidup keluarga.
Kerana di dalam agama, bekerja dan berusaha bukan semata2 untuk memenuhi keperluan, tetapi lebih daripada itu, ia mengangkat darjat kita di mata manusia mahupun di sisiNya.
Di dalam Islam, orang yang bekerja dan berusaha ialah orang yang mempunyai harga diri dan kemuliaan hidup.
Semua bentuk usaha kita, menelefon rakan kongsi, pergi berdemo, sharing kehebatan produk, membawa rakan kongsi datang meeting, belajar menjadi leader, menuntut ilmu, menghadiri seminar dan sebagainya menjadikan diri kita sebagai peribadi yang berkuasa, mempunyai jiwa penuh percaya diri dan sifat berdikari. Orang yang bekerja dan berusaha tidak akan bergantung kepada orang lain.
Marilah kita terus berusaha, bekerja dan membina perniagaan ini untuk menjayakan rakan kongsi kita dan menjayakan diri kita sendiri. Insyaallah jika itu yang kita lakukan, hidup kita akan menjadi lebih mulia dan dihormati.
Tentu kita tidak mahu menjadi golongan yang meminta2 seperti ini.

Tuesday, January 18, 2011

Ingat....27 Jan 2011

Tarikh closing bulan ini dengan stokis ialah 27 Januari 2011.
Kerana cuti Tahun Baru Cina.
So kena cepatlah ya untuk buka bil, untuk maintain, beli barang, ambil barang, naik pangkat, car fund....

Katakan Kepada Diri Ku Sendiri!


Salam, Selamat Pagi
Ucapkan pada diri ku sendiri pagi ini bahawa
Aku hebat
Aku boleh
Aku kuat
Aku pasti berjaya
Aku akan mencuba
Aku akan berusaha
Aku tak akan mengalah
Aku tak akan menyerah
Aku tak mungkin tewas
Aku pasti menang
Aku pasti juara

Katakan kepada diri ku sendiri
Aku mempunyai potensi luar biasa
Aku mempunyai cukup tenaga
Aku mempunyai segala pancaindera
Aku mempunyai segala kekuatan
Aku mempunyai badan yang sempurna
Aku mempunyai tulang belulang yang gagah perkasa
Aku mempunyai akal yang waras
Aku mempunyai fikiran yang bijak

Katakan kepada diri ku sendiri
Aku mempunyai impian
Aku mempunyai cita2
Aku mempunyai kemahuan
Aku mempunyai hasrat hati

Katakan kepada diri ku sendiri
Jika orang lain boleh aku juga boleh
Jika orang boleh berjaya aku juga akan berjaya
Jika orang lain hebat apa kurangnya aku
Jika orang lain mampu, apa kurangnya aku

Katakan kepada diri ku sendiri
Aku sama juga dengan mereka
Aku dilahirkan di negara yang sama
Aku belajar dengan sistem pendidikan yang sama
Aku juga rakyat dan warganegara yang sama
Aku juga masuk kolej dan universiti yang sama
Aku juga dalam syarikat yang sama
Aku juga dalam kumpulan yang sama
Aku juga menggunakan strategi yang sama
Aku juga menggunakan cara yang sama
Aku juga menggunakan tools/bahan yang sama
Aku juga datang meeting yang sama
Aku juga di bawah CDM/Mentor yang sama

Katakan kepada diri ku sendiri
Aku tidak akan tunduk dengan diri ku sendiri
Aku tidak akan berhenti selagi nafas tidak berhenti
Aku tidak akan tewas dengan segala ujian
Aku tidak akan kalah dengan segala cabaran
Aku tidak akan berundur dengan kata nesta orang
Aku tetap dalam perjuangan ini.

Katakan kepada diri ku sendiri
Aku mampu mengubah kehidupan ku
Aku mampu mencipta kejayaan indah untuk diri ku
Aku mampu memcipta kemenangan untuk diri ku
AKU PASTI MENJADI CROWN DIAMOND MANAGER
TAHUN 2011 INI
AKU PASTI!!!

Monday, January 17, 2011

Meeting Lagi Berjaya Lagi

Selasa 18 Jan 2011
Jam 8.45 Malam
Bertempat di TTC 1, USJ 9
Business Talk Akademi Taipan 181.
Bawalah orang baru
Orang lama pun kena datang juga untuk memperbaharui semangat
agar sentiasa membara dan menyala.

Go Go Go Hong Kong!

Sunday, January 16, 2011

Jangan Cepat Mengalah


Tidak ada yang senang datang dengan senang
Tidak ada kejayaan hadir tanpa bersusah dahulu
Tidak ada kemenangan tanpa terlebih dahulu menempuh kegagalan

Maka bagi sesiapa sahaja yang bercita2 untuk berjaya, untuk senang dan untuk menang, maka bersedialah menempuh yang susah dahulu. Yang pahit akan ditempuh dahulu sebelum bertemu yang manis.

Itulah lumrah kepada jalan menuju cita2.
Itulah adat menuju bahagia.
Tetapi anda tidak perlu takut.
Segala susah, segala yang pahit dan segala yang sukar itu hanya bersifat sementara sahaja.

Jangan merasa kecewa.
Jangan mudah berputus asa.
Jangan cepat mengalah.
Teruslah berusaha.

Setiap kejayaan pasti mengambil masa.
Setiap kemenangan perlukan latihan demi latihan.
Setiap juara perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal.
Setiap kehebatan tidak berlaku dengan tiba2.

Maka fahamilah bahawa apa yang kita lakukan hari ini bukan terus memberikan hasilnya pada esok hari.
Yang kita usahakan minggu ini bukan hasilnya minggu depan.
Yang kita usahakan bulan ini mungkin hasilnya bulan hadapan.
Yang kita harapkan tahun ini mungkin dapatnya tahun depan.

Teruslah gigih berusaha.
Teruslah membina.
Teruslah bersabar.

Kita tidak akan tewas kecuali apabila kita mengalah.
Kita tidak akan gagal kecuali apabila kita menyerah.

Salam kejayaan dari Terminal 1,lapangan terbang
Kota Kinabalu Sabah.
8.10pm.

Saturday, January 15, 2011

Berkongsi Rasa Meluah Bicara

      Assalamualikum wrbt,
Semoga kita terus diberi semangat dan kekuatan untuk menempuh kehidupan yang penuh warna warni ini.
Bersyukurlah kerana kita masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti kepada Allah SWT.

Sudah lebih lapan tahun aku terlibat dalam perniagaan ini.
Alhamdulillah, syukurlah kerana terlalu besar perubahan hidup yang aku dan keluarga alami.
Bukan hanya dari segi pendapatan, kewangan, simpanan, corak gaya kehidupan, bertukar kerjaya, kediaman dan kenderaan, menikmati percutian keseluruh dunia, menikmati kepuasan daripada berusaha dan
kebebasan masa.
Kepuasan paling besar ialah apabila melihat rakan kongsi dan rakan2 warga AT 181 berjaya mengubah
kehidupan mereka.

Tetapi lebih daripada itu, aku merasai nikmat menjadi hamba yang mampu menghulurkan manfaat dan kebaikan kepada orang lain melalui anugerah pemberian Allah kepada ku selama ini.

Seingat aku, sejak mula aku terlibat dengan perniagaan ini, aku perlu bercakap setiap hari dengan orang lain.
Berkongsi peluang terbaik ini kepada sesiapa sahaja.
Dari sana aku mengasah potensi diri yang sekian lama terpendam sahaja. Meskipun kerjaya ku sebagai seorang pendidik sebelum itu juga memerlukan kepada bercakap dan membimbing, tetapi ruang lingkupnya sangat terbatas.

Tetapi bersama AT 181, potensi sebenar pada diri mampu aku gerakkan untuk memajukan diri sendiri dan kemudiannya mampu pula aku kongsikan, berikan, hulurkan dan manfaatkan kepada orang lain untuk sama2 memajukan diri mereka pula.

Sebaik2 manusia ialah yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Apa lagi perniagaan ini memerlukan semangat dan momentum yang berterusan. Dengan konsep perniagaan yang mudah dan simple, semua orang boleh berjaya jika mereka tidak berhenti berusaha dan membina perniagaan ini. Sungguhpun business ini  mudah, tetapi tanpa semangat dan motivasi diri yang tinggi, ramai pula yang buat separuh jalan dan gagal bertahan dalam perniagaan ini.

Maka di sinilah, potensi diri kurniaan Allah dapat aku kongsikan dengan orang lain pula.
Tak lain dari menggunakan kepetahan berbicara, bercakap, memberikan semangat, memberikan motivasi, mengetengahkan idea dan pandangan, menghulurkan kreativiti, menjadikan diriku inspirasi supaya orang lain juga mampu mengikut jejak yang baik ini.
Setiap hari aku ulangi.
Ulang dan terus ulang melakukannya.

Dengan menggunakan ayat2 bermadah, kata2 puitis,
bunga2 bahasa, madah pujangga, pantun dan seloka, bidalan orang2 tua, contoh dan perumpamaan
yang diselang selikan dengan ilmu serta pengalaman sendiri membina perniagaan ini, maka aku ungkapkan ayat demi ayat, baris demi baris sehingga dua tiga jam bercakap pun, aku tidak sedar.

Jangan meminta untuk dipuja atau dipuji.
Mahukan nama atau pun glamour, maka leikhlasanlah yang mesti menjadi sandaranku ketika memberikan ucapan dan ceramah kepada warga Akademi Taipan seluruh Malaysia.
Jauhkan hati daripada merasa hebat atau pandai daripada orang lain.
Ataupun menunjuk pandai atau memandai2.
Jauh sekali dari berniat untuk mengajar orang lain.
Niatku hanya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman.
Apabila segalanya diberi secara ikhlas, maka kejayaan yang dicari itu datang dengan nilai yang penuh makna.

Di mana2 saja aku hadir program bersama AT 181,
pasti aku akan diminta untuk menyampaikan ucapan.
Lagipun itu sahaja yang aku mampu berikan.
Kemahiran dan kepandaian lain aku tak ada.

Sebenarnya nampak mudah.
Semua orang boleh bercakap, boleh bersuara dan berkata2.
Tetapi untuk bercakap sejam dua jam supaya audiens
di hadapan,  faham dan mahu bertindak,
mendapat semangat dan momentum tidaklah semudah yang disangka.
Apalagi  apabila mahukan ucapan atau slot itu
akhirnya akan menyentuh hati dan sanubari,
sehingga menangis dan menitiskan air mata akibat  gegaran kepada emosi pendengar,
sesungguhnya ia bukanlah suatu hal yang mudah.
Tetapi syukurlah, skils itu hadir dan datang sedikit demi sedikit apabila aku melakukannya setiap hari.

Maka di sini aku paparkan beberapa keping gambar untuk dikongsikan dengan anda.
Bukan itu sahaja, malahan aku juga mahu berkongsi,
apakah sebenarnya yang berlaku sebelum aku bercakap dan selepas sesuatu slot aku sampaikan.

Di atas pentas, kesilapan mesti dikurangkan.
Keyakinan diri ketika memagang microfon sangatlah penting. Selalunya audiens dengan cepat boleh membaca keyakinan diri kita sebagai penceramah.
Audiens juga dengan cepat boleh mengetahui sama ada
kita bersedia ataupun tidak untuk menyampaikan ucapan.
Ayat yang pertama keluar daripada bibir akan memberikan kesan pertama kepadaku yang berdiri di pentas.

Gugup dan gagap mesti dielakkan.
Untuk menarik minat audies, nada dan intonasiku mestilah mampu menarik minat pendengar.
Jauhi daripada nada yang sama.
Suara yang lantang, jelas dan tinggi rendahnya mampu
memberikan kesan yang berbeza kepada ucapan yang disampaikan.

Untuk mengelakkan audiens merasa mengantuk, tertidur, bosan, kaku atau keluh kesah,
maka aku mesti bijak dan berusaha mewujudkan unsur humor  tetapi realistik ketika beraksi di pentas.
Berdiri di pentas, tidak boleh setempat.
Sebaik2nya berjalan dan bergerak supaya mata penonton akan mengekori kita.

Persediaan sebelum menyampaikan ucapan atau slot ceramah di dalam majlis rasmi seperti seminar atau bengkel adalah berbeza jika dibandingkan dalam majlis tidak rasmi seperti business talk dan meeting biasa.
Alat bantu seperti tayangan video, slaid, gambar
atau kertas kerja juga membantu sesuatu ceramah.

Dan selalunya aku sendiri mampu menilai sama ada ucapanku 'sedap atau tidak sedap' selepas aku berucap biarpun bukan aku yang mendengar.
Kepuasan berucap sangat penting kepada penceramah sendiri. Aku dapat merasakan tahap kepuasan yang berbeza setiap kali aku selesai menyampaikan ucapan.
              
Persediaan tajuk, isi dan sasaran sangat penting untuk mendapatkan
hasil ceramah yang berkesan.
Kepuasan dan matlamat kepada pendengar mestilah diutamakan. Adakalanya dua minggu sebelum seminar,
aku dah berfikir tentang isi dan persediaannya.
Aku juga mesti rajin mencari bahan2 baru, gambar2 yang boleh dikaitkan dengan tajuk, fakta2 yang tepat atau dapatan2 terkini untuk disampaikan supaya isi dan penyampaiannya tidak berulang kepada
perkara yang sama.

Oleh itu aku sendiri mesti rajin membaca,
melayari internet dan merujuk majalah.
Jika aku tak rajin membaca dan menelaah,
aku agak kaku dalam ucapanku.
Bukan senang!!!
Aku tahu, audiens mengharapkan yang terbaik untuk mereka.
Maka memenuhi harapan dan hasrat audiens adalah perkara yang paling utama yang mesti aku fikirkan setiap kali menyampaikan ucapanku.
Nampak senang tetapi bukan semudah menyebut 1, 2 dan 3.

Walaupun setiap hari melakukan perkara yang sama...bercakap dan berucap saban waktu tetapi aku juga manusia biasa.
Ada waktunya berdebar2 juga.
Ada kalanya berpeluh sampai ke kaki.
Ada masanya sejuk dingin hingga ke tulang hitam.
Malahan ada juga terketar2 hingga menggigit jari.
Tetapi hanya aku yang tahu perasaan ketika itu.
Orang lain nampak aku cool aje.
"CDM Faridah, hari ini saya bawa dua orang prospek baru.
CDM bercakap tak nanti? Tolonglah CDM, buat closing bagi ucapan kaw kaw atas pentas nanti supaya prospek saya terpaku dan mereka akan teruja untuk bersama dan join perniagaan ini. Boleh ya CDM!"

Itu antara dialog yang selalu aku dengar daripada warga AT 181.
Aku faham tentang harapan mereka.
Aku juga sangat faham, bahawa bukan senang nak membawa prospek menghadiri meeting.
Aku juga mengerti begitu besar sekali harapan rakan kongsi
di AT 181 terhadap aku.
Paling penting ialah pendengar mesti mendapat ilmu,
semangat dan motivasi untuk memajukan diri mereka
selepas mendengar slot ucapanku.
Tak guna aku bercakap kalau business tak naik.
Tak guna aku berceramah jika mereka tidak mendapat ilmu.
Seminar NDS di Ridel Hotel Kota Bharu pada
24 Disember 2010 yang baru lalu.
Selalunya di dalam seminar atau bengkel bersama AT 181, slot untuk ku adalah slot yang terakhir sekali.
Mereka mahu supaya terbakar rentung dengan
kata semangat yang berapi2.
Sekali lagi...nampak senang tetapi bagi aku yang bercakap...
ia bukan sesenang yang disangka.
Selalunya dalam seminar besar, jika slot aku akan berlangsung keesokan harinya, maka aku tak tidur pada malam. Dzul pun terlibat sama.
Pada malam sebelumnya, aku mesti memastikan....
Slaid berjalan sempurna.
Tayangan video mesti lancar.
Gambar dan imej yang bersesuaian dengan tajuk.
Lagu iringan yang sesuai  dengan tajuk dan topik.
Contoh dan unsur humor yang sepadan dengan sasaran audiens.

Dan malam itu jugalah aku mesti membuat persediaan akhir
untuk memastikan supaya,,,,
Aku tidak batuk atau sakit tekak.
Aku tidak serak atau hilang suara.
Aku tidak demam atau kepenatan.
Aku tetap bertenaga bertahan di pentas untuk satu atau dua jam.
Tema baju pula mestilah yang sesuai dengan majlis atau
program yang dianjurkan.

Pernah juga aku seperti hilang fokus ketika di depan peserta seminar.
Terkadang kerana hal yang tiba2 datang mengganggu di saat sebelum naik ke pentas. Contohnya panggilan menyatakan anak sakit di rumah.
Bagaimanapun pengalaman membolehkan aku mengawal diri
dan kembali mendapat rentak.
Audiens ku datang daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya tetapi matlamat mereka sama sahaja iaitu
untuk berjaya dalam perniagaan ini
bersama AT 181.
Oleh itu slot ucapan, isi dan pengisian serta contohnya mesti aku pelbagaikan supaya sesuai dengan peserta.
Pada usia 45 tahun kini...Syukurlah.

Selama 15 tahun bercakap di hadapan anak2 didik ketika aku
bertugas sebagai pendidik.
Matlamat bercakap ketika itu ialah...." jadilah pelajar yang baik, anak yang baik, hormatilah ibu bapa dan orang tua kita, belajarlah bersungguh2 supaya berjaya dalam pelajaran, masuk universiti dan berbaktilah kepada keluarga dan negara".

Selama lebih lapan tahun bersama perniagaan ini, aku masih meneruskan tugaskan berdasarkan kurniaan Allah kepadaku. Sekarang audiens ku ialah orang dewasa yang mahu mengubah hidup dan berjaya dalam perniagaan global network ini.

Matlamat bercakap ketika ini ialah..."jadilah indipendent distributor, jadilah usahawan yang hebat, pemimpin yang cemerlang, nekadlah untuk mengubah kehidupan, mesti menjadi Crown Diamond Manager dan  binalah empayar perniagaan anda sendiri".

"Beranilah untuk bertindak, berjuanglah menempuh ujian dan cabaran, jangan takut kepada kegagalan, bangkitlah menempa kejayaan dan kehebatan untuk diri anda sendiri."

" Jujurlah kepada rakan kongsi kita, ikhlas membantu mereka, carilah kesenangan di dunia dan jangan sekali2 lupa bahagian kita di akhirat sana."

Pengalaman menjadi ahli panel jemputan dalam
satu seminar bertemakan
Wanita,,,Kecantikan, Kerjaya Dan Personaliti
di Kota Bharu Kelantan tidak lama dulu.
Satu pengalaman baru yang aku kongsikan dengan masyarakat di luar daripada AT 181. Aku bercita2 untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ini dengan masyarakat yang lebih luas.
Bukan hanya terhad hanya dengan warga AT 181.
Beberapa kali pernah berlaku...aku demam selsema, demam panas, batuk yang teruk pada masa dua atau tiga jam sebelum
sampai giliran aku bercakap.
Mungkin kerana tak cukup rehat.
Tiada pilihan...jika program berlangsung di KL,
aku sempat berjumpa
Doktor Pakar, Dr Ting untuk mendapat rawatan terbaik supaya
aku segera pulih supaya aku dapat menyampaikan
ceramahku seperti biasa. Alhamdulillah, selalunya berjalan dengan baik selepas mendapat rawatan segera yang terbaik.

Ketika berpangkat SM lebih lapan tahun dahulu, aku sudah mula bercakap di hadapan audiens.Mulanya berpeluh juga, tetapi aku tidak mahu tewas dengan perasaan gemuruh, gementar dan gugup.
Aku mesti lawan semua perasaan itu.
Setiap hari aku berlatih di hadapan cermin.

Mula dijemput menjadi speaker pada Majlis Anugerah SM SSM anjuran syarikat ketika aku berpangkat DSM pada awal 2004.
Dan beberapa kali menjadi speaker pada Majlis Makan Malam dan Anugerah pada tahun 2005, 2006 dan 2007 ketika menjadi CDM.
Semuanya menjadi pengalaman yang cukup baik untuk diriku.
Bukan hanya sebelum bercakap, selepas aku selesai
menyampaikan slot ucapan ku dalam seminar atau bengkel,
juga ada perkara yang boleh aku kongsikan.

Jika  matlamat tercapai, peserta excited dan terbakar serta bersemangat yang membara dan menyala selepas ceramahku,
selalunya aku sendiri akan termotivasi.
Apa yang berlaku...aku sendiri tak boleh tidur sehari atau
dua hari selepas itu.

Sebaliknya, jika aku merasakan slot yang aku sampaikan gagal mencapai matlamat dan sasarannya,
apa yang berlaku....aku juga tak lena tidur, sedikit kecewa
dan terasa sangat keletihan.
Perasaan tidak puas hati menyelinap dalam diri untuk
dua tiga hari selepas itu apa lagi jika pesertanya ramai
hingga mencecah lima ratus orang.

Dan selalunya...aku akan membuat 'post mortem' dan menganalisis dengan suami kenapa berlaku demikian.
Pengalaman lebih lapan tahun berceramah, bercakap dan berucap
di hadapan audiens memberikan pengalaman menarik
yang mewarnai liku2 perjuangan dalam aku membina
kejayaan dalam perniagaan ini.

Aku gembira dan seronok dengan apa yang mampu aku berikan.
Aku juga sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik
selagi diperlukan oleh warga AT 181.
Tetapi aku akan segera berhenti berucap di khalayak ramai sebaik sahaja aku mendapat singnal
bahawa kata2 dan ucapanku tidak lagi diperlukan.
Kemampuan untuk mewujudkan unsur humor ketik berucap
sangat penting untuk mengelakkan kebosanan audiens.
Tetapi ia bukan mudah.
Biasanya secara spontan sahaja.
Selalunya pengalaman sendiri, cerita2 sebenar dan
titipan2 peribadi yang aku selitkan.
Aku juga mencampurkannya dengan cerita2 pendek yang aku dapati daripada pembacaanku.
Sebab itu, aku mesti banyak membaca dan menelaah.
Serius, santai, humor dan bersemangat selalunya aku
campur gaulkan di dalam setiap slot ceramah ku selama
satu atau dua jam.
Pernah juga bercakap tak berhenti selama empat jam.
Semasa bercakap, memang tak terasa penatnya.
Mungkin kerana sedang bersemangat.
Tetapi selepas bercakap, aku terasa cukup lesu.
Rehat yang secukupnya mesti aku dapatkan untuk mendapat tenaga semula kerana ucapan yang lain pula sedia menanti
pada hari2 berikutnya.
Kebolehan bercakap, kemampuan berpidato dan kepetahan berbicara bukanlah bakat yang terjadi sendiri.
Ia adalah bakat terpendam yang mesti dikeluarkan dan dicungkil untuk diasah, digilap dan dibimbing supaya bersinar.
Seawal usia dua tahun kita telah belajar bercakap.
Tetapi ramai yang tidak menyedari potensi mereka sebenar kerana perasaan malu dan tidak yakin kepada diri sendiri.

Gunakanlah anugerah itu untuk mengeluarkan potensi diri anda yang sebenar. Kita akan menjadi jauh lebih hebat apabila kita mampu menggunakan potensi ini.
Belajarlah.
Tiada yang mustahil.


Harimau mati meninggalkan belang.
Negarawan mati meninggalkan jasa.
Manusia mati meninggalkan nama.

Pada ku, biarlah selepas aku mati nanti, ia mampu meninggalkan kekentalan semangat, kekuatan jiwa dan kemantapan diri sebagai bekal untuk mereka menempuh kehidupan yang lebih baik.
Aku juga berharap agar ia mampu menjadi benteng ketahanan mental dan fizikal untuk mereka berhadapan dengan segala
ujian dan cabaran getir yang sedia menanti mereka dalam
liku2 perjalanan menuju ke mercu jaya bersama
Akademi Taipan 181.

Salam perjuangan.
Salam kejayaan.
Salam kemenangan.