Tuesday, August 31, 2010

Motivasi Harian

Sehari atau satu jam yang bebas lebih baik daripada kehidupan abadi yang terikat.

Monday, August 30, 2010

7 Langkah Mencapai Matlamat

          Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya di dalam hidup, kita mestilah membina satu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah seperti yg telah terbukti dan dibuktikan kejayaannya. Inilah pengalaman dan pendedahan yg ingin saya kongsikan dengan pembaca semua. Apabila anda telah meletakkan sesuatu matlamat atau impian, ia bermakna sebahagian kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Separuh lagi adalah bagaimana cara atau strategi untuk anda menggapai matlamat yg anda senaraikan.

1. Wujudkan keinginan yg meluap-luap.
Keinginan tersebut mestilah benar2 datang dari dalam diri kita sendiri. Untuk menyemarakkan keinginan yg meluap2, senaraikan matlamat atau impian besar anda seperti yg disarankan dalam catatan terdahulu. Nyatakan faedah2 atau senarai panjang kebaikan mencapai matlamat dan impian anda tersebut. Fikir dan tuliskan sehingga 50 atau 100 buah impian, maka selepas itu suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan muncul. Ia bagaikan seekor harimau, anda akan menjadi lebih bersemangat sekiranya anda  benar2 menghayati setiap matlamat dan impian anda. Lama-kelamaan semangat anda bagai api yang menyala-nyala.

2. Tuliskan semua matlamat dan impian anda.
Visualkan atau tuliskan dengan jelas dan terang semua matlamat pencapaian peribadi anda di dalam buku matlamat atau album impian anda. Ini sangat penting. Secara tidak sedar, ia menjadi momentum dan daya penggerak yg sangat besar untuk diri kita sendiri.

3. Tetapkan tempoh masa yg munasabah untuk mencapainya
Tempoh yg munasabah dan realistik mestilah difikirkan apabila mahu menetapkan matlamat. Tentulah tidak rasional jika anda meletakkan tempoh 4 bulan untuk bergelar jutawan dalam perniagaan anda. Tempoh masa yg betul akan menjadi pemangkin untuk anda menyusun strategi, menyusun gerak kerja serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri dalam usaha mengejar matlamat anda.

4. Buat perancangan
Kenalpasti potensi dan peluang yg disediakan, senaraikan juga kelebihan dan kekurangan yg ada, cuba mengoptimumkan segala potensi dan kemampuan yg anda miliki, atasi segala kekurangan, belajar dan mencari ilmu adalah antara perancangan yg patut disempurnakan untuk memastikan matlamat anda dapat dicapai dan dilaksanakan.

5. Gambarkan kejayaan di dalam minda anda
Buat imej yg berulang-ulang, nampakkan tujuan dan impian anda dengan jelas dan terang dan ia pastinya akan menjurus kepada lebih cepat tercapainya matlamat anda.

6. Tangani masalah, ujian dan cabaran
Setiap kejayaan besar akan menghadapi cabaran besar, kejayaan hebat tentunya cabarannya juga sangat hebat. Anda mesti sedar dan sentiasa bersedia untuk melaluinya. Kenal pasti segala halangan dan berusaha untuk mengatasinya. Berilah tumpuan kepada kelebihan yg anda miliki dan jangan fikirkan kepada kelemahan anda. Senaraikan juga faktor2 sokongan yg ada di sekeliling anda yg patut anda optimumkan bagi mencapai semua matlamat anda.

7. Yang akhirnya ialah usaha dan keazaman anda untuk berusaha dan bekerja bagi merealisasikan matlamat dan impian anda. Jauhkan hangat2 tahi ayam. Semangat anda mesti cukup kental. berilah sepenuh tumpuan serta fokus anda kepada usaha2 untuk mancapai matlamat anda. Anda juga mestilah proaktif dan produktif.

Selamat berjuang untuk merealisasikan semua matlamat dan impian anda bersama Akademi Taipan 181.

Program Aroma Terapi Minda Melaka


CDM Aidil dan CDM Amran...engineer muzik kelahiran Akademi Taipan
          Bermula di Miri sebagai sesi percubaan program ini, kemudian diadakan di Mines Resort diikuti dengan program yg sama di Kota Kinabalu, sambutan tetap hangat dan memberangsangkan. Ahad 29 Ogos, pada jam 9.30 pagi diteruskan pula di MITC Ayer Keroh Melaka.

Tenaga Penggerak  Aroma Terapi Melaka
           Aku bersama CDM Roshila dan CDM Zaifrey bertolak dari Puchong jam 7.30 pagi. Sampai jam 8.45 pagi, sudah ada tetamu tetapi masih lengang. Beransur-ansur tetamu mulai penuh. CDM2 juga mulai sampai membawa dwline dan prospek baru. CDM Wan Suriani turut hadir jauh dari Kelantan, mencari idea untuk mengadakan program yg sama di sana.

CDM WAN Suriani dari Kelantan bersama CDM Kartini, CDM Siti dan CDM Inda
         CDM Shahrina sekali lagi diangkat menjadi pengacara majlis, pemimpin yg selayaknya. Slot pertama oleh CDM Roshila, dengan sedikit perubahan berbanding program di Mines, beliau membawa peserta terapi membezakan antara. minda miskin dan minda kaya. Slot aku pula, konsep perniagaan, kekayaan dan wang. CDM Kartini membicarakan pengalamannya selama 10 tahun bersama perniagaan ini. Berkongsi rasa, meluah kata, memberi semangat dan rangsangan mengajak peserta agar turut serta bergabung tenaga menggunakan peluang dan kesempatan yg disediakan oleh Akademi Taipan 181 untuk mengubah kedudukan kewangan masing2.

Dewan penuh terpaksa tambah kerusi
 Penampilan ke hadapan majlis pemimpin2 Melaka seperti CDM Hj. Char, CDM Zaifrey, CDM Hamaka, DDM Jaf Rosli dan DDM Norkamisah diharap dapat memberi sentuhan kepada para terapi supaya keputusan bijak untuk bersama akademi ini. Dari orang biasa menjadi luar biasa, merekalah antara graduan-graduan cemerlang kelahiran akademi ini. Benarlah...tidak ada orang lain yang akan mengubah kedudukan kewangan kita kecuali diri sendiri. Perkongsian ringkas DDM jaf Rosli dan DDM Nor agak menyentuh hati, itulah luahan yg menggambarkan isi hati selama ini. Keperitan hidup bagai tidak dapat diungkap dengan bibir tetapi syukurlah, awan mendung berarak pergi selepas bersama akademi ini.

CDM Norita dan DDM Rosmawati  
            Program itu berakhir  jam satu tengah hari, tetapi selepas itu setiap CDM berkumpul bersama prospek baru untuk urusan mengisi borang dan dana. Insyaallah, selepas hari raya akan menyusul program yg sama di kawasan-kawasan berikut:

1. 18 September di Kota Bharu
2. 25 September di Penang
3. 2 Oktober di Kuantan
4. 3 Oktober di Mines Resort (kali ke 2)

Bergambar selepas program tamat
Walaupun banyak permintaan supaya program yg sama dibuat di merata tempat, tetapi keputusan CDM COMITEE menyatakan lokasi2 yg dipilih seperti di atas sahaja akan diadakan. Negeri-negeri lain yg berhampiraan mesti mengambil peluang untuk membawa group dan prospek di kawasan-kawasan yg akan diadakan. Selamat Berjuang, Selamat Berusaha, Selamat Segalanya. Salam

Motivasi Harian

Allah berikan kita iman agar hidup kita bahagia. Allah berikan kita harta agar kita bersedekah. Allah berikan kita perasaan agar kita berbaik-baik, berkasih sayang dan berukhwah sesama manusia, kepada haiwan, tumbuhan bahkan kepada alam semesta.

Sunday, August 29, 2010

Macam-Macam Taipan 181

        
        Macam-macam cerita, macam-macam gaya, macam-macam pengalaman. Inilah antara seronoknya berniaga dengan Akademi Taipan 181. Petang semalam, Majlis Berbuka Puasa Taipan 181 telah diadakan di TTC USJ 9. Bermula jam 6 petang tetamu warga Taipan mulai hadir. Seperti yg diminta, mereka datang membawa keluarga. sanak saudara, downline dan ada juga yg membawa prospek.
wah meriahnya...macam kenduri kahwin

         Dua buah khemah berwarna merah putih yg dibina terasa seperti majlis kenduri besar. Ada juga pelanggan bank yang datang ke ATM yg bertanya,"Ada orang kahwin ke"? Ada juga yg bertanya "majlis apa ni"? Maklumlah kawasan itu agak sibuk sebagai pusat perniagaan, banyak bank, klinik, pusat tiusyen, klinik, restoran, butik, kopitiam dan macam-macam perniagaan.
macam-macam juadah  
         Inilah keluarga besar Taipan 181, setiap program yg dianjurkan sentiasa mendapat sambutan. Sokongan padu pemimpin-pemimpin dan seluruh warganya sentiasa menghangatkan program-program Akademi Taipan 181. Hari pun meriah, tetamu makin ramai, semua membawa 'pot luck', ada yg bawa mee hoon, karipap, bubur, mee goreng, buah-buahan, kek, kuih lapis, apam balik, buah melaka, roti john, puding gula hangus, puding gula tak hangus. Ramai juga yg membawa lauk pauk  sebagai tambahan kepada lauk yg sedia ada seperti daging masak kunyit, ayam bakar, daging goreng, telur dadar, telur masin, kerabu mangga dan lain2 lagi . Pendek kata macam-macam ada.

Menjamu selera mengikut pilihan hati
           Sewaktu azan dilaungkan, mereka mula berbuka, ada yg duduk bersila atas tikar di kaki lima, ada yg duduk di kerusi dengan downline, ada yg duduk dengan emak dan ada yg duduk dengan sideline. Selepas berbuka mereka naik mengerjakan solat maghrib di TTC 1. Selepas solat ada yg menyambung makan,  ada yg terus ke masjid, ada yg balik, ada yg bersembang bertukar cerita dan berkongsi rasa. Pendeknya macam-macam ada di Taipan 181.

Muda tua kanak-kanak ikut serta
            Semoga keluarga besar Taipan 181 terus kekal bersama dan bersatu, terus mengekalkan semangat kekeluargaan dalam berniaga  mencari kejayaan dan kehebatan. Di dalam  Akademi Taipan 181, macam-macam ada cerita kejayaan yg sangat menarik untuk dikongsikan dengan semua warganya. Tahniah. Salam dan berjumpa lagi untuk catatan seterusnya.

Motivasi Harian

Aliran  air itu umpama aliran ilmu. Air akan bertakung di kawasan tanah yang rendah. Begitu juga ilmu, ia akan bertakung di hati yang rendah.

Saturday, August 28, 2010

Motivasi Harian


"Kita perlu berfikiran positif setiap hari kerana tiada sesiapa pun yang akan melakukannya untuk kita"

Buku Matlamat atau Buku Impian

        
Buku matlamat atau buku impian ialah senarai matlamat dan impian peribadi anda yg ingin anda capai dalam tempoh masa yang tertentu. Pada pendapat saya, buku matlamat atau buku impian ini adalah amat penting. Ia sepenting cita-cita atau kad perniagaan anda. Ia menjadi penggerak dan memberikan motivasi besar untuk anda bekerja, berusaha dan menempuh cabaran serta halangan di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat serta impian anda.

 Dengan andanya buku matkamat ini, anda boleh menatapnya setiap hari, boleh membacanya setiap masa atau membacanya ketika anda berhadapan dengan cabaran atau ujian. Sebelum anda tidur, semua matlamat dan impian besar yg anda catatkan dalam buku matlamat anda, akan dilihat dan ditatap. Lama- kelamaan semua matlamat dan impian itu akan tertanam dalam minda bawah sedar anda. Inilah kuasa yang tanpa disedari melekat di dalam minda yang mana ia akan lebih mudah dicapai dan diperolehi.

My Dreams...Dzulfauzilah and Faridah

          Inilah langkah pertama yang saya lakukan sebaik melangkah dalam dunia perniagaan ini lapan tahun lalu. Semua impian dan matlamat yang ingin saya capai, saya gambarkan secara visual dalam bentuk gambar-gambar dan kata-kata motivasi yg saya lekatkan dalam album foto. Setiap hari sebelum tidur, sebaik bangun tidur dan selepas menerima cabaran, saya pasti akan menatap dan membacanya. Mungkin kerana adanya buku impian inilah, saya kekal bertahan, bersedia menghadapi gelombang dan tsunami dalam perniagaan, jatuh bangun, pahit manis dan segalanya saya telan demi mencapai segala impian saya.

Buku Matlamat, Album Impian, My Vision Board

         Di dalam buku matlamt itu, anda boleh bahagikan kepada beberapa bahagian matlaamat:

1. Pencapaian pangkat tertinggi Crown Diamond Manager
2. Matlamat kebebasan kewangan
3. Matlamat pemilikan kereta mewah, kediaman mewah atau aset2 tetap yg lain
4. Matlamat pencapaian untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan masyarakat
5. Matlamat amal jariah seperti haji, umrah, kebajikan, zakat, sedekah dan lain-lain.
6. Matlamat untuk orang lain sepeeti rakan kongsi, downline, pekerja bawahan anda dan lain-lain.

kejayaan lebih mudah dicapai apabila anda memiliki buku matlamat

         Perlu diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya berkongsi atau menunjukkan buku matlamat anda kepada orang negatif walaupun mereka kawan baik atau adik anda. Ini tidak mendorong anda mendapat tindak balas positif daripada mereka. Sebaliknya berkongsilah buku matlamat anda dengan orang yg positif serta sentiasa mahu melihat kejayaan anda seperti upline anda, mentor anda atau mungkin ibu bapa anda.

Untuk anda semua, bertindaklah segera. Buatlah BUKU MATLAMAT atau ALBUM IMPIAN anda.
Salam, berjumpa lagi untuk catatan seterusnya

Motivasi Harian


"Apabila kita benar-benar berfikiran besar, kita tidak akan berasa kecil. Berfikir besar adalah disiplin, ini bermakna biarkan sahaja perkara kecil dan tidak penting berlalu pergi. Kita boleh katakan pada diri kita. Sekarang memang nampak kecil tapi hasilnya akan datang jauh lebih besar".

Friday, August 27, 2010

Semangat Yang Tak Pernah Kendur.....

CDM Kartini menceritakan pengalamannya
Khamis 26 Ogos jam 9.30 malam, Suasana Meeting Group di TTC 2 berjalan seperti biasa. Dewan penuh melimpah sampai ke lantai walaupun bulan Ramadan. Solat terawih bukan penghalang untuk mencari ilmu. Yg datang dari Seremban, Melaka, Kuala Pilah pun ada. Mereka sentiasa bersemangat nak berjaya. Ilmu mesti penuh di dada barulah boleh berjaya. Yg baru yg lama, yg muda yg dah berusia, yg bekerja atau tidak bekerja, yg masuk dulu atau masuk kemudian, peluang untuk berjaya sentiasa terbentang luas. Apa lagi dengan bimbingan Akademi Taipan 181 yg sentiasa berusaha untuk memberikan yg terbaik kepada setiap warganya.

Malam tadi kita rasa bertuah kerana Pemimpin otai Taipan, CDM Kartini sudi datang berkongsi pengalaman beliau selama 10 tahun dengan warga Taipan. Semua yg hadir begitu bersemangat untuk mendengar dan mendapatkan tips daripada pemimpin hebat ini. Mereka begitu teruja kerana pemimpin tertinggi akademi ini sentiasa turun padang, sanggup duduk semeja dan memberikan ilmu secara personal dengan sesiapa sahaja untuk berjaya.
CDM Kartini tidak jemu memberi semangat
Ke semua yang hadir memberikan tumpuan dengan sepenuhnya
Sikapnya yg merendah diri, low profail, tak ada protokol, tak menyombong, bersahaja, simple, baik, pemurah dan banyak ilmu menjadikan beliau seorang pemimpin yg sangat mudah didekati. Beliau berkongsi pengalaman selama 10 tahun bersama Hai O. setiap patah cakapnya didengar penuh teliti, Setiap ayatnya disalin dan setiap  katanya dicatat. MLM adalah business semangat. Kerana kentalnya semangat dan teguhnya ketahanan beliau, hari ini Taipan tersebar di seluruh pelusuk tanah air.
Memulakan sorang2 bersama suami CDM Kamaruddin, sekarang beliau telah melahirkan seramai 85 orang pemimpin Crown Diamond Manager yg lahir dengan sentuhan dan bimbingan Akademi Taipan 181. Syabas dan tahniah, kami menumpang tuah beliau, kita semua menumpang tuah Taipan, kita semua bersyukur kerana diberi peluang oleh Akademi Taipan 181.
                           Setiap ayat akan dicatat              Lamanya nak cukup umur 18 tahun....

Aku pulang jam hampir 12.45 malam, pagi esok sesudah bersahur aku harus terus menuju ke airport Subang untuk penerbangan dengan firefly ke Kota Bharu. Jam 9.30 pagi ada business talk di Berek 12 Kota Bharu. Petang ni pula aku sudah berjanji dengan ibu dan adik beradik ku serta keluarga yg lain untuk sama2 berbuka puasa di rumah ibu sempena meraikan kepulangan ibu yg baru kembali dari Tanah Suci petang semalam. Syukurlah, ibu selamat kembali ke rumah. Doa ibu sentiasa mengiringi kejayaan dan kebahagiaan anak2nya seramai sebelas orang. Salam

Matlamat

Matlamat merupakan suatu perkara atau suatu pencapaian yg mahu dicapai atau diperolehi dalam tempoh waktu yg tertentu. Akan tetapi menetapkan matlamat sahaja tidak dapat menjamin kejayaan seseorang. Begitu ramai yg meletakkan azam untuk mencapai matlamat setiap kali tahun baru menjelang, tetapi akhirnya azam hanya tinggal azam sahaja.







Setiap matlamat yg digariskan, mestilah disusuli dengan tindakan dan disiplin yg sewajarnya. Jika kita meletakkan matlamat, diiringi dengan tindakan serta disiplin serta kemahuan yg kuat, pasti setiap matlamat kita akan tercapai.

         Formula Kejayaan

        Matlamat + Tindakan + Disiplin = Kejayaan

Salam Hormat.....

Motivasi Harian


Kehidupan manusia selalunya diuji dengan detik pengalaman hidup yang indah atau yang menyayat hati. Ketika menerima ujian seumpama ini, individu seharusnya bangkit kembali dengan kekuatan diri bagi mencari kebahagiaan dan kecemerlangan hidup berteraskan kehebatan yang Allah anugerahkan potensi dalam diri setiap individu.

Thursday, August 26, 2010

Terbaik Daripada Akademi Taipan 181

Program Taipan Yang Terkini

1. 29 Ogos, Sabtu bertempat di MITC Ayer Keroh Melaka, pada jam 9.30 pagi...Program Aroma Terapi Minda. Terbuka untuk semua terutama warga Taipan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang juga Kuala Lumpur. Dapatkan kad2 jemputan daripada CDM anda masing2.

2. Selasa 31 Ogos jam 9.30 mlm bertempat di Mines Resort, Program "JOOM....Dapatkan Duit Raya Percuma". Bersempena dengan mood hari raya Aidil Fitri yg akan menjelang tak lama lagi, semua yg hadir diminta memakai baju raya, baju Melayu bersampin, juga bawa biskut/kueh raya untuk dinikmati bersama. Dapatkan kad2 jemputan daripada CDM anda masing2.

3. Projek Besar Tahun 2011...PROGRAM SIMPANAN RM1000 SEBULAN BERMULA JANUARI 2011 UNTUK MENGERJAKAN UMRAH PADA BULAN RAMADAN TAHUN DEPAN...Terbuka untuk semua warga Taipan. Bendahari rasmi CDM Indawati. Jom bekerja kuat untuk mencari kekayaan di dunia dan di akhirat sana. Mudah2an hajat kita diperkenankan.Amin

Motivasi Harian

"Apabila otak tidak digunakan bagi memikirkan hal yg positif, maka otak secara automatik akan bekerja memikirkan hal yg negatif. Kerana otak tidak pernah berhenti berfikir"

Wednesday, August 25, 2010

Motivasi Harian


Jangan jadi seperti lalang, arah mana ditiup angin, ke situlah dia condong. Sebaiknya jadilah seperti karang di lautan walau di landa badai dan taufan, ia tetap tidak terusik dan terus teguh pendirian.Tambah kapsyen


Motivasi Harian


Jangan jadi seperti lalang, arah mana ditiup angin, ke situlah ia condong. Sebaliknya jadilah  seperti karang di lautan, walau dilanda badai dan taufan, ia tetap tidak terusik dan terus teguh pendirian.

Kejayaan Dan Kekayaan Suatu Tuntutan, Mencari Keredaan Allah Suatu Kewajiban

          Tahniah Akademi Taipan 181,
suatu platform terbaik untuk memberi dan mengajak warganya membuat anjakan hidup dengan visi dan misi yang jauh lebih murni untuk berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat jua. Tahniah untuk barisan kepimpinan Crown Diamond Manager Akademi Taipan 181 yg sentiasa bekerja keras, sentiasa berusaha memberikan idea terbaik dan memberikan pembaharuan kepada program2 akademi ini supaya sentiasa menarik minat warganya untuk menghadiri meeting sekaligus mematahkan pandangan kaku bahawa Ramadan bulan rehat dan bermalas2an.Program di Mines malam tadi sekali lagi membuktikan hakikat bahawa Akademi Taipan 181 sentiasa menghasilkan yg terbaik dari segala yg terbaik.

         Program Bicara Niaga terus dihadiri ratusan warganya termasuk orang baru. Barangkali kehadiran Ustaz Ghazali Ibrahim dari THTS turut menjadi faktor yg menarik minat mereka. "Kejayaan dan Kekayaan Suatu Tuntutan, Mencari Keredaan Allah Suatu Kewajiban"  dikupas dengan begitu jelas tetapi amat mudah sekali untuk difahami. Bersempena Ramadan Al Mubarak dan hari raya Aidil Fitri yg bakal menjelang tidak lama lagi, kata Ustaz Ghazali....

         Hari Raya Yg Hakiki ialah
1. Apabila setiap insan dalam tempoh 24 jam sehari semalam bebas dari melakukan sebarang dosa.
2. Mati dengan kesudahan dua kalimah syahadah, dalam keadaan diredhai Allah SWT
3. Selamat ketika melalui titian siratulmustaqim
4. Melangkah kakinya masuk ke syurga
5. Diberi peluang melihat wajah Allah ketika di syurga nanti.

        Ramadan Al Mubarak adalah hadiah paling istimewa kepada umat Islam kerana pada bulan tersebut digandakan segala amalan baik yang wajib mahupun yang sunat. Bandingkan ganjaran pahala antara solat bersendirian dan berjemaah di tanah air sendiri dengan solat di masjidilharam:

     Solat di Malaysia
Bersendirian.......1 pahala
Berjemaah..........27 pahala
5 waktu berjemaah....135 pahala

     Solat di masjidilharam Mekah
Bersendirian.......100,000 pahala
Berjemaah...........2,700,000 pahala
5 waktu berjemaah.....13,500,000 pahala
Ini menyamai 100,000 hari beribadah di Malaysia (13,500,000/135=100,000 hari)

Andainya usia kita sehingga 63 tahun ini bermakna:
(63 tahun X 365 hari= 22,995 hari)

Andainya kita bersolat berjemaah di masjidilharam selama 30 hari, ini bermakna ibadah solat kita menyamai
selama 8219 tahun di Malaysia. Bagaimana? Kirakan...
(13 500 000 X 30 hari= 405,000 000/135=3,000,000/365= 8,219 tahun.

      Kaya Di Dunia dan Kaya Di Akhirat
Inilah dunia kita dan inilah akhirat kita. Allah menyuruh kita mencari kebahagiaan di dunia dan Allah mewajibkan kita mencari kebahagiaan di akhirat sana.

      Visi dan Misi Melalui Rukun Islam
 Rukun Islam menjadi pegangan untuk umat Islam mencari erti kejayaan di dunia dan akhirat. Pengabdian kepada Allah bertunjangkan kalimah syahadah bahawa "Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", ibadah solat dan puasa adalah ibadah fizikal sementara zakat dan haji pula adalah ibadah yg menuntut kepada keperluan mencari material, barulah ia dapat dilakukan dengan sempurna. Andai difahami dengan baik, maka setiap umat Islam wajib mempunyai hala tuju yang lebih jelas untuk berusaha dengan bersungguh2 demi mencapai visi dan misi di dunia dan di akhirat. Di dunia hidup terarah demi  mencapai tingkat keredaan Allah di akhirat. Kata ustaz Ghazali lagi....
            
          "Buat yang realiti untuk mencapai yang fantasi"
      
       Masa selama satu jam ceramah yg disampaikan tak terasa, begitu cemburu waktu dengan kita, bagai tak puas mendengar bicara ilmu yg nmenusuk ke hati, makin banyak ilmu diberi makin banyak terasa kekurangan diri. Mudah2an kita sama2 berusaha meningkatkan kualiti ibadah demi meningkatkan martabat diri di sisiNya agar kita benar2 mampu menjadi mukmin sejati bagi memenuhi tanggungjawab hakiki di sisi Ilahi untuk meneruskan visi dan misi hingga ke dunia akhirat yg kekal abadi.

        Akademi Taipan 181 akan terus bersama anda semua, menggembeling tenaga mengajak umat dan bangsa bekerja dan berusaha untuk meningkatkan amalan mulia dan berusaha untuk membuat perubahan hidup yang lebih bererti dan bermakna. Sebelum Aidil Fitri yang akan menjelang dua minggu lagi, dua program yang tidak kurang hebatnya menanti kita semua ialah:

1.Program 'Aroma Terapi Minda' Zon Selatan di MITC Ayer Keroh Melaka pada Sabtu 29 Ogos jam 9.30  pagi. Dapatkan kad2 jemputan daripada pemimpin anda masing2.
2.Program 'Jom...Dapat Duit Raya Percuma' pada Selasa 31 Ogos jam 9.30 malam (Selepas terawih bertempat di dewan Hang Li Po Mines Resort, Seri Kembangan. Moood Raya pastinya....oleh itu sila      pakai baju raya dan  bawa kuih raya untuk dinikmati bersama.

          Akhir kalam untuk catatan kali ini, marilah sama2 kita rebut keampunan Allah SWT dan pahalaNya yg cukup besar seperti mana yg dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan yg masih bersisa selama dua minggu lagi.. Allah maha mendengar segala rintihan hambaNya. Marilah sama2 kita menjadikan Islam sebagai kompas dalam memandu perjalanan hidup kita demi memenuhi visi dan misi kita untuk berjaya di dunia dan berjaya di dunia yg kekal abadi di sana. Salam jumpa lagi.

Tuesday, August 24, 2010

Motivasi Harian

Hendak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara, Usaha Seribu Jaya

Fokus Fokus Fokus

          Fokus bermakna kita memberikan sepenuh tumpuan, daya tenaga, usaha dan kesungguhan kita kepada sesuatu matlamat yg hendak dicapai. Dengan memberikan lebih fokus terhadap sesuatu yg dilaksanakan, maka hasilnya pastilah lebih besar, lebih hebat dan lebih berganda. Apa yg ingin dicapai atau diimpikan pasti akan lebih cepat diperolehi, lebih mudah dan lebih senang berada di dalam genggaman.

          Fokus bermaksud mencurahkan segala perhatian, masa, fikiran, pengorbanan dan tenaga energy terhadap sesuatu perkara yg hendak dilaksanakan. Di dalam hidup kita, sebenarnya terlalu banyak perkara penting yg dilalui dan harus dilaksanakan. Jika kita mahu melakukan semuanya dalam satu masa secara serentak, maka kita tidak dapat memberikan tumpuan. Sedangkan semua itu belum tentu akan memberikan kebaikan maksima, pulangan terbaik atau hasil yg memberangsangkan.  Di sinilah pentingnya kita memberikan fokus. Pilih satu atau dua matlamat terpenting dalam hidup anda yg mahu anda capai dalam tempoh masa yg munasabah, maka selepas itu fokuslah kepadanya. Pasti akan lebih besar dan cepat hasilnya.

          Inilah yg sering dilaungkan oleh pemimpin2 Akademi Taipan 181 tentang FOKUS.... jika nak buat bersungguh2 dan meraih kejayaan besar, fokuslah kepada Hai O sahaja. Jangan semua nak buat, semua nak berjaya, semua nak hebat...macam mana lak tu?

          "Amway masih sayang, Tupperware dah lama berniaga, insuran pun bagus sebab customer dah ramai dan setia, unit trust pun bolehlah setakat dua tiga ribu, ejen loan pun ok sebab dapat komisyen tinggi!!!! Apa salahnya buat Hai O pula, tambah2 dengan kumpulan hebat ada akademi lagi, rugi kalau tak join sekali. Jika orang lain boleh berjaya, tentu aku juga boleh".

          Jika macam inilah tentu hasilnya sedikit bagi setiap satu dan tidak ada satupun yg benar2 memberikan hasil dan kejayaan besar. Seperti yg pernah disebut...." ternampak seekor anak ayam yg sangat cantik terus dikejar tetapi ketika mengejar itu ternampak pula anak ayam kedua yg juga sangat cantik lalu dikejar juga anak ayam kedua. Hasilnya kedua2 anak ayam tidak akan dapat dikeejarnya kecuali yg melekat di tangannya ialah tahi ayam". Itulah tujuan fokus. Salam Selamat Berbuka.

Monday, August 23, 2010

Transformasi Minda Melalui Program Aroma Terapi

      Kerja kuat. Itu mungkin kesimpulan yang boleh diambil terhadap kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang. Namun mungkin banyak lagi faktor lain yang membantu seseorang mencapai kejayaan. Bagi bidang perniagaan, saya yakin latar belakang membudayakan perniagaan banyak mempengaruhi kejayaan seseorang. Keluarga si Ah Chung yang mewarisi perniagaan sejak datuk neneknya berhijrah ke sini dahulu dan sehingga sekarang masuk generasi yang ketujuh, sudah tentu berbeza dengan si Abu yang baru belajar berniaga pada usia 40 tahun.

      Kalau begitu, apakah kita akan terus begini? Apakah kita akan terus jadi pembeli dan orang lain yang akan jadi peniaga? Apakah kita akan biarkan mereka terus mengaut keuntungan sementara kita hanya menjadi pembeli sampai bila-bila? Apakah kita akan terus beratur diluar bank, didepan mesin ATM untuk mengeluarkan wang dan berbelanja sebaik sahaja gaji dimasukkan kedalam akaun, sedangkan mereka beratur dengan poket penuh didalam bank untuk memasukkan wang mereka ke dalam akaun?

      Begitulah malangnya kita, Setiap saat kita kehilangan sesuatu daripada diri kita. Setiap saat bangsa kita kehilangan sesuatu yang berharga. Setiap saat negara sedang jatuh ke tangan orang lain! Tak percaya? Tengoklah tanah di kiri kanan rumah kita, dahulu tanah itu milik siapa dan sekarang milik siapa? Bukit yang diratakan, sekarang milik siapa dan siapa penghuninya.

      Tidur kita sentiasa lena, masih tidak sedarkan diri. Dan kita adalah pelupa yang terhormat. Lupa kepada janji. Lupa segala-galanya 
KK Ahad 22 Ogos

       Program Aroma Terapi Minda anjuran Akademi Taipan 181 di Mines Resort pada Sabtu 21 Ogos lalu tetap mendapat sambutan hangat di kalangan warganya. Begitu juga program yg sama di KK pada hari Ahad 22 Ogos yg dihadiri hampir 200 terapi. Elemen cahaya, lilin, bau2an, bacaan ayat2 suci AlQuran, irama muzik yg syahdu dan bunga2 kering memang mengasyikkan dan memukau para terapi yang datang.

Wah!!! Hebatnya CDM Kartini berucap..
700 terapi hadir di Mines Resort... Teruja!!!!
Meja pendaftaran... Tetamu akan dapat Door Gift.
CDM Suriati. Pengacara majlis di KK
         Cdm Shahrina memang mampu diangkat menjadi pengacara majlis yg sangat berbakat dalam akademi ini. Cetusan idea pembuka bicaranya mampu mengheret hadirin ke alam yg mempesonakan dgn kejutan kehadiran lebih 700 orang hadirin. Slot pertama yg dibawa oleh Reiki Master Faridah Mohd Ali diharap mampu memberi transformasi baru tentang perniagaan, kekayaan dan wang. Definisi dan penerimaan orang Melayu mesti diubah segera jika kita mahu terus maju.

Ubah pemikiran ubah kehidupan
       Program Aroma Terapi Minda di Sabah dilangsungkan di Dewan Samporna Tabung Haji jam 10 pagi. kehadiran penuh dewan mencecah 200 orang peserta. CDM Suriati diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis. Pembuka bicaranya padat dan ringkas, sebagai orang yg berpengalaman CDM Suriati bijak menyusun ayat barmain kata mengalu2kan hadiran. Slot pertama sama dengan di KL disampaikan oleh REIKI Master Faridah Mohd Ali dengan tajuk yg sama.

kehadiran 200 orang di terapi di KK
Fikir boleh pasti boleh!!!!
       Slot kedua yg dikelolakan oleh CDM Asiah sangat menarik dan memberikan kerehatan minda di samping menyelit mesej berguna tentang wang. Sementara slot ketiga yg dibawa oleh CDM Roshila tentang 'siapa kita' terus membuka mata hadirin, dengan pengiraan gaji bersih yg tidak seberapa, ke manakah masa depan anak2 dan keluarga kita. Dengan lonjakan harga barang dan kos sara hidup yg tak pernah turun, kita perlu mempunyai Plan B untuk mencari wang. Video2 selingan memang hebat dan memukau. Permainan ini tidak dilaksanakan di KK.

Awak dapat berapa? Saya bagi RM 10 dapat RM 50
Money games di Mines..... Seronoknya dapat duit
Perniagaan, Kekayaan dan Wang.... RM Faridah
Tiada Wang Hidup Terbuang.... CDM Siti Rahamah

           Slot kedua Program Aroma Terapi di KK diisi oleh CDM Siti Rahmah dengan tajuk yg sama. Kesedaran tentang keperluan kepada kewangan yg stabil untuk masa depan keluarga dan kejayaan gemilang bangsa berjaya diulas oleh pemimpin hebat ini walaupun dalam keadaan tidak berapa sihat. Penekanan tentang bimbingan dan latihan yg disediakan oleh Akademi Taipan 181 yg ditunjukkan melalui gambar2 dan video menambahkan keyakinan para hadirin.

CDM Hasnah,CDM Siti Ainon CDM Jurinah
Pemimpin2 Akademi Taipan di Sabah

          CDM Kartini tampil dengan slot ketiga tidak kurang menariknya, beliau mengajak hadirin melihat bukti2 kejayaan Akademi Taipan 181 melahirkan graduan2 yg berjaya, kaya dan mampu duduk serta berdiri sama tinggi dengan korporat bangsa lain. Dengan bukti pendapatan tahunan beliau dan suaminya sendiri untuk tahun 2007, 2008 dan 2009. Juga ditampilkan penyata tahunan CDM Roshila dan CDM Zefry untuk tahun 2007, 2008 dan 2009. Pendapatan CDM Sharina yang baru 2 tahun bersama akedemi ini mencecah lebih 500,000 membuatkan penonton bersorak teruja.
CDM Wan Mahazi, CDM Nasir dan CDM Syed

DDM Ramli dengan CCM Mahmud
Gembiranya terapi2 Taipan

        Di KK pula, hadirin sangat teruja dengan pendapatan CDM Hamsah berjumlah RM677,000 untuk tahun 2009, CDM Jurinah lebih 500,000, CDM Rosmah melebihi 480,000, CDM Hjh Masni melebihi 250,000, CDM Hjh Hasnah RM188,000 dan CDM Maidah 180,000 mereka juga memiliki rumah mewah kereta mewah dan beberapa aset yang lain.

        137 orang baru yg hadir di Mines memberi semangat dan momentum baru kepada warga Taipan yg turut hadir. Hati kembali berbunga, harapan kembali menerpa, impian kembali bersua."Jangan sesal gunung berlari, hilang kabut nampaklah ia". Di Sabah, seramai 37 orang baru hadir dengan minat menjadi ahli yg tak dapat disembunyikan lagi. Tahniah kepada barisan pimpinan Akademi Taipan 181 Sabah. Tahniah untuk semua yg menjayakan program Aroma Terapi Minda di KL dan KK. Sambutan terhadap program2 Akademi Taipan 181 terus hangat dan hebat. Salam dan jumpa lagi.

Sunday, August 22, 2010

Tak Sempat.....

       Program Aroma Terapi Minda di Mines sangat hebat tp belum sempat nak mengulas.... Sebaik habis jam 1.30 tenghari, aku segera bergegas pulang untuk mengambil anak dan menghantarnya ke USJ 25 ada tuisyen. Jalam jem terusk. Jam 2.45 baru sampai di At Tamimi International Islamic School, sekolah Irah dan Aisyah. Terus pulang ke rumah, terus bersiap kerana jam 4 petang, teksi akan datang menjemput ku untuk ke LCCT. Aku terbang lagi ke KK hari ini. Jam 6.30 ptg, aku dibawa terbang ke KK dengan Air Asia.

        Penerbangan dua setengah jam, aku terlena kerana kepenatan malam tadi tak tidur kerana menyiapkan slide video unruk Aroma Terapi Minda. Jam 7.30 petang, berbuka ala kadar atas flight....ala kadar dan tak selera...tapi syukurlah dengan rezekiNya. Selepas berbuka, aku kembali terlena sehingga AK5122 mendarat di KK. Ramainya orang...macam mana downline kata dah habis orang. Adakah mereka semua dah tahu pasal Hai O? Adakah mereka pernah dengar pasal Akademi Taipan? Adakah anda pernah berjumpa dengan mereka untuk berkongsi peluang hebat ini??

       CDM Hamsah dan CCM Mahmud sedia menanti di ruang legar, aku terua dibawa ke TTC center di Apartment University. Beberapa CDM sedia menunggu termasuk CDM Hjh Masni, CDM Maidah, CDM Hjh. Hasnah, DDM Ramlee kemudian turut hadir CDM Siti Rahmah dan DSM Tham. Inilah pemimpin harapan yang kekal setia dan terus bekerja untuk menjayakan warga Taipan Sabah. Perbincangan tentang persediaan program Aroma Terapi esok berlarutan hingga jam 12.30 mlm. Selepas minum, aku terus ke hotel. Penatnya tetapi tetap bersemangat.
       Pagi ini program yg sama akan diadakan di bangunan Tabung Haji KK...warga Taipan Sabah datanglah. Anda pasti terpesona dan membuka minda baru untuk membuat anjakan dan perubahan dalam hidup anda, demi anak2, demi keluarga, agama, bangsa dan negara. Ulasan tentang Program Aroma Terapi Minda di Mines akan aku sampaikan nanti. Petang ni jam 3.45 petang, aku terbang pulang ke KL. setakat ini masa penuh...tak sempat tak sempa tak sempatt. Salam untuk semua pembaca yg dikasihi.

Saturday, August 21, 2010

Kita Mudah Lupa....

           Perjumpaan dengan CDM dan DDM patut diadakan selalu. Betapa kita mudah mudah lupa, mudah leka dan mudah sejuk. Ada waktu dengan tahi ayam pun, kita lebih cepat sejuk berbanding najis ayam itu. Kenapa saya berkata demikian??? Pernahkah anda mendengar dialog perkongsian dengan usahaawan2 hebat di pentas Taipan 181 seperti dialog berikut?

"Saya baru join 8 bulan, jumlah pendapatan terkumpul saya RM80 ribu, Saya rasa begitu gembira dan tidak
menyangka bahawa ia begitu cepat mengubah kehidupan. Dengan pangkat DDM sekarang, saya akan terus berusaha dan bernekad akan muncul sebagai wira baru CDM pd hujung tahun ini."

"Dulu saya seorang kerani, saya tidak percaya kepada MLM kerana pada saya MLM hanya untuk menipu orang. Tetapi rupa2nya ia amat berbeza apabila saya bersama Akademi Taipan 181.Setelah 6 bulan join kumpulan ini bersama Hai O, pendapatan saya sudah mencecah RM48 ribu, terima kasih kepada upline dan CDM saya iaitu bla bla bla........ Inilah peluang terhebat, Hai O yg terbaik, Taipan yg terbaik, saya akan buktikan bahawa saya juga akan menjadi jutawan dalam kumpulan ini. Berjumpa anda di puncak kejayaan".

"Sebelum ini saya sangat fobia dengan MLM, saya tak suka bisnes cari2 orang. biar tak ada duit pun tak apa biar hati bahagia. Tetapi pandangan saya berubah sama sekali setelah anak saya jatuh sakit yg memerlukan saya mencari wang yg banyak dan ketika itulah saya berjumpa Hai O melalui kumpulan Taipan 181. Saya bersyukur setelah setahun dua bulan, saya telah banyak menyelesaikan hutang saya, anak saya pun mampu saya sediakan kos rawatannya. Saya yakin saya akan terus bersama kumpulan ini hingga ke puncak jaya."

" Saya sekolah tak tinggi, kerjapun kilang je, gaji pun tak tinggi juga, tapi saya selalu pelik melihat ada orang boleh pakai kereta mewah, duit banyak dan duduk di rumah besar. Walaupun saya sekolah tak tinggi tetapi impian saya tinggi. Saya terkejut bagai tersedar apabila saya bersama kumpulan Taipan, bahawa persoalan yg sering bersarang dalam fikiran saya macam mana orang boleh kaya rupa2nya jawapan itu ada dalam Taipan 181.Setahun bersama Hai O, kini saya sudahpun memandu BMW5.Series Saya bangga melihat kejayaan bumiputera dalam Taipan 181 dan saya berjanji tidak akan berpaling ke belakang lagi. CDM pasti dalam genggaman saya tidak lama lagi".

       Hakikat sebenarnya tidak ada jalan pintas dan jalan senang untuk berjaya apalagi menjadi kaya raya. Laluan berliku, bukit curam, cerun yg dalam, lautan apai, gunung nan tinggi dan pelbagai onak ranjau harus ditempuhi sebelum benar2 kita mampu berdiri di puncak kejayaan. Malahan menuju ke puncak kejayaan jauh lebih mudah berbanding mempertahankan kejayaan apabila sudah berada di puncak menara kegemilangan yang paling tinggi. Kita mudah lupa...ramai di kalangan penutur dialog2 di atas sudah melalui pelbagai rintangan dan ujian sehingga mampu berjaya pada tahap yg digenggamnya pada ketika itu, tetapi begitu ramai juga yg kecundang sebelum perjuangan selesai. Semangatnya hanya seketika, panasnya hanya sementara, ramai yg tewas di pertengahan jalan ketika mengharungi onak duri. Tiada yg semuanya indah, tiada yg semuanya manis. Adat berjuang, pahit getir itu pasti ada.

              Inilah yg menyebabkan kita mudah lupa apalagi jika kita jarang bergaul rapat dengan orang yg berjaya, tiada mentor, tidak mahu belajar, tidak mahu membetulkan diri, tidak mahu dibimbing dan asyik menyalahkan orang lain. Ucapan berkobar2 entah ke mana menghilang, impian tinggi digantung di pokok mangga depan pagar rumah, hasrat nak menjadi CDM (Crown Diamond Manager) dah bertukar menjadi
CDM (chek dok mahu). Ucapan bersyukur dah bertukar" saya menyesal masuk Hai O" Dulu berterima kasih kepada upline tetapi sekarang dah menyampah dengan upline. Atas pentas nak pakai Mercedes tapi selepas diuji "takpalah pakai wira je pun, sama2 besi juga".

        Kita memang pelupa, mudah lupa, cepat lupa atau buat2 lupa. Perlu sentiasa dibimbing, mesti sentiasa diingatkan, selalu diberikan motivasi. Jika tidak, seorang demi seorang gugur di pertengahan jalan. Bagi yg masih bertahan, teruskan perjuangan anda sampai bila2. Gantunglah impianmu setinggi bintang di langit. Hilang atau bertahan, kitalah yg menentukan bukan orang lain. Hanya anda yg mampu menjadikan diri anda siapa yg anda mahu.... Salam berjumpa lagi.

Friday, August 20, 2010

Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam

       Takut...Gementar...Fobia...Itulah alasan paling popular untuk mengelak diri apabila disuruh berbicara di khalayak ramai sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal. Persoalannya kenapa anda takut? kenapakah ada orang yang tidak takut dan boleh berbicara dengan cemerlang di hadapan ratusan ribu manusia. Kenapakah ada yg menggeletar lutut, merasa takut dan kelu lidahnya?

        Jawapannya mudah dan ia ada bersama2 anda.Yang penting anda perlu tahu mengolah ketakutan  dan mengubat ketakutan anda kerana cemerlang berbicara bukan lagi keistimewaan tetapi satu keperluan di dalam hidup.
Saya juga tidak berani bercakap di khalayak ramai pada asalnya. Dahulu saya selalu mengeluh, "Saya takutlah nak bercakap atas pentas ni..."

                    Mengendalikan Meeting Group di Stokis USJ 9 ketika berpangkat SSM

       Tetapi sedikit demi sedikit, saya belajar menutur bicara dan setiap kali nak berucap di khalayak ramai,  saya akan berlatih berucap di hadapan cermin. Saya akan buat berulang kali sambil memegang kertas yg mengandungi teks atau isi ucapan saya. Apanila diberi peluang, saya pasti akan mengambil peluang tersebut
kerana saya mahu melatih diri menjadi seorang pemidato yg baik.

                         Menjadi Speaker di Hari Anugerah ketika Berpangkat DSM

       Apabila saya bersama Hai O, saya sedar bidang perniagaan dan pemasaran serta nerwork memerlukan jalinan langsung dengan pelanggan serta downline. Saya sedar bahawa cemerlang berbicara adalah penting untuk perkembangan perniagaan berbentuk jaringan walaupun ia bukanlah syarat utama untuk berjaya. Oleh itu saya berusaha belajar memperbaiki ucapan dan kata bicara saya.

       Ketika berpangkat SSM saya sudah mula mengendalikan meeting dan business talk di stokis USJ 9. Dengan bimbingan berterusan dari upline CDM Kartini, saya dengan semangat dan keyakinan yg tinggi terus berusaha membina perniagaan ini. Dengan ruang kecil yg hanya boleh memuatkan 30 hingga 35 orang, meeting itu pada peringkat awal memang agk sukar.  Tetapi benar sungguh bagai sering didengar, 'belakang parang diasah lagikan tajam'. Kehadiran memang tak ramai, kadang2 10 orang, minggu berikutnya 12 orang atau 9 orang apalagi waktu itu untuk berjaya mesti menjual...begitulah seterusnya. Kemahuan dan keberanian saya mengendalikan group meeting sendiri menyebabkan business saya terus berkembang.

        Barangkali kerana keberanian itu, membuka ruang pertama saya untuk bercakap di pentas Hai O ketika masih berpangkat DSM, dipilih menjadi 'speaker' di Majlis Anugerah SM SSM di hotel Gold Coast Klang. Bermula daripada detik itulah, saya kemudiannya terus diberi peluang demi peluang untuk bercakap dan berucap di pentas2 Hai O, dalam meeting, business talk, road show, seminar dan kursus kepimpinan anjuran group. Semua kejayaan bermula dengan keberanian untuk mencuba. Tidak ada kejayaan dan kehebatan akan dicapai dengan sikap main2 dan sambil lewa.

        Saya suka berkongsi dengan anda semua bahawa 'pandai bercakap' bukanlah syarat utama untuk berjaya di dalam apa jua bidang tetapi ia sebenarnya satu kelebihan atau markah tambahan.  Bijak berbicara bukanlah satu anugerah tetapi bakat yang boleh diasah. Dari kaca menjadi permata, dari daun pegaga yg hanya tumbuh melata kemudian diekstrak sehingga dieksport ke peringkat antarabangsa, demikian juga dengan kita. Potensi besar yg ada dalam diri tidak patut dipersiakan begitu sahaja, Akademi Taipan 181 mampu merealisasikan  apa sahaja cita2 dan impian anda. Yg penting anda mahu dibimbing dan dijayakan.

       Jika anda mahu menjadi seorang pemidato atau speaker hebat, saya juga bersedia membimbing anda melalui akademi ini. Saya akan mengadakan kelas2 dan tutorial tahap demi tahap sehingga anda berani tampil ke depan dengan penuh gaya dan keyakinan. Saya kongsikan dengan pembaca sekelian, beberapa gambar peribadi saya melatih diri sendiri berucap di khalayak sehingga sekarang saya berani berdiri di hadapan ratusan malahan ribuan pendengar. Dan saya terus bercita2 untuk menjadi speaker, profesional tranner dan pakar transformasi masyarakat yg mana kesemuanya akan saya teruskan melalui Akademi Taipan 181.

                                            Menjadi Speaker Untuk Moving Up Seminar

      Andalah satu2nya manusia dalam dunia ini yg mampu mnggunakan kebolehan diri anda sendiri!
Salam, Insyaalah kita berjumpa lagi untuk catatan seterusnya.