Menunggu waktu berbuka, ku buka laptop hadiah baru daripada suami kerana kegilaan baru sebagai blogger..wah melalui Akademi Taipan 181 banyak yang tak pandai sebelum ini dah jadi pandai. masa 40 minit sebelum berbuka, baik coretkan sesuatu menyuntik semangat membara untuk diriku sndiri juga untuk berkongsi dengan anda semua.
LOYALTY KEPADA HAI O......
Bagaimana saya boleh bertahan selama 8 tahun?? Semasa cabaran hebat pada awal tahun 2006, kedudukan sangat getir dan memberikan ujian besar kepada saya. Ketika itu semua downline saya dah tak mahu buat Hai O, keseluruhan network saya mati, hilang dan tenggelam entah ke mana. Pendapatan bulanan saya yang berpuluh ribu turun kepada belasna ribu dan terus turun menjunan kepada empat angka setiap bulan.
Ketika itu saya perlu mandapatkan pendapatan paling sedikit sekitar RM7 ribu hingga RM10 ribu sebulan untuk membayar Camry dan rumah yang saya diami kini. Kedua2nya hampir RM5 ribu. Dalam segala kepayahan, fikiran saya tidak kelam, semangat saya tetap membara dan saya sedar walau bagaimana pahit sekalipun, akan saya telan jua. Berundur ke belakang tidak sama sekali. Saya terpaksa berjuang bersendirian dengan sokongan padu upline CDM Kartini dan CDM Kamaruddin.
Saya terus bertahan dan terus fokus kepada kerja2 di dalam MLM iairtu menaja, menjual, memberi service, membina dan menghadiri meeting. Ketika itu jugalah pelbagai MLM baru dan lama datang, egen insuran dan palbagai skim datang menghulur peluang...jawapan saya TIDAK, saya sudah ada Hai O. Syukurlah, saya tidak pernah hilang pertimbangan. Keyakinan saya kepada Hai O sedikitpun tidak tergugat. Saya sangat yakin bahawa kesusahan ini hanya sementara sekadar mahu menguji saya sam aada kuat atau tidak.
Tidak berapa lama kemudian, perniagaan saya naik semula. Beberapa orang leader hebat baru muncul dalam network saya sementara beberapa pemimpin lama yg hilang muncul semula. Pendapatan naik melonjak kembali, group terus berkembang, network mula menjalar keluar dari wilayah KL. Saya mula tidak menang tangan, setiap hari penuh appoiment. Pemimpin2 CDM baru muncul satu persatu.
Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kalau tak melata bukti yang nyata, rugi tak terkata kalau kita tak beria menggali peluang yang tersedia di depan mata. Hidup yang biasa2 berubah menjadi luar biasa. Tidak ada kegagalan di dalam Hai O, cuma cepat atau lambat, itu hanya ujian untuk kita kerana Tuhan sangat sayang kepada kita kerana Dia tidak mahu kita lupa diri sebaliknya menghargai segala nikmat yang diberi.
"Semakin Peka tGelap Malam, Semakin Terserlah Kerdipan Bintang
Semakin Getir Cabaran Yang datang, Semakin Memancar Kehebatan Seseorang."
"Jadilah Benih Yang Bernas, Walau Seribu Tahun Dijemur Panas, Digetas Digetus Binatang
Buas, Namun Tetap Tumbuh Mencetus Tunas."
Bersyukurlah loyalty kepada Hai O mmbolehkan saya terus menikmati kejayaan demi kejayaan, kegemilangan demi kegemilangan dicipta sejak 8tyahun lalu. Apapun cabaran dan dugaan walau sepahit mana sekalipun, teruslah setia dan bertahan. Ujian ketika ini hanya perulangan dari keperitan yang lalu. Percayalah, ia hanya sementara.
Anak2 dan suami mula mengelilingi meja dan bersedia untuk berbuka. Selamat berbuka, bersyukurlah dengan segala rezeki anugerahnya. Tidak terhitung nikmat melalui Hai O. Kita berjumpa lagi, salam.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.