Wednesday, August 18, 2010

MLM...Semangat Mesti Sentiasa Membara Dan Menyala

          Akademi Taipan 181 bergemuruh lagi di Mines Resort malam tadi, ramai orang baru hadir, orang lama lagi ramai hadir dan CDM juga lebih ramai yg hadir berbanding beberapa sesi sebelum ini. Semua memakai merah hitam...warna yg sentiasa menyalakan apai semangat Taipan. Waktu menyanyipun berbeza, air muka pun cerianya berbeda, bunyi tepuk tangan dan lenggokpun nyata tak sama, sungguh benar bagai dikata bahawa bisnes MLM adalah bisnes semangat. Ia bagaikan momentum, mesti sentiasa menyala, jikapun ia tidak menyala2 tetapi pastikan baranya tetap ada, andai dibaling kayu api ia pasti akan terbakar akhirnya.
        

Busines lesu kerana kita lesu, bisnes tak naik sebab kita menurun, bisnes layu kerana kita layu, downline tak ghairah kerana kita hilang ghairah, bisnes tidur kerana kita tidur dan bisnes lembik kerana kita yg lembik. Downline akan ikut kita, downline akan tengok kita, downline akan menilai kita. Inilah dublikasi yg kita bawa dalam bisnes. Semuanya di tangan kita. Kitalah yg menentukan hala tujunya.Kitalah pilotnya, kitalah kepala gerabak keretaapinya, pendek kata semuanya kita.
          Melihat kepada suasana malam tadi, memang tak dapat disangkal lagi bahawa semua CDM, DDM, DSM, SSM, SM, TT baru dan prospek mesti sentiasa excited. Baru bisnes boleh hidup, baru demo boleh close, baru berniaga boleh naik. Datang meetingpenuh excited, jumpa upline penuh excited, jumpa downline penuhexcited, jumpa prospek penuh excited, buat demo penuh excited, pergi stokis penuh excited, jawab telefon penuh excited dan segala2nya sentiasa penuh excited. Dan semuanya bermula dengan kita.
          Terima kasih kepada En Kamarulzaman, Penasihat Hai O yg menyampaikan slotnya malam tadi dgn sangat baik. MLM melalui Hai O akan menjadi teras kejayaan orang Melayu dalam perniagaan ini, Tahniah kepada Akademi Taipan 181 yg menjadi platform paling baik untuk menjana perubahan hidup. Tahniah dan terima kasih juga kepada yg sharing malam tadi terutama DSM Fidell Aziz dr Kuantan, tiga bulan bersama AT 181 mengumpul pendapatan lebih RM25 000. Juga kepada DDM Norbaiti Ismail dari Tanjung Karang Selangor. Teruskan perjuangan hebat anda.
  

       Tahniah juga kepada MC tetap hebat Taipan, DDM Khairul Nizam yg menghidupkan suasana meeting, inilah permata2 baru yg akan terus digilap oleh akademi ini. Juga kepada semua pemimpin tertinggi CDM yg terus menjunjung slogan Bersama dan Bersatu bukan sekadar ucapan di bibir tetapi benar2 direalisasikan. Teruslah bekerja sebagai satu pasukan padu dan mantap demi menuju matlamat gemilang melalui Akademi Taipan 181. Salam
     



 .
         

1 comment:

  1. salam CDM hebat yg dikagumi.. harap disatu masa nanti, projek aroma terapi akan diplankan di kuantan ok...

    kami di kuantan amat teruja dgn kehebatan taipan lembah klang..target kami agar taipan kuantan akan berkembang pesat seperti di sana jugak sedikit masa lagi..

    tq.. err sedikit pembetulan pd nama: fidell faiz.. tq hehe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.