Fokus bermakna kita memberikan sepenuh tumpuan, daya tenaga, usaha dan kesungguhan kita kepada sesuatu matlamat yg hendak dicapai. Dengan memberikan lebih fokus terhadap sesuatu yg dilaksanakan, maka hasilnya pastilah lebih besar, lebih hebat dan lebih berganda. Apa yg ingin dicapai atau diimpikan pasti akan lebih cepat diperolehi, lebih mudah dan lebih senang berada di dalam genggaman.
Fokus bermaksud mencurahkan segala perhatian, masa, fikiran, pengorbanan dan tenaga energy terhadap sesuatu perkara yg hendak dilaksanakan. Di dalam hidup kita, sebenarnya terlalu banyak perkara penting yg dilalui dan harus dilaksanakan. Jika kita mahu melakukan semuanya dalam satu masa secara serentak, maka kita tidak dapat memberikan tumpuan. Sedangkan semua itu belum tentu akan memberikan kebaikan maksima, pulangan terbaik atau hasil yg memberangsangkan. Di sinilah pentingnya kita memberikan fokus. Pilih satu atau dua matlamat terpenting dalam hidup anda yg mahu anda capai dalam tempoh masa yg munasabah, maka selepas itu fokuslah kepadanya. Pasti akan lebih besar dan cepat hasilnya.
Inilah yg sering dilaungkan oleh pemimpin2 Akademi Taipan 181 tentang FOKUS.... jika nak buat bersungguh2 dan meraih kejayaan besar, fokuslah kepada Hai O sahaja. Jangan semua nak buat, semua nak berjaya, semua nak hebat...macam mana lak tu?
"Amway masih sayang, Tupperware dah lama berniaga, insuran pun bagus sebab customer dah ramai dan setia, unit trust pun bolehlah setakat dua tiga ribu, ejen loan pun ok sebab dapat komisyen tinggi!!!! Apa salahnya buat Hai O pula, tambah2 dengan kumpulan hebat ada akademi lagi, rugi kalau tak join sekali. Jika orang lain boleh berjaya, tentu aku juga boleh".
Jika macam inilah tentu hasilnya sedikit bagi setiap satu dan tidak ada satupun yg benar2 memberikan hasil dan kejayaan besar. Seperti yg pernah disebut...." ternampak seekor anak ayam yg sangat cantik terus dikejar tetapi ketika mengejar itu ternampak pula anak ayam kedua yg juga sangat cantik lalu dikejar juga anak ayam kedua. Hasilnya kedua2 anak ayam tidak akan dapat dikeejarnya kecuali yg melekat di tangannya ialah tahi ayam". Itulah tujuan fokus. Salam Selamat Berbuka.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.