Setahun mengembara, kini bertemu Al Mubarak yg baru. Moga bertambah sejahtera dan meningkatkan keimanan kita mengikuti mahmudah yg dimadah Ilahi ini. Sewajarnya kedatangan Ramadan dirai dengan penuh kesyukuran, bukannya dgn mengeluh dan berat hati.Selain bergembira kerana akan menyambut AidilFiitri, tetapi sewajarnya kita merasa gembira kerana hakikat Ramadan terlalu besar nikmat anugerah bulan mulia ini.
Dlm setahun 365 hari, hanya30 hari Ramadan bersama kita.Kesempatan 30 hari itu harus dimanfaatkan sebaik2 mungkin kerana andai ia terlepas, kita tidak akan memperolehi lagi kecuali pada tahun hadapan dgn andaian umur kita masih panjang. Hakikat sebenarnya tempoh 30 hari itu adalah masa paling bermakna utk kita merawat Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek(JERI).
Andai dapat menamatkan 30 juzuk AlQuran, inilah amalan yg dijanjikan pahala berganda bagi setiap huruf yg dibaca.Jika tidak mampu menamatkan berseorangan, kita boleh mengagihkanjuzuk2 tertentu kepada suami, isteri, ibu,anak2 dan pembantu rumah kita. Amalan memuhasabah diri, menilai semula amalan yg sudah kita lakuykan, menilai kedudukan diri di sisi Ilahi, kebaikan yg kita lakukan, keburukan dan sifat cela yg masih bersarang dlm diri dan penghujung kehidupan yg bakal kita lalui.
Ramadan adalah bulan mendidik JERI. Bulan yg menumpahkan seribu rahmat dan menganugerahkan berjuta kelebihan bagi yg benar2 memanfaatkannya.Solat terawih berjemaah menjanjikan pahala yg berlipat kali ganda. marilah kita berazam untuk mengerjakan penuh utk 30 hari secara berjemaah. Amalan bersedekah, berzakat, memberi makan kpd fakir miskin dan bersedrhana dalam makan dan minum menjanjikan pahala yg amat besar. Demikian juga dgn amalan bermaaf2an serta bersilaturrahim adalah perbuatan yg sangat dituntut bagi melapangkan hati dan membebaskan diri dari sengketa. Inilah amalan2 yg mampu merawat penyakit2 yg bersarang dalam diri akibat ketidakharmonian unsur JERI pada diri kita. Ramadanlah yg akan merawat ketidakseimbangan ini, barulah kesejahteraan keseluruhan akan harmoni dan sempurna.
Marilah kita berazam dan berdoa di dlm hati untuk mengambil peluang Ramadan yg penuh keberkatan ini untuk belajar memproses diri bagi menjadi manusia baru apabila Ramadan melabuhkan tirainya.Mudah2an inilah Ramadan kita yg terbaik. Andai kita tidak berkesempatan bertemu Ramadan yg akan datang (andainya kita sudah kembali padaNya), kita sudah berpuas hati kerana kali ini kita dapat meraikan Ramadan yg terbaik dalam hidup kita. Salam Ramadan AlMubarak.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.