Sunday, August 15, 2010
MONEY MONEY MONEY
Semalam berada di KK bersama Warga Taipan Sabah. Jam 11 pagi sampai di TTC University Apartment. Walaupun masuk hari ke4 bulan Ramadah, aku lihat mereka terus bersemangat. Center yang dihadiri lebih kurang 120 orang warga Taipan, bersorak bila aku sampai. Janji ku penuhi untuk bersama mereka kerana tidak dapat hadir pada Program Road Show pd 31 Julai yg lalu.
Puasa tidak menghalang, semangatku tetap kental, kemahuanku tetap mambara dan menyala2. Apa lagi melihat kemahuan Warga Taipan Sabah yg begitu dahagakan ilmu untuk berjaya. Tajuk MONEY MONEY MONEY memang sedikit berbeza dengan slot pengukuhan yg selalu ku buat sebelum ini. Ramai yg memberi komen bahawa mereka selama ini tidak sedar bahawa mereka sepatutnya lebih mengenali sifat wang, kemahuan wang, apa yg mereka patut lakukan supaya wang lebih senang masuk, menyebut saranan wang, mengasihi wang dengan menciumnya setiap hari.
MONEY IS ENERGY..... itu sifat wang yang paling penting difahami. Wang itu penuh bertenaga, oleh itu ia akan datang kepada orang yang bertenaga, bersungguh2, bersemangat, berkobar2, semangat yang menyala dan membara, berani, positif, yakin, percaya, tidak berputus asa, gigih, rajin, buar hari2, tidak kecewa, istiqamah dan mempunyai kemahuan yg kuat. Sebaliknya wang tidak akan datang kepada orang yg lemah, lembik, malas, negatif, tidak yakin, tidak percaya kepada diri sendiri, tidak bersungguh2, mudah berputus asa, mudah kecewa, takut, suka membuang masa, selalu memberikan alasan, tiada impian besar, hangat2 tahi ayam dan segala sifat buruk yang lain. Jelaslah kenapa wang tidak datang kepada kita.
Ramai juga yg tersedar bahawa mereka mahukan kekayaan tetapi rupanya selama ini minda mereka masih miskin, sedangkan semuanya bermula dari pemikiran. Ubah pemikiran ubah kehidupan, biar miskin harta tetapi jangan miskin minda, jangan takut tidak berharta tetapi takutlah jika tidak bercita2 untuk menjadi kaya adalah antara beberapa kata2 azimat yg patut kita renungkan bersama. Formula kejayaan pula menyimpulkan
FIKIRAN.>RASA>TINDAKAN>HASIL
Jelas bahawa semuanya bermula dari pemikiran. Inilah yg banyak tidak disedari oleh sahabat2ku di dalam perniagaan ini. Barangkali inilah juga puncanya mengapa bisnes tak berapa menjadi, prospek tak jadi masuk, dah masuk tak jadi pula, dah masuk buat sekerat jalan dan lain2 hal yang menyebabkan makin ramai yg kecewa. Aura Rezeki pula tidak digunakan sepenuhnya, malahan ramai sekali yang tidak menyedari bahawa setiap dari kita mempunyai 7 cakra yg menjadikan seseorang itu hebat luar biasa dan mampu menjadi MAGNET WANG. APA??? MAGNET WANG??? " Rupanya kita boleh menjadi Magnet Wang??? Wah!!! Makin ramai yg terbeliak biji mata. Rupanya kita boleh menjadi Magnet Wang yang boleh menarik wang masuk setiap hari. Bagaimana caranya? Seronoknya kalau boleh jadi seperti itu".
Tiga jam bercakap tanpa henti...aku tetap bersemangat. Letih dan penat telah tak terasa, haus dan dahaga tidak menjelma, yg ada adalah semangat yg sentiasa membara untuk membantu seberapa ramai warga Taipan terus berjaya. Inilah kepuasan yg tidak terhingga yg sukar diungkap dengan kata2. Aku berjanji minggu hadapan aku akan datang lagi bersama upline mereka CDM Kuyah.
Terima kasih kepada CDM Hamsah dan CCM Mahmud yg menjemput ku di airport. Tahniah juga kepada CDM Jurinah, CDM Hjh Masni, CDM Rosmah serat DDM Julasbi, CDM Siti Rahmah dan DSM Tham, CDM Maidah, CDM Suriati, CDM Siti Ainun, CDM Hjh Hasnah, CDM Haison dan semua pemimpin hebat Taipan Sabah. Teruskan usaha anda semua.
Penerbangan pulang ke KL dgn AK5356 jam 3.45 ptg selama dua setengah jam tidak terasa. Setiap minggu aku terbang ke sana ke mari untuk memberi semangat, ilmu dan motivasi. Bisnes MLM adalah bisnes semangat. Semangat mesti sentiasa menyala2, jika tidakpun menyala pastikan baranya tetap ada, jika dibaling puntung kayu pasti ia akan tetap terbakar. Aku tiba di LCCT pada jam 6.40 ptg dan sampai di rumah ketika azan waktu berbuka sudah dilaungkan. Syukur dapat menjamah rezeki bersama anak2 yang setia menanti. Dzul pula tiba dari KB dgn firefly jam 11.45 mlm tadi. Jumpa lagi salam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam,
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi CDM Faridah yang di kasehi ada masa jemputlah datang lagi ke sabah, kami warga taipan tetap menunggu setiap detik dan saat kerana didikan yang terbaik CDM yang pastinya tetap membuatkan kami bersemangat membara. Go Go GO TAIPAN .....I Lo>>>>VE>>>>MONEY..