suatu platform terbaik untuk memberi dan mengajak warganya membuat anjakan hidup dengan visi dan misi yang jauh lebih murni untuk berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat jua. Tahniah untuk barisan kepimpinan Crown Diamond Manager Akademi Taipan 181 yg sentiasa bekerja keras, sentiasa berusaha memberikan idea terbaik dan memberikan pembaharuan kepada program2 akademi ini supaya sentiasa menarik minat warganya untuk menghadiri meeting sekaligus mematahkan pandangan kaku bahawa Ramadan bulan rehat dan bermalas2an.Program di Mines malam tadi sekali lagi membuktikan hakikat bahawa Akademi Taipan 181 sentiasa menghasilkan yg terbaik dari segala yg terbaik.
Program Bicara Niaga terus dihadiri ratusan warganya termasuk orang baru. Barangkali kehadiran Ustaz Ghazali Ibrahim dari THTS turut menjadi faktor yg menarik minat mereka. "Kejayaan dan Kekayaan Suatu Tuntutan, Mencari Keredaan Allah Suatu Kewajiban" dikupas dengan begitu jelas tetapi amat mudah sekali untuk difahami. Bersempena Ramadan Al Mubarak dan hari raya Aidil Fitri yg bakal menjelang tidak lama lagi, kata Ustaz Ghazali....
Hari Raya Yg Hakiki ialah
1. Apabila setiap insan dalam tempoh 24 jam sehari semalam bebas dari melakukan sebarang dosa.
2. Mati dengan kesudahan dua kalimah syahadah, dalam keadaan diredhai Allah SWT
3. Selamat ketika melalui titian siratulmustaqim
4. Melangkah kakinya masuk ke syurga
5. Diberi peluang melihat wajah Allah ketika di syurga nanti.
Ramadan Al Mubarak adalah hadiah paling istimewa kepada umat Islam kerana pada bulan tersebut digandakan segala amalan baik yang wajib mahupun yang sunat. Bandingkan ganjaran pahala antara solat bersendirian dan berjemaah di tanah air sendiri dengan solat di masjidilharam:
Solat di Malaysia
Bersendirian.......1 pahala
Berjemaah..........27 pahala
5 waktu berjemaah....135 pahala
Solat di masjidilharam Mekah
Bersendirian.......100,000 pahala
Berjemaah...........2,700,000 pahala
5 waktu berjemaah.....13,500,000 pahala
Ini menyamai 100,000 hari beribadah di Malaysia (13,500,000/135=100,000 hari)
Andainya usia kita sehingga 63 tahun ini bermakna:
(63 tahun X 365 hari= 22,995 hari)
Andainya kita bersolat berjemaah di masjidilharam selama 30 hari, ini bermakna ibadah solat kita menyamai
selama 8219 tahun di Malaysia. Bagaimana? Kirakan...
(13 500 000 X 30 hari= 405,000 000/135=3,000,000/365= 8,219 tahun.
Kaya Di Dunia dan Kaya Di Akhirat
Inilah dunia kita dan inilah akhirat kita. Allah menyuruh kita mencari kebahagiaan di dunia dan Allah mewajibkan kita mencari kebahagiaan di akhirat sana.
Visi dan Misi Melalui Rukun Islam
Rukun Islam menjadi pegangan untuk umat Islam mencari erti kejayaan di dunia dan akhirat. Pengabdian kepada Allah bertunjangkan kalimah syahadah bahawa "Tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah", ibadah solat dan puasa adalah ibadah fizikal sementara zakat dan haji pula adalah ibadah yg menuntut kepada keperluan mencari material, barulah ia dapat dilakukan dengan sempurna. Andai difahami dengan baik, maka setiap umat Islam wajib mempunyai hala tuju yang lebih jelas untuk berusaha dengan bersungguh2 demi mencapai visi dan misi di dunia dan di akhirat. Di dunia hidup terarah demi mencapai tingkat keredaan Allah di akhirat. Kata ustaz Ghazali lagi....
"Buat yang realiti untuk mencapai yang fantasi"
Masa selama satu jam ceramah yg disampaikan tak terasa, begitu cemburu waktu dengan kita, bagai tak puas mendengar bicara ilmu yg nmenusuk ke hati, makin banyak ilmu diberi makin banyak terasa kekurangan diri. Mudah2an kita sama2 berusaha meningkatkan kualiti ibadah demi meningkatkan martabat diri di sisiNya agar kita benar2 mampu menjadi mukmin sejati bagi memenuhi tanggungjawab hakiki di sisi Ilahi untuk meneruskan visi dan misi hingga ke dunia akhirat yg kekal abadi.
Akademi Taipan 181 akan terus bersama anda semua, menggembeling tenaga mengajak umat dan bangsa bekerja dan berusaha untuk meningkatkan amalan mulia dan berusaha untuk membuat perubahan hidup yang lebih bererti dan bermakna. Sebelum Aidil Fitri yang akan menjelang dua minggu lagi, dua program yang tidak kurang hebatnya menanti kita semua ialah:
1.Program 'Aroma Terapi Minda' Zon Selatan di MITC Ayer Keroh Melaka pada Sabtu 29 Ogos jam 9.30 pagi. Dapatkan kad2 jemputan daripada pemimpin anda masing2.
2.Program 'Jom...Dapat Duit Raya Percuma' pada Selasa 31 Ogos jam 9.30 malam (Selepas terawih bertempat di dewan Hang Li Po Mines Resort, Seri Kembangan. Moood Raya pastinya....oleh itu sila pakai baju raya dan bawa kuih raya untuk dinikmati bersama.
Akhir kalam untuk catatan kali ini, marilah sama2 kita rebut keampunan Allah SWT dan pahalaNya yg cukup besar seperti mana yg dijanjikan Allah kepada kita pada Ramadan yg masih bersisa selama dua minggu lagi.. Allah maha mendengar segala rintihan hambaNya. Marilah sama2 kita menjadikan Islam sebagai kompas dalam memandu perjalanan hidup kita demi memenuhi visi dan misi kita untuk berjaya di dunia dan berjaya di dunia yg kekal abadi di sana. Salam jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.