Macam-macam cerita, macam-macam gaya, macam-macam pengalaman. Inilah antara seronoknya berniaga dengan Akademi Taipan 181. Petang semalam, Majlis Berbuka Puasa Taipan 181 telah diadakan di TTC USJ 9. Bermula jam 6 petang tetamu warga Taipan mulai hadir. Seperti yg diminta, mereka datang membawa keluarga. sanak saudara, downline dan ada juga yg membawa prospek.
|
wah meriahnya...macam kenduri kahwin |
Dua buah khemah berwarna merah putih yg dibina terasa seperti majlis kenduri besar. Ada juga pelanggan bank yang datang ke ATM yg bertanya,"Ada orang kahwin ke"? Ada juga yg bertanya "majlis apa ni"? Maklumlah kawasan itu agak sibuk sebagai pusat perniagaan, banyak bank, klinik, pusat tiusyen, klinik, restoran, butik, kopitiam dan macam-macam perniagaan.
|
macam-macam juadah | | |
Inilah keluarga besar Taipan 181, setiap program yg dianjurkan sentiasa mendapat sambutan. Sokongan padu pemimpin-pemimpin dan seluruh warganya sentiasa menghangatkan program-program Akademi Taipan 181. Hari pun meriah, tetamu makin ramai, semua membawa 'pot luck', ada yg bawa mee hoon, karipap, bubur, mee goreng, buah-buahan, kek, kuih lapis, apam balik, buah melaka, roti john, puding gula hangus, puding gula tak hangus. Ramai juga yg membawa lauk pauk sebagai tambahan kepada lauk yg sedia ada seperti daging masak kunyit, ayam bakar, daging goreng, telur dadar, telur masin, kerabu mangga dan lain2 lagi . Pendek kata macam-macam ada.
|
Menjamu selera mengikut pilihan hati |
Sewaktu azan dilaungkan, mereka mula berbuka, ada yg duduk bersila atas tikar di kaki lima, ada yg duduk di kerusi dengan downline, ada yg duduk dengan emak dan ada yg duduk dengan sideline. Selepas berbuka mereka naik mengerjakan solat maghrib di TTC 1. Selepas solat ada yg menyambung makan, ada yg terus ke masjid, ada yg balik, ada yg bersembang bertukar cerita dan berkongsi rasa. Pendeknya macam-macam ada di Taipan 181.
|
Muda tua kanak-kanak ikut serta |
Semoga keluarga besar Taipan 181 terus kekal bersama dan bersatu, terus mengekalkan semangat kekeluargaan dalam berniaga mencari kejayaan dan kehebatan. Di dalam Akademi Taipan 181, macam-macam ada cerita kejayaan yg sangat menarik untuk dikongsikan dengan semua warganya. Tahniah. Salam dan berjumpa lagi untuk catatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.