Saturday, October 30, 2010

Aku Rindukan Sambal Belacan dan Budu...

Pembuka selera
Ada budu, ikan bakar, ulam2an, ikan goreng...sedap
Tomyam udang pun ada
Geng Kelantan bergambar di rumah ku sebelum ke KLIA
CDM Wan Suriani, DSM Nik Noriah dan Kak Zah
Berseleranya CDM Fazlan
Seronok berkumpul sambil menjamu selera
           Assalamualaikum. Salam rindu, salam semut, bertemu lagi dan salam buat warga AT 181 dan peminat2 blogspot yang dikasihi sekelian. Kami selamat tiba di KLIA pada jam 2.45 petang semalam. Penerbangan selama enam jam daripada Doha agak memenatkan. Tetapi kerinduan sudah mula terasa sejak mula melangkah keluar daripada Swissotel, Hotel & Resort tempat kami menginap di Zurich.

          Trip perjalanan selama enam hari bersama 90 orang Warga AT 181 tajaan Hai O Merketing memang menyeronokkan. Ada yang kata happy, ada yang sebut gembira, ada yang sebut enjoy, ada yang kata terbaik berbanding trip yg sebelumnya. Yang pertama kali melancong percuma berkata "Sungguh tak sangka boleh sampai ke negara yang indah ini". Ada juga yang dah biasa berjalan entah ke berapa kali dengan Hai O merasa biasa2 aje tetapi tetap teruja. Memang seronok.

          Ada yang berbelanja sakan membeli jam tangan Rolex berharga puluhan ribu, ada yang berbelanja sampai RM50 ribu untuk jam sahaja, membeli jenama Bally juga beribu2 dan pelbagai barangan lain. Dunia shopping orang2 Hai O memang hebat. Ada juga yang tak cukup wang, menyesal buat main2 dan tak mampu membawa wang yang banyak.

         Berjalan memang puas, shopping pun berhabis2an. Tetapi kerinduan kepada makanan Malaysia paling terasa...hari kedua dah rindukan nasi lemak, nasi berlauk (orang Kelantan terutamanya), budu, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan goreng, ikan singgang, nasi dalca(Penang), roti canai, nasi kerabu, teh tarik dan lain2. Mana mungkin perut Melayu nak makan hot dog, burger, pasta, wafel kek, roti dan sandwich setiap hari. Benar2 terasa "Aku rindukan sambal belacan dan budu".
      
         Sampai saja di KLIA, selesai solat dan mengambil beg, hampir 25 orang terus menuju ke rumah CDM Kartini dan CDM Kamaruddin. Geng Kelantan CDM W. Suriani, CDM Fazlan, , DDM Abg Lid, DSM Cikgu Shukri, CDM Fitri, CDM Norita dan suami, Pn Minarni, DSM Roslina, CDM Kepten Jai dan CDM Haryati, CDM Roshila, CDM Zaifrey, dan geng Sarawak dan ramai lagi.

          Waaa...baik punya rezeki. Menikmati tomyam udang, ikan goreng, ikan tawar cicah budu dan sambal belacan, ulam petai, pucuk ubi, mentimun, buah kerdas, jagung muda dan lain2 ulam Melayu. Terdapat juga ayam goreng special. Makan macam setahun tak berjumpa. Ada yang dua kali tambah tetapi ada juga yang sampai empat kali tambah. Puas hati...kerinduan berakhir di situ. Budu juga yang dicari, sambal belacan juga yang dimahukan. 



          Selepas makan, barulah kami bersurai dan pulang ke rumah masing2. CDM fitri pulang ke Penang dengan penerbangan jam 7.30 petang, sementara geng Kelantan dengan MAS jam 10.30 mlm. Pulang dari Swirzerland dengan seribu kenangan indah. Yang pahit tetap ada tetapi lupakan demi hidup yang lebih indah dan gemilang. Berjumpa esok di TTC 1 USJ 9 dalam Bicara Orang2 Suksess jam 9.30 pagi. Mungkin ada ole2 dari Switzerland dari upline anda.

Saturday, October 23, 2010

Insyaallah, Kita Akan Berjumpa Lagi


          Kami ke Switzerland tak lama, hanya 6 hari sahaja. Jadi selama 6 hari ini, blog ini tidak akan mempunyai catatan baru. Insyaallah, ada masa dan ruang, kita akan berjumpa lagi. Terima kasih kerana menjadi pengunjung setia blog ini.

          Saya sangat menghargai sokongan anda semua. Saya berada di sini kerana anda. Saya hebat berdiri kerana anda. Dan saya akan terus berjuang bersama Akademi Taipan 181 demi anda.
Salam.CDM Faridah dan CDM Dzulfauzilah.
4.49 pm sebelum keluar dari rumah menuju ke KLIA.

Pengumuman

Kami berangkat ke Switzerland jam 6 petang berkumpul di KLIA.
Pulang ke Malaysia 29 Okt
Business Talk AT 26 kt akan diadakan jam 8.45 mlm di TTC 1.
Business Talk Group Khamis 28 Oktober jam 8.45 mlm di TTC 2.
Datanglah serperti biasa, ramai CDM hebat masih ramai bersama anda.

Switzerland



Mauntain Lake Switzerland
Kepuasan bagi kami bukan lagi wang ringgit kecuali
melihat anda semua berjaya seperti kami bersama AT 181
Switzerland 
Ini destinasi ke 25
Sejak bersama Hai O
Lapan tahun yang lalu
Dulu hanya seorang guru
Pasport pun tiada
Berjalan hanya ke Langkawi cuma
Itu sudah cukup bangga

Bercuti ke Luar negara
Tidak pernah merasa
Kecuali mimpi di siang hari
Walau kuat bekerja
Walau Tabah berusaha
Walau sudah meningkat pendidikan
Dari ijazah kepada sarjana
Kami tetap di takuk lama

Siang malam mohon berdoa
Atas sejadah sering ku pohon
Tunjukkan jalan dan ruang
Dan Allah maha berkuasa
Doa diterima rezeki datang tanpa diduga
Ia datang melalui insan mulia
Namanya Kartini dan Kamaruddin
membawa berita gembira
Untuk menukar hidup
Dari biasa menjadi luar biasa

Kini,
Trip percutian datang lagi
Ke Switzerland
Tak mungkin ku datang kepadamu
Andai masih tidak bertindak
Atau hanya melihat saja
Atau hanya kemahuan biasa

Aku gembira
Kerana dulu bersendirian
Tetapi kini bersama begitu ramai
Warga Taipan 181
Yang telah menikmati hasil usaha mereka
Hasil bimbingan AT 181

Inilah kejayaan
Inilah kemenangan
Inilah kegembiraan
Inilah kehebatan
Yang kami julang bersama
Sebuah akademi hebat
Yang akan terus membimbing semua
Ke Mercu Paling Tinggi dalam MLM di Malaya

Motivasi Harian

Mental anda beribu-ribu kali ganda
lebih hebat daripada fizikal anda.

Friday, October 22, 2010

Rebutlah...Pergunakan Ia Sebelum Semuanya Hilang


Rebutlah...Pergunakan ia semaksimanya...

1. Pergunakan masa muda mu sebelum tiba masa tua mu
2. Pergunakan masa sihat mu sebelum tiba masa sakit mu
3. Pergunakan masa lapang mu sebelum tiba masa sibuk mu
4. Pergunakan masa kaya mu sebelum tiba masa fakir mu
5. Pergunakan masa hidup mu sebelum tiba masa kematian mu

Samakah cara kita bekerja dengan jutawan ini?

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary                                                                             

          Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary, orang ke tujuh terkaya di Malaysia dan ke 32 di Asia Tenggara. Kekayaan beliau ialah RM1,425 juta. Beliau mula berniaga ketika berusia 19 tahun sebagai penjual lembu dan kerbau di Kedah.
          Beliau memiliki saham di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Bernas, DRB-Hicom, Bank Muamalat dan syarikat besar yang lain. Kereta rasminya ialah Proton Perdana, kereta buatan Malaysia.

         Selain kekayaan, beliau dikenali kerana menubuhkan Yayasan al-Bukhary untuk memberi sumbangan sosial kepada masyarakat. Antara sumbangan yang lain ialah menubuhkan institusi pengajian untuk 3000 orang pelajar, menaja kelas tiusyen, membina Muzium Kesenian Islam dan menghantar jemaah haji Malaysia yang tidak mampu yang tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan sendiri ke Mekah.

          Cara beliau bekerja sangat berbeza, seolah2 tidak ada hari esok. Ketika ditanya, kenapa orang Melayu tidak maju, beliau berkata "Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa dan agama. Tetapi ia berkait dengan sikap dan cara berfikir. Gigih, tekun dan tidak berputus asa merupakan kunci kejayaan. Tetapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir."

          Kejayaan pada Tan Sri Mokhtar al-Bukhary juga berbeza. Kata beliau, "Saya gembira jika dapat membantu, saya mahu orang lain juga merasai kesenangan apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaannya. Saya kata kepada diri saya sendiri, apa yang saya dapat saya mesti beri kepada orang lain untuk turut sama merasainya. Jangan beri kurang, lebih tak apa. Itu yang membuat saya seronok."

          Kekayaan adalah impian semua orang. Sedikit pun tidak salah jika kita menjadi kaya raya sekalipun. Kekayaan yang sebenarnya bukanlah dari segi harta benda tetapi dari segi jiwa. Kekayaan jiwa akan membawa kebahagian.

"Golongan yang kaya sebenarnya bukanlah mereka yang kaya harta sebaliknya mereka yang kaya jiwa".

Motivasi Harian

"Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik
bagi mu daripada permulaan"
Surah Ad Dhuha:94

Thursday, October 21, 2010

Terbuka Untuk Anda...Datanglah



        Setiap Khamis jam 8.45 malam
        Bertempat USJ 9 Taipan
        Di TTC 2 (Slot Pengukuhan dan Produk)
        Di TTC 3 (Untuk Orang baru dan Prospek)           

Sentiasa mendapat sambutan
Pemimpin CDM pun ramai yang hadir

Sentiasa seronok dan excited
Mengambil catatan...CDM Kuyah
CDM Syed...selalu sharing ice breaking
Lepas tu ada table talk
CDM Kamaruddin Mamat selalu datang berkongsi pengalaman
Aku pun kerap juga bagi semangat supaya semua berjaya.
Sokongan CDM memang hebat
CDM Norita dan DDM Rosmawati tak pernah tak hadir
Kanak2 datang ikut maknya
CDM Kartini Mat Yaakob....buat jangan berhenti
         
          Setiap Khamis jam 8.45 malam bertempat di TTC 2 (untuk slot pengukuhan) dan TTC 3  (untuk prospek baru). Terbuka untuk semua warga Akademi Taipan 181.

          Macam2 ada, macam2 boleh dapat. Slot pengukuhan, demo produk..malam ni demo produk baru food purifier,  sharing, cara nak berkerja, tunjuk cara demo yang senang, cara nak closing, bagaimana nak follow up, tips nak murah rezeki, ilmu kepimpinan, nak jadi pemimpin hebat, nak handle network, nak handle masalah, nak buka bil, macam mana nak urus dokumen, nak maintain, nak naikkan sales, nak kembangkan network, cara nak guna barang, nak demo dan lain2 lagi.

          Untuk orang baru pula, ada slot marketing plan, ice breaking, sharing dan bagaimana untuk bermula. CDM2 yang hebat dan berpengalaman akan membimbing mengendalikan kelas ini. Bawalah orang baru, prospek baru, strangers anda, atau mungkin rakan kongsi lama yanh tiba2 muncul kembali.

          Setiap business talk tidak sama. Mana mungkin ia sama kerana orang yang bercakap bukan orang yang sama. Pengalaman dan perkongsian mereka juga tidak sama. Gabungan pemimpin lama dan pemimpin baru memberikan fenomena kelas yang lebih mantap dengan suasana yang bersemangat, ceria, humor, happy dan sebagai satu keluarga besar. Gambar2 yang dirakamkan menunjukkan suasana kelas pada setiap Khamis di TTC USJ 9 pada jam 8.45 malam. Datang ya. Jumpa anda di sana malam ini.

IPHONE 4

            Cakap Senang, nak buat bukan senang. Nak senang bukan senang tetapi jika tak mahu susah kenalah bersusah2 dahulu. Tak ada senang datang dengan senang. Ingat! senang akan datang jika sanggup bersusah2 dahulu. Tetapi susahnya sekejap je, yang senangnya selama2nya.

        Selasa lalu 19 Oktober, sehabis business talk di TTC 1, sekumpulan yang terdiri daripada CDM Wan Iskandar, CDM Roshila, DDM Zack, DSM Rahim dan beberapa yang lain sedang berbincang tentang Iphone 4. Harganya, bentuknya, modelnya, kecanggihannya, kemudahan menggunakannya. Senang cakap, kesenangannya untuk kesenangan hidup setelah memilikinya. tetapi harganya bukan semua orang mampu memilikinya. Lebih tinggi daripada gaji! Jika tak bersama AT 181 dengan gaji dua tiga ribu, tak merasalah jawabnya.

          Tetapi tengoklah pejuang2 hebat AT 181. Cari wang, tambah wang untuk tambah senang. Tentu tak salahkan. Inilah ganjaran untuk diri sendiri setelah mereka sanggup bersusah payah membina perniagaan ini. Yang bagusnya, bagaimana DDM Zakaria boleh buat 'closing cash' dengan menggunakan kehebatan teknologi canggih Iphone 4. Hebatnya Zack!.



           Tinggalkan waktu rehat, balik kerja belum balik rumah terus datang kelas, keluar berkongsi peluang, membantu downline dan rakan kongsi, ke hulu ke hilir mengembangkan network, orang lain dah tidur mereka masih kat highway dan macam2 pengalaman lagi. Semuanya dilakukan untuk mencari wang supaya hidup lebih selesa dan sempurna.
            
DDM Zack menggunakan kecanggihan Iphone 4 untuk closing
cash hari itu. Bukan main seronok lagi dia. Macam mana? Tanyalah DDM Zack
Waa...dah senang sejak bersama AT 181.
Semuanya Iphone dan Iphone 4
Menggunakan kehebatan kecanggihan teknologi komunikasi
untuk mengembangkan network dan bekerja dengan lebih smart
bersama AT 181.
Kecanggihan teknologi komunikasi hanya akan dinikmati
oleh golongan yang bijak mengambil peluang.
Jika tidak, kita tetap akan ketinggalan.
          Bagi anda yang telah bersama AT 181, gunalah peluang ini untuk memenuhi impian hidup anda. AT 181 memberi peluang yang seluas2nya untuk anda mencungkil potensi diri, menjana perubahan minda untuk menjana perubahan hidup yang lebih bermakna.

         Hubungan silaturrahim yang padu tanpa mengira latar belakang anda memberikan semangat kekeluargaan untuk bekerja sebagai suatu pasukan. Ini juga memberikan suatu fenomena yang sangat baik yang tidak mungkin anda temui di tempat lain. Bersama dan Bersatu kekal menjadi slogan yang tetap dijunjung oleh Akademi Taipan 181.
          

Motivasi Harian


Halangan terbesar insan adalah halangan
ciptaan sendiri yang bertapak dalam mindanya

Wednesday, October 20, 2010

Kasut Berlian

Kasut berlian 
          Aku suka kasut. Sewaktu mula2 mendapat gaji pertama, ku beli 6 pasang kasut baru. Semasa belajar di UM, duit pinjaman pun aku banyak beli kasut. Setiap kali aku pergi shopping, aku mesti pergi tengok kasut. Dulu masa aku masih jadi cikgu, aku mempunyai puluhan pasang kasut. Kebanyakan kasut yang aku beli berharga tidak lebih dari RM100. Maklumlah, wang tak berlebihan waktu itu.

        Waktu itu,  apabila aku berkenankan sepasang kasut, pasti aku akan tengok bahagian tapaknya....he he he tengok hargalah kawan. Pernah juga ku angkat dan letak kemudian angkat pegang beberapa kali kasut yang ku berkenan itu. Sangat berkenan dan mahukan kasut itu menjadi milik ku, tetapi niatku terbantut. Harga menjadi halangan. Wang tak cukup, baki dalam ATM hanya ada RM28.00. Dalam dompet aku ada RM120.00. Harga kasut RM159.90. Gaji lambat lagi. Simpanan tiada. Alahai...begitulah selalunya.

          Minggu depan ku datang lagi ke kedai kasut itu. Berulang kali ku datang sementara menunggu gaji. tetapi sering kali berlaku... Hah? Orang lain dah beli? Saiznya dah tiada? Stok dah tiada? Aku sering kecewa. Impian untuk memiliki kasut idaman berkecai.


         Aku selalu memasang angan2 untuk memiliki kasut berlian. Aku pernah terbaca kisah Jimmy Choo, pereka kasut kelahiran Malaysia yang terkenal sebagai pereka kasut bertaraf antarabangsa dan pernah menjadi pereka kasut Lady Diana. Kasut rekaan Jimmy Choo ada yang berharga RM655 000. Mahalny....Amboiiii...siapalah yang kaya sangat tu sampai boleh memiliki kasut yang setanding dengan harga sebuah banglow.Ada ke oarng nak beli? Tak membazir ke? Jika kasutnya macam tu punya mahal, berapa pula harga baju yang dipakainya? Bagaimana pula dengan aksesori di badan? Tentulah lebih mahal?

          Kasut berlian yang ku paparkan dalam blog ini adalah antara kasut terbaru yang ku beli. KASUT BERLIAN?? Harganya tidaklah semahal kasut Jimmy Choo tetapi tak mungkin mampu ku memilikinya jika aku masih seorang cikgu. Kini bebarapa pasang kasut berlian telah ku miliki dan menjadi antara koleksi terbaru yang ku sayangi.

          Syukurlah, bersama AT 181, terlalu banyak impian dan angan2ku telah menjadi kenyataan. Antaranya ialah memiliki KASUT BERLIAN!!! Bagaimana dengan impian anda?? Penuhi impian anda bersama kami di Akademi Taipan 181.

Motivasi Harian

Saya tidak dapat dan tidak perlu
mengubah sesiapa, saya hanya
perlu mengubah diri saya sendiri

Tuesday, October 19, 2010

Aku Budak Kilang




          PPK Kepala Batas         
          Isnin 18 Oktober
          Jam 9 maalam
          Perjumpaan dengan network CDM Hasmidar                               

          Dah lama berniat nak berjumpa semua rakan kongsi di bawah CDM Hasmidar tapi baru kali ini berkesempatan. Aku jemput juga CDM Fitri tetapi dia tak dapat datang kerana ada demo.
         
         Ramai juga yang hadir, hampir 50 orang dan kebanyakannya di bawah DDM Rizal. Namanya makin mewangi di Taipan Utara. Kelibat anak muda ini pasti akan kelihatan setiap hari Rabu jam 9 malam di Safira Club. Bermula setahun setengah yang lalu. Dulunya seorang pekerja kilang Sanyo di Seberang Jaya. Selama 13 tahun bekerja, gajinya cuma RM1335 dengan kenaikan tahunan sejumlah RM35 setahun.

          Tetapi peluang yang diberikan melalui AT 181 digenggam erat. Hanya berbekalkan kemahuan untuk mengubah hidup, sekarang Rizal bukan lagi pekerja kilang. Gelaran "Aku budak kilang" telah ditinggalkan. Sudah memandu Toyota Wish, berpendapatan lima angka sudah dirasa, Tahun 2009, telah memiliki 2 buah rumah di Penang hasil perniagaan Hai O.

          Kejayaan DDM Rizal sebagai "Budak Kilang" bersama AT 181 patut dijadikan contoh teladan oleh ramai anak2 muda di utara yang kebanyakannya bekerja kilang. Lihatlah gambar2 di dalam blog kali ini, hampir semuanya di bawah DDM Rizal kecuali lima enam orang di bawah DDM Baya.
         
          Beliau begitu gigih dengan bermula dari bawah sebagai orang yang serba tak tahu. Dengan berbekalkan semangat yang meluap2 untuk mengubah kehidupan keluarga, DDM Rizal mendaki tangga demi tangga kejayaan. Sekarang sedang berusaha untuk melompat ke tangga CDM.

          Suhaila yang juga isteri Rizal, yang sebelum ini merupakan pengusaha rempeyek secara kecil2an telah memberikan sepenuh sokongan kepada suaminya. dan kini turut sama bergelanggang di medan juang untuk menjayakan lebih ramai rakan kongsinya. Dia pun dah boleh buat closing sendiri. Tahniah Suhaila.
Aku budak kilang...DDM Rizal


Suhaila..isteri DDM Rizal yang mula mengorak langkah
berganding bahu bersama suaminya. Dulu buat rempeyek tapi sekarang tidak lagi.
Sudah sepenuh masa bersama AT 181
Rancak...rancak...Walaupun pertama kali berjumpa mereka dlm perjumpaan kecil,
namun semangat mahu belajar sungguh mengkagumkan
CDM Dzul...tak banyak bercakap tetapi suka mendengar.
Semua yang datang adalah dari networknya
DDM Norbaya juga turun dari KL
Jika fikirkan ragu2 fikiranmu tidak menentu
"Aku pun budak kilang, tetapi aku juga mahu berjaya."
Kebanyakannya dari High Tech Kulim
DSM Azlan..pemandu lori JKR tetapi AT 181 sudah banyak mengubah dirinya.
Sekarang sudah memandu Honda Civic PJM 7181. Tahniah Lan
DSM Jeff..."Aku juga budak kilang" bersama networknya yang
hampir semuanya budak kilang. "kami Boleh!!"
Mereka bersemangat tetapi sangat kekurangan ilmu.
Aku akan datang lagi jika mereka mahu.
Yang penting mereka mahu berjaya
Milik Pemandu lori JKR....DSM Lan
 Caldina Milik DSM Jeff...baru 5 bulan bersama AT 181.
Tambah Wang, Tambah Kereta, Tambah Senang...
Tak salah kan!
Jarang2 dengar CDM Dzul bercakap...
Boleh Tahan hebatnya....
DDM Norbaya sanggup turun padang dari KL
dah 4 hari di Penang untuk menjayakan rakan kongsi

          Pelbagai soalan yang diajukan kepada ku sebaik sesi soal jawab dibuka. Banyak perkara asas yang mereka tidak tahu. Maklum semuanya masih baru. Selama 2 jam berkongsi ilmu, terasa begitu pantas masa berlalu. Mereka masih mengharap! "Tak cukuplah CDM, bila nak datang lagi buat kelas seperti ini?"
          Akademi Taipan Utara mesti merangka program pengukuhan untuk mereka yang sudah join akademi ini. Business talk yang diadakan setiap Rabu tidak mencukupi. mereka sangat bersemangat untuk berjaya tetapi dengan pemantapan ilmu MLM, mereka pasti lebih berjaya. Apa pun tahniah kepada DDM Rizal dan DDM Baya yang sama2 menjayakan perjumpaan malam tadi.

         Setelah minum, kami terus bertolak pulang ke KL. Berhenti solat di Gunung Semanggol, kami meneruskan perjalanan. Hebat....bersama Akademi Taipan semuanya jadi biasa. Benar sekali 'Alah bisa tegal biasa' Bertolak dari KL ke Utara jam 4.30 petang, sampai di Kepala Batas jam 8 malam. Sampai di sana bercakap hampir dua jam, kemudian terus bertolak pulang ke KL dan pada jam 6.45 pagi sampai di rumah. Selepas bersarapan dengan anak2, kami menghantar mereka ke sekolah di USJ 25.