Tuesday, September 6, 2011

Ini Pun Jadi Business

Sekali tengok macam kedai AnakKu...menjual barangan keperluan bayi dan kanak2.
Tapi ini Pets Shop di Puchong Jaya.
Bukan kedai utk bayi tp menjual barangan keperluan binatang dan haiwan peliharaan.
kucing ke, tikus ke, anjing ke, arnab ke?

Inipun boleh jadi business besar.
Milik anak muda berbangsa Cina.
Aku dtg temankan en suami dan anak2 beli barangan keperluan Tuah.
Bersembang dgn tuan punya kedai...baru berusia 27 tahun.
ini kedainya yg ketiga. Semua konsep yg sama.
Dua lagi terletak di Taman Melati dan Damansara Damai.

"Sekolah takdak pandai, berniaga saja tau".
Kata apek muda tu.
Terus terang saja bila aku bersembang dgnnya.
Pakai pun seluar pendek je dan t shirt tak dak kolar.

Macam2 ada..kiranya di bawah satu bumbung.
Tak perlu ke tempat lain lagi.
Ada dua org pekerja atau kuli, bangsa Melayu kita kulinya.
Bosnya Cina.
"memang, kita hanya kuli walaupun di tanah air sendiri.". Detik hati aku.

Jika Melayu nak berniaga hanya butik dan restoran je selalunya yg
tergambar dlm kepala.
tetapi bagi mereka, apa saja boleh jadi business.
Apa saja boleh jadi peluang.
Apa saja boleh buat duit.

Bila datang Pets Shop ni, terlintas lak di fikiran aku...
dari seekor kucingpun, rupanya terlalu banyak barangan keperluan yg boleh didagangkan.
baju, tuala mandi, sikat rambut, botol susu, tempat tidur, selimut, tilam, bantal peluk,
sangkar kucing, makanan, ubat gigi, berus gigi, ubat telinga, ketip kuku,
rantai leher, tali buat berjalan makan angin,
tempat kucing mencakar, bakul kucing..dan macam2 lagi.
semua boleh jadi duit.
Boleh jadi kaya berniaga benda2 ni semua.

Berniaga mesti berani
Berniaga mesti yakin
Berniaga mesti percaya
Hanya berniaga boleh jadi kaya
Hanya berniaga memberikan kita 9 dari sepuluh rezeki.
Nak berniaga kena ada modal
nak berniaga mesti berani untuk rugi.
Bukan berniaga jika hanya untung sahaja.
Untung dan rugi elemen penting dlm berniaga.
Berniaga mesti ada jatuh bangunnya
Berniaga ada pasang surutnya.
Nak berniaga mesti ada strategi dan tahu selok beloknya.
Nak bertahan dlm berniaga mesti bersedia dgn sepak terajangnya.
Semuanya bermula dari kosong.
Ah! banyaknya barang yg boleh dijual.
Luaskan pandangan tajamkan penglihatan.
Pandang ke depan tak pernah berniat untuk menoleh ke belakang.
Sensitif dgn keperluan dan kehendak pelanggan.
Inipun dijual, rantai leher utk bawa kucing atau anjing makan2 angin.
Macam2 patern dan jenisnya.
Berani betul budak ni berniaga.
Dari hanya satu kedai, dah ada tiga kedai.
Bukan sikit modal yg dilaburkan utk buka kedai ni.
Sikit2pun RM150 000.
Tak masuk lagi sewa kedai, deposit sewa, renovation, pekerja,
lesen, stok barang, masa yg diperlukan...macam2 lagi perlu difikirkan.
Tapi alang2 berniaga, hidup mati mesti berniaga.
Kami habiskan RM198 untuk pelbagai baranagn keperluan Tuah.
Nah...bukan sikit.
Semuanya jadi wang utk org berniaga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.