Thursday, September 22, 2011

Majalah Jutawan

Jutawan isu  21
terbitan DAS Publishing Sdn Bhd
Setiap keluaran pasti aku akan memilikinya.
Best baca majalah ini.
Kandungannya tentang kejayaan pelbagai bidang keusahawanan.
Kisah2 cabaran membina perniagaan.
jatuh bangun memulakan perniagaan dr kosong sehingga bertaraf jutawan.
Ada ruangan tips keusahawanan, marketing, motivasi keusahawan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
Isinya padat boleh tahan.
harganya RM8.90 utk Semenanjung dan RM9.80 utk Sabah/Sarawak.
Dapatkan segera.


Kisah org buka business...seronok melihat bangsa ku berniaga.
Inilah yg kita mahu.
Ubah paradigma lama.
Belajar tinggi,dapat ijazah dan master, keluar u nanti mesti berniaga.
Buat business,mulakanlah.
Kecil2 pun tak apa, modal sikit pun tak apa. asalkan berniaga.

Baby Twinkle ialah sebuah kedai yg memasarkan semua barangan keperluan
bayi dan kanak2 dari usia bayi sehingga usia 10 tahun.
Dimilik oleh tiga org sahabat karib fatimah Abdullah, Wan Murnie dan Noraini Abd Rahman
yg terletak di Bandar Puteri Puchong Selangor.
Jika takut mana mungkin perniagaan Baby twinkle ini menjadi realiti.
Jika tak yakin dan percaya kpd diri sendiri, mana mungkin mampu bersaing dgn deretan perniagaan yg dikuasai bangsa Cina di bandar Puteri Puchong Selangor.

Kisah kedai Baby Twinkle dan Mohd Rizal ada dlm majalah Wanita Okt 2011.
Jgn lupa belilah majalah NONA Okt 2011...ada lak kisah DSM Nabihan ya.
Dapatkan segera di pasaran.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Inilah kisah Mohd Rizal Jaafar, baru berusia 31 tahun tetapi sudah menjadi pengarah kepada
syarikatnya sendiri...Ozana Maeketing Enterprise.
Anak muda berkelulusan ijazah bidang IT dari UUM ini
bekerja keras utk membina perniagaannya.
Bermula kerana menolong abangnya menghantar produk kepada pelanggan,
minat Rizal terhadap perniagaan mulai bercambah.

Rizal kini mampu memiliki kedai perniagaannya sendiri yg terletak di Subang Selangor.
Semua kerja dilakukan sendiri walaupun mempunyai 2 org pekerja yg digajikan.
Dialah bos, dialah despatch, dialah pegawai pemasaran, dialah pagawai jualan, dialah
pemandu, akauntan, jaga stor, bahagian pengurusan dan segala2nya dia buat.
Dia bos dan dia jugalah kuli.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.