Tuesday, November 30, 2010

Ahli Keluarga Kami Bertambah


Si Tuah Yang Bertuah
           Pada 11 Nov yang lalu, kami mendapat hadiah yang cukup istimewa daripada CDM Khazir. Hadiahnya ialah seekor kucing yang bernama Tuah. Tuah berasal daripada Sarawak, datang ke Kuala Lumpur dibawa oleh tuannya. Tetapi tuannya baru sahaja melangsungkan perkahwinanan dan tidak mahu menjaga Tuah lagi. Tuah lalu dihadiahkan kepada uplinenya CDM Khazir. CDM Khazir membelanya selama beberapa bulan tetapi kedatangan anak baru tidak memungkinkannya terus untuk membela Tuah. CDM Khazir menawarkannya kepada kami. Badannya sangat besar, beratnya 8.5 kg ketika dibawa berjumpa doktor.
         
Sangkar tempat Tuah tinggal
Irah, Aimi dan Aisyah sering bermain dengan dengan Tuah.
Tuah suka tidur di kawasan yang sejuk dan ada angin.
Jika dipasang aircond, Tuah lagi suka.
            
             Dzul dan anak2 memang sukakan kucing, selalu mereka minta untuk membeli kucing tetapi aku tak sukakan kucing. Aku cukup geli dengan kucing. Jika nak bela kucing, jangan sampai berbau dengan najis kucing, berak dan kencingnya mesti diuruskan dengan sempurna. Aku tak suka kucing mencakau karpet atau sofa rumah. Itu syarat2ku kepada Dzul dan anak2 setiap kali mereka meminta nak membela kucing.

         Tetapi Tuah sangat berbeza. Dia berasal dari spesies yang istimewa. Tuah tak makan ikan. Makanannya hanya makanan siap yang dibeli. Mesti bersukat mengikut diet yang disyorkan oleh doktor pribadinya. Kencing dan beraknya berjadual hanya di atas pasir yang disediakan. Tuah juga seekor kucing yang sangat pembersih. Selepas membuang kotorannya, dia pasti akan mencakau2 memanggil kami supaya membersih atau membuang najisnya. Selagi tidak dibuang, selagi itulah Tuah akan mencakau2.

          Tuah tidur di dalam sangkarnya. Dia sudah terdidik. Bila siangnya lebih kurang jam 9 pagi, dia akan dikeluarkan dari sangkarnya dan dibawa masuk ke rumah. Selepas bermain dengan Dzul, Irah, Aimi dan Aisyah, dia akan naik ke tingkat atas dan masuk ke bilik Aimi. Dia sukakan tempat gelap dan sejuk untuk tidur dan berehat pada siang hari. Lebih kurang dua jam untuk dia tidur di bawah katil bilik Aimi. Dia akan bangun dan dimasukkan semula ke dalam sangkarnya.

          Tuah makan dua kali sehari. Pembantu rumah, Homsatun sudah faham waktu dan jadual Tuah makan. Kami bersyukur kerana rupanya pembantu rumah kami yang kami panggil Hom juga sukakan kucing. Setiap hari Hom yang menguruskannya sangkarnya, najisnya, memberi makannya. Dzul dan anak2 juga turut membantu.

          Sejak Tuah hadir, rumah ini lebih ceria. Setiap kali pulang ke rumah, Tuah yang dipanggil dahulu. Sebaik pulang dari masjid selepas solat Subuh, kami bawa Tuah keluar dari sangkarnya, bercakap dengannya dan menghidangkan makan untuknya. Jika sebelah petang, Hom dan anak2 akan membawa Tuah pusing2 di kawasan 'play ground'  berhampiran rumah kami...ambil angin petang. Malam sebelum tidur, Tuah dibawa bermain mainannya yang dibeli khas untuk Tuah. Pendeknya, Tuah menjadi ahli baru keluarga kami. Dia begitu disayangi. Dia begitu dimanjai.

Motivasi Harian

Andai kata anda berbuat baik kepada orang baik,
anda melakukan sesuatu yang tepat,
tetapi sekiranya anda berbuat
baik kepada orang jahat, maka anda tetap orang yang baik.

Monday, November 29, 2010

AT 181....Rahsia Kehebatannya

Bersama dan Bersatu Menjadi Slogan menggerakkan warganya
Kesediaan CDM2 berkongsi peluang hebat ini dengan sesiapa sahaja
Program AT 181 di KK

Seminar Nur Wanita di Melaka...penuh dewan
Bisness Talk di KK...tak cukup kerusi
Program Jom Dapat Duit Raya
1200 orang yang hadir
Pemimpin CDM2 AT 181 bersama pengurusan Hai O
Bisness Talk di TTC USJ 9
Melimpah ruah
Salah satu program Hai O
Semua program anjuran AT 181 akan mendapat
sambutan luar biasa
Sesi Perbincangan CDM AT 181 dengan GM
Hai O Marketing Sdn Bhd
Seminar Seberang Laut di Switzerland
Bercuti selepas penat bekerja...ganjaran untuk yang berusaha
Suasana di Safira Club Penang, sentiasa pecah panggung
Rumah Baitul Kaseh Sg Buloh
Anak angkat Yayasan Taipan
Pemimpin2 CDM AT 181 yang sanggup turun padang
untuk menjayakan semua warga AT 181
          Salam sejahtera, Salam kejayaan untuk seluruh warga AT 181 walau di mana jua anda berada. Ramai orang bertanya pada saya apakah rahsia kejayaan dan kehebatan akademi Taipan 181. Namanya digeruni, orang luar mengkagumi   dan banyak kumpulan lain dalam Hai O sendiri yang menyebut2 akan kehebatannya. Tidak kurang yang ingin mengetahui rahsianya. Walaupun cabaran datang silih berganti tetapi AT 181 tetap utuh. Ketika kumpulan lain gugur satu persatu dek dilanda badai dan taufan dalam bizness, AT 181 terus meriah dengan kehadiran warganya di setiap program yang dianjurkan. Ketika begitu ramai pemimpin CDM dari kumpulan lain berkeliaran lari mencari dahan untuk berpaut, dahan AT 181 kekal gagah menjadi tempat berpaut seluruh warganya. Yang gugur tetap ada, yang hilang pun ramai tetapi melihat kepada sambutan melimpah ruah setiap program AT 181, kadang kala orang luar hairan melihat fenomena ini. Inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.

1. Akademi Taipan 181 telah menjadi jenama hebat.
Taipan pun begitu cantik maknanya. Ya...'usahawan berjaya' adalah makna tersirat perkataan Taipan. Namanya bukan diambil dari nama pemimpinnya atau alamat rumah sesiapa atau jelmaan mimpi orang kuatnya. Namanya adalah bersempena terletaknya traning centernya di USJ 9 yang dikenali juga sebagai Taipan. Nombor 181 pula begitu digemari oleh usahawan besar khususnya yang berbangsa Cina. 181 dipercayai oleh pakar Feng Shui sebagai nombor yang memberi tuah dalam perniagaan. Nombor itu memberi makna umpama 'Pagar Yang Memagari kekayaan dan Kejayaan'. Juga diyakini bahawa di dalam nombor itu, hanya yang baik, elok dan bagus sahaja yang akan berada di dalamnya. Semua perkara yang tidak baik, perbuatan yang buruk atau nilai yang buruk tidak akan boleh dilakukan di dalam kumpulan ini. Sesiapa jua yang berniat buruk atau cuba melakukan perkara buruk atau apa saja yang buruk akan tersingkir dengan sendiri.
          Dan memang benar, tidak ada yang benar kecuali benar belaka. Bukan tidak ada yang cuba berbuat tak baik, melakukan perkara tidak benar dalam kumpulan ini tetapi semuanya terpadam dengan sendiri. Malahan ia tidak mengenal siapa pun orang itu sama ada orang baru mahupun yang sudah berpangkat tinggi. Kejahatan dan keburukan tersingkir tanpa perlu dipaksa.
          Nama AT 181 dibina secara berdikit2 seiring dengan pemantapan ilmu pendokong2nya. Ia bukan kehebatan peribadi sesiapa. Ia juga tidak pernah menjulang agenda peribadi mana2 pemimpinnya kecuali semuanya dibina atas matlamat untuk meletakkan Taipan sebagai kumpulan yang paling unggul di dalam syarikat ini.
          Pemimpin2nya bukan hanya berjaya kerana memiliki pendapatan besar, kereta besar atau rumah besar sahaja malahan pemimpin2nya adalah yang benar2 tinggi ilmu kepimpinannya, hebat daya juangnya, diuji keteguhan dan kegigihannya, bersedia untuk menghadapi jatuh bangunnya, sanggup turun padang untuk menjayakan setiap warganya malahan kekal bertahan ketika senang dan susahnya.
    
2. Mentor hebat AT 181
Dari awal penubuhannya awal 2006, ketika mana ujian besar melanda CDM Kartini, CDM Kamaruddin dan saya juga, (hanya kami bertiga yang bergelar CDM ketika itu), kami mencari mentor sebagi tempat berpaut. Ya, memang tepat pilihan kami ketika datang menangis dan merayu kepada CDM Ah Hock dan CDM Zulkefli Sohor, mereka dengan hati terbuka menghulur tangan memberi keyakinan bahawa ujian yang hadir ketika itu tidak lain, sebagai petanda bahawa bisnes akan berkembang.
          CDM Ah Hock memang cukup tinggi ilmunya. Walaupun bahasanya sukar difahami jika kurang biasa dengannya, tetapi falsafahnya cukup tinggi. Penilaiannya cukup mendalam dan tindakannya cukup cermat. Itulah pengalaman dan ilmu CDM Ah Hock yang cukup besar memberikan input kepada kami untuk terus berjuang pada awal penubuhan AT 181 lima tahun dahulu.
          CDM Zulkefli Sohor pula tidak perlu diperkenalkan. Dia pemimpin hebat yang diakui dalam industri MLM di Malaysia. Namanya dan kisah kejayaannya ditulis dalam sebuah buku MLM tersohor di negara ini sedikit masa lalu. Buku itu sehingga kini terus menjadi rujukan pendokong2 industri MLM di Malaysia.
          Sehingga ke hari ini, CDM Ah Hock dan CDM Zulkefli Sohor terus menjadi mentor kepada AT 181. Saban waktu, mereka dirujuk. Setiap masa mereka mencurahkan ilmu untuk pemimpin2 Taipan. Kami akan merujuk mereka hampir setiap masa. Apa saja permasalahan besar atau kecil tidak akan terlepas dari pengetahuan mereka. AT 181 tidak silap memilih mentor. Inilah kunci besar untuk membuka pintu2 rahsia membina kumpulan yang hebat, memimpin kumpulan yang besar, mendidik pemimpin yang berkualiti, menyatukan impian dalam satu wawasan, memegang cita2 peribadi yang bersatu dalam cita2 Taipan, mementingkan agenda yang besar lebih daripada agenda diri sendiri. Syukurlah.

3. Bersama Dan Bersatu Menjadi Slogannya. Setiap Jengkal Tanah Ada 181 Menjadi Motonya.
Dua perkara ini menjadikan setiap warganya kekal bersama. Meskipun ada yang gugur, hilang atau berhenti....tetapi itu bukan kerana kumpulan ini. Yang hilang, yang pergi, yang berhenti, yang mati atau nyawa2 ikan adalah kerana kehendak peribadi mereka sendiri. Tetapi syukurlah, yang ada kekal menjunjung slogan dan moto yang sama. Yang pergi tidak menjadi kudis menyebabkan tempangnya daya juang AT 181. Kerana AT 181 bukan milik peribadi mana2 pemimpin hebatnya. Ia berdiri gagah bukan kerana kehebatan seseorang. Tunjang kekuatan Taipan selama ini bukan bersandar kepada kekuatan peribadi sesiapa. Kehebatannya, kekuatannya, kecemerlangannya, kekukuhannya, kejayaannya dan kemantapannya terhasil dari pengkabungjalinan antara pemimpin2 yang ada dengan setiap warganya. Ia menjadi hebat kerana kita sama2 hebat. Ia berjaya kerana kita bersama2 berkerja dan berusaha untuk merealisasikan kejayaannya. Tahniah AT 181.
          Setiap warganya merasa diri mereka  mempunyai AT 181 sebagai tempat berpaut dan berteduh. Dengan satu suara, satu matlamat, satu wawasan, satu impian, satu strategi, satu modul dan satu kaedah, setiap warganya membawa panji2 semangat berpasukan walau di mana jua mereka berdiri. Di bandar atau di kampung, di pejabat atau di rumah, di meeting atau seminar, semuanya berdiri di belakang AT 181. Semua semua berasa bangga dengan AT 181.

4. Matlamat Unggul AT 181
Setiap warga akademi ini mempunyai matlamat untuk berjaya. Mereka mempunyai matlamat peribadi masing2. Kejayaan peribadi mereka mesti selari dengan matlamat Taipan. Matlamat AT181 adalah untuk menjayakan semua warganya di seluruh negara. Dalam tempoh dua tahun, setiap yang bersama akademi ini mesti menjadi pemimpin CDM yang cukup solid. Kental ketahanannya, tinggi daya juangnya dan dalam ilmu kepimpinannya.
          Tidak ada mana2 pemimpin CDM dalam akademi ini yang mempunyai matlamat peribadi lebih tinggi daripada matlamat untuk kejayaan Taipan keseluruhannya. Biar tidak popular asal berjaya, biar kita tidak menonjol asalkan hebat, biar low profile asalkan kita berniaga besar. Glamour, nakkan nama, mahu dipuja2,  gila pujian, nak masuk TV, nak masuk majalah atau surat khabar bukan agenda pemimpin AT 181. Biar orang tak kenal Taipan, tetapi Taipan tetap berniaga besar. Jika dah masuk tak apalah, kitapun bukan menolak.
          Jika ada mana2 pemimpin CDM yang merasa agenda peribadi mereka lebih penting daripada agenda AT 181 dan agenda AT 181 tidak sesuai lagi dengan cita2 dan impian peribadi mereka, maka AT 181 juga tidak berhak untuk menghalang sesiapa untuk melaksanakan agenda mereka tetapi bukan di dalam AT 181. Maka tidak hairanlah, ada yang mengambil keputusan untuk membawa haluannya sendiri. Pun demikian, ia juga tidak menjadikan nanah atau barah kepada AT 181. Syukurlah, pengalaman perit dilanda gelombang besar pada akhir tahun 2005 dahulu menjadi pemimpin2 senior dalam kumpulan ini cukup matang untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Inilah antara tips dan rahsia penting keunggulan kumpulan ini.

5. Impian
Impian untuk berjaya, menjadi hebat dan kaya ditanam di dalam minda setiap warganya. Impian tidak perlu dibayar tetapi tidak rugi kita membina impian kita. Bermula dengan angan2 dan impianlah, orang2 yang kaya dan hebat menukarkannya kepada tindakan untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Keyakinan dan kepercayaan bahawa mereka mampu merealisasikan impian mereka ditanam sebaik mereka join akademi ini. Ia diterapkan dalam program2 kumpulan seperti bisness talk, meeting, table talk, bengkel, seminar dan lain2.
          Sebelum bersama AT 181, ramai yang tidak mempunyai impian, malahan begitu ramai yang tidak pernah berimpian pun kerana mereka tahu mereka tidak akan mampu mencapai impian mereka melalui dunia pekerjaan mereka. Ini yang menyebabkan mereka tidak bermotivasi, tiada hala tuju, tidak pernah merancang kehidupan sendiri. Sebahagiannya hanya secukup hidup....tiada simpanan, tiada aset, tiada rumah, tiada insuran dan hanya menunggu apa yang akan terjadi. Inilah yang menyebabkan mereka menjadi tidak berdaya maju, malas berusaha, bosan dengan kehidupan seharian dan tertekan dengan beban tugas. Tetapi bersama AT 181, mereka ditanamkan keyakinan bahawa impian mereka akan terlaksana bersama kumpulan ini dengan usaha yang gigih, berterusan serta sabar.
            Impian untuk memiliki pendapatan besar lima atau enam angka sebulan, rumah besar, kereta mewah, aset, hidup menjadi bos kepada diri sendiri, melancong ke seluruh dunia dan kebebasan hidup adalah impian yang hanya akan menjadi kenyataan jika mereka sanggup berusaha, bersedia untuk bekerja kuat, gigih dan tidak berputus asa dalam perniagaan ini. Impian besar yang ditanam inilah yang menyebabkan mereka buat giler2, keluar pagi pulang pagi, tak kira jauh atau dekat, menjayakan setiap rakan kongsi agar mereka turut berjaya, sanggup berkorban apa sahaja untuk merealisasikan impian mereka. Dan inilah rahsia kehebatan AT 181. Begitu ramai pula yang berjaya meraih segala impian mereka selepas bersama AT 181.

6. Komitmen
Belajar buat dan berjaya. Fokus, percaya kepada diri sendiri dan memberikan komitmen adalah juga kunci yang penting kenapa AT 181 terus unggul. Kumpulan terhebat, kumpulan terbesar, kumpulan tercepat dan lain2 gelaran yang digeruni kawan dan lawan AT 181. Nak lebih kena usaha lebih. Inilah yang memerlukan komitmen. Tanpanya tak mungkin akan berjaya. Jika ilmu je yang cari, impian saja yang menggunung, jika cakap saja yang mahu berjaya tetapi jika tidak bertindak dan tidak memberikan komitmen untuk melaksanakan tindakan, semuanya hanya tinggal kosong belaka. Di sinilah hebatnya orang2 yang berjaya di dalam AT 181 berjaya melaksanakannya. Setiap kata akan dikota. Janji manismu bukan hanya tinggal janji. AT 181 telah memberikan komitmennya untuk melihat setiap warganya bimbingan yang berterusan. Maka komitmen menunaikan janji akan diberikan. CDM2 sanggup turun padang untuk berdemo, berjumpa rakan kongsi di mana sekalipun ceruk rantaunya, mengadakan sharing, table talk, meeting dan seminar, menguruskan dana dan menghantar produknya. Survice dan membimbing rakan kongsi baru. Inilah komitmen yang diberikan sehingga begitu ramai pula yang semakin berjaya.

7. "Buat jangan berhenti" menjadi kata keramat yang ditanam di dalam minda warga AT 181 oleh CD Kartini. Tanyalah pemimpin hebat ini bagaimana cara untuk berjaya. Tanyalah rahsia kejayaannya, rahsia kehebatannya dan rahsia dia bertahan lama dalam perniagaan ini. Tentu jawabannya tiga patah perkataan itu iaitu "BUAT JANGAN BERHENTI". Dan semakin ramai pula CDM lain yang gemar dengan ayat keramat ini. Ia menjangkit pula kepada pemimpin2 yang lain. Tanyalah CDM Yan, CDM Siti Rohani, CDM Kuyah, CDM Zana atau CDM Roshila, CDM Jalilah, CDM Hj Char, CDM Inda sekalipun, jawapan merela pun sama iaitu "Buat Jangan Berhenti".
        Ayat itu sudah menjadi mendarah daging kepada AT 181. Rahsianya itulah juga, Nak hebat, nak kaya, nak berjaya, nak income besar, nak rumah besar, nak kereta besar, nak positif, nak ketahanan tinggi, nak group besar, nak network menjadi empayar besar...tiada lain "BUAT JANGAN BERHENTI".

          Tahniah AKADEMI TAIPAN 181. Dengan rahsia yang tidak menjadi rahsia ini,  kita boleh pergi lebih jauh lagi. Taipan akan berniaga lebih besar dan hebat lagi. Lebih ramai pemimpin hebat dan berjiwa besar akan lahir hasil sentuhan akademi ini. lebih ramai yang akan berubah kehidupannya, lebih ramai pula yang akan menjadi pemimpin solid. Mampu menjadi usahawan yang tinggi ilmunya, berwawasan besar, kental semangatnya, luhur pekertinya, merendah diri meskipun sudah berada di puncak dan berfikiran besar. Salam perjuangan. Salam Kejayaan.

Ikut Taipan...Bagaimana?

CDM Siti Rohani dalam perbincangan
dengan networknya
CDM Kartini, CDM Siti Rohani, CDM Wan Suriani
dan CDM Inda dalam satu program AT 181

Akademi Taipan itu milik siapa?
Apa maksud ikut Akademi Taipan?
Kenapa mesti ikut Akademi Taipan?

          AT 181 bukan hak milik peribadi sesiapa. Bukan milik CDM Kartini, bukan milik CDM Kamaruddin apalagi milik CDM Faridah. Ia juga bukan milik CDM Yan atau CDM Roshila atau mana2 CDM sekalipun. Bukan juga milik mana2 CDM yang lahir di mana2 negeri sekali pun. CDM yang ada hanyalah yang sama2 membina dan membangunkan AT 181.

          AT 181 dibina bukan dengan usaha sendiri malahan ia dibina dengan kekuatan bersama, ia dibina dengan kelebihan bersama. Ia berjaya bukan kerana faktor peribadi sesiapa kecuali dengan menggabungjalinkan kemahuan, kekuatan, kelebihan dan kehebatan semua warganya.

          AT 181 menjadi hebat bukan kerana kehebatan peribadi sesiapa kecuali kerana kehebatan semua warganya. Tanpa menafikan sumbangan besar setiap orang warganya, AT 181 terus dibangunkan sehingga menjadi seperti hari ini. bermula hanya di stokis USJ 9, AT 181 mula merebak ke Putrajaya dan Mines Seri Kembangan. kemudian ia mula berkembang ke Kelantan, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Penang,  Johor, Trengganu, Perak, Sabah dan Sarawak. Daripada tiga orang CDM sahaja pada awal 2006, bilangannya mencecah 90 orang kini. Ia terus berkembang sehingga ke setiap pelusuk negeri.

           AT 181 adalah milik anda semua. Ia kepunyaan kita bersama. Kitalah yang sama2 akan menjulangnya kerana kita jugalah yang akan bertanggungjawab ke atasnya. Kitalah juga yang akan sama2 menjadikannya terus hebat. Bersama kita memberikan yang terbaik untuk AT 181, ini bermakna kita memberi yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita mesti sama2 menyokong AT 181. Setiap warganya mesti saling kuat menguatkan, saling tolong menolong, saling sandar menyandar, bantu membantu dan saling memberi dan menerima.

           Saya juga menumpang AT 181. Sama juga dengan CDM Kartini, CDM Kamaruddin atau CDM2 yang lain. Kita sama2 menumpang Taipan. Sebelum ada kumpulan ini, saya juga bukan sesiapa. Hanya selepas wujudnya Taipan, barulah saya boleh berniaga lebih hebat dan semakin besar. Hingga saat ini saya terus menumpang Taipan.

          Ikut Akademi Taipan itu apa? Bagaimana? AT 181 hanya mempunyai satu cara dan satu suara, satu strategi dan satu matlamat. Ikutlah cara dan strategi yang telah ditunjukkan oleh AT 181. Ikutlah mentor2 yang ada dalam AT 181. Ia tidak semestinya upline anda. Ikutlah CDM2 yang berjaya dalam AT 181.

         Ikutlah semua program yang dianjurkan oleh AT 181 yang berada di seluruh Malaysia, ia termasuklah Biz Talk, meeting, slot pengukuhan, kelas produk dan lain2. AT 181 juga menganjurkan pelbagai program seperti seminar Aroma Terapi, Seminar Keusahawanan, Seminar Kepimpinan, bengkel, roadshow dan sebagainya. Dan semua program yang dianjurkan adalah untuk semua warganya, di mana jua anda berada.

          Kenapa mesti ikut AT 181 dan bukan yang lain? "Akademi Taipan menang dalam bimbingan" adalah ungkapan yang paling tepat sekali. Jika anda mahu berjaya, ikutlah AT 181. Jika anda mahukan ilmu, ikutlah At 181. Jika anda mahu bertahan, ikutlah AT 181. Jika anda mahukan silaturrahim, ikutlah AT 181. Jika anda mahu kehebatan, ikutlah AT 181.

          AT 181 sebuah kumpulan yang telah terbukti kehebatannya. Pemimpin2nya mempunyai pengalaman yang luas di dalam perniagaan ini. Pemimpin2nya telah mengharungi pelbagai cabaran dalam membina kumpulan ini.
AT 181 telah melahirkan pemimpin2 yang benar2 berkualiti, hebat dan berdaya tahan dalam mengharungi segala cabaran dalam perniagaan ini. Kejayaan2 besar telah dicapai oleh kumpulan ini.

          Kejayaan kumpulan ini juga telah merebak dan berkembang di seluruh pelusuk negara. Hanya dengan bermula di tempat yang kecil di USJ 9, AT 181 telah melebarkan sayapnya melangkaui sempadan negara dan antarabangsa.

          Pemimpin2 yang ada di dalam AT 181 tidak mempunyai agenda peribadi. Mereka bukan hanya pandai bercakap tetapi bersedia turun padang untuk membantu di mana jua anda berada. CDM2 Taipan bekerja untuk menjayakan semua warganya walaupun anda bukan daripada networknya sendiri. CDM2 dan mentor2 hebat dalam AT 181 tidak mempunyai agenda peribadi kecuali untuk kejayaan bersama warganya. Cita2 AT 181 adalah selari dengan kejayaan mentor2 AT 181 tanpa mempunyui agenda yang lain. Dengan slogan 'Bersama Dan Bersatu',AT 181 terus melakarkan kejayaan2 hebat di seluruh Malaysia.


         

      

Bacalah jika ada masa...

Dalam cinta orang memerlukan kepercayaan,
dalam persahabatan orang memerlukan pengertian.


Alam semesta memerlukan cinta supaya tidak runtuh,
manusia juga memerlukan cinta
supaya tidak mati.
Hadiah terbaik untuk
Teman anda ialah setia kawan
Musuh anda ialah memberi maaf
Golongan atasan anda ialah membuat jasa
Seorang anak ialah teladan yang baik
Orang tua anda ialah bakti dan terima kasih
Pasangan anda ialah cinta dan kesetiaan

Motivasi Harian

Orang yang berputus asa beberapa kali telah
mati sebelum dia meninggal dunia,
sedangkan orang yang berani merasai kematian
hanya sekali sahaja.

Sunday, November 28, 2010

Motivasi Harian

Layang-layang tidak akan naik dengan
mengikut arus angin,
tetapi layang-layang hanya akan naik
dengan melawan arus angin


Saturday, November 27, 2010

Motivasi Harian

Jadilah Seperti Lilin.
Sanggup Hancur Untuk Menerangi

Friday, November 26, 2010

Banglo Di Langit



KONDO MATAHARI


Kondominium Mewah Matahari yang sedang dibangunkan di Desa Seri Hartamas menawarkan 141 unit kondo dan 17 unit penthouse di sembilan blok.
Konsep 'Banglo Di Langit'  unit superior akan menerima kadar sewa bulanan antara RM16 000 hingga RM18 000 sebulan berdasarkan pasaran sewa sekarang.
Terletak di kawasan pegangan kekal, unit matahari dijual pada harga RM3,107,666 sehingga RM10,766,363 setiap sebuah. Ia dilengkapi dengan tiga lot tempat letak kereta bagi unit kondo dan lima lot tempat letak kereta bagi unit penthouse.

Bacalah jika ada masa...

Manusia yang mempunyai sifat berani,
dianggap sebagai sebutir benih yang subur,
dicampakkan di mana sahaja pasti akan tumbuh.
Sama ada di lautan atau di daratan,
pasti akan tumbuh jika dibuang.
Begitu juga walau di padang pasir yang gersang,
ia tetap akan tumbuh dan menghasilkan buahnya.
Jika dicampak ke laut, ia akan menjadi jerung yang digeruni.
Jika dibuang ke udara, ia akan menjadi helang yang disegani
Jika di daratan, ia akan menjadi singa yang paling berani
dan menjadi raja di hutan belantara.

Universiti terbaik di dunia ini ialah pengalaman pahit.
Pengalaman pahit adalah guru terbaik yang memungkinkan
seseorang manusia memperbaiki kelemahan sendiri
 sebagai persiapan bagi mencapai kejayaan
yang lebih besar dan bermakna.

Berani
Sekiranya kita seorang yang berani
Keberanian itu akan menukarkan segala-galanya.
Hati tikus boleh menjadi singa
Hati bilis boleh menjadi hati jerung
Hati pipit boleh bertukar menjadi hati helang
Hati betina boleh bertukar menjadi hati jantan
Begitu jugalah
Otak yang bodoh boleh menjadi cerdik
Mata yang buta boleh menjadi celik
Telinga yang pekak mampu mendengar
Cita-cita dikota
Semangat pengecut menjadi pahlawan yang berani berjuang.



Motivasi Harian

Jadilah manusia yang memburu,
jangan hanya menjadi manusia yang menunggu.

Thursday, November 25, 2010

Tewas Dengan Diri Sendiri?

CDM Kartini, CDM Yan, CDM Shahrina dan warga AT 181....
mereka menguatkan semangat juang ku
CDM Azlina masih baru lagi dalam AT 181.
Setahun hingga lima tahun adalah proses membina.
Bertahanlah untuk menuai hasilnya
Naik CDM setahun tiga bulan selepas menceburi perniagaan ini.
Ketika kami bermula lapan tahun lalu. Segalanya serba susah.
Kami teruskan. Dan hari ini telah menikmati hasilnya.


          Salam untuk seluruh warga AT 181. Di mana anda berada hari ini? Bagi yang masih bekerja, anda mungkin di tempat kerja anda. Bagi yang dah sepenuh masa bersama AT 181, anda mungkin masih berada di rumah, atau mungkin sekarang dengan rakan kongsi, dengan prospek, sedang demo produk, atau mungkin juga sedang berada di stokis ambil barang, atau mungkin di bank menguruskan dana, atau mungkin di lebuh raya, atau mungkin sedang out station.

        Malam tadi, ketika kami berada di Shah Alam Convention Center (SACC) bersama anak2, menemani mereka ke Program ESQ Kids, aku mendapat sms dari seorang DDM bertanya, "Kak, macam mana nak buat? Hampir semua downline dan rakan kongsi saya mati dan tak bergerak. Saya keseorangan dalam business ini sekarang. Saya rasa hilang semangat, buntu dan kecewa. Tetapi upline CDM saya sangat bagus, dia terus memberikan saya keyakinan."

           Sebenarnya bukan dia seorang yang mengajukan soalan yang sama kepada aku. Jawapan ku "Teruskan perjuangan kita, anda tidak berseorangan dalam perjuangan ini, rapatlah dengan kami dan jangan sekali2 bersendirian serta menjauhi meeting."

         Hidup ini ibarat sebuat bahtera yang belayar di lautan dalam yang bergelora dengan ombak dan gelombang sebagai penghalang pelayarannya. Begitu juga denganpelayaran kita di dalam AT 181. Bagi yang ingin terus hidup maju ke hadapan, kita perlu bersedia dilambung oleh ombak dan gelombang kehidupan itu sendiri. Hanya manusia gagah yang berani sahaja yang akan sanggup dilambung dan dihempas gelombang dalam perjuangan ini.

Nyawa2 ikan
Mati tak berkubur
Hilang tidak berbatu nesan
Koma dengan bantuan pernafasan
Bernafas dalam lumpur
Tersungkur di pintu syurga
Mati tak tutup mata

          Itulah adalah gelaran yang diberi kepada downline atau rakan kongsi yang kian malap di laluan kerdipan bintang berkilauan. Saya umpamakan Hai O khususnya Akademi Taipan 181 sebagai lubuk kejayaan paling besar bagi sesiapa yang mengimpikan sebuah perubahan di dalam hidup ini. Lengkap lebuh raya yang tersedia di dalam akademi ini.

          Aku bersyukur kepada Allah kerana terus memberikan ku kekuatan dan ketahanan untuk kekal setia dalam perniagaan ini walaupun terlalu banyak ranjau, onak dan duri serta laluan yang amat getir di sepanjang perjalanan ini. Aku tak mudah goyah dengan ujian demi ujian yang tak berhenti mengiringi perjuangan ini. Dikata, dihina, dicerca diherdik, dihalau, dibohongi, ditipu, dipermain2kan, ditertawakan, tak dipedulikan, dicabar, digertak, dimalukan dan difitnah adalah antara cabaran2 getir. tetapi syukurlah, entah dari mana sumber kekebalan yang menyelaputi diri aku dan dzul, sedikitpun tidak berbekas di hati kami. Telah ku "setting" bahawa inilah asam garam sebuah perjuangan mencari kejayaan. Ia tak akan diperolehi jika kita hanya berada di atas tilam nan empuk atau dihampari carpet merah. Perjuangan pasti dilalui dengan onak dan duri, susah dan payah.

          Biar semua rakan kongsi mati tak bernyawa, seperti yang aku lalui pada tahun 2006 yang lalu tetapi aku teruskan perjuanganku. Selagi jantung ini masih berdenyut dan berdegup mengepam darah merah ke sekeliling tubuh badan, selagi itulah perjuangan hidup seperti berputarnya roda untuk bergerak menuju ke destinasinya. Putaran roda2 kehidupan akan lenyap dengan lenyapnya semangat untuk meneruskan perjuangan.

           Impian yang besar, keyakinan yang mantap dan kepercayaan kepada diri ku sendiri menjadi kunci kesetiaan ku ketika menerima ujian getir dahulu. Ketika ujian hebat itu, pendapatanku jatuh menjunam. daripada puluhan ribu belasan ribu sehingga tinggal empat lima ribu sahaja. hidup mesti diteruskan, berpaling ke belakang tidak sekali, menyerah kalah apa lagi, kembali ke sekolah tentu tidak sama sekali. Teruskan perjuangan.

          Aku hanya ada upline CDM Kartini dan CDM Kamaruddin sahaja ketika semua rakan kongsi ku mati dan tak mahu berniaga lagi. Dengan mereka ku bergerak, dengan mereka aku buat meeting, dengan mereka ku berbincang, dengan mereka aku pergi berjumpa mentor, dengan mereka berdua juga ku hadiri program2 Hai O.

          Sama juga dengan anda, anda bertuah masih mempunyai uplinem masih mempunyai mentor, masih mempunyai CDM, masih ada Akademi Taipan 181. Cuma anda kehilangan excited dan semangat sahaja. Jangan jauh dengan kami, jangan menjauhi upline atau CDM anda ketika mana semua rakan kongsi anda menjauhi anda. Ingatlah, layang2 tidak akan naik dengan mengikut arus angin, tetapi layang2 hanya akan naik dengan melawan arus angin.

          Ramai orang yang tewas kepada diri sendiri dan bukan tewas kepada ribut taufan di luar sana. Bukan juga kalah dengan tsunami, bukan tewas dengan puting beliung atau larva letupan gunung berapi dalam perjuangan ini.

        Terlalu ramai yang hanya tewas kepada diri sendiri. Ramai yang merasa malas, hangat2 tahi ayam, merasa cukup dengan apa yang ada, terlalu cepat berpuas hati, tak berani menempuh cabaran, takut dengan kegagalan, tak ada impian, tak mahu keluar dari zon selesa, tak mahu ada tekanan, malas nak mencuba, tak mahu berusaha, mengharapkan kejayaan segera, takut tidak menentu, tak mahu berusaha, malas mencuba dan lain2. Ramai orang mati bukan kerana diserang harimau belang, atau dihempap gajah atau dibaham singa lapar tetapi ramai yang mati kerana virus, atau bakteria dan hama sehalus mikroorganisma di dalam badan sendiri.

          Percayalah. Selepas pahit pasti ada manisnya. Selepas susah pasti ada senangnya. Selepas malam pasti akan muncul terang siangnya. Perjuangan kitapun demikian juga likunya. Jangan tewas dengan cabaran, jangan mengalah dengan ujian dan jangan undur dek kata caci hinaan orang. Tetapkan matlamat perjuangan anda. Bergurulah dengan mentor2 hebat yang ada di dalam AT 181. Apa pun ujian dan halangan, sebesar manapun pahit getirnya...telah aku lalui  terlebih dahulu daripada anda. Masa sahaja yang berbeda. Jika aku berhenti dahulu, tak mungkin aku perolehi kesenangan dan kemewahan hidup seperti hari ini.Insyaallah, akan ku kongsikan satu demi satu lembaran pahit getir onak duri sepanjang lapan tahun bersama perniagaan ini dalam ruangan Meniti Puncak Jaya. Salam Perjuangan

Jawapan 'Ya' Kepada Diri Sendiri

          Selamat berjumpa lagi. Salam Perjuangan. Saya gembira dapat berkongsi rasa dan pengalaman dengan anda semua dalam ruangan 'Meniti Puncak Jaya', inilah jejak langkah kami mencari makna kejayaan di dalam hidup. Kemahuanlah yang akan membezakan anda dengan orang lain di luar sana.

          Mengimbau detik lapan tahun yang lalu, kunjungan pertama CDM Kartini (ketika itu berpangkat DDM) dan CDM Kamaruddin (DSM ketika itu) pada awal Oktober 2003, aku masih teragak2 untuk menyertai Hai O. Kesetiaan atau loyalty yang ditanam oleh Amway begitu kuat mencengkam seluruh urat sarafku. Kepercayaan dan keyakinanku kepada Amway begitu kuat mengalir menjadi denyut nadi hidupku. Begitu sukar untuk diganggu gugat. Begitu hebat sistem pendidikan yang ditanam dalam sistem syarikat MLM itu walaupun selama lima tahun aku terlibat dengannya, aku tidak nampak sebarang perubahan besar dalam hidupku kecuali dapat menggunakan produk yang sangat berkualiti.

          Tetapi sebagai manusia yang diberi akal fikiran, terdetik di hatiku tentang perubahan hidup yang begitu ketara yang ku lihat pada Tini (panggilan lama yang begiru serasi kepada CDM Kartini). Kereta Honda Accord baru yang cukup bergaya, pendapatan puluhan ribu, trip pelancongan yang telah dinikmatinya dan niatnya untuk berhenti kerja membuatkan aku berfikir...."Jika Tini boleh dapat, aku juga pasti boleh. Sudah lima tahun aku setia kepada Amway, segala komitmen dan pengorbanan telah ku berikan untuk berjaya tetapi aku masih di takuk lama". "Aku mesti memberi peluang kepada diriku untuk melihat potensi yang ada di dalam syarikat ini, barangkali rezeki ku bukan dengan Amway lagi". Fikiran ku terus berkata2.

          Aku menelefon Tini, ajak berjumpa dan menjemputnya datang ke rumah ku sekali lagi. Aku mahukan kepastian. Seperti yang dijanjikan Tini dan Din datang. Wah! kali ini bukan berseorangan tetapi membawa sekali uplinenya yang hebat iaitu CDM Safiah Yusop dan CDM Jamsari Mokhtar. Tak cukup dengan itu, stokis Angie dan Kenny pun datang. CDM Jamsari yang banyak bercakap dan memberi penerangan kepada ku. Tini dan Din hanya memerhati. Ya! jika kita dah membawa upline berjumpa prospek kita, kita sepatutnya diam dan melihat sahaja. Biar upline kita yang bercakap. Selepas sesi penerangan oleh CDM Jamsari, Angie pula yang memberi ku percubaan untuk memakai Premium Beautiful. Wah!...Keyakinanku bertambah, fikiranku berubah. Kemahuan ku untuk mencuba perniagaan ini melonjak-lonjak.

          Ya, berjaya Tini kali ini, detik hati ku. Closing!!! Aku terus mengisi borang keahlian. Ketika itu RM50.00. CDM Jamsari bertanya direct pada aku...

"Kak Faridah ada modal tak?"

"Modal? Berapa?"

"Kita nak buat bisnes ni, pendapatan mesti besar. Jika Kak Faridah ada modal senanglah nak buat, boleh mula terus. Jika ada barang, kita boleh terus pakaikan customer kita, tak payah tunggu2 lagi." Kata CDM Jamsari panjang lebar.

"Nak bayar yang dipakai ni pun tak ada duit, usahkan nak bermodal untuk beli produk dulu. Berapa minimanya?"

"Jika ada sepuluh ribu dulu, Kak Faridah boleh beli lima set premium beautiful dulu".

Aku mengeluh panjang. Ya....dari situ aku berfikir. "Selama lima belas tahun aku bekerja, siang malam mencurah tenaga, segala komitmen aku berikan untuk menjadi guru berdedikasi seperti yang dituntut dalam bidang ini"....tetapi detik hati ku terus berkata "simpanan langsung tiada, baik untuk simpanan wang, simpanan kecemasan apalagi dalam bentuk aset seperti saham, simpanan emas, ASB atau lain2."  yang ku perolehi. Begitu daif sekali. Cukup terasa. Rasa berderau urat saraf ku mengenangkannya.

          CDM Safiah, CDM Jamsari, Angie, Kenny, Tini dan Din pulang lebih kurang jam 6.30 petang. Hanya closing ahli RM50.00. Tetapi jawapan yang ku berikan, "Kak Dah akan usahakan".

Malam tu aku tak lena tidur, segala macam fikiran datang menerpa.

"15 tahun aku bekerja. Ada ijazah dan master. Aku guru hebat, guru cemerlang, guru yang menjadi kesayangan, guru bagai lilin, guru yang komited, anugerah guru...bla bla bla."

"Dua kali ku naik ke pentas menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah tempat ku bertugas pernah mendapat anugerah sekolah terbaik sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan."

"Result peperiksaan subjek geografi yang ku ajar sentiasa tinggi, peratusannya memuncak je."

"Tetapi apa yang aku ada...Simpanan? Saham? ASB? Insuran? Aset emas? Rumah sewa? Melancong ke luar negara?"

Teringat kata2 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary "Jika nak kaya, tak boleh makan gaji".

"Tini sudah memandu kereta baru, wang pun dah banyak puluh2 ribu dah dapat, macam mana dengan aku?" Getus fikiran ku lagi.

Ahh! tak boleh jadi. "Aku mesti bertindak. Lima tahun lagi aku mesti menjadi orang lain...rumahku berbeza, kereta ku berlainan, aku mesti mempunyai simpanan wang, emas dan saham, aku mesti membeli insuran untuk masa depan ku dan anak2, aku mesti berjalan ke seluruh dunia, aku tak mahu masih seperti hari ini. Aku tak mahu sekadar cemerlang di tempat kerja tetapi kehidupan peribadi ku suram. Aku mesti keluar daripada segala kesusahan ini".

"Dan siapa diriku lima tahun akan datang bergantung kepada keputusan yang aku buat hari ini". Ya...inilah waktu yang terbaik. Aku mesti menjadi manusia yang memburu kejayaan.

Esoknya, pagi2 lagi aku menelefon CDM Kartini. Buat appoiment dengannya untuk mendemokan produk Premium Beautiful kepada beberapa orang prospek ku. Petangnya, Tini datang ke Rawang. Tiga set produk berjaya dijual hanya pada sekali kunjungan Tini ke Bandar Sg. Buaya. Wah! bagai hali lintar, aku rasa begitu bersemangat sekali....Kita jumpa lagi pada siri seterysnya. Salam kejayaan.

Motivasi Harian

Jangan berputus asa,
mungkin selangkah lagi dihela,
mahkota kemenangan menanti di sana.

Wednesday, November 24, 2010

Motivasi Harian

Rezeki selalunya akan mencari
orang yang tabah,
sabar, tahan uji dan gembira.

Tuesday, November 23, 2010

Meriah...Berseri...Gemilang...

SELAMAT PENGANTIN BARU
NIK NORFAIZAH & ARIF SUFIAN

Simple tetapi menarik...Kad Undangan Perkahwinan
Butiran Majlis Dalam Kad Undangan
Aturcara Majlis dan Nama Semua Anak Bonda...
Kata Bonda Mahu Diabadikan Sempena Perkahwinan Anak Bongsunya
Majlis Solat Hajat Di Rumah Bonda...
Hanya Untuk Anak2, Menantu dan Cucu2nya
Doa Dipanjatkan Agar Majlis Lancar Dan Sempurna
Dari Awal Hingga Akhirnya...Amin
Nor dan Anak2 Saudara Yang Terlalu Manja Dengannya
Nor Cukup Berseri di Majlis Akad Nikah
Arif Sufian Berdebar Menunggu Majlis Akad Nikah
Kekanda Lelaki Yang Kuat Memberi Sokongan
Pandangan Pada Majlis Ajad Nikah di Masjid Tanah Merah
Aku Terima Nikahnya.....
Arif Menyarungkan Cincin Perkahwinan Ke Jari Manis Nor
Arif Mencium Dahi Nor Selepas Menyarungkan Cincin
Kedua2 Mempelai Lega Setelah Selesai Majlis Akad Nikah
Tersenyum Penuh Makna...
Jika Dah Jodoh Tidak Ke Mana
Ikan Di Laut Asam Di Darat
Di Dalam Kuali Bertemu Jua
Lima Gadis Bunga Gembira Dapat Turut Serta
Menjadi Penyeri Perkahwinan Mak Saudara Kesayangan Mereka
Waah...Benar2 Meriah dan Berseri Dengan Kehadiran Lima
Orang Gadis Bunga
Berseri2 Nor Syahirah, Hani Adriana, Nor Amalain Aisyah,
Aisyah Solehah dan Maisarah Afifah.
Kehadiran Mereka Mencuri Perhatian Tetamu Yang Hadir.
Pelamin Bertema Merah Putih Pilihan Pengantin Nor
Sembilan Dulang Hantaran Untuk Arif Sufian Bertema Merah Putih
Sembilan Hantaran Untuk Nik Norfaizah Bertema Serba Putih

Meja Makan Beradab Untuk Pengantin dan Ibu Bapa
Cucu-cucu Bonda Yang Begitu Sporting Bersedia
Untuk Menyambut Perarakan Pengantin
Arif Sufian Baru Disiapkan Mak Andam
Semuanya Nampak Seronok Dan Gembira
Dengan Majlis Gemilang Ini. Tahniah Cucu2 Hebat Hjh Nik Kalthum


Perarakan Pengantin Masuk Ke Dewan Berseri
Raja Sehari Naik Ke Singgahsana
Bonda Kedua Pengantin....
Hjh Nik Kalthum dan Hjh Nik Hasnah
Buah Betik Buah Kepayang
Nor Cantik Arif Sayang
Pengacara Majlis Yang Makin Popular...
Kekanda Pengantin Perempuan
Hanisah Mohd Ali dan Suami Muhammad Ali Nuruddin
Bacaan Doa Mohon Berkat
Diketuai Oleh Kekanda Pengantin
Nik Muhammad Mohd Ali
Hjh Nik Hasnah Bonda Arif
Merestui Kedua Mempelai Raja Sehari
Kekanda Sulung
Hj Nik Azman Menyampaikan Ucapan Alu-aluan
Bagi Pihak Keluarga Pengantin Perempuan
Bersama Keluarga Dr Amir Rashidi,
Kekanda Kedua Arif Sufian

Bersama Kekanda Hanisah dan Suami
Semua Makanan Yang Disediakan
Bukit Bunga Catering Sangat Sedap

Kek Pengantin Untuk Acara Memotong Kek
Amboiii...Bukan Mainnya...
Weh...Weh...Weh...Bukan Main Lagi Posing
di Bilik Pengantin
Untuk Majlis Memotong Kek Pada Malamnya
Semua Berpadu Tenaga Untuk Menyempurnakan Majlis
Hj Azmi, Nik Muhammad, Khalid, Hj Alwi dan Mohd Shukri
Makan Beradab Pengantin
Bersama Ayahanda dan Bonda


Bersama Dr Aman Rashidi
Kekanda Kedua Arif Sufian


Suap Menyuap Bawa Bahagia
Bersama Adik Beradik Dan Ipar-ipar


Bersama Hj Azmi dan Keluarga
Kekanda Kedua Nor


Bersama Kekanda Faridah, Hanisah Dan Hasni.

          Syukurlah semuanya sudah selamat. Cuaca juga sangat cantik pada hari tersebut. Doa yang dipanjatkan pada majlis solat hajat dimakbulkan Allah SWT. Pendeknya semua ahli keluarga terutama Bonda dan Kedua Mempelai sangat gembira dan berpuas hati sepanjang majlis ini. PadaNya jua kita panjatkan setinggi2 kesyukuran kerana dengan keizinanNya jualah segalanya berjalan sebagaimana yang dirancang. Untuk kedua2 mempelai Nor dan Arif, berbahagialah hingga ke syurga. Tidak ada lagi harapan kami semua kecuali melihat adinda berdua bahagia melayari bahtera kehidupan. Tentu pasti ayahanda turut gembira andainya dia masih ada melihat anakanda bongsunya selamat diijabkabulkan.Al Fatihah untuk aruah Ayahanda Hj Mohd Ali Omar, bapa hebat yang mendidik kita semua. Salam