Monday, November 29, 2010

AT 181....Rahsia Kehebatannya

Bersama dan Bersatu Menjadi Slogan menggerakkan warganya
Kesediaan CDM2 berkongsi peluang hebat ini dengan sesiapa sahaja
Program AT 181 di KK

Seminar Nur Wanita di Melaka...penuh dewan
Bisness Talk di KK...tak cukup kerusi
Program Jom Dapat Duit Raya
1200 orang yang hadir
Pemimpin CDM2 AT 181 bersama pengurusan Hai O
Bisness Talk di TTC USJ 9
Melimpah ruah
Salah satu program Hai O
Semua program anjuran AT 181 akan mendapat
sambutan luar biasa
Sesi Perbincangan CDM AT 181 dengan GM
Hai O Marketing Sdn Bhd
Seminar Seberang Laut di Switzerland
Bercuti selepas penat bekerja...ganjaran untuk yang berusaha
Suasana di Safira Club Penang, sentiasa pecah panggung
Rumah Baitul Kaseh Sg Buloh
Anak angkat Yayasan Taipan
Pemimpin2 CDM AT 181 yang sanggup turun padang
untuk menjayakan semua warga AT 181
          Salam sejahtera, Salam kejayaan untuk seluruh warga AT 181 walau di mana jua anda berada. Ramai orang bertanya pada saya apakah rahsia kejayaan dan kehebatan akademi Taipan 181. Namanya digeruni, orang luar mengkagumi   dan banyak kumpulan lain dalam Hai O sendiri yang menyebut2 akan kehebatannya. Tidak kurang yang ingin mengetahui rahsianya. Walaupun cabaran datang silih berganti tetapi AT 181 tetap utuh. Ketika kumpulan lain gugur satu persatu dek dilanda badai dan taufan dalam bizness, AT 181 terus meriah dengan kehadiran warganya di setiap program yang dianjurkan. Ketika begitu ramai pemimpin CDM dari kumpulan lain berkeliaran lari mencari dahan untuk berpaut, dahan AT 181 kekal gagah menjadi tempat berpaut seluruh warganya. Yang gugur tetap ada, yang hilang pun ramai tetapi melihat kepada sambutan melimpah ruah setiap program AT 181, kadang kala orang luar hairan melihat fenomena ini. Inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua.

1. Akademi Taipan 181 telah menjadi jenama hebat.
Taipan pun begitu cantik maknanya. Ya...'usahawan berjaya' adalah makna tersirat perkataan Taipan. Namanya bukan diambil dari nama pemimpinnya atau alamat rumah sesiapa atau jelmaan mimpi orang kuatnya. Namanya adalah bersempena terletaknya traning centernya di USJ 9 yang dikenali juga sebagai Taipan. Nombor 181 pula begitu digemari oleh usahawan besar khususnya yang berbangsa Cina. 181 dipercayai oleh pakar Feng Shui sebagai nombor yang memberi tuah dalam perniagaan. Nombor itu memberi makna umpama 'Pagar Yang Memagari kekayaan dan Kejayaan'. Juga diyakini bahawa di dalam nombor itu, hanya yang baik, elok dan bagus sahaja yang akan berada di dalamnya. Semua perkara yang tidak baik, perbuatan yang buruk atau nilai yang buruk tidak akan boleh dilakukan di dalam kumpulan ini. Sesiapa jua yang berniat buruk atau cuba melakukan perkara buruk atau apa saja yang buruk akan tersingkir dengan sendiri.
          Dan memang benar, tidak ada yang benar kecuali benar belaka. Bukan tidak ada yang cuba berbuat tak baik, melakukan perkara tidak benar dalam kumpulan ini tetapi semuanya terpadam dengan sendiri. Malahan ia tidak mengenal siapa pun orang itu sama ada orang baru mahupun yang sudah berpangkat tinggi. Kejahatan dan keburukan tersingkir tanpa perlu dipaksa.
          Nama AT 181 dibina secara berdikit2 seiring dengan pemantapan ilmu pendokong2nya. Ia bukan kehebatan peribadi sesiapa. Ia juga tidak pernah menjulang agenda peribadi mana2 pemimpinnya kecuali semuanya dibina atas matlamat untuk meletakkan Taipan sebagai kumpulan yang paling unggul di dalam syarikat ini.
          Pemimpin2nya bukan hanya berjaya kerana memiliki pendapatan besar, kereta besar atau rumah besar sahaja malahan pemimpin2nya adalah yang benar2 tinggi ilmu kepimpinannya, hebat daya juangnya, diuji keteguhan dan kegigihannya, bersedia untuk menghadapi jatuh bangunnya, sanggup turun padang untuk menjayakan setiap warganya malahan kekal bertahan ketika senang dan susahnya.
    
2. Mentor hebat AT 181
Dari awal penubuhannya awal 2006, ketika mana ujian besar melanda CDM Kartini, CDM Kamaruddin dan saya juga, (hanya kami bertiga yang bergelar CDM ketika itu), kami mencari mentor sebagi tempat berpaut. Ya, memang tepat pilihan kami ketika datang menangis dan merayu kepada CDM Ah Hock dan CDM Zulkefli Sohor, mereka dengan hati terbuka menghulur tangan memberi keyakinan bahawa ujian yang hadir ketika itu tidak lain, sebagai petanda bahawa bisnes akan berkembang.
          CDM Ah Hock memang cukup tinggi ilmunya. Walaupun bahasanya sukar difahami jika kurang biasa dengannya, tetapi falsafahnya cukup tinggi. Penilaiannya cukup mendalam dan tindakannya cukup cermat. Itulah pengalaman dan ilmu CDM Ah Hock yang cukup besar memberikan input kepada kami untuk terus berjuang pada awal penubuhan AT 181 lima tahun dahulu.
          CDM Zulkefli Sohor pula tidak perlu diperkenalkan. Dia pemimpin hebat yang diakui dalam industri MLM di Malaysia. Namanya dan kisah kejayaannya ditulis dalam sebuah buku MLM tersohor di negara ini sedikit masa lalu. Buku itu sehingga kini terus menjadi rujukan pendokong2 industri MLM di Malaysia.
          Sehingga ke hari ini, CDM Ah Hock dan CDM Zulkefli Sohor terus menjadi mentor kepada AT 181. Saban waktu, mereka dirujuk. Setiap masa mereka mencurahkan ilmu untuk pemimpin2 Taipan. Kami akan merujuk mereka hampir setiap masa. Apa saja permasalahan besar atau kecil tidak akan terlepas dari pengetahuan mereka. AT 181 tidak silap memilih mentor. Inilah kunci besar untuk membuka pintu2 rahsia membina kumpulan yang hebat, memimpin kumpulan yang besar, mendidik pemimpin yang berkualiti, menyatukan impian dalam satu wawasan, memegang cita2 peribadi yang bersatu dalam cita2 Taipan, mementingkan agenda yang besar lebih daripada agenda diri sendiri. Syukurlah.

3. Bersama Dan Bersatu Menjadi Slogannya. Setiap Jengkal Tanah Ada 181 Menjadi Motonya.
Dua perkara ini menjadikan setiap warganya kekal bersama. Meskipun ada yang gugur, hilang atau berhenti....tetapi itu bukan kerana kumpulan ini. Yang hilang, yang pergi, yang berhenti, yang mati atau nyawa2 ikan adalah kerana kehendak peribadi mereka sendiri. Tetapi syukurlah, yang ada kekal menjunjung slogan dan moto yang sama. Yang pergi tidak menjadi kudis menyebabkan tempangnya daya juang AT 181. Kerana AT 181 bukan milik peribadi mana2 pemimpin hebatnya. Ia berdiri gagah bukan kerana kehebatan seseorang. Tunjang kekuatan Taipan selama ini bukan bersandar kepada kekuatan peribadi sesiapa. Kehebatannya, kekuatannya, kecemerlangannya, kekukuhannya, kejayaannya dan kemantapannya terhasil dari pengkabungjalinan antara pemimpin2 yang ada dengan setiap warganya. Ia menjadi hebat kerana kita sama2 hebat. Ia berjaya kerana kita bersama2 berkerja dan berusaha untuk merealisasikan kejayaannya. Tahniah AT 181.
          Setiap warganya merasa diri mereka  mempunyai AT 181 sebagai tempat berpaut dan berteduh. Dengan satu suara, satu matlamat, satu wawasan, satu impian, satu strategi, satu modul dan satu kaedah, setiap warganya membawa panji2 semangat berpasukan walau di mana jua mereka berdiri. Di bandar atau di kampung, di pejabat atau di rumah, di meeting atau seminar, semuanya berdiri di belakang AT 181. Semua semua berasa bangga dengan AT 181.

4. Matlamat Unggul AT 181
Setiap warga akademi ini mempunyai matlamat untuk berjaya. Mereka mempunyai matlamat peribadi masing2. Kejayaan peribadi mereka mesti selari dengan matlamat Taipan. Matlamat AT181 adalah untuk menjayakan semua warganya di seluruh negara. Dalam tempoh dua tahun, setiap yang bersama akademi ini mesti menjadi pemimpin CDM yang cukup solid. Kental ketahanannya, tinggi daya juangnya dan dalam ilmu kepimpinannya.
          Tidak ada mana2 pemimpin CDM dalam akademi ini yang mempunyai matlamat peribadi lebih tinggi daripada matlamat untuk kejayaan Taipan keseluruhannya. Biar tidak popular asal berjaya, biar kita tidak menonjol asalkan hebat, biar low profile asalkan kita berniaga besar. Glamour, nakkan nama, mahu dipuja2,  gila pujian, nak masuk TV, nak masuk majalah atau surat khabar bukan agenda pemimpin AT 181. Biar orang tak kenal Taipan, tetapi Taipan tetap berniaga besar. Jika dah masuk tak apalah, kitapun bukan menolak.
          Jika ada mana2 pemimpin CDM yang merasa agenda peribadi mereka lebih penting daripada agenda AT 181 dan agenda AT 181 tidak sesuai lagi dengan cita2 dan impian peribadi mereka, maka AT 181 juga tidak berhak untuk menghalang sesiapa untuk melaksanakan agenda mereka tetapi bukan di dalam AT 181. Maka tidak hairanlah, ada yang mengambil keputusan untuk membawa haluannya sendiri. Pun demikian, ia juga tidak menjadikan nanah atau barah kepada AT 181. Syukurlah, pengalaman perit dilanda gelombang besar pada akhir tahun 2005 dahulu menjadi pemimpin2 senior dalam kumpulan ini cukup matang untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Inilah antara tips dan rahsia penting keunggulan kumpulan ini.

5. Impian
Impian untuk berjaya, menjadi hebat dan kaya ditanam di dalam minda setiap warganya. Impian tidak perlu dibayar tetapi tidak rugi kita membina impian kita. Bermula dengan angan2 dan impianlah, orang2 yang kaya dan hebat menukarkannya kepada tindakan untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Keyakinan dan kepercayaan bahawa mereka mampu merealisasikan impian mereka ditanam sebaik mereka join akademi ini. Ia diterapkan dalam program2 kumpulan seperti bisness talk, meeting, table talk, bengkel, seminar dan lain2.
          Sebelum bersama AT 181, ramai yang tidak mempunyai impian, malahan begitu ramai yang tidak pernah berimpian pun kerana mereka tahu mereka tidak akan mampu mencapai impian mereka melalui dunia pekerjaan mereka. Ini yang menyebabkan mereka tidak bermotivasi, tiada hala tuju, tidak pernah merancang kehidupan sendiri. Sebahagiannya hanya secukup hidup....tiada simpanan, tiada aset, tiada rumah, tiada insuran dan hanya menunggu apa yang akan terjadi. Inilah yang menyebabkan mereka menjadi tidak berdaya maju, malas berusaha, bosan dengan kehidupan seharian dan tertekan dengan beban tugas. Tetapi bersama AT 181, mereka ditanamkan keyakinan bahawa impian mereka akan terlaksana bersama kumpulan ini dengan usaha yang gigih, berterusan serta sabar.
            Impian untuk memiliki pendapatan besar lima atau enam angka sebulan, rumah besar, kereta mewah, aset, hidup menjadi bos kepada diri sendiri, melancong ke seluruh dunia dan kebebasan hidup adalah impian yang hanya akan menjadi kenyataan jika mereka sanggup berusaha, bersedia untuk bekerja kuat, gigih dan tidak berputus asa dalam perniagaan ini. Impian besar yang ditanam inilah yang menyebabkan mereka buat giler2, keluar pagi pulang pagi, tak kira jauh atau dekat, menjayakan setiap rakan kongsi agar mereka turut berjaya, sanggup berkorban apa sahaja untuk merealisasikan impian mereka. Dan inilah rahsia kehebatan AT 181. Begitu ramai pula yang berjaya meraih segala impian mereka selepas bersama AT 181.

6. Komitmen
Belajar buat dan berjaya. Fokus, percaya kepada diri sendiri dan memberikan komitmen adalah juga kunci yang penting kenapa AT 181 terus unggul. Kumpulan terhebat, kumpulan terbesar, kumpulan tercepat dan lain2 gelaran yang digeruni kawan dan lawan AT 181. Nak lebih kena usaha lebih. Inilah yang memerlukan komitmen. Tanpanya tak mungkin akan berjaya. Jika ilmu je yang cari, impian saja yang menggunung, jika cakap saja yang mahu berjaya tetapi jika tidak bertindak dan tidak memberikan komitmen untuk melaksanakan tindakan, semuanya hanya tinggal kosong belaka. Di sinilah hebatnya orang2 yang berjaya di dalam AT 181 berjaya melaksanakannya. Setiap kata akan dikota. Janji manismu bukan hanya tinggal janji. AT 181 telah memberikan komitmennya untuk melihat setiap warganya bimbingan yang berterusan. Maka komitmen menunaikan janji akan diberikan. CDM2 sanggup turun padang untuk berdemo, berjumpa rakan kongsi di mana sekalipun ceruk rantaunya, mengadakan sharing, table talk, meeting dan seminar, menguruskan dana dan menghantar produknya. Survice dan membimbing rakan kongsi baru. Inilah komitmen yang diberikan sehingga begitu ramai pula yang semakin berjaya.

7. "Buat jangan berhenti" menjadi kata keramat yang ditanam di dalam minda warga AT 181 oleh CD Kartini. Tanyalah pemimpin hebat ini bagaimana cara untuk berjaya. Tanyalah rahsia kejayaannya, rahsia kehebatannya dan rahsia dia bertahan lama dalam perniagaan ini. Tentu jawabannya tiga patah perkataan itu iaitu "BUAT JANGAN BERHENTI". Dan semakin ramai pula CDM lain yang gemar dengan ayat keramat ini. Ia menjangkit pula kepada pemimpin2 yang lain. Tanyalah CDM Yan, CDM Siti Rohani, CDM Kuyah, CDM Zana atau CDM Roshila, CDM Jalilah, CDM Hj Char, CDM Inda sekalipun, jawapan merela pun sama iaitu "Buat Jangan Berhenti".
        Ayat itu sudah menjadi mendarah daging kepada AT 181. Rahsianya itulah juga, Nak hebat, nak kaya, nak berjaya, nak income besar, nak rumah besar, nak kereta besar, nak positif, nak ketahanan tinggi, nak group besar, nak network menjadi empayar besar...tiada lain "BUAT JANGAN BERHENTI".

          Tahniah AKADEMI TAIPAN 181. Dengan rahsia yang tidak menjadi rahsia ini,  kita boleh pergi lebih jauh lagi. Taipan akan berniaga lebih besar dan hebat lagi. Lebih ramai pemimpin hebat dan berjiwa besar akan lahir hasil sentuhan akademi ini. lebih ramai yang akan berubah kehidupannya, lebih ramai pula yang akan menjadi pemimpin solid. Mampu menjadi usahawan yang tinggi ilmunya, berwawasan besar, kental semangatnya, luhur pekertinya, merendah diri meskipun sudah berada di puncak dan berfikiran besar. Salam perjuangan. Salam Kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.