Thursday, November 4, 2010

Indahnya Swiss...Hari Keempat

                                                                                                             
          Switzerland ialah sebuah negara yang sangat cantik dan indah. Keindahan panorama Swiss dapat kami saksikan dalam kembara indah bersama warga Taipan pada hari keempat. Kami juga terus check out dari Astoria hotel kerana akan bertolak ke Zurich.

          Selepas bersarapan dan check out, kami dibawa ke Muzium Kayu yang terletak di Brienz. Terdapat pelbagai ukiran kayu yang unik di sini. Selepas satu jam di sini, kami terus menaiki bot besar dari Brienz menuju ke Interlaken dengan menikmati pemandangan indah Tasik Brienz. Sungguh mempesonakan.

          Selepas makan tengah hari dan meninjau keindahan Interlaken, rombongan AT 181 dibawa ke Berne iaitu ibu negara Switzerland. Berne ialah sebuah bandar lama yang telah disenaraikan dalam UNESCO cultural World Haritage Sites sejak tahun 1983.

          Di Berne, kami dibawa melawat keindahan panorama termasuk di Federal Palace, Clock Tower dan Medieval Old town yang dijaga dengan baik. Dan malam itu kami dibawa menginap di Swissotel di Zurich, penginapan mewah dengan layanan istimewa ala resort.
Panorama indah dalam perjalanan menuju ke Brienz
Penggambaran filem2 Hindustan banyak dibuat di sini
kerana  keindahan panoramanya
Salji yang memutih
Perkampungan di Brienz
Berhenti mengambil gambar di kawasan salji di kaki gunung di Brienz
Bersama fighter Taipan Sabah
Bersama CDM Hamsah
Tak jemu menikmati keindahan alam di sini
DSM Roslina di Muzium Kayu dengan ukiran kayu yang unik
Ukiran kayu.... merakamkan kenangan
di Muzium Kayu di Brienz
Panoramanya cantik, kemas dan tersusun
Berlatar belakangkan bot besar ketika nak melayari
keindahan tasikBrienz
Menyusuri petempatan penduduk di sepanjang
Tasik Brienz menuju Interlaken
Bersama CDM Fazlan dan DDM Zack ketika
nak menaiki bot menuju Tasik Brienz
Bersama rakan kongsi...seronoknya mereka semua,
bukan selalu mendapat pengalaman hebat seperti ini
Laungan GO GO GO Taipan berkumandang di Tasik Interlaken
Bersama Geng Taipan Sabah
Bergambar bersama CDM Wan Iskandar, Zuma dan CDM Roshila
Bersih dan cantik sekali...di Medieval Old Town
di Federal Palace
Federal Palace...penggambaran filem2 Hindustan
banyak dibuat di sini rupanya
Semua gembira bercuti ke Swiss
Perjalanan hari keempat yang mengujakan
Menikmati makan malam di sebuah restoran di Berne iaitu
ibu negara Switzerland.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.