Friday, November 12, 2010

Pertemuan Yang Membangkitkan Semangat Baru

Khamis 11 Nov 2010
10 pagi hingga 12.30 tengah hari
Wawasan Hai O, Jalan kapar.

         Pertemuan 22 orang CDM AT 181 dengan GM Hai O,Mr Teoh pagi semalam sungguh baik dan memberangsangkan. Pelbagai aspek diibincangkan dalam pertemuan dua hala tersebut. En Teoh menjelaskan tentang objektif dan matlamat syarikat untuk tiga tahun yang akan datang.  Semuanya dijelaskan satu persatu. pelbagai program yang telah dan sedang disusun untuk mencapai matlamat ini.

           Pelbagai perkara telah kami bincangkan. Banyak persoalan telah dijawab. Pemimpin2 AT 181 yang kebanyakannya 'full time' bersama Hai O memberikan sepenuh perhatian dan mengambil penglibatan yang aktif dalam pertemuan ini. Dengan pengalaman yang begitu luas dalam MLM, Mr Teoh telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang cabaran dan situasi yang berada dalam Hai O ketika ini. Juga memberikan harapan yang sangat jelas tentang peluang dan potensi besar jika CDM2 sanggup bekerja keras selaras dengan objektif dan matlamat syarikat.

          Pertemuan itu telah memberikan banyak dimensi baru kepada CDM2 yang hadir. Senario yang lebih gemilang sedang menanti! Peluang dan potensi hebat  akan menjadi keuntungan yang sangat besar bagi mereka yang bijak menggunakannya. Ringkasnya pertemuan ini memberikan momentum dan semangat baru kepada AT 181.

          Bagi semua warga AT 181, teruslah berusaha berganding bahu untuk sama2 mencipta kejayaan yang lebih gemilang bersama kami. Jangan takut dengan cabaran, jangan undur dengan halangan, jangan tewas dengan segala keperitan. Tempuhilah segalanya demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama Hai O melalui Akademi Taipan 181.
     
Pelbagai soalan ditimbulkan oleh CDM Shahril dan CDM Hanim
Syarikat akan melaksanakan pelbagai agenda besar dalam
tempoh tiga tahun yang akan datang!
Perbincangan meja bulat yang sangat memberangsangkan.
Pengalaman En Teoh sangat luas
semua sedang tekun mengikuti perbincangan dengan GM

Syarikat mempunyai  tugas berat untuk terus maju ke depan,
tetapi ia menjadi lebih mudah sekira ia dapat digabungjalinkan
dengankekuatan pemimpin2 di dalam Hai O.
Fokus...
CDM Hasmidar, CDM Kuyah, CDM Sariah,
DDM Norkamisah dan CDM Haryati
Pelbagai info dan in put baru yang kami dapat
hasil daripada pertemuan ini.
Sebelum bersurai, sesi bergambar bersama En. Teoh



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.