Sunday, November 7, 2010

Semua Orang Mahu!

SAYA MAHU! SEMUA PUN MAHU!

Saya mahu!
Anda pun mahu!
Semua orang mahu!

Apa yang kita mahu?


Kita mahu disayangi
Kita mahu dikasihi
Kita mahu dihormati
Kita mahu dihargai
Kita mahu disanjungi
Kita mahu dipuji

Kita mahu kebahagiaan
Kita mahu kesenangan
Kita mahu kejayaan
Kita mahu kemenangan
Kita mahu kehebatan
Kita mahu pengiktirafan
Kita mahu kekayaan

Kita mahu rumah yang bertingkat2
Kita mahu kereta yang berkilat2
Kita mahu wang yang berlipat2
Kita mahu  hidup sihat walafiat
Kita mahu hidup yang selamat
Kita juga mahu rezeki yang berkat
Kita mahu bahagia di dunia juga di akhirat

Jika mahu bahagia jangan pilih derita
Jika mahu wang besar jangan pilih yang kecil
Jika boleh beli kereta besar jangan pilih kereta kancil
Jika boleh berusaha jangan duduk berpeluk tubuh sahaja
Jika boleh beli rumah selesa jangan pilih flat aje
Jika boleh berniaga jangan pilih berkerja
Jika boleh berlari jangan pilih berjalan
Jika boleh bersatu kenapa pilih berpisah
Jika mahu pandang depan jangan lagi menoleh ke belakang
Jika boleh yang terbaik jangan pilih yang tidak baik
Jika boleh dapat lebih kenapa pilih yang kurang
Jika boleh capai kejayaan jangan pilih kegagalan
Jika boleh capai kemenangan kenapa pilih untuk kekalahan

Jika kita mahu semua kita yang tentukan
Jika kita ada harapan jangan beri alasan
Jika kita ada impian jadikan ia suatu kenyataan
Tetapi ingat!
Jangan pula hangat2 tahi ayam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.