Monday, September 17, 2012

Tetamu Dari Pasir Puteh

Tetamu dari Pasir Puteh
CDM Fazlan dan sepupunya Azhar.
Datang bertamu di rumah kami Khamis lalu.
Terima kasih Lan.

Biasalah orang berniaga.
Jiwanya jiwa berniaga.
Hatinya orang berniaga.
Fikirannya fikiran orang berniaga.
Cakapnya cakap orang berniaga.


Berasal dari Pasir Puteh Kelantan.
Memilik kedai elektrik dan kedai motorsikal di sana.
Dari perniagaan keluarga.

Dengan ATM sejak tahun 2008.
Dah jadi CDM.
Tapi biasalah, business ada cabarannya.
Ada turun naiknya.
Ada jatuh bangunnya.
Kini bersedia untuk bangkit kembali.
Kerana katanya, berniaga dengan ATM nyata berbeza berbanding yang lain.
Dari segi strategi, hasil pendapatan, ganjaran wang, trip pelancongan mewah, pergaulan,
rakan2 yang positif, mentor yang hebat dan produk yang terbaik.
Satu perniagaan yang mudah, simple dan bukti yang cukup banyak.

CDM Fazlan datang ke KL kerana menghadiri mesyuarat agung Perdasama
(Persatuan Pedagang dan Usahawan Malaysia).
Dia orang kuat Perdasama Kelantan.
Tahniah...meluaskan jaringannya melalui Perdasama.

Pelbagaikan cabang perniagaan.
Perluaskan pergaulan dan hubungan.
Sambil melihat2 baru yang boleh dimanfaatkan.
Mana tahu, Perdasama membuka peluang dan kesempatan baru untuknya.

Wawasannya tinggi.
Impiannya menggunung.
Cita2 dan harapannya seluas lautan.
Matlamatnya jelas.
Mahu menjadi jutawan seawal mungkin sebelum usia 35 tahun.
Pasti boleh jika berniaga.
ATM tetap diperjuangkannya.
Semangat aku rasa jika duduk bersembang dengan anak muda ini.
Tahniah Lan.
Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.