Thursday, March 29, 2012

Biarkan Mereka, Jangan Kita


Selamat Pengantin Baru Untuk DDM Zana Mat

Tahniah....Syukur syukur syukur
kepada Allah SWT.

Selamat Pengantin Baru
kepada
DDM Zana Mat dan Zul Fahmi.


Bagai pinang dibelah dua
Bagai cincin dgn permata
Bagai bunga dgn kumbangnya
Bagai gula dgn semutnya.

Tahniah, semoga berbahagia hingga ke akhirnya.
Selamat melayari bahtera bahagia.

Cantik pasangan mempelai ini.
Penuh seri.
Saksikan gambar2 ini utk tatapan warga Taipan semua.







5 Angka Untuk DSM

RM11,307.55.
Pendapatan 5 angka untuk DSM.
Date 9/3/12...Tarikh masuk bonus.

Banyaknya duit.
Ini pendapatan DSM Tg Yuzaimie Idham.
Baru setahun bersama AT181.
Tak kira lagi dgn trip melancong ke Hong Kong, Vietnam dan
Holland yg dia dapat.

Banyak benda boleh settle dgn duit banyak ni.
Macam2 hal boleh buat jika ada duit.
Banyak masalah boleh selesai jika ada duit.
Jangan kata duit tak penting.


Best kan kalau dapat income macam ni.
Itupun part time.
DSM Tg Yuzaimie masih lagi bekerja.
Masih melakukan business ini secara sambilan.
Tetapi sentiasa berusaha untuk mengubah hidup.
Masih buat sungguh2 untuk mengejar impian.
Masih gigih mencuba buat yg terbaik utk dirinya.

Tahniah kepada DSM Tg Yuzaimie.

Anda bagaimana?
Tak teringin nak dapat macam ni?






Wednesday, March 28, 2012

Call Dulu Ya!!!

Buat kerja bersama2 lebih mudah drpd buat sorang2.
Jadi lebih mudah.

inilah hebatnya AT 181.
Anda bukan buat sorang2.
Ada sokongan yg sgt hebat utk membantu.


Ada team yg sgt bagus utk saling memberikan sokongan.
Ada upline yg sgt kuat memberikan dorongan dan motivasi.
Ada cikgu dan mentor yg sgt kaya dgn pengalaman
untuk memandu dan membimbing anda untuk terus berusaha
memacak bendera kejayaan di puncaknya.
Ada company yg sgt kukuh utk memastikan tenaga dan usaha anda diberikan ganjarannyg setimpal dgn pengorbanan anda.

Yakinlah, anda tidak berseorangan
mendaki tangga kejayaan ini.
Anda bersama saya.
Anda bersama kami.
Anda bersama cikgu dan mentor.
Anda bersama AT181.

Org lama org baru..anda pasti akan dijayakan jika anda mahu.
Jom jumpa sembang2 business.
Call dulu yukk...
016 2212181

Sarapan Dulu!

Salam sejahtera.
Salam ceria.

Sarapan dulu...
Tiap2 hari aku temankan anak2 bekpes sebelum mereka ke sekolah.
Pagi ni ada roti bijirin, ada karipap goreng dan kentang goreng.
Anak2 tak pernh ke sekolah dgn perut kosong.
Mesti sarapan dulu.

Walaupun di sekolah ada disediakan sarapan, tapi agak lewat.
Jam 10am baru diberikan sarapan.
Selepas mereka mengerjakan solat duha berjemaah.

Selepas siap bersarapan,baru bertolak keluar.
Jam 7 pagi mesti keluar rumah.
Jika terlewat sikit,mulalah tersangkut kat flyover Puchong Jaya menuju
ke Kesas Highway.
Lambatlah sampai sekolah ISSKD
di Palm Spring Mutiara Damansara.
Lagi cepat keluar,lagi cepat sampai.
Biasanya dlm 45 minit drpd rumah.
IISKD terletak di Palm Spring
Sunway Damansara
45 minit drpd Bandar Kinrara.

Jauh sikit tak apa.
Inilah pengorbanan utk anak2.
Pelaburan bijak demi masa depan anak2.
Jika aku tak buat business ni, anak2 tak mungkin merasa
belajar di sini.
Yurannya sebulan RM1800 untuk dua orang.
Tak masuk lagi kos aku hantar setiap pagi.
Tak masuk lagi bayaran untuk teksi sejumlah RM800 sebulan{tambang balik sahaja}.

Tapi syukurlah, rezeki anak2.
Sejak 10 tahun lalu, warna kehidupan kami sekeluarga
begitu jauh berubah.
Semuanya hasil rezeki berniaga dgn AT181.
Alhamdulillah.

Berapa BMI anda?

Berapa berat badan anda kini?
Berapa pula berat yg ideal untuk anda?
Berapa BMI yg baik serta sesuai untuk ketinggian dan usia anda?

Adakah anda terlalu gemuk?
Adakah badan anda mempunyai masalah gemuk, gelebeh dan gempal?
Dah cuba macam2 tapi dok cam tu gak?

Beralihlah kepada

NEW YOU PROGRAMME
Slim,Shape&Beauty Package.

Saya dah cuba
Saya dah rasa
Saya dah mengalami kehebatannya.
Sebulan boleh turun 5 hingga 6 kg.
suatu penurunan yg munasabah dan boleh dicapai oleh semua.
Menjimatkan.
Murah, selamat dan berkesan.

Contact me now...
016 2212181

Tuesday, March 27, 2012

"Ala Kak, Saya Cuti Laa"

Salam perjuangan.
Inilah resam perjuangan.
Tidak ada yg senang datang dgn senang.
Bersedialah untuk merasai cabaran dan ujian jika mahu berjaya.
Bersedialah untuk menempuh gelombangnya jika mahu kekal
berada di puncak jaya.

Aku baru sampai di rumah.
Adooiii..penatnya.
rehat sekejap, minum kemudian solat zohor, terus aku capai
laptop Toshiba kesayanganku.
Untuk berkongsi dgn anda semua.

Aku dapat tiga  appointment hari ni.
Pagi tadi satu dah settle...hantar barang je.
Jumpa Kak Ani, cuma nak Bio Ever dua botol.
Aku hantar pada Kak Ani di Sg Besi selepas hantar anak2 ke sekolah.

Satu appointment lagi di Bukit Subang.
Dari FB...nak tengok New You Programme.
Aku sampai ke pejabatnya seperti alamat diberi di sana.
jumpa pejabatnya, tapi tak ada pula staf yg bernama seperti yg aku maksudkan.
Aku call dia beberapa kali, tapi tak berjawab.
Sejam gak aku melanguk dlm kete aku, tapi sampai sudah tak berjawab.
Alahai...sah kena tipu. Fikir ku sorang2.

Dia nak main2kan aku ni.
Tak apalah, aku tak rugi malahan dapat pahala kerana sabar dgn ujian.
Malahan aku masih positif dan bersangka baik, mungkin
dia tertinggal hp atau salah bagi alamat.


Satu appoitment lagi jam 1.30 tgh di Jalan Semarak.
Fazlina dah pakai PB dua bulan lepas.
Aku call dia, katanya nak beli Bio Ever dan Lactolite.
Plannya nak kongsi dgn Fazlina
tentang cara nak menjana income. Dah bagi tau dia nak share benda ni.
Semalam waktu aku call dia, Fazlina kata OK, jumpa hari ni kat ofis dia
waktu lunch.

tuinggg tuinggg tuinggg....
haaaa hiiiiii hooo^^^^^
Sebaik aku call dia sesampai je di ofis dia tadi,
"Ala kak faridah, saya cuti hari ni. Ni saya kat Melaka balik tengok mak
jatuh malam tadi.
Lupa saya nak inform pada akak yg saya cuti.
Sorry ya kak, nanti kita jumpa lain kali".


"Tak pa tak pa...tak adanya. Kita jumpa lain kali ya Fazlina".

Dah tak ada appointment lagi.
Nak gi mana ya???
Nak gi shopping?
Nak beli kasut?
Nak beli handbag?
Nak beli baju dinner?

Baik aku balik rumah, boleh juga aku habiskan buku bacaan ku
atau mengaji AlQuran atau hapdate blog aku atau membaca emeil aku.
mana tau kot2 ada order masyukkk....
Petang ni jam 6 petang, aku ada kelas sihat...aerobik yuuu.
Jom cergaskan badan.Gerakkan urat saraf kasi gegar semua..
Keluarkan peluh.
Buang toksin.

Itulah cebisan2 ujian yg bakal anda lalui sepanjang perjalanan
mendaki tangga menara jaya.
Mesti akan laluinya.
Tak mungki terlepas.

Org mungkir janji.
org lupa janji.
Menunggu berjam2 dlm kete, kat restoran, kat ofis atau lain2.
Org datang, bila tengok MLM, terus lari pun aku pernah kena.
Org nak jumpa, bila dia tengok lambang burung camar kat kete aku pun,
dia boleh lari.
Ahhh...macam2 lagi la.
Yg penting aku tak pernah mengalah dgn ujian ni semua.
Malahan makin bersemangat nak berjaya dan menuju jaya yg lebih gemilang.

Lama2 aku rasa seronok melihat gelagat manusia yg macam2.
Dah tak jadi kudis dgn penolakan dan ujian2 macam ni.
Alhamdulillah..diam tak diam dah hampir 10 tahun aku dlm industri ini.
masih positif, masih menjana income besar, masih banyak, masih kuat,
masih bersemangat.

Anda org baru sebulan dua?
Setahun dua takkan dah give up?
Takkan dah nak mengalah?
Ayuhhh...teruskan perjuangan.

Salam perjuangan dr saya.
CDM Faridah Mohd Ali.









Makan Angin Secara Percuma

Salam bahagia.
Kenangan bersama Hamsah Diman ketika bercuti ke
Switzerland 2010 yg lalu.
Semuanya percuma.

Anda tak pernah melancong?
Tak pernah keluar negara?
Tak pernah ada pasport antarabangsa?
Tak pernah makan angin ke oversea bersama keluarga?

Rasa macam bosan asyik dok tempat sendiri je?
Ada rasa nak keluar negara percuma?
Meh..aku kongsikan.

Dah 27 kali aku melancong keluar negara. semuanya percuma.
Yg berbayar cuma semasa mengerjakan haji je.
Itu tak kiralah.

Mana tempat yg aku dah gi?
Shanghai, Beijing{3X}, Umrah{3X},
Perth, Lake Toba, Kun Ming, Istanbul,
Korea, Gold Coast, Guangzhao, Sydney, Bangkok, Tokyo, Paris, Belgium, Amsterdam, Jakarta, Switzerland, Jerman, Hong Kong....ada lagi tapi dah tak ingatla.
Kena tengok album lama la.

bagi anda yg suka makan angin tapi tak pernah merasa
keluar negara...
Boleh hubungi aku...
016 2212181
Faridah


Kinrara Residence


Alhamdulillah, pagi semalam selepas beraerobik di Aero Fitness,
aku dan Dzul ke Kinrara Residence.
kerap ke sini...meninjau projek perumahan yg hampir siap sepenuhnya.
Akan diserahkan kuncinya tak lama lagi.

Bidang hartanah makin menggamit minatku untuk lebih serius
walaupun sekadar part time.
Hai O full time.
Akademi Taipan full time tetap nombor satu.
Melebarkan sayap kejayaan.
Sebuah rumah sebulan untuk dijual, aku letakkan matlamat.
Itupun tak serius mana.

Inilah dia...rumah semiD di Kinrara Residence
di BK6. Untuk dijual. Dah siap sepenuhnya.
Harganya...mak oiii.
Nak jual ni...RM2.2 juta.
Ada berani???
Boleh call aku ya...016 2212181
Dah complete hiasan dalamannya.
Ruang makan dgn meja makan 8 kerusi ditingkat bawah.
Lapang, luas dan sangat selesa.
Untuk kehidupan keluarga yg lebih sempurna.
Securiti 24 jam.
Siap dgn CCTV dari bilik kawalan.
Bilik tidur untuk anak gadis...sungguh selesa.
Mempunyai 6 bilik tidur termasuk sebuah bilik serba guna.

Bilik tidur si comel anda.
Bilik tidur anak remaja dgn meja kerja/belajar.
Bilik tidur utama...dgn hiasan konsep moden.
Bilik tetamu di tingkat bawah.
serba mewah...bilik air di bilik tidur utama di tingkat atas.
Pandangan dr tangga menuju ke tingkat satu.
Rumah ini tiga tingkat.
Ruang menonton di tingkat satu.
Ruang rehat dan balkoni di tingkat paling atas.
Boleh buat berehat ambil angin petang, sesuai juga untuk membaca dan menelaah.
Di tingkat paling atas...bersebelahan bilik tidur utama
Siap dgn tab mandi yg luas dan lapang.
Jika budak2 mandi, boleh masuk 4 orang.
Org dewasa lak, boleh masuk dua orang sekali mandi.
Ruang balkoni ini ruang terbuka, tetapi jika mahu boleh ditutup
sutuk melindungi drpd pandangan luar.
Terutama ketika mandi.

Name Book Listing

Target Impian & Harapan
Pasti Jaya.

Belongs To: Shafawati Mohd Said

Bagus jika buat buku macam ni.
NAME BOOK LISTING.

Untuk dicatatkan semua senarai nama prospek kita.
Orang baru kena buat
Orang lama pun kena ada senarai nama macam ni.

Catatkan semua prospek kita.
Mungkin kawan2 sekolah kita, kawan2 sama U dgn kita.
Sama2 kolej atau sama2 gi kursus dgn kita.
Atau sepejabat dgn kita.
Adik beradik atau sepupu sepapat kita.
Saudara mara yg jauh dan dekat dgn kita.

Jiran2 terangga kita.
Atau yg tinggal setaman dgn perumahan kita.
Atau teman2 semasjid atau yg sama2 berjemaah dekat masjid atau surau
rumah kita.
Atau guru2 anak2 kita.
Guru tiusyen anak2 kita.
Doktor atau nurse yg merawat keluarga kita.
Atau prospek yg kita jumpa
kat kedai, kat shopping complex, kat KLIA, kat LCCT, kat stesen komuter,
kat kedai runcit atau di mana saja.

Semua nama prospek kita catatlah dalam
Name Book Listing ni.
Baru tak tercicir.
Bagus dibuat jika belum ada.

  

Monday, March 26, 2012

Snap Snap Snap

wit wit...cuba teka siapa ni?
Alahai malu2 lak cik adik kita ni...

Mula2 Tak Pandai Cakap

SM Sarah...biasalah orang baru.
Tak pandai bercakap.
Terketar2 bila nak bercakap.
Tak ada idea nak cakap bila disuruh bercakap.
Sebut pun lintang pukang, yg kemudian didahulukan yg dahulu dikemudiankan.
Gugup ketika bercakap kat depan walaupun dah biasa bercakap kat sekolah.
Org baru selalunya akan mengelak bila diminta bercakap ke, jadi MC ke, sharing ke...
sebabnya memang tak biasa bercakap kat depan khalayak.

Setengah SM baru terpaksa baca skrip yg disediakan oleh upline
utk bercakap...kelakar pun ada gak.
SSM Amira Onn
Ni pun cikgu, biasa bercakap dgn pelajar2 kat sekolah.
Dulu cakappun menggigil.
Terdiam kat depan pentas.
Lidah kelu..semua idea hilang lenyap.

Tp sekarang dah lain wooo...
Dah pandai, cakapnya makin meyakinkan.
Bila dijemput utk sharing, senyum je.
Dah tak menggigil.
Cakapnya makin panjang, ideapun banyak banyak dah alami pengalaman
menjalankan bisness ni.
Daah tambah aura dan positifnya.
SSM Shafei
Mula2 dulu bercakap guna skrip yg disediakan oleh CDM Jai.

Wah..semalam luar biasa.
Tak malu2 macam dulu lagi.
Kena pulak dgn semangat Vietnam, maalum baru pulang dr
negara tu. Auranya dah lain.
Dah semakin hebat cakapnya.
Keyakinannya makin baik.
Rasa percaya diri semakin menebal.
Pegang mikrofon pun dah ada gayanya.
berdiri un nampak lain.
Panjang SSM Shafei bercerita tentang seronoknya ke Vietnam.
Siap bagi motivasi lagi supayaorg baru  join AT 181.
Tahniah SSM Shafei

DSM Wawa...
Hulu lain parang lain.
Dulu lain sekarang lain.
Gaya pun dah lain.
Wajah yg ceria, penampilan yg meyakinkan, body yg menampakkan
kehebatan diri, butiran cakapnya jelas, suranya lantang, lenggok badannya
ada gaya tersendiri...
begitulah diri Wawa...dulu mana biasa tampil ke depan
berbicara di khalayak ramai.
Dari kaca menjadi permata.
Digilap dicanai, diasuh dibimbing...akhirnya bersinar dan
memancar2lah Wawa seperti yg aku lihat semalam.
Wow...tahniah Cik Pn Yayang.
Aku suka usik Wawa ni..maklum darahnya manis u, seripun lain.
Sowee Wawa.

CDM Ayu
Waaaa...senyumannya lebar.
Ceria wajahnya, gembira hatinya tercermin di wajahnya.
Semangatnya memancar keluar.
Berbicara penuh yakin dan semangat yg tinggi.
Mendengar cakapnya pun dah bisa melenturkan hati dan semangat juang org baru.

Dulu lain..masa aku mula2 kenal Ayu ni...pemalu je orangnya.
Macaam terlalu kagum dgn org lain yg bercakap kat depan seolah2 dia
tak boleh bercakap.

Tapi itulah hebatnya Akademi Taipan...semua warganya akan dijayakan.
Semua warganya akan diberi peluang.
Semua warganya boleh berjaya.
Semua warganya boleh menggilap potensi diri.
Semua warganya akan dibimbing.
Semua warganya boleh mengasah bakat.
Setiap org akan diberi peluang dan pengiktirafan.
keluarkan potensi dan kehebatan diri anda.
Mahu dgn tidak je sebenarnya.
DDM Shukri..masih muda baru berusia 24 tahun.
Bekas anggota polis.
Dulu gayanya bukan seperti yg aku tengok semalam di USJ9.
Lengoknya bukan seperti hari ini.
Potensinya terendam dan terpendam di dalam diri tidak dicungkil.
Dirinya sendiripun tak tahu dia boleh sehebat kini.

Hampir 3 tahun bersama akademi ini...wow hebat.
Cakapnya mengalahkan CDM.
Auranya seoalah2 dia dah CDM.
Kematangannya bukan seperti anak muda 20an.
Membentangkan ice breaking dgn begitu yakin.
Setiap 7 faktor dihuraikan satu persatu dgn mantap.

Tahniah tahniah tahniah.
Satu demi satu tabir kejayaan diri berjaya dibongkarnya.
Satu demi satu potensi dirinya berjaya dirungkaiakannya.
Satu demi satu auranya terbit bersama semangat dan daya juangnya untuk mengubah nasib diri dan keluarga.
Ha ni lagi satu cek mek Vietnam ni.
CDM Haryati...
hoooh...kalau bercakap dah tak mau berhenti.
disuruh berhentipun tak mau gak.
Hebat...menjadi mc sering diletakkan kepada tanggungjawabnya.
Org lain tak mahu, dia mahu.
IOrg lain2 lari2 bila diminta, dia tampil menawarkan diri.

asalnya bekas seoarang staff maybank.
bersama akademi ini mengubah segala2nya tentang CDM Haryati...
imej, penampilan, keyakinan, kepercayaan,ppotensi, kebolehan, bakat
dan peluang mengubah hidup.
Serinya dah luar biasa.
Jika tak datang meeting, suasana jadi suram.
Bila dia ada, suasana bertukar warna.

Anda bagaimana?
Bagi anda orang baru...yakinlah.
Potensi anda lama terpendam di dalam diri.
Berilah peluang kepada diri sendiri.
uktikan bahawa anda mampu menjadi hebat seperti org lain juga.
Cungkil segala potensi dan bakat yg terpendaam sekian lama.
Beri peluang utk kami membimbing dan menjayakan anda.
Percayalah.
Yakinlah
Jika org lain boleh, anda juga pasti boleh.

Ubah kehidupan kita.
Bersama AT, bukan sekadar utk wang, tetapi segala2nya.
Jgn lupa call saya ya...jom kita sembang2 tentang menjadi manusia hebat.

CDM FARIDAH
CIKGU DAN MENTOR
0116 2212181

Sunday, March 25, 2012

Hantar Ma Ke KLIA

Sembang petang.
Inilah bonda kesayanganku.
Aku panggil ma.
Usianya semakin lanjut dah 73 tahun.
Tetapi syukur masih sihat walafiat.
Masih boleh memandu ke sana sini walau sendirian.
Gi masjidlah, gi usrahla, gi dengar majlis ilmu la, gi majlis khatam alQuran la,
gi tengok kebun la, gi ambik duit hasil kebun getah la.

Dah 10 hari datang KL. Setiap bulan datang ke KL.
Jumpa anak cucu, maklum anak cucunya ramai di sini.
Tapi kali ni datangnya jumpa doktor pakar untuk pemeriksaan kesihatan
di Tawakal Hospital.

Sebulan lepas dah datang, kali ni datang lagi.
Alhamdulillah, sihat walafiat. Walaupun dah berusia 73 tahun, tapi tak ada
sebarang penyakit.
jika di tanya rahsianya, katanya banyakkan mengaji AlQuran dan buat solat sunat
banyak2.
Hati kena baik, jangan ada iri hati dgn orang.
Barulah badan kita sihat, penyakit tak suka datang pada orang bersih hatinya.
Dr dulu bila ditanya, rahsia awet muda dan sihat, pasti itulah jawabnya.
Bonda Hjh Nik Kalthum Nik Ismail.
Wajahnya bersih sebersih hatinya,
kulit mukanya tegang tak ada kerepot dan kedut seribu.
Tak nampak sangat kedut wajahnya.
Semasa mudanya, ma memang cantik.
Waima, sampai sekarangpun nampak kecantikannya.

Kuat ibadahnya. Pergi ke mana2 Al Quran menjadi peneman setia.
Berani bersendirian datang ke KL dgn flight.
Anak2 menanti di airport.
Dr dulu selalu berjalan sendirian datang ke KL.
Pernah ke London berseorangan je,apa nak takut katanya.
Allah sentiasa dekat dgn kita jika kita dekat denganNya.
Malam tadi aku menemani ma ke KLIA.
Penerbangan pulang ke Kota Bharu. Jam 10.30 terbang.
Jam 9 malam aku dah sampai KLIA.

Dah siap check in, aku pusing2 KLIA.
Org tak ramai sgt.
Tambangnya boleh tahan, tapi sgt selesa. Jika sanggup bayar mahal, service pun berbaloi dan sangat puas hati.
lapang, bersih dan tenang.
Jauh beza dgn LCCT...tau la kan, bila tambang murah ni.
Soree la Air Asia ya...ikhlas aku la tu.
Aku temankan ma masuk rest rooommm.
Emmm bersihnya...wangi lak tu.
Dlm toilet pun boleh tidoo kata ma..he he he. Mungkin dia compare
dgn airport di tempat lain.
Kota Bharu gamaknya...detik hati aku.
Waktu aku mula2tiba di KLIA.
Snap snap snap the Body Shop.
Aku beli la dua tiga benda kat sini...sementara menanti masa.
Ingat nak singgah butik Bonia, tapi dlm proses renovation la pulak.
kedai coklat...berapa agaknya modal ya jika nak buka
shops macam ni.
Berapalah deposit sewa kedainya.
Berapa lak sewanya.
Gaji pekerja kena bayar, stok lagi.
berbaloi ke dengan kosnya...tapi jikarugi takkan semua berebut nak buka kedai dan kiosk di KLIA ni.
Awal...jam 9.10 dah selesai check in.
Aku ambik wd chair utk ma, tak mau dia berjalan jauh ke gate B2....jauh gak tu.
Ma pun berseorangan..jika guna wd chair, ada yg temankan dia sampai ke gate masuk. bagusnya MAS, tiada tambahan harga utk service ni, bukan macam Air Asia, semuanya kena extra charge..alih2 mahalnya sama je dgn MAS.
Apapun terpulanglah...aku pun selalu gak naik Air Asia.
Lepas pusing2 kejap, ma pun check in.
Salam, peluk, cium bermaaf2an, minta doakan aku, doakan untuk anak2ku,
doakan untuk kejayaan ku dan businessku...
ma berlalu pergi. Sampai ma hilang dari pandangan, baru aku bergerak.
tapi tak balik lagi...pusing lagi dgn en suami.
Anak2 aku tak bawa, mereka sdg study, esok ada exam.
Tempat wajib singgah..kot2 ada yg berkenan.
Setengah jam kat sini.
belek2, buka2, tengok2...
Susunan yg menarik..kebanyakannya buku bahasa Inggeris.
Secrets Power Problem Solving...
baru baca dua tiga halaman.
Lambat gak nak khatam ni.
bukan macam nuku melayu..satu hari boleh habis jika bertekun.
Ada gak buku lain dua tiga buah.
Insyaallah,minat membaca semakin melebar.
Nak jadi hebat, kena tambah ilmu yg hebat.
Nak berjaya kena ada suntikan ilmu2 baru.
setiap bulan mesti tambah koleksi buku. Rak buku pun dah penuh.
Kena buat kabinet baru, tapi ruang lak tak ada.
jam 10 malam aku bergerak keluar dr KLIA.
Jam 10.30 ma bertolak, jam 11.30 malam dia tiba di Pengkalan Chepa.
Abang Yie sedia menanti di sana
untuk menyambut ma ke rumah.
Syukurlah.