Tuesday, March 20, 2012

Semangat Biru ke Vietnam

Semangat biru bersama group Taipan yg berangkat
ke Vietnam pagi tadi dr KLIA.
CDM kartini, CDM kamaruddin, CDM Kuyah pun ada bersama.
Jam 9.15 pagi kami dah tiba di KLIA
untuk sama2 mengiringi pasukan biru Taipan yg akan bercuti ke Vietnam
selama 4 hari mulai hari ini.
Seramai 88 orang yg terbang hari ini.
Semuanya ada 4 kumpulan yg dah terbang mulai Ahad lepas, semalam, hari ini
dan esok akan terbang satu kumpulan lagi.

Taipan diketuai CDM Kept Jai dan CDM Haryati.
Cantik aaa warna biru ni...itu lambang perpaduan.
Waaa...terang sekali warnanya.
Sebahagian lagi group Taipan yg layak ke Vietnam akan terbang
esok pagi dlm kumpulan D.
Nanti mereka akan berjumpa di sana.
Tahniah kepada semua yg layak.
Tahniah tahniah tahniah.
Hebat..Taipan sangat berbangga dgn usaha anda semua.

GM Hai O, Mr teoh Nee Sang turut serta bersama kumpulan C.
Kami sempat bergambar dan bersembang2.
Semangat rasanya dapat bersama GM yg kaya dgn pengalaman ini.
CDM Kartini dah makin berat nampaknya.
Dua minggu lagi akan menjadi 'IBU BARU'...
dan bercuti selama 44 hari...
3P...Progresif, Produktif dan Profesional ...he he he
Bergambar bersama GM, Mr Teoh...
Tahniah yg layak ke Vietnam.
Ada yg kali pertama melancong bersama Hai O.
Ada yg dah empat lima kali melancong.
Ada yg dah 10 kali melancong free bersama syarikat ini.
Seronok kan...mana lak tak seronok, kerana semuanya percuma.
Jika nak gi sendiri, habis gak dua tiga ribu.
Tahniah CDM Kalsom, DSM Arsyad, CDM Siti Rahmah
DDM Krechy.
Ini sebahagian pemimpin2 hebat Taipan Sabah.


Wow...CDM Haryati dan CDM Jai akan celebrate anniversary mereka
di Vietnam kali ini. enjoy habis..anak2 semua tak bawa.
Sakan laa nampaknya mereka berdua.
Tahniah...yg ke berapa?
10 tahun kot...hebat.
CDM Siti Rahmah membawa bersama anak gadisnya.
Hadiah dr pengorbanan anak yg sering2 ditinggalkan ketika membina
kejayaan untuk perniagaan ini.
Masa ke Switzerland dulu, CDM Siti Rahmah membawa anak bongsunya.
Kali ni membawa anak keduanya.
Bertuahnya anak2 mereka.

Kita senang, mak ayah senang, anak2 senang, kawan2 yg bersama turut senang.
Jom buat sungguh2 untuk menyenangkan lebih ramai
orang di sekeliling kita.

Wakil dr Taipan Warrioz...tak ingat pulak namanya.
Rahimi ke?
Tahniah kerana layak melancong percuma bersama Hai O.
Lepas ni akan ke Holland pula, bulan Jun nanti akan ke Guangzhao.
3 kali setahun pasti makan angin...inilah ganjaran untuk yg berusaha.

CDM Siti Rahmah, dah 9 destinasi melancong percuma sejak join AT 181
bermula Januari 2009.
Hebat kan...
Khabarnya jadual CDM Siti Rahmah penuh sepanjang bulan.
Hari Sabtu nanti, mereka sampai dr Vietnam, Ahadnya dah ada
program menanti di Kudat.
Tahniah tahniah tahniah.
CDM Jai dan CDM Haryati bersama SSM Shafei...org baru dr PD.
Orang baru yg join AT181 dan terus layak melancong percuma.
Tahniah SSM Shafei..hebat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.