Wednesday, November 3, 2010

Hebatnya Swiss...hari Ketiga


         Rezeki untuk warga Akademi Taipan 181 yang menjadi kumpulan ketiga, iaitu kumpulan C yang datang ke Swiss. Terdahulu ketika kumpulan A dan B yang datang lebih awal, salji belum turun. Tetapi ketika kami sampai, salji turun memutih menyambut kehadiran warga Taipan. Pendek kata, puaslah bermain salji. Dan ia menjadi suatu pengalaman indah dan hebat sepanjang kembara kali ini.

          Perjalanan hari ketiga sungguh hebat dan teruja. Selepas bersarapan di Astoria Hotel, kami dibawa menikmati panorama gunung ais yang amat mengkagumkan. Menaiki cabel car yang boleh berpusing 360 darjah, kami dibawa menaiki setinggi 10 000 kaki dari aras laut melihat puncak Titlis dan bermain salji sepuas-puasnya di sana.

            Suhu di bawah sekitar 7 darjah tetapi sampai ke Puncak Titlis, suhu mencecah -ve14 darjah. Bukan semua boleh bertahan, kaki menjadi kaku apalagi jika tidak cukup persediaan terutama pakaian tahan sejuk, sarung kaki, sarung tangan, topi dan lain2. CDM Wan Suriani antara yang paling lemah, terpaksa mencari tempat perlindungan di kedai souvenir yang mempunyai pemanas badan.

           Selepas puas bermain salji dan bergambar, kami dibawa ke Lion Monument. Tak lama di sana hanya mengambil gambar sahaja. Selepas makan tengah hari, kami dibawa ke Bucherer, tempat menjual pelbagai barangan mewah terutama jam tangan berjenama. Mabuk melihat pelbagai jam tangan mewah. Memang tak cukup mata nak melihat  dan memilih dalam masa dua jam masa yang diberikan.                                                                                                      
           Waktu makan malam, wah masing2 menayang tangan yang dah bersalut jam pilihan hati. CDM wan Nor Hanim, DDM Rosol, CDM Paksu Manaf, DDM Pak Long, DSM Badrul Hisyam adalah antara yang menjadi perhatian kerana membeli jam tangan berjenama. Kata orang, jika datang ke Switzerland biar tak beli yang lain tak apa, tapi jangan tak beli jam tangan. Itulah hebatnya Swiss. Lihat dan saksikan gambar2 perjalanan hari ketiga di Swiss.
Hamparan salji di Titlis


Banyaknya salji...Bersama DDM Kunaini
Perjalanan ke MT Titlis...dipenuhi salji.
Sungguh cantik...
Warga AT 181..bergambar di Titlis Rotair
Seronoknya bermain salji,
Pengalaman indah yang tak mungkin dilupa sepanjang hayat

Pengalaman indah bersama AT 181
bermain salji di Puncak Titlis
Bergambar di dalam gunung ais,
setinggi 10 000 kaki dari aras laut
Kenangan indah di Lion Monument...
Jika datang ke Swiss, jam tangan mesti beli
Pelbagai jenama mewah memukau mata
Bucherer..menjual pelbagai jam tangan berjenama mewah
Wah CDM Hanim..puas hati boleh memiliki jam tangan
mewah berjenaama Rolex. Ganjaran untuk diri sendiri
Jam besar Rolex di Bucherer
DSM Badrul Hisyam..dengarnya paling banyak berbelanja
untuk jam tangan berjenama mewah di Swiss
Memukau mata memandang
Jenama Breitling...cantiknya.
Dari seribu dua ribu hingga ratusan ribu Swiss Franc.
Jam tangan jenama Chopard....tengok harganya
hanya 28 210 Swis Franc
Besarnya jam....di samping DDM Rahimawati

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.