Tuesday, November 9, 2010

Dengki Dan Iri Hati

Mendiang Lim Goh Tong
(Tidak berkait dengan cerita dibawah)
"Ah Seng, kalau wa pi satu kedai runcit Cina, kalau barang tak ada dia bagi tau pi kedai kawan dia, kenapa itu macam?"

Aku bertanya soalan yang telah lama bermain di fikiran.

"Itu tolong menolong, hari ini wa tolong dia, esok dia tolong wa" jelas Ah Seng pendek.

"Betul,betul, tolong menolong lebih bagus dari dengki mendengki" Arbi menyampuk.

Lu buat itu macamkah?" Aku menduga Ah Seng

"Mestilah, kita orang Cina memang semua buat itu macam".

"Tak rugikah Ah Seng?"

"Mana ada rugi, lu takkan rugi tolong orang".

"What you give you get back". Arbi mengucapkan peribahasa
Inggeris yang selalu diulng-ulangnya.

"Setuju, setuju".

"Customer pun suka. Mereka dapat barang. Mereka tahu lu baik hati tolong kawan. Lain kali dia mai lagi sebab dia tau kalau barang tak ada di kedai itu, lu akan bagi tau kedai mana ada, mereka pun senang" Ah Seng menjelaskan panjang lebar.

"Kalau kita tolong, mereka mau tolong balikkah Ah Seng? Macam mana boleh tau mereka mau tolong kita?"

"Mereka mesti tolong. Ada banyak kali customer datang kedai wa cari barang bagi tau itu kedai sebelah atau kedai seberang jalan bagi tau kedai wa ada itu barang".

"Ooo itu macamkah" wa jelas dengan penerangan Ah Seng.

"Lagipun kawan, jangan harap orang tolong kita, kita kena tolong orang dulu, baru betul, ada betulkah Arbi?" Ah Seng meminta persetujuan Arbi.

"Betul betul Ah Seng, wa setuju 100 peratus" Arbi mengangguk sambil tersenyum.

Amalan tolong menolong antara mereka adalah rahsia besar bagaimana perniagaan orang Cina boleh bertahan lama dan berkembang maju. Tetapi amalan sebegini jarang diamalkan oleh peniaga masyarakat Melayu. Apa yang sering kita perhatikan mereka lebih suka cantas mencantas, iri hati dan bermusuh. Mereka keberatan untuk menolong rakan peniaga lain takut-takut pertolongan mereka tidak berbalas. Hairan sungguh kenapa perkara ini berlaku.

          Peniaga Melayu rata-ratanya beragama Islam. Di dalam agama kita, tolong menolong memang amat dititikberatkan. Tetapi apa yang kita perhatikan, sebaliknya yang berlaku. Kita seolah-olah ingin setiap pertolongan itu dibalas dengan satu pertolongan yang setimpal. Kita melihat kepada faedah jangka pendek tetapi lupa kebaikan jangka panjang yang boleh kita peroleh dari amalan tolong menolong ini. Balasan boleh datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya dalam bentuk yang sama seperti pertolongan yang kita hulurkan pada awalnya.

Dipetik dari buku Rahsia Kekayaan Apek,
tulisan Rohami Shafei dan Shahifol Arbi Ismail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.