Thursday, September 22, 2011

Pakai Spec

Nor Amalin Aisyah
baru darjah tiga
kena pakai spec lak.
patutlah aku perasan, jika dia baca buku dikenyet2 matanya, mungkin tak berapa nampak.
Gi jumpa optometris, baru aku tahu matanya kabur dan silau lagi.
Terus cek powernya...mak oooi tingginya power berbanding usianya.
Belah kiri 170 dan sebelah kanan 190.
Silaupun tinggi.

Tunggu 30 minit, terus siap.
baru terang katanya.
Macam aku dan en hubby jugak.
Semua anak2 4 org pun pakai spec.
Genetik mata kabur.
Nak buat cam ne.

Aku mula pakai spec masa darjah dua.
En suami pakai spec masa tingkatan 2.
Aimi pakai darajah 5.
Adib pakai masa ting satu.
irah pakai masa darjah 5
dan kini Aisyah lak.
Doktor kata genetik.
Ma aku tak pakai spec.
Aruah ayah ku matanya terang je sampai dia meninggal
tapi anak2nya 11 org semua pakai spec. Heran ya.
Atau disebabkan tak cukup pemakanan atau zat utk mata?

Pagi tadi sebelum ke sekolah, peluk dan cium Tuah dulu.
hari ni pertama ke sekolah dgn berkaca mata.
kekok gak katanya.
"mcm berat je menongkat hidung, tapi baru Aisyah nampak lebih terang".

Lepas bekpes baru ke sekolah.
Hari ni aku hidangkan makaroni goreng, tak ambik gambar la pulak.
Anak2 suka gaklah makaroni aku buat ni, yummy
best kata Aisyah."Kalau mama masak, aisyah makan mesti bertambah2."

Buku bacaan sentiasa ada kat tangan.
Ulat buku, biar benda lain tak ada,buku pasti ada di manapun dia berada.
"Bye bye mama, hari ni mamagi demo kat mana? Hati2 ya" Pesannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.