Thursday, October 7, 2010

Mawaddah dan Rahmah

 
          Sebagai seorang isteri, ibu dan pemimpin dalam AT 181,  aku harus bijak mengatur waktu dan menguruskan masa agar kehidupan keluarga sentiasa harmoni. Sebagai wanita berkerjaya dalam industri MLM, tentu sekali aku mahu anak2 terjaga dengan baik, tidak merasa terabai apalagi merasa tidak disayangi keluarga.
Aimi dan Adib
Irah, Abah, Adib dan Aimi sera Aisyah(tiada dlm gambar)..
.anugerah Allah tak ternilai
            Dengan kejayaan yg sering menjadi dambaan orang, aku bersyukur kerana kejayaan dalam perniagaan ini juga memberi perubahan besar kepada kehidupan keluarga terutama anak2. Dengan hasil perniagaan ini, anak2 mendapat pendidikan yang selesa dan sempurna.


           Sabtu 3 Oktober yang baru lalu, sebaik tamat Program Nur Wanita aku bergegas pulang, mengambil anak2 dan terus ke majlis rumah terbuka CDM Wan Iskandar di Denai Alam. Cantiknya rumah Is!! Selesai di sana kami terus bertolak ke Melaka. Kami singgah makan di Pizza Hut Bandar Melaka. Malam ni merupakan malam terakhir untuk Adib kerana pagi esok akan berangkat kembali ke Cairo.

sedang check in di KLIA untuk ke Cairo dengan Egipt Air
Mendengar talimat oleh ustaz Yusof
          Walaupun aku sibuk ke hulu hilir membina perniagaan ini sejak 8 tahun lalu, tetapi keutamaanku kepada rumahtangga adalah di tempat paling atas. Perkahwinan, suami, anak2 dan kehidupan berkeluarga adalah kurniaan Allah SWT yang paling berharga kerana di sanalah terdapatnya kebahagiaan yang sangat bererti dalam kehidupan seseorang. Aku sentiasa sedar bahawa aku dan suami berperanan penting dalam menentukan hala tuju anak2 dan perkahwinan kami.


Mohd Adib dipilih sebagai ketua rombongan ini
          Aku tidak mahu anak2 merasa terabai dalam kesibukan kami membina kejayaan dalam perniagaan. Aku tidak mahu hanya aku yang hebat tetapi anak2 hilang halatuju. Aku tidak mahu hanya aku yang berceramah dan memberi motivasi kepada orang lain, tetapi anak2ku pula tidak memahami tujuan hidup mereka. Aku tidak mahu, menjaga dan mendidik downline dengan begitu hebat tetapi anak2ku pula tidak terdidik.

          Aku menyedari bahawa mendidik anak pada zaman moden dengan  dunia tanpa sempadan dengan segala macam rencam, bukanlah suatu tugas yang mudah. Menyedari hakikat itu, aku dan suami sedari awal bersepakat untuk meletakkan asas agama yang kukuh sebagai benteng pertahanan diri anak2 kami. Kami juga bersepakat untuk memberikan segala bimbingan, sokongan dan peluang kepada setiap ahli keluarga untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran dalam meniti kejaayaan anak2 dan keluarga.

Tahun depan, insyaallah pulang bercuti ke Malaysia
          Hakikatnya kita perlu sedar bahawa kasih sayang harus menjadi asas dalam pembentukan keluarga yang sejahtera. kasih sayang akan dapat dilahirkan melalui tingkah laku yang berhemah, perhatian yang mendalam, pengorbanan yang ikhlas dan persefahaman yang unggul. Untuk itu sedari awal, kami berusaha menerapkan nilai2 murni kepada anak2 melalui amalan makan bersama, solat berjemaah terutama Maghrib dan Subuh, aktiviti keluarga seperti menonton wayang, berdiam diri apabila dinasihati, menghormati ibu bapa dan orang tua, meraikan hari penting atau kejayaan keluarga, meminta izin apabila mahu keluar rumah, menjaga batas aurat walaupun di dalam rumah, kawalan TV, meminta pendapat ibu bapa, perbincangan keluarga dan seumpamanya menjadikan hubungan kami sangat akrab.


          Dan malam itu, menjadi coretan hening nan indah apabila di restoran pizza itu, kakak dan adik, adik dan abang saling menyuarakan rasa kesedihan dan pilu kerana pemergian Adib ke Cairo. Setahun sekali akan pulang ke Malaysia tetapi cutinya selama sebulan setengah terasa bgitu singkat untuk kami. Aku melihat Aimi memberikan pelbagai nasihat untuk Adib. Adib pula yang bercita2 mahu menjadi seorang ilmuan Islam begitu berhemah dalam hubungannya dengan abah, mama serta adik beradiknya menyebabkan dia begitu disayangi seluruh ahli keluarga. Kebolehannya menjadi imam, pandai mengaji, memberi nasihat bagaikan seorang pakar psikologi, begitu mendengar bagaikan seorang kaunselor, lemah dan lembut gayanya menjadikan dia bagai seorang penasihat keluarga. Apa cakapnya pun akan didengar. Memang, wajah dan wataknya sangat matang di usia yang baru mencecah 16 tahun.

Sebelum berlepas ke Cairo, Moga anakku sentiasa dilindungi Allah SWT
          Dan malam itu, perkarangan asrama Tun Teja ITM Lendu Melaka melihat suasana hening, sayu dan pilu dengan esak tangis Aimi, Adib, Irah, Aisyah termasuk aku dan Dzul sambil bersalaman dan berpelukan mengiringi perpisahan dengan Adib. Ya pagi esok, Adib akan kembali ke Cairo.


           Inilah  antara tujuan utama perkahwinan iaitu mencapai puncak 'mawaddah' dan 'rahmah' dalam rumah tangga. Dari awal perkahwinan kami hampir 21 tahun yang lalu, kami bersepakat untuk saling bantu membantu, tolong menolong, sokong menyokong, memberi dan menerima, bertolak ansur, berlebih kurang, hormat menghormati, saling menghargai, sayang menyayangi, saling melengkapkan tanggungjawab kepada keluarga dan komunikasi yang baik mewujudkan kebahagiaan yang tak mampu diungkap dengan kata2.

         Anak2 pula rupa2nya begitu bangga mempunyai mama dan abah yang mempunyai wawasan yang tinggi demi mencorak kejayaan mereka. Anak2 begitu gembira mempunyai mama dan abah yang mementingkan pendidikan agama untuk mereka. Mereka begitu bersyukur kerana mempunyai mama dan abah yang mengutamakan kasih sayang keluarga walaupun di tengah kesibukan kami dalam business. Sikapku yang lebih tegas dan mengutamakan disiplin anak2 diimbangi dengan sikap berhemah dan lemah lembut abah. Ini menjadikan jalinan yang padu dan seimbang untuk perkembangan anak2. kejayaan ku dalam business memberi nikmat berganda apabila kemahuan anak2 untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan ilmu sanggup ku penuhi.Walaupun kos yang diperlukan agak tinggi, tetapi itulah pelaburan terbesar untuk kejayaan mereka di dunia dan akhirat

          Sikap saling bekerjasama dengan bertunjangkan 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing' menjadikan keharmonian, kesejahteraan dan kedamaian melengkapi keluarga kami. Walaupun perjalanan hidup masih panjang, tetapi aku percaya bahawa hasil 10 atau 20 tahun lagi akan diperolehi berdasarkan apa yang aku semai pada hari ini. Sentiasalah berfikiran positif. Janganlah cabaran di luar dan di dalam rumah tangga menjadi beban yang boleh menghalang dari terpancarnya sinar kasih sayang di dalam rumah tangga. Sikap sabar, taqwa, amanah, syukur dan reda dengan ketentuan Allah memberikan makna yang lebih indah dalam kehidupan berkeluarga.

          Aku percaya, jika ini mampu diamalkan dan diterjemahkan dengan lebih meluas dalam kehidupan berumah tangga, maka akan lebih bersinarlah kebahagiaan keluarga. Inilah jua yang menjadikan kehidupan dan kejayaan anak2 lebih indah dan bermakna. Salam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.