Tuesday, October 19, 2010

Kerana Saya Mahu!


          Business Talk Seremban
          Setiap Ahad Jam 9 Malam
          Di TTC Senawang Berhampiran Giant
          Sudah lebih 3 Tahun Beroperasi
          Seremban Boleh!! Seremban Hebat!!

          Aku tiba dari KK di LCCT Sepang Ahad lalu jam 7 petang. Teman setia, Dzul dan anak bongsu Aisyah mengambil ku di LCCT terus menghala ke Senawang. Aku sudah berjanji untuk datang memberikan sokongan di Senawang pada malam itu. Bekerja dengan' semangat' membuat aku tidak pernah merasa penat walaupun sehari dua ni jadual ku sangat padat.

           Dulu semasa masih bertugas sebagai pendidik, aku penat juga tapi tak boleh jadi kaya, tak boleh tambah senang, tak boleh ke mana2. Dengan business ini, walau pun penat, wang boleh tambah, kawan seluruh negara. Buat aje, dah meninggal nanti berehatlah. Kita diutuskan untuk menjadi khalifah. Setiap masa mesti beribadah termasuklah berniaga macam aku.

            Kami singgah solat dan makan sekejap di Hentian R&R Seremban, kemudian terus ke Senawang. Dah ramai yang sampai sewaktu aku tiba. Dari jauh nampak kelibat CDM Hj. Cha, CDM Syed Huzair, CDM Khazir dan DSM Rahim.
         
          Dah lebih tiga tahun Business Talk di Senawang beroperasi. Tahniah kerana terus bertahan ketika mana MLM lain yang diadakan di tempat yang sama hilang satu persatu. Banyak pula yang baru muncul tetapi AT 181 Senawang tak pernah hilang, kekal hingga ke hari ini. Tahniah kepada pemimpin2, CDM Jalilah, CDM Aidil, CDM Syed Huzair, CDM Khazir, CDM Hj Cha, DDM Nor, CDM Pah, DDM Rosmawati dan lain2.
   
Selamat Datang Ke AT 1181 Senawang
DDM Norkamisah, "Dulu saya kerani bergaji RM900
Tahun 2009 jumlah pendapatan saya bersama AT 181 melebihi RM49 000,
Saya dah melancong ke Beijing dan akan ke Umrah Disember ini, syukurlah"
CDM Syed, CDM Hj Cha, CDM Khazir, DDM Nor dan DS Saiful
Pejuang2 hebat yang berjaya kerana kemahuan sendiri.

Jika orang lain boleh saya juga mesti boleh
Jika kita mahu, sesiapa pun tak boleh menghalang
Tiada bezanya antara aku dengan
CDM Hj. Cha dan CD Khazir.
Semua boleh jika kita mahu!
Tak salah mencuba. Hanya kita yang boleh mengubah
kedudukan kewangan kita kiranya kita mahu!
"Kerja saya dulu pasang kabel elektrik saja. Belajar pun tak tinggi
tetapi kerana saya mahu, kehidupan kami sudah berubah.
Kami telah memandu Toyota Wish, pendapatan 5 angka sebulan dan
Disember ini akan mengerjakan umrah percuma". DSM Rahim
Upline dan rakan kongsi, bagai aur dengan tebing
yang saling memerlukan. Kerana saya mahu, saya pun boleh berjaya
walaupun saya tidak belajar tinggi
"Dulu saya hanya seorang kerani, tetapi kerana saya mahu,
maka saya juga telah berjaya. Jika saya boleh, anda juga pasti boleh".
"Dah 3 tahun kami kekal bertahan di Business Talk Senawang"
CDM hj Cha...seorang bekas penggoreng cha kuew teow..
Kerana saya mahu, saya dah memande Mercedes Benz
Sentiasa bersepakat dan berbincang...
Bersama Dan Bersatu

"Kerana mahu, saya tinggalkan jawatan saya sebagai jururawat pergigian.
Kerana saya mahu, hari ini saya datang bersendirian dari Kuala Pilah
Kerana saya mahu, saya akan terus bersama AT 181".
Tahniah CDMSharifah Eisah
 
          Siapa pun anda, apa pun latar belakang anda, maka sekiranya anda mahu, anda boleh berjaya bersama Akademi Taipan 181. Tanyalah diri anda, apakah yang anda mahu, sanggupkan anda dibimbing, mahukan anda mengikut jejak langkah orang yang berjaya? Jika orang lain mahu berjaya, mahu hebat, mahukan kebebasan kewangan, maka saya juga mahukan itu semua.

          Kerana saya mahu, saya tinggalkan kerjaya sebagai pendidik selama 15 tahun. Kerana saya mahu, saya sanggup berkorban apa saja demi mencapai impian saya. Kerana saya mahu, hari ini saya telah berjaya. Kerana saya mahu, saya akan terus mencapai kejayaan2 yang lebih hebat lagi. Kerana saya mahu, saya akan terus berjuang bersama anda di dalam AT 181. Salam kejayaan.

       

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.