Friday, October 15, 2010

Semua Alasan Itu Betul!!!

Orang yang berjaya tidak akan memberikan sebarang alasan
      Lihatlah manusia di sekeliling kita. Tak ramai yang berjaya dan begitu ramai yang hanya secukup hidup, tak berjaya dan cukup2 makan sahaja. Anehnya mereka! Kerana mereka dihinggapi satu penyakit kronik, apa dia? Penyakit alasan.

          Kita akan mendapati orang yang berjaya dengan orang yang gagal adalah melihat ALASAN mereka. Sentiasa ada alasan. Semuanya betul sebab hanya mereka yang tahu. Lihatlah senarai panjang penyakit alasan yang diberikan oleh orang yang gagal, orang yang mengharap bulan jatuh ke riba, orang yang biasa2, orang yang sekadar cukup makan atau secukup hidup.

* Saya tak pandai cakap
* Saya tak ada kawan
* Saya muda lagi, tak perlu banyak wang sebab tak ada tanggungan
* Saya tak ada masa
* Saya tak suka jumpa orang
* Saya ada anak ramai
* Anak2 saya masih kecil tak ada sapa nak tengokkan mereka. Nantilah
   tunggu mereka besar sikit saya akan buatlah.
* Anak2 saya dah besar, inilah masa untuk saya berehat je
* Suami/isteri saya tak sokong saya
* Saya takut jadi kaya, nanti kena rompak
* Tengok Dato' Susilawati, buat apa jadi kaya nanti kena bunuh kan susah.
* Saya terlalu sibuk
* Tak perlu jadi kaya, sedikit pun tak apa yang penting diberkati
* Saya tak biasa berjalan sendirian
* saya tak pandai bawa kereta
* Saya dah tua, patut ke masjid je
* saya tak ada modal
* Saya sakit tak boleh fikir banyak2
* saya tak ada pembantu rumah
* Saya boss malu nak buat kerja macam ni
* Suami saya tak bagi saya nak keluar rumah
* Anak2 saya nak exam PMR dan SPM tahun ni.
* Saya tak ada pengalaman
* Susah nak berjaya, dah ramai orang buat berniaga ni
* Ramai yang gagal, nanti saya pun akan gagal
* Saya boleh bagi modal tapi jika u cari orang untuk saya boleh?
* Semua rumah dah pakai produk ini.
* Dah ramai orang masuk Hai O, baik saya jangan masuk
* Saya tak suka keluar rumah
* Saya tak boleh tidur lewat, buat Hai O kena balik malam2 nanti darah
   tinggi saya naik lagi.
* Susah nak berjaya, bukan semua akan berjaya. Hanya orang tertentu
   sahaja.
* Alaa! rezeki secupak tak akan menjadi segantang
* Dah sekolah tinggi sampai dapat master dan PHD, takkan nak buat
    kerja tak ada class ni.
* Saya ni pemalu, susah nak berjaya. Bergaul pun tak pandai
* Rumah kata pergi, kubur kata mari, baik lah duduk atas sejadah dan
   masjid je
* Wang bukan segala2nya, buat apa wang banyak bukan boleh bawa
   masuk kubur
* Kalau duit banyak, nanti kena bayar cukai banyak
* Buat apa lah kaya, payah nak masuk syurga. Baik kita jadi orang yang
   zuhud

          Jika nelayan nak menunggu ombak berhenti dan angin tidak bertiup, baru mereka nak turun ke laut, maka sampai bila2 pun nelayan tak akan mendapat hasil tangkapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.