Wednesday, August 18, 2010
Rintihan Sayu Ku Ketika Menjadi TetamuMu
Teman-teman Sejati Taipan....
Terimbau kembali saat2 ku dan suami berada di bumi Arafah yang tandus dan gersangnya bumi Mekah tatkala menjadi tetamu hajiMu sedikit waktu dulu.....memohon menagih simpati supaya buangkanlah segala kejahatan yang bersarang dalam diriku ini, hapuskanlah segala sifat keji, angkuh, bongkak dan segala sifat buruk lain agar aku mampu menjadi salah seorang pemimpin Taipan untuk ku bimbing dan ku bantu kumpulan ini untuk terus berada di puncak kejayaan. Andai Kau memilih aku untuk menjadi salah seorang pemimpin Taipan untuk ku bantu seberapa ramai agar sama2 berjaya seperti yang lain, maka aku terima tanggungjawab ini dengan amat berat.
Tetapi sesungguhnya Ya Allah, tidak mampu aku melaksana tugas berat ini tanpa bimbinganMu, Oleh itu jangan sekali2 Kau sesatkan aku, jangan sekali2 Kau bolak balikkan hatiku, jangan Kau biarkan aku dengan segala sifat mazmumah yang menghalang aku untuk berbakti kepada Taipan. Andainya aku silap, Kau pimpinlah aku, bekalkan aku dengan segala sumber kekuatan supaya aku tidak jatuh tersungkur dalam perjuangan yang murni ini. Ya Allah, jangan pula sekali2 kau alpakan aku dengan segala pujian hingga aku kabur dan terpinau pandangan dengan kebenaranMu. Jangan sekali2 Kau biarkan aku tenggelam dengan kilauan kemegahan yang bersifat sementara.
Ya Allah, ikatlah hati2 kami dengan nur kebenaranMu yg kekal menjadi penyuluh perjuanganku bersama Akademi Taipan. Tidak ku letakkan segala kekuatan kecuali kepada kekuatanMu Allah.Tidak aku sandarkan ketahananku kecuali bersumberkan sifat gagahMu. Jadikanlah aku teman seperjuangan yg paling ikhlas dengan CDM Kartini dan CDM Juliani agar aku mampu menjadi \sumber kekuatan untuk mereka dan mereka pula mampu menjadi sumber kekuatan untuk diriku. Aku bermohon kepadaMu Ya Allah, baikilah akhlakku, kayakanlah hatiku, besarkan semangat juangku, teguhkanlah jati diriku agar terus kental dan mampu menjadi salah seorang pemimpTaipan sehingga Taipan benar2 mampu menjadi tempat berteduh dan berpaut bagi setiap warganya.
Rakan2 Sejati Taipan...
Marilah kita satukan hati2 kita demi Taipan kekal bersama dan bersatu sampai bila2. Jangan ada sesiapa yg terkulai dalam perjuangan ini. Dunia manakah yg kita akan pergi? Pentas manakah yg kita ingin berdiri? Ulat dalam batupun boleh hidup!!! Mahukah kita mengikut bisikan syaitan yg sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan kita supaya warga Taipan yg lain kembali menjadi ulat untuk meneruskan hidup???
Tak tergambar lagi....betapa daifnya diri kita walau gah hebat di mata dunia...hakikat sebenar kitalah yg tahu. Maafkanlah CDM Faridah....rupa2nya terlalu luas jalan terbentang di depan Taipan jika kita bersedia untuk melihat jernihnya dari hati yg murni. Tetapi sayang, yg begitu murni kita nampak sungguh kelam dan gelap gelita kerana hati kita diselimuti noda dan buruk sangka. Syukurlah, segalanya penuh hikmah, rezeki kita masih ada dan usaha gigih syaitan tetap gagal untuk mengheret kita ke lembah mereka.
Itulah antara doa dan pengharapan yg saya pohonkan kepada Al Khaliq sepanjang saya menjadi tetamuNya.Tidak putus berdoa setiap hari, setiap saat dan waktu agar Dia memberikan yg terbaik untuk saya , suami, anak2, ibu bapa, keluarga dan kawan2. Dan lebih banyak doa yg daya panjatkan adalah untuk Taipan 181.Salam kasih untuk semua warga Taipan...anda adalah nyawa dan kekuatan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.