Assalamualaikum, Salam Ramadan AlMubarak, hari ke5 berpuasa. Seperti biasa sejak tiga empat hari ini, selepas mengaji dan anak2 telah ke sekolah, ku layari facebook dan blog. Ini media baru untukku berkongsi rasa dengan pembaca sekelian. Malam tadi sampai subuh mata ku tidak terlelap. Selepas bersahur, aku menyambung bicara dengan suami tentang perjumpaan dengan pemimpin2 dalam Akademi Taipan 181 malam tadi di TTC 1.
Agak lama tidak berjumpa dalam bilangan yg ramai seperti malam tadi. Beberapa kali perjumpaan pemimpin2 tertinggi sebelum ini tidak merangsang mereka untuk hadir seramai perjumpaan malam tadi. Mungkin SMS yg disampaikan bunyinya agak 'mendebarkan...'. Mereka beramai2 datang untuk mengetahui duduk perkara sebenar dan sama2 mengambil bahagian serta menyumbang buah fikiran agar semuanya terlerai.Rupa2nya perasaan sayang dan cinta kepada Akademi Taipan 181 masih lagi utuh dan tidak tergugat.
Manakan tidak, hampir semuanya telah berhenti kerja dan menjadikan perniagaan ini sebagai periuk nasi utama. Inilah hidup dan mati, inilah darah daging, inilah masa depan, inilah perjuangan kalah atau menang dan inilah yang akan menentukan putih atau hitamnya kehidupan kemudian hari.Berpaling ke belakang tidak sekali, memulakan yg baru juga jauh pangang dari api apalagi untuk kembali ke tempat dan kerja asal yg telah menjadi sejarah hidup. Sebab itu mereka datang.
Nampak ceria tetapi di wajah masing2 seperti ada sedikit tanda tanya,,,kebanyakannya baru pulang dari solat terawih di masjid dan surau kerana ada yg berjubah, berbaju melayu, berkopiah dan bersongkok, baguslah.Hidup di dunia dan akhirat di seimbangkan.
Memulakan bicara ialah pemimpin otai Taipan, CDM Kartini MaT Yaakob, nadanya bersahaja tetapi riak wajah menggambarkan rasa kesedaran dan tanggungjawab berat sebagai pemimpin besar kepada Akademi Taipan 181 yg begitu besar. Meluah rasa dari hati yg murni, tiada agenda peribadi apa lagi untuk kepentingan sendiri. Padanya hidup matinya ialah untuk kejayaan keseluruhan warga Taipan di seluruh Malaysia. Tidak putus dari bibirnya slogan "Bersama Dan Bersatu" walau di mana juapun beliau berdiri, Akademi Taipan 181 adalah platform lengkap dengan segala2nya untuk semua Warga Taipan menjana peerubahan hidup. Tetapi ia dimulai dengan kita. Seruan pemimpin ini agar kita terus fokus kepada kerja dan tanggungjawab sebagai pemimpin besar dalam network masing2. Teruslah berusaha membina keyakinan diri bersama kumpulan ini. Lihatlah semua downliane yg menanti2 kita untuk dijayakan. Jangan sekali2 jauh dari landasan Taipan walau dalam keadaan apa sekalipun cabarannya.
CDM Juliani menyambung bicara dengan pesanan terus bersama dan bersatu. Juga harapan beliau agar pemimpin2 sama2 mencurahkan idea dan tenaga untuk menggerakkan group masing2. CDM Siti Rohani menerpa mikrofon dgn tangisan dan lelehan air mata...itulah riak rasa yg tak terucap dengan kata2 kecuali air mata sayu kerana sayangkan Taipan 181. Padanya hidup matinya telah disatukan dgn hidup matinya Taipan 181.
Pemimpin dari Seremban, CDM Hj Char mengakui berlaku sedikit kemerosotan dalam business. Meeting di centernya tidak memberangsangkan, tetapi terus yakin bahawa Hai O sebagai platform terbaik, tidak mungkin menapak ke belakang. CDM Yan yg sedang sarat menanti 'hari' meluahkan semangat kekeluargaan yg sedikit longgar mencetus perasaan pentingkan diri sendiri dan menggugat situasi perniagaan yg sedia suram sejak 4 bulan yg lalu. Andai kita boleh kembali seperti dahulu, alangkah bagusnya. Itulah harapan CDM Yan dan semua CDM sebenarnya.
CDM NIzam tampil dengan sedikit hangat tetapi itulah yg dirasakannya. Biarlah dia melepaskan apa yg terbuku di dalam dadanya selama ini, untuk kita belajar memperbaiki diri dan mengambil iktibar, luahan seperti ini sangat berguna untuk ku yg saban waktu hanya bercakap kpd CDM2, biar sekali ini kami pula yg mendengar luahan rasa dan tidak puas hati CDM kepada pemimpin tertinggi. Peluang untuk CDM Mahadzir yg jarang ke depan juga sangat baik dengan teguran untuk bermuhasabah diri tambahan di bulan Ramadan yg penuh keberkatan ini.
CDM Norita, pemimpin matang jarang bersuara tetapi banyak menadah telinga memerhati adik2 berniaga yg laju, yg cepat yg besar,yg kecil dan yg muda belia diperhati semua. Meski beliau jarang bercakap, tapi kali ini pandangannya menusuk ke hati. Persaudaraan sangat rapat bila bilangan tak ramai tetapi bila dah ramai dan besar, ada pelbagai ragam dan perangai memang sukar ibu nak menjaga semua. Apapun pendapat CDM Norita terus masuk ke kalbu, ujian ini tanda Allah masih sayangkan kita, bersabar dan teruslah berusaha tanpa menyalahkan orang lain. kita sepenuhnya bertanggungjawab kepada diri kita sendiri.
Bagai teguran ibu untuk anak2 yg nakal, itulah umpamanya kata nasihat CDM Kuyah. "Masing2 memang pandai tetapi kita jangan tunjuk pandai, lebih baik kita jadi pengikut tanpa memperlekehkan pemimpin2 yg jujur dan ikhlas untuk menjayakan kita".Tambahnya lagi ""Sejarah saya pernah mati dalam Hai O tetapi kerana jasa uplinelah saya hidup kembali. Busines jatuh bukan salahupline atau pemimpin Taipan tetapi kerana situasi dalam perniagaan memang begitu resamnya, ada naik dan ada surutnya".
CDM Abang Ali, turut meluah rasa, katanya agak terperanjat dengan situasi yg didengar tetapi kita anggap ini masalah dalam rumahtangga dan keluarga. Semuanya boleh diselesaikan, masalah bukan besar tetapi mungkin sebelum ini kita banyak memendam rasa. Biar kita untung kecil tapi boleh bertahan lama. Kata Abang Ali "saya orang baru dalam Hai O tetapi dalam business saya orang lama yg banyak pengalaman". Senang hati mendengar tutur bicara Abang Ali..inilah pemimpin matang yg tidak cepat melatah dengan suasana, semuanya boleh diselesai dan ditangani dengan baik jika kita berbaik sangka, berlapang dada dan terus bersama dan bersatu. Terima kasih Abang Ali.
CDM Haryana minta supaya diadakan kelas pengukuhan untuk convince prospek.CDM NASIR, pemimpin kecil2 cili padi, sentuhannya benar2 mendesak rasa sebak dan terharu, apa yg dikata benar belaka. Apabila kita mula menikam pemimpin, manis di depan menikam di belakang itulah bermulanya kejatuhan. Tidak mustahil andai itu terjadi, nama kita dan kumpulan ini hanya terpahat dalam sejarah. Bagai terkena panahan hali lintar semua tersedar bahawa jika tidak dikekang ia pasti terjadi,maka kedengaran esak tangis CDM2. Benar2 menyentuh hati. CDM Muhammad Razali menyambung mikrofon dengan nasihat ringkas tetapi bernas...katanya ujian dan cabaran adalah perkara biasa dalam mana2 organisasi. masalah yg ada akan selesai bila berniaga naik kembali. Dan untuk naik berniaga kena bersama dan bersatu sampai bila2.
Lega dan terasa sangat gembira, benarlah kata orang tua2, yg berat sama dipiikul yg ringan sama dijinjing. Tiada masalah yg terlalu buntu, tiada yg buruk bersarang menjadi nanah atau barah, tiada virus perosak kecuali yg ada ialah berprasangka, saling mahu melepaskan diri dan longgarnya ikatan silaturrahim. Seruan ku penutup bicara ialah supaya terus setia kepada semangat Taipan, banyakkan bersyukur dan bersabar menghadapi apapun cabaran. Taipan bagai satu keluarga besar yg saling perlu memerlukan, dicubit peha kiri yg kanan turut terasa sakitnya, bagai aur dengan tebing saling bertaut dan berpegangan dengan satu matlamat dan tujuan demi membawa hala tuju Taipan 181 ke destinasi yag akan terus cemerlang dan gemilang. Bersalam2an dan pelukan tangisan dari hati ke hati benar2 menyentuh hati2 yg selama ini kering dan layu kerana kesibukan dan kealpaan sendiri. Sungguh benar kata orang tua2 "Tiada Biduk Karam Sebelah". Salam kasih sayang..
Monday, August 16, 2010
Tiada Biduk Karam Sebelah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam sayang... agak tersentuh bila membaca.. apatah lagi kiranya ada bersama ketika itu..tidak dinamakan hidup tanpa cabaran.. kita hidup tak selalu seuntung sabut diatas air... berat manapun ia.. tetap kan timbul.. juga tak serugi batu... ringgan manapun ..tetap tenggelam.. kita umpama roda.. kala diatas kala dibawah... ujian ALLAH ada seba musababnya.. ada hikmahnya.. taipan 181 tetap satu keluagga yang harmonis
ReplyDelete