Saturday, August 28, 2010

Buku Matlamat atau Buku Impian

        
Buku matlamat atau buku impian ialah senarai matlamat dan impian peribadi anda yg ingin anda capai dalam tempoh masa yang tertentu. Pada pendapat saya, buku matlamat atau buku impian ini adalah amat penting. Ia sepenting cita-cita atau kad perniagaan anda. Ia menjadi penggerak dan memberikan motivasi besar untuk anda bekerja, berusaha dan menempuh cabaran serta halangan di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat serta impian anda.

 Dengan andanya buku matkamat ini, anda boleh menatapnya setiap hari, boleh membacanya setiap masa atau membacanya ketika anda berhadapan dengan cabaran atau ujian. Sebelum anda tidur, semua matlamat dan impian besar yg anda catatkan dalam buku matlamat anda, akan dilihat dan ditatap. Lama- kelamaan semua matlamat dan impian itu akan tertanam dalam minda bawah sedar anda. Inilah kuasa yang tanpa disedari melekat di dalam minda yang mana ia akan lebih mudah dicapai dan diperolehi.

My Dreams...Dzulfauzilah and Faridah

          Inilah langkah pertama yang saya lakukan sebaik melangkah dalam dunia perniagaan ini lapan tahun lalu. Semua impian dan matlamat yang ingin saya capai, saya gambarkan secara visual dalam bentuk gambar-gambar dan kata-kata motivasi yg saya lekatkan dalam album foto. Setiap hari sebelum tidur, sebaik bangun tidur dan selepas menerima cabaran, saya pasti akan menatap dan membacanya. Mungkin kerana adanya buku impian inilah, saya kekal bertahan, bersedia menghadapi gelombang dan tsunami dalam perniagaan, jatuh bangun, pahit manis dan segalanya saya telan demi mencapai segala impian saya.

Buku Matlamat, Album Impian, My Vision Board

         Di dalam buku matlamt itu, anda boleh bahagikan kepada beberapa bahagian matlaamat:

1. Pencapaian pangkat tertinggi Crown Diamond Manager
2. Matlamat kebebasan kewangan
3. Matlamat pemilikan kereta mewah, kediaman mewah atau aset2 tetap yg lain
4. Matlamat pencapaian untuk isteri, anak-anak, ibu bapa dan masyarakat
5. Matlamat amal jariah seperti haji, umrah, kebajikan, zakat, sedekah dan lain-lain.
6. Matlamat untuk orang lain sepeeti rakan kongsi, downline, pekerja bawahan anda dan lain-lain.

kejayaan lebih mudah dicapai apabila anda memiliki buku matlamat

         Perlu diingatkan bahawa anda tidak sepatutnya berkongsi atau menunjukkan buku matlamat anda kepada orang negatif walaupun mereka kawan baik atau adik anda. Ini tidak mendorong anda mendapat tindak balas positif daripada mereka. Sebaliknya berkongsilah buku matlamat anda dengan orang yg positif serta sentiasa mahu melihat kejayaan anda seperti upline anda, mentor anda atau mungkin ibu bapa anda.

Untuk anda semua, bertindaklah segera. Buatlah BUKU MATLAMAT atau ALBUM IMPIAN anda.
Salam, berjumpa lagi untuk catatan seterusnya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.