Saturday, August 14, 2010
Nak DUIT kena DO IT
Saya berada di LCCT Sepang, sekejap lagi akan terbang ke KK Sabah. Tugas saya adalah untuk berjumpa warga Taipan seluruh Malaysia untuk memantapkan business. Inilah antara tugas saya sebagai orang lama dalam kumpulan ini.Ke hulu ke hilir buat pangukuhan, bagi motivasai, buat meeting, jumpa leader2, mendengar masalah, buat demo, berjumpa prospek dan masih berkongsi dengan sesiapa saja yg mahu melihat potensi dan peluang dalam Hai O.
Dalam Hai O banyaknya duit. Semua orang nak duit, semua orang nak kaya dan semua orang nak berjaya. Ramai orang join syarikat ini untuk mendapatkan duit. Memang semua orang boleh dapat duit malahan bukan itu sahaja, mereka boleh mendapat apa sahaja seperti kereta mewah, membayar hutang, memiliki kediaman idaman, melancong ke seluruh dunia, peningkatan kualiti diri, beramal ibadah dan beramal jariah serta kebebasan masa.Tapi kena DO IT baru dapat DUIT. Macam mana caranya??
Pertama sekali kemahuan mesti datang dari diri anda sendiri, bukan kerana orang lain. Kerana kita sahaja yg mampu mengubah kedudukan kewangan kita, hanya kita yg mampu mengubah nasib diri kita, hanya kita yg boleh mengubah masa depan keluarga kita. Upline, downline, sideline, Akademi Taipan 181 hanya akan memberi bimbingan dan sokongan kepada kita sahaja.
Kedua, anda mesti ikut nasihat dan bimbingan orang2 yg sangat berjaya dalam Akademi Taipan 181. Mereka tidak semestinya upline anda kerana uplinepun sama2 masuk dgn anda pada masa yg sama. Mungkin juga upline anda tidak mempunyai impian dan kemahuan seperti anda. Dalam Akademi Taipan 181, terdapat sedemikian ramai mentor2 yg telah berjaya dan masih terus mendaki kejayaan. ikutlah gerak kerja mereka, lakukan perkara yg sama, ikutlah perkara yg sama sebagaimana orang berjaya lakukan. Bergaul rapatlah dengan mereka, banyaklah bertanya kepada mereka dan jangan segan untuk rapat dengan mereka.
Ketiga, anda mesti mengikut semua program Akademi Taipan 181 seperti meeting, business talk, table talk, road show, seminar dan lain2. Program syarikat pula seperti majlis anugerah, dinner dan lain juga menjadi pemangkin untuk kita terus berjaya dan bertahan di dalam Hai O.
Keempat, bersedialah untuk berubah dan keluar dari zon selesa. Jika sebelum ini kita malas, tidak berdisiplin, banyak berfikiran negatif, hanya berpeluk tubuh maka semua sikap itu mesti diubah. Tidak ada kejayaan yg akan datang jika kita masih dengan sikap dan perangai yg lama. Pada peringkat awal, kita mesti bersedia kelur dari zon selesa. Jangan banyak duduk di rumah, berehat, tidur, banyak menonton TV, banyak alasan dan lain2 mesti diketepikan dulu. Kejayaan tidak akan datang dalam keadaan yg serba selesa.
Buat, buat dan terus buat. Asas kejayaan dalam perniagaan ini ialah berkongsi dengan orang lain. Selepas mereka masuk, bimbing dan jayakan mereka. Naikkan mereka sebagi SM bermakna anda akan naik SSM, Jayakan mereka sebagi SSM, anda pula akan berjaya meraih ke DSM kemudian naikkan mereka DSM bermakna anda pula naik DDM sehingga anda akan dijulang sebagai juara iaitu Crown Diamond Manager atau CDM. Lebih ramai yg anda bimbing dan jayakan downline anda bermakna semakin besarlah kejayaan anda.
Kejujuran dan ketelusan sangat dituntut jika anda mahu benar2 mahu berjaya dan benar2 mahu menjadikan perniagaan ini sebagai kerjaya seumur hidup. Inilah antara perkara yg mesti dilakukan jika benar2 anda mahukan wang yg banyak di dalam business ini. Dengarnya mudah tetapi ia tidaklah sesenang menyebut A, B dan C. Jika semudah itu, tidak adalah orang miskin. Tetapi ia tidak pula terlalu susah, jika susah macam mana begitu ramai orang yg berjaya dan begitu ramai lahirnya jutawan yg lahir dalam syarikat ini. Ia tidak mustahil tetapi cabaran dan ujian pasti menanti jika kita letakkan matlamat untuk berjaya.
Wang di dalam MLM ini terlalu banyak. Saya kongsikan dengan anda 4 sifat wang yg anda mesti rebut...
1. Wang datang terus datang
2. Makin diambil makin banyak
3. Makin diguna makin bertimbun
4. Wang datang dari segenap penjuru
Bagaimana nak mendapat wang yang sedemikian hebat? DO IT, DO IT. jangan berhenti... apa cabaran sekalipun sangat dahsyat, teruskan melangkah. Tempuhilah segala cabaran dan dugaan, susahnya hanya sementara. Jika anda bersedia untuk melakukan apa sahaja sebagaimana yg dilakukan oleh orang yg berjaya, maka tunggulah...tak berhenti anda kaya. Suara petugas menjemput penumpang2 untuk menaiki pesawat AK5182 ke KK terdengar di corong telinga. Saya mesti terbang segera kerana kehadiran CDM Faridah sedang dinanti2kan ole hseluruh Warga Taipan 181 Sabah. Jumpa lagi, salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.