Untuk mencapai matlamat anda dan berjaya di dalam hidup, kita mestilah membina satu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah seperti yg telah terbukti dan dibuktikan kejayaannya. Inilah pengalaman dan pendedahan yg ingin saya kongsikan dengan pembaca semua. Apabila anda telah meletakkan sesuatu matlamat atau impian, ia bermakna sebahagian kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Separuh lagi adalah bagaimana cara atau strategi untuk anda menggapai matlamat yg anda senaraikan.
1. Wujudkan keinginan yg meluap-luap.
Keinginan tersebut mestilah benar2 datang dari dalam diri kita sendiri. Untuk menyemarakkan keinginan yg meluap2, senaraikan matlamat atau impian besar anda seperti yg disarankan dalam catatan terdahulu. Nyatakan faedah2 atau senarai panjang kebaikan mencapai matlamat dan impian anda tersebut. Fikir dan tuliskan sehingga 50 atau 100 buah impian, maka selepas itu suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan muncul. Ia bagaikan seekor harimau, anda akan menjadi lebih bersemangat sekiranya anda benar2 menghayati setiap matlamat dan impian anda. Lama-kelamaan semangat anda bagai api yang menyala-nyala.
2. Tuliskan semua matlamat dan impian anda.
Visualkan atau tuliskan dengan jelas dan terang semua matlamat pencapaian peribadi anda di dalam buku matlamat atau album impian anda. Ini sangat penting. Secara tidak sedar, ia menjadi momentum dan daya penggerak yg sangat besar untuk diri kita sendiri.
3. Tetapkan tempoh masa yg munasabah untuk mencapainya
Tempoh yg munasabah dan realistik mestilah difikirkan apabila mahu menetapkan matlamat. Tentulah tidak rasional jika anda meletakkan tempoh 4 bulan untuk bergelar jutawan dalam perniagaan anda. Tempoh masa yg betul akan menjadi pemangkin untuk anda menyusun strategi, menyusun gerak kerja serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri dalam usaha mengejar matlamat anda.
4. Buat perancangan
Kenalpasti potensi dan peluang yg disediakan, senaraikan juga kelebihan dan kekurangan yg ada, cuba mengoptimumkan segala potensi dan kemampuan yg anda miliki, atasi segala kekurangan, belajar dan mencari ilmu adalah antara perancangan yg patut disempurnakan untuk memastikan matlamat anda dapat dicapai dan dilaksanakan.
5. Gambarkan kejayaan di dalam minda anda
Buat imej yg berulang-ulang, nampakkan tujuan dan impian anda dengan jelas dan terang dan ia pastinya akan menjurus kepada lebih cepat tercapainya matlamat anda.
6. Tangani masalah, ujian dan cabaran
Setiap kejayaan besar akan menghadapi cabaran besar, kejayaan hebat tentunya cabarannya juga sangat hebat. Anda mesti sedar dan sentiasa bersedia untuk melaluinya. Kenal pasti segala halangan dan berusaha untuk mengatasinya. Berilah tumpuan kepada kelebihan yg anda miliki dan jangan fikirkan kepada kelemahan anda. Senaraikan juga faktor2 sokongan yg ada di sekeliling anda yg patut anda optimumkan bagi mencapai semua matlamat anda.
7. Yang akhirnya ialah usaha dan keazaman anda untuk berusaha dan bekerja bagi merealisasikan matlamat dan impian anda. Jauhkan hangat2 tahi ayam. Semangat anda mesti cukup kental. berilah sepenuh tumpuan serta fokus anda kepada usaha2 untuk mancapai matlamat anda. Anda juga mestilah proaktif dan produktif.
Selamat berjuang untuk merealisasikan semua matlamat dan impian anda bersama Akademi Taipan 181.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.