Takut...Gementar...Fobia...Itulah alasan paling popular untuk mengelak diri apabila disuruh berbicara di khalayak ramai sama ada dalam keadaan formal atau tidak formal. Persoalannya kenapa anda takut? kenapakah ada orang yang tidak takut dan boleh berbicara dengan cemerlang di hadapan ratusan ribu manusia. Kenapakah ada yg menggeletar lutut, merasa takut dan kelu lidahnya?
Jawapannya mudah dan ia ada bersama2 anda.Yang penting anda perlu tahu mengolah ketakutan dan mengubat ketakutan anda kerana cemerlang berbicara bukan lagi keistimewaan tetapi satu keperluan di dalam hidup. Saya juga tidak berani bercakap di khalayak ramai pada asalnya. Dahulu saya selalu mengeluh, "Saya takutlah nak bercakap atas pentas ni..."
Mengendalikan Meeting Group di Stokis USJ 9 ketika berpangkat SSM
Tetapi sedikit demi sedikit, saya belajar menutur bicara dan setiap kali nak berucap di khalayak ramai, saya akan berlatih berucap di hadapan cermin. Saya akan buat berulang kali sambil memegang kertas yg mengandungi teks atau isi ucapan saya. Apanila diberi peluang, saya pasti akan mengambil peluang tersebut
kerana saya mahu melatih diri menjadi seorang pemidato yg baik.
Menjadi Speaker di Hari Anugerah ketika Berpangkat DSM
Apabila saya bersama Hai O, saya sedar bidang perniagaan dan pemasaran serta nerwork memerlukan jalinan langsung dengan pelanggan serta downline. Saya sedar bahawa cemerlang berbicara adalah penting untuk perkembangan perniagaan berbentuk jaringan walaupun ia bukanlah syarat utama untuk berjaya. Oleh itu saya berusaha belajar memperbaiki ucapan dan kata bicara saya.
Ketika berpangkat SSM saya sudah mula mengendalikan meeting dan business talk di stokis USJ 9. Dengan bimbingan berterusan dari upline CDM Kartini, saya dengan semangat dan keyakinan yg tinggi terus berusaha membina perniagaan ini. Dengan ruang kecil yg hanya boleh memuatkan 30 hingga 35 orang, meeting itu pada peringkat awal memang agk sukar. Tetapi benar sungguh bagai sering didengar, 'belakang parang diasah lagikan tajam'. Kehadiran memang tak ramai, kadang2 10 orang, minggu berikutnya 12 orang atau 9 orang apalagi waktu itu untuk berjaya mesti menjual...begitulah seterusnya. Kemahuan dan keberanian saya mengendalikan group meeting sendiri menyebabkan business saya terus berkembang.
Barangkali kerana keberanian itu, membuka ruang pertama saya untuk bercakap di pentas Hai O ketika masih berpangkat DSM, dipilih menjadi 'speaker' di Majlis Anugerah SM SSM di hotel Gold Coast Klang. Bermula daripada detik itulah, saya kemudiannya terus diberi peluang demi peluang untuk bercakap dan berucap di pentas2 Hai O, dalam meeting, business talk, road show, seminar dan kursus kepimpinan anjuran group. Semua kejayaan bermula dengan keberanian untuk mencuba. Tidak ada kejayaan dan kehebatan akan dicapai dengan sikap main2 dan sambil lewa.
Saya suka berkongsi dengan anda semua bahawa 'pandai bercakap' bukanlah syarat utama untuk berjaya di dalam apa jua bidang tetapi ia sebenarnya satu kelebihan atau markah tambahan. Bijak berbicara bukanlah satu anugerah tetapi bakat yang boleh diasah. Dari kaca menjadi permata, dari daun pegaga yg hanya tumbuh melata kemudian diekstrak sehingga dieksport ke peringkat antarabangsa, demikian juga dengan kita. Potensi besar yg ada dalam diri tidak patut dipersiakan begitu sahaja, Akademi Taipan 181 mampu merealisasikan apa sahaja cita2 dan impian anda. Yg penting anda mahu dibimbing dan dijayakan.
Jika anda mahu menjadi seorang pemidato atau speaker hebat, saya juga bersedia membimbing anda melalui akademi ini. Saya akan mengadakan kelas2 dan tutorial tahap demi tahap sehingga anda berani tampil ke depan dengan penuh gaya dan keyakinan. Saya kongsikan dengan pembaca sekelian, beberapa gambar peribadi saya melatih diri sendiri berucap di khalayak sehingga sekarang saya berani berdiri di hadapan ratusan malahan ribuan pendengar. Dan saya terus bercita2 untuk menjadi speaker, profesional tranner dan pakar transformasi masyarakat yg mana kesemuanya akan saya teruskan melalui Akademi Taipan 181.
Menjadi Speaker Untuk Moving Up Seminar
Andalah satu2nya manusia dalam dunia ini yg mampu mnggunakan kebolehan diri anda sendiri!
Salam, Insyaalah kita berjumpa lagi untuk catatan seterusnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.