Wednesday, August 11, 2010

Kejayaan Bermula Dengan Buku Impian






      Hanya bermula dengan mengguna produk, segalanya berubah apabila saya memberi peluang kepada diri sendiri untuk memulakan langkah menghadiri taklimat perniagaan di Shah Alam pada Oktober 2003. Detik hati terus berkata "aku mesti berani mencuba".
      Saya menjadi orang baru dalam industri ini. Segalanya kosong...tiada ilmu, tiada downline, tiada PV, tiada BV, tiada pendapatan, tiada bukti kejayaan, tiada kereta mewah dan tiada kediaman cantik. Yang ada hanyalah impian untuk mengubah kehidupan. Bersandarkan impian yang saya visualkan dalam buku impian "DREAMS DZULFAUZILAH AND FARIDAH", saya terus mengatur langkah bersama upline direct CDM Kartini dan CDM Kamaruddin. Doa yang dipanjatkan sekian lama sebelum ini, rupanya disampaikan melalui insan mulia ini.


        Buku impian yg saya visualkan secara jelas dalam album, menjadi penguat semangat yang terus menjadikannya membara dan menyala2. Impian seperti kebebasan kewangan, kebebasan masa, kereta mewah, banglow idaman serba lengkap, percutian mewah seluruh dunia, pendidikan anak2 yg serba sempurna, kebajikan dan kasih sayang kepada ibu bapa serta impian menjadi BOSS kepada diri, semuanya saya lekatkan dgn jelas dalam buku impian ini. Dan setiap kali menerima ujian apabila saya dipersenda, impian saya ditertawakan, tindakan saya diperlekehkan malahan pernah dihalau kawan baik sendiri, maka buku impian inilah yang menjadi faktor penolak untuk saya terus bertahan. Peduli apa dengan orang lain yg tiada impian, saya mempunyai impian yg sangat hebat. Dan saya sangat sedar bahawa hanya saya yang boleh mengubah kedudukan kewangan, keadaan diri dan anak2 saya.
      Dengan kedudukan sebagai guru pentadbir di sekolah menengah, dengan tugas yang tidak berbaki, dengan anak2 yg masih kecil dan ketiadaan pembantu rumah...semuanya saya ketepikan untuk berjaya. Semua yg diberitahu oleh upline saya ikut dengan akur. Semua program group dan syarikat saya hadiri tanpa alasan. Saya tahu bahawa satu alasan sudah cukup untuk meninggalkan saya jauh di belakang sedangkan orang yg tidak memberikan alasan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.
      Serentak dengan tekad untuk mengubah hidup, maka serentak itu jugalah cabaran dan dugaan tidak diundang datang satu persatu menjengah dan singgah dalam perjuangan ini. Tetapi semuanya ditolak tepi. Setiap kali cabaran datang, buku impian mnjadi pemacu untuk saya berdiri teguh di landasan ini. Saya bersyukur kerana sejak awal lagi, Dzul memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Menghantar saya ke meeting, menguruskan anak2, membantu menyiapkan kerja2 pejabat dan lain2 telah memberikan ruang yang besar untuk saya terus melangkah di dalam Hai O.


      Lima bulan selepas berkecimpung secara part time, saya memberanikan diri untuk mengambil cuti tanpa gaji. Strategi terus disusun, terus bekerja rapat dengan upline, meeting dan seminar adalah perkara paling utama untuk terus berjaya. Kejayaan2 kecil mula singgah dalam kehidupan kami. Jika saya mahukan kejayaan yang lebih besar, maka saya harus mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dan ujian yang lebih besar juga. Itu memang lumrah perjuangan. Apa lagi? Tanyalah diri sendiri...maka jawapan yang saya pilih ialah untuk terus berlari memburu impian yang lebih besar, lebih gemilang dan lebih cemerlang. Berani melangkah maka mesti berani juga untuk berlari.... Salam.
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.