Salam, masih belum jam 8 pagi waktu ini. Anak2ku sudah ke sekolah. Anda yang bekerja mungkin dalam perjalanan ke pejabat, mungkin baru nak keluar rumah, mungkin baru menghantar anak ke tadika, taska atau ke sekolah atau ungkin sedang merempuh hebatnya jem trafik di KL ini. Wah...nikmatnya tidak bekerja. Solat subuh lebih khusyuk tak tergesa2, doa panjang sikit dan sempat mengaji walau hanya seketika. Nak masuk dapur pun banyak masa jika rajin, menemankan Irah dan Aisyah bersarapan, bermain dengan ikan di kolam di halaman depan rumah, buka note book atau membaca buku2 baru yang dibeli minggu ini. Inilah nikmat kelapangan masa, 'freedom' kata orang putih.
Pagi ini, aku akan keluar lebih awal. Nak berjumpa dengan Liza di EPF. Lepas tu akan bertolak ke Kulim, sebelah malam aku akan ke Safira Club. Dah lama tak ke sana. Lepas tu akan bertolak pulang kerana pagi2 esok aku akan terbang ke KB.
Semalam, aku dihubungi seorang downline dari Ampang. Mulanya tak berapa ingat, maklum terlalu ramai tetapi selepas diperkenalkan diri dan diamat-amati, barulah wajahnya menjelma di ingatan. "Lama tak nampak" kataku padanya. Mulalah dia bercerita, katanya dah lama berniat nak bercakap denganku tetapi perasaan segan dan malu menyebabkan hasrat itu sering tertunda. Aku dah kalih, rasa tidak puas hati dengan upline sering menjadi topik di kalangan downline atau rakan kongsi. Inilah dunia MLM. Rencamnya banyak berkisar di antara cerita upline dengan downline. Macam2 hal, yang kecil yang sederhana, yang besar, yang berat, yang parah dan yang bergelora semuanya ada.
Inilah juga yang seronoknya. Tetapi sebagai orang yang 'lama', aku masak dengan pelbagai karenah manusia baik sebagai upline mahupun sebagai downline. Positif mesti nombor wahid. Apa lagi dengan network yang sangat besar, jika kita tidak matang semuanya boleh hancur. Sedangkan nak membina, mengambil masa bertahun2.
Untuk semua upline yang hebat, inilah perkongsian saya dengan anda pagi ini. Downline mahukan upline yang bagaimana?
Ringkasnya kita sebagai downline mahukan:
1. Upline yang baik
2. Upline yang jujur
3. Upline yang ikhlas
4. Upline yang merendah diri
5. Upline yang bersungguh2
6. Upline yang mempunyai sikap yang betul
7. Upline yang boleh memimpin
8. Upline yang boleh membimbing
9. Upline yang menghormati downline
10. Upline yang menyayangi downline
11. Upline yang suka mendengar
12. Upline yang tidak pilih kasih
13. Upline yang boleh dipercayai
14. Upline yang cakap mesti serupa bikin
15. Upline yang prihatin
16. Upline yang menepati janji
17. Upline yang 'smart' dalam kerjanya
18. Upline yang mempunyai matlamat yang jelas
19. Upline yang sanggup bekerja keras
20. Upline yang sanggup turun padang
21. Upline yang menyokong downline
22. Upline yang bertanggungjawab
23. Upline yang tidak lepas tangan
24. Upline yang bersedia berkorban untuk menjayakan semua downlinenya
25. Upline yang tiada agenda peribadi
26. Upline yang melebihkan kerja dari bercakap
27. Upline yang tidak berkira
28. Upline yang mendahului downline lebih dari dirinya sendiri
29. Upline yang pemurah
30. Upline yang boleh menjadi mentor
Semua downline mahukan upline yang terbaik dan terhebat seperti anda. Jadi marilah kita terus berazam untuk menjadi upline seperti yang kita mahukan daripada upline kita sendiri. Belajarlah, carilah ilmu, bertanya dan bergurulah supaya kita menjadi kebanggaan untuk semua downline kita. salam hormat untuk semua upline yang terhebat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.