Monday, September 6, 2010

Anak Bertuah!!!

            Alhamdulillah, hanya tiga hari lagi umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, bermakna hanya tiga hari lagi Ramadan akan meninggalkan kita semua. Bertemu lagi kah dengan Ramadan tahun depan? Andai masih dipanjangkan usia, aku akan berpeluang bertemu Ramadan lagi. Andainya tidak, hanya doa ku panjatkan agar aku termasuk dalam golongan yang diterima dan dinaungi Allah sebagai hambanya yang bertaqwa. Amin

Anak bertuah...Aimi, Adib, Irah dan Aisyah
            Keempat-empat orang anakku ada di rumah ketika ini. Selalunya hanya Irah dan Aisyah yang berada di rumah, masih bersama kami kerana masih di sekolah rendah. Kedua-duanya bersekolah di At Tamimi International Islamic School di USJ 25. Yuran bulanannya saja menyamai gaji bersih ketika aku masih bekerja makan gaji dahulu, Perginya ke sekolah berjemput dan dihantar di hadapan rumah kerana kesanggupan untuk membayar tambang van yang agak tinggi yang dulu tidak mampu ku biayai.

           Sekolahnya agak selesa, kelasnya berhawa dingin dan berkarpet penuh. Jumlah pelajarnya untuk satu kelas tak sampai sepuluh orang. Setiap pagi sebaik tiba di sekolah, semua akan berada di surau untuk solat sunat Dhuha berjemaah. Selepas itu akan bersarapan, semua dihidang tanpa berebut-tebut membeli di kantin seperti zaman aku dahulu.

           Untuk makan tengah hari pun sama, dihidangkan, dibacakan doa bersama-sama. Pinggan dicuci oleh pembantu kantin. Belajar di dalam kelas yang cukup selesa, tumpuan individu diberikan oleh setiap guru kerana bilangan pelajar yang kecil. Pelajarannya pula bukan KBSR tetapi menggunakan silibus dari Singapura.  Guru-gurunya ada yang berasal dari England, Syria, Kanada dan Indonesia dengan kelulusan yang tinggi. Aspek solat berjemaah yang sangat ditekan dan dititikberatkan, begitu juga soal pendidikan akhlak, pengajian AlQuran, hafazan, hadis dan pemahaman tentang tauhid. Aku cukup berpuas hati meski bayarannya agak tinggi.

selalu bermuafakat

Aisyah...mahu menjadi sehebat mama
          Untuk kokurikulim, tiga permainan disediakan iaitu memanah, berenang dan Tae Kwan Do. Pada hari Sabtu pula, Irah dan Aisyah akan ke kelas mental aritmetic. Yurannya juga akan tinggi kerana hanya mereka berdua sahaja, guru berbangsa Cina Miss Wong akan datang menjemput dan menghantar mereka ke rumah setiap hari Sabtu. Pagi Ahad, mereka aku hantarkan ke kelas  Seni dan kreatif yang terletak di Giant Bandar Kinrara.  Kebetulan setiap Ahad, aku ada kelas, maka mereka juga dijemput dan dihantar oleh seorang pemandu berbangsa Cina.
Susah senang sama kita rasa
         Tiga kali seminggu, seorang ustazah datang ke rumah mengajar mengaji AlQuran. Tidak seperti  aku di zaman kanak-kanak dahulu. Naik basikal sejauh  satu km untuk mengaji dengan Pakcik Mud. Jika hari hujan, aku terpaksa berjalan kaki menggunakan payung. Jika tak pergi mengaji, pasti rotan akan singgah di kaki. Betapa senangnya anak-anakku. Betapa bertuahnya anak-anakku.

         Anakku yang sulung, Aimi dah berusia 19 tahun, dah remaja dan besar panjang kata orang tua-tua. Belajar di ITM Melaka dalam bidang Business Studies. Dulu masa sekolah rendah dan awal menengah, pelajarannya hanya sederhana. UPSR hanya dapat 3A dan PMR hanya 5A, mungkin waktu itu akau tidak sesenang dan semewah hari ini. Tinggal pun di rumah teres sempit yang ku beli dengan gaji ku sebagai guru.
Sejak abang pulang dari Cairo, Aisyah sentiasa di sisi
           Aku masih tidak lupa, tanggungjawab menjaga adik-adik aku letakkan di bahunya ketika aku mula keluar berniaga Hai O. ketika itu kami  tiada pembantu rumah, tugas ku sebagai Penolong Kanan di sekolah menengah di Rawang memang tak bersisa dari segi masa. Kerja sekolah ku bawa balik ke rumah. Pada sebelah malam, jika ada meeting atau program Hai O, maka Aimilah yang aku pertanggungjawabkan untuk menjaga adik-adiknya. Aku tiada pilihan. Pelajarannya pada waktu itu, tidaklah sangat aku titik beratkan walaupun aku guru yang cemerlang. Mungkin itu antara kealpaan yg tidak aku sengajakan.

         Bagaimanapun aku bersyukur, sejak bersama AT 181, kehidupan kami begitu banyak berubah. Pengorbanan Aimi menjaga adik-adik dan membantuku menguruskan rumah turut mendapat ganjarannya. Sekarang dia sudah berada di semester tiga. Sejak berada di ITM,pelajarannya sangat cemerlang. Pada semester pertama dahulu, dia mendapat 3.67 pointer, sementara pada semester kedua pula meningkat kepada 3.93 pointer. Kerana kecemerlangan itu, dia terus ditawarkan untuk menyambung ke peringkat ijazah tanpa perlu mndapatkan diploma terlebih dahulu. Aku sediakan sebuah Myvi untuk kemudahannya, mulanya aku bimbang jika terlalu memewahkan anak tetapi aku lihat Aimi anak yang baik, dia tidak suka mengambil kesempatan dari kesenangan abah dan mamanya. Perbelanjaannya sangat cermat, wang simpananya pun banyak walaupun aku ada duit, dia tidak akan meminta. Ketika kawan2 lain bersuka ria di shopping compleks di Melaka, dia hanya di bilik. Ketika kawan-kawannya ponteng kelas, dia masih menunggu pensyarahnya.Dia juga lebih rela naik turun bas bila mahu pulang ke KL, jarang sekali dia menyuruh kami menjemputnya kecuali ketika cuti semester.

          Jika tiada aral melintang, Aimi akan melanjutkan pengajiannya di Singapura pada tahun depan. Semuanya dia yang uruskan sendiri. Katanya, suasana pembelajaran di ITM tidak memberangsangkan, Budaya pelajar Melayu yang suka lepak, malas, tiada cita-cita yang tinggi, suka meniru, suka bersosial, tidak menjaga solat dan suka membuang masa amat tidak disenanginya . Dia mahukan suasana pembelajarannya yg mencabar, memberi dorongan dan persaingan dengan pelajar-pelajar yang rajin, gigih berusaha, bermotivasi tinggi dan lebih berpandangan jauh. Dia bercita-cita mahu mengusahakan kedai cenderamata dan sukan selain berminat untuk menjadi jutawan hartanah seperti Azizi Ali. Wow...aku kagum dengan cita-citanya.

Lelaki atau perempuan, mesti pandai buat kerja dapur
         Sebagai ibu, aku memberi dorongan kepadanya, tentu pasti kerana aku sendiri mampu untuk membiayai pengajiannya tanpa mengambil pinjaman dari mana2 institusi. Dengarnya kos pengajian di Singapura menelan belanja puluhan ribu untuk setahun. Nasib baik aku bukan guru biasa tapi aku adalah  guru kepada jutawan-jutawan di dalam AT 181. Inilah rezeki anak-anakku. Barang kali juga kerana aku tidak lokek berkongsi ilmu dengan sesiapa jua warga Taipan walaupun mereka bukan semuanya downline ku. Ada waktu ke hulu ke hilir bercakap memberi ilmu tanpa penat dan letih, ganjarannya bukan setakat wang tetapi rezeki Allah itu maha luas, digantikannya dengan mempunyai anak-anak yang baik, berakhlak mulia, cemerlang dalam pelajaran, rumah tangga yang bahagia, adik beradik yang sangat berjaya, jiran-jiran yang baik dan kehidupan yang sempurna. Syukurlah

         Mohd Adib, anak lelaki tunggal dalam keluarga kami, usianya baru 16 tahun, juga sedang bercuti sempena hari raya Aidilfitri. Belajarnya di Maktab Buuth Kaherah, Mesir, tahun depan dia akan memasuki Thanawi dan kemudian terus ke Universiti Al Azhar...masih sangat muda. Pemergiaannya sejak berusia 15 tahun, cita-citanya mahu menjadi seorang ilmuan Islam yang profesional dan tahfiz Al Quran. Sejak dari kecil ku lihat minatnya sangat mendalam terhadap bidang keagamaan dan pengajian Al Quran, barang kali kerana abahnya selalu membawanya ke masjid sejak usianya tiga tahun. Tetapi mana mungkin ku menghantarnya sejauh itu dengan perbelanjaan sendiri sepenuhnya jika aku masih seorang guru biasa. Yuran dan belanjanya hampir seribu setiap bulan, tentu sekali di luar kemampuan. Jika pun boleh melanjutkan pengajian ke sana, semuanya mesti mengikut saluran biasa yang memakan masa. Bukan seawal usia 15 tahun.

        Aimi, Adib, Irah dan Aisyah adalah anak-anak yang bertuah. Anak Bertuah!!! Selalu ku dengar orang tua-tua menyebutnya. Jika aku tidak dibawa peluang sehebat ini, tentu sekali aku masih di takuk lama. Tentu juga anak-anak ku menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Kami mungkin masih kekal di rumah teres`sempit di Rawang Selangor. Mungkin sudah bertukar kereta Waja daripada Wira. Dzul mungkin masih dengan motor 'Kriss'nya. Sekali sekala bercuti ke Ayer Keroh Melaka melihat buaya.

Kami bangga dengan mama dan abah kami!!
         Bagi anda warga AT 181, inilah peluang terbaik untuk anda. Mungkin anda sudah hidup selesa, tetapi fikirkan untuk anak-anak kita yang menanti harapan dari kita. Jangan hanya menjadi bangsa yag masih mengharap SPBT, biasiswa, bantuan kebajikan atau PTPTN untuk mencorak masa depan generasi pewaris kita. Buatlah Hai O bersungguh-sungguh. Bersama AT 181, anda akan dibimbing sampai bila-bila.


        Bukan hanya aku atau Dzul, tetapi anak-anak ku yang berempat ini juga patut berterima kasih dan bersyukur kepada akademi ini. Walaupun mereka berempat tidak terlibat secara langsung dalam akademi ini, tetapi kerana mama dan abahnya berada di dalam AT 181 lah, maka mereka boleh menumpang senang dan tuahnya. Sungguh benar, AT 181 sudah menjadi pohon nan rimbun menjadi tempat orang berlindung dan berteduh, menaungi sebegitu ramai warganya untuk sama-sama menikmati dinginnya, sejuknya, nyaman dan damainya. Terima kasih Akademi Taipan 181. Salam
        

     

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.