Thursday, September 30, 2010

Minum Petang....Macam2 Ada

             Aku di Kelantan saat ini, sampai jam 8.45 pagi tadi dengan firefly. Kepulanganku bukan urusan business tapi urusan keluarga. Adik bongsu ku Nik Norfaizah akan melangsungkan pernikahannya, agak sibuk la aku yang memang dah sentiasa sibuk. Keputusan sudah bulat, persetujuan telah diberi, permuafakatan telah diambil, AJK dah dilantik, perancangan sudah disusun, tempahan catering dan dewan telah dibuat...yang tinggal adalah pelaksanaan.

          Malam ni ada perjumpaan keluarga di rumah bonda di Tanah Merah untuk pembahagian kerja dengan adik beradik di Kelantan. Petang ni hujan turun agak lebat.... perut terasa lapar. Maklum hujan turun mencurah2. Apa nak makan ye?

          Aku ajak adik bongsu ke Restoran Selera Tepi Sungai....waa banyaknya menu. Ada bubur kacang, bubur  jagung, ada biji nangka, ada pengat pisang, ada pulut durian, ada pengat keladi, ada pengat durian, ada pengat keledek, ada rojak buah, ada pesembur, ada laksam, ada laksa lemak, ada nasi ayam, ada segala macam kuih muih, ada pelbagai lauk pauk dan pelbagai jenis air buah... Wah rasa tak muat perut.

          Semua nampak sedap, semua terliur, semua nak makan, semua nak rasa. Mana satu nak pilih? Akhirnya aku pilih untuk makan laksam, pengat biji nangka dan bubur jagung. Sedapnya mak oooi... sesiapa nak mencari menu hidangan Kelantan asli, boleh datang ke sini. Jika tak tahu boleh saya bawakan ya.

          Aku bersembang dengan tuan punya restoran, Kak Yah yang aku kenal sejak lama sebelum dia membuka restoran tersebut. Kak Yah yang juga bekas menantu jiran rumah ma di Jalan Klinik. Katanya jualan untuk sehari  boleh mencecah RM 7 ribu jika hari biasa. Jika musim dapat gaji atau bulan Ramadan, jualan boleh meningkat hingga RM11 ribu sehari. OOhh majunya..

          Jika kembali ke kampung, memang aku tak lepas untuk berkunjung ke restoran ini. Menunya banyak, rasanya sedap dan harganya berpatutan.

         

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.