Tuesday, September 21, 2010

AKADEMI TAIPAN 181

Awal Penubuhannya  Tahun 2006
Konvensyen CDM Pada Januari 2010
           
          Akademi Taipan 181 dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada 6 Julai 2010 bertempat di Mines Resort Seri Kembangan Selangor. Majlis pelancaran yang gilang gemilang ini dihadiri lebih 700 orang tetamu. AT 181 pada mulanya dikenali sebagai Kumpulan Taipan 181, diasaskankan oleh tiga orang serikandi hebat iaitu CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Faridah Mohd Ali dan CDM Julianie Mohd Bastamam selain CDM Kamaruddin Mamat. Bermula pada awal tahun 2006 sebagai kumpulan kecil, ia hanya mula melangkah dengan menjalankan operasinya di sebuah center yang terletak di USJ 9 yang dikenali juga sebagai Taipan.

          AT 181 menjadikan Hai O Marketing Sdn Bhd sebagai platform untuk menjana pendapatan dan mengubah kehidupan. AT 181 ditubuhkan sebagai suatu wadah untuk melatih dan membimbing usahawan-usahawan berbilang bangsa yang menjadi ahli kepada akademi ini. Ketika memulakan platform sebagai kumpulan Taipan 181, ia hanya mempunyai empat orang pemimpin tertinggi berpangkat Crown Diamond Manager dengan jualan kumpulan tak sampai pun 300,000PV,  tetapi setelah berjuang hampir lima tahun, kumpulan ini telah mempunyai hampir 90 orang CDM dan sebahagian besar daripadanya telah bersama AT 181 secara sepenuh masa. Kumpulan ini juga pernah mencapai jualan kumpulan sehingga RM17 juta sebulan. Luar biasa!!

          Mempunyai slogan hebat 'Setiap Jengkal Tanah Ada Taipan 181, kumpulan ini yang pada mulanya hanya berpaksi di USJ 9, KL dan Selangor tetapi kini telah berkembang di seluruh pelusuk Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak termasuk ke Indonesia. Dan hampir di setiap negeri telah melahirkan pemimpin tertinggi berpangkat CDM.

           Dengan motto yang hebat, 'Bersama Dan Bersatu', AT 181 terus mengorak langkah menyusun strategi berjuang dan berkorban atas kepentingan kumpulan tanpa menonjolkan kehebatan peribadi. Tiada agenda peribadi di dalam AT 181 kecuali untuk sama-sama mencapai matlamat kumpulan. Dengan bersandarkan kekuatan syarikat Hai O Marketing, AT 181 terus melangkah jauh dengan bergerak dengan satu matlamat, satu wawasan, satu strategi, satu suara, satu impian dan satu kumpulan.' Bersatu Teguh Bercerai Roboh'  menjadi kata azimat buat panduan warga AT 181. Setiap pemimpin menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk AT 181. Setiap orang bekerja  sebagai satu team yang mantap dan padu.

          Secara ringkasnya AT 181 dibina dengan mempunyai matlamat yang sangat jelas:

1. Membimbing dan melatih usahawan-usahawan yang menjadi warga AT 181 secara sistematik sehingga melahirkan pemimpin-peminpin hebat yang berjaya memacu ekonomi diri dan keluarga sehingga meletakkan mereka sebarisan, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan usahawan dalam bidang lain di Malaysia.

2. Mempunyai modul-modul latihan yang tersusun dan seragam yang akan diberikan melalui Business Talk, Table Talk, Meeting, Kelas Pengukuhan, Road Show, Seminar, Bengkel Sehari, Latihan Dalam Kumpulan dan seumpamanya.

3. Melahirkan pemimpin-peminpin pelapis muda  sehingga berpangkat CDM yang berketrampilan, berilmu, berwawasan, tahan cabaran dan berdaya saing melalui kerja-kerja 'dublikasi' di dalam MLM.

4. AT 181 mempunyai matlamat jelas untuk mejayakan seramai mungkin warganya sehingga mampu bergelar jutawan MLM tanpa mengira warna kulit, anutan agama, bangsa dan kaum.

5. AT 181 berhasrat untuk menubuhkan setiap negeri dengan 'center'nya sendiri dan ini dilakukan melalui misi menjaya dan melahirkan CDM di setiap negeri. Misi ini hampir terlaksana apabila AT 181 telah membuktikan kejayaan tersebut di setiap negeri.

6. Semua pelaksanaan program, aktiviti dan gerak kerja di dalam AT 181 dibincang dan diputuskan oleh CDM COMITEE yang dianggotai oleh CDM Senior di dalam AT 181 terdiri daripada CDM Kartini Mat Yaakob, CDM Kamaruddin Mamat, CDM Faridah Mohd Ali, CDM Julianie Mohd Bastamam, CDM T. Puziah Tg Chik, CDM Julianah Munaf, CDM Siti Rozana Rozar, CDM Siti Rohani Ahmad Zahari dan CDM Roshila Mohd Saufi. CDM Comitee akan mengadakan menyuaratnya sebulan sekali.

7. Sementara di setiap negeri pula, AT 181 mempunyai comiteenya sendiri yang dianggotai oleh pemimpin tertinggi negeri.

8. AT 181 mempunyai Tabung Kewangan Pusat dan negeri di mana setiap CDM menyumbang sebanyak RM300 sebulan untuk menampung semua aktiviti mingguan, bulanan dan tahunannya.

9. AT 181 telah menubuhkan Yayasan Taipan sebagai platform untuk menyalurkan sumbangan dan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat luar. Sehingga ini, Yayasan Taipan telah memilih Baitul Kaseh yang terletak di Bukit Rahman Putra sebagai Projek Anak Angkat kepada yayasan ini.

10. AT 181 meletakkan matlamat dan visi yang lebih murni untuk melahirkan usahawan-usahawan hebat yang bukan hanya berjaya di dunia tetapi juga di akhirat.

11.AT 181 sedang berusaha untuk menubuhkan Koperasi Taipan 181 yang akan menjadi koperasi penggerak untuk mengembangkan sayap perniagaannya.

12. AT 181 bersedia untuk mengharungi cabaran dan ujian yang lebih besar bagi mendepani gelanggang juangnya. Dan ini mampu dilaksanakan melalui ' Bersama Dan Bersatu' yang diterapkan sejak awal kepada setiap warganya.

13. AT 181 akan terus berusaha untuk memantapkan sistem latihan, bimbingan dan sekolahnya dan suatu hari nanti akan menjadi sebuah Open University Taipan 181 yang akan melahirkan graduan-graduan yang setanding dengan graduan daripada universiti tempatan ataupun luar negara.

          Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama. Ayuh Warga AT 181, menari rentak yang sama, menyanyi dengan lagu yang serupa, berdendang dengan irama yang tidak berbeza dalam menuju visi dan misi AT 181. Segalanya mungkin. Dan sekalung penghargaan, seuntai kasih serta segunung budi selaut bakti untuk pemimpin-pemimpin hebat serta seluruh warganya yang telah sama-sama berkorban masa, tenaga dan segalanya demi menjayakan AT 181. Salam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.