Saturday, December 4, 2010

TIRULAH JUARA UNTUK MENJADI JUARA!!!

4 Disember 2010
Stadium Malawati Shah Alam
12.30 pm - 7.00 pm

        18th Anniversary 2010
                              Embrace 3P


                                       Positive
                 Progressive Professional



TAHNIAH
AKADEMI TAIPAN 181

CDM Hj. Cha Bersama C200 Compresor BJL 181


     
CDM Wan Mahadzi Wan Majid

Berusia 35 tahun. Berpendidikan SPM.
Pernah bekerja kilang selama 10 tahun dan pernah juga menjadi penjual kereta selama enam tahun.  Bersama  AT 181 pada bulan Disember 2007 melalui isterinya sendiri yang merupakan pemimpin yang semakin bersinar bintangnya iaitu CDM Shahrina Mohd Yazi.

Kesusahan masa lalu mengajarnya menjadi kuat dan tabah. Keperitan masa lampau menjadi kekuatan untuknya terus melangkah.
Cabaran dan ujian padanya terlalu kecil berbanding dengan nikmat kejayaan yang telah dinikmatinya setelah melalui segala ranjau dan durinya di dalam perniagaan ini.
Dua tahun tiga bulan kemudian, Wan Mahadzi berjaya dinobatkan sebagai
Crown Diamond Manager.
Tahniah CDM Wan Mahadzi!!!

Kesusahan lalu telah berakhir.
Keperitan lama telah menjadi sejarah.
Bagaimanapun, perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.





CDM Khadzir Hussin bersama isteri.

CDM Khadzir Hussin berasal dari negeri
Kelantan Darul Naim.
Belajar tak tinggi katanya.
Hanya sehingga STPM sahaja.
Bekerja sebagai seorang Drafman di MPSJ sebelum bersama AT 181.Bagaimanapun beliau mempunyai impian yang tinggi untuk mengubahnasib diri dan keluarga.

Diperkenalkan peluang yang hebat ini oleh CDM Mohd Aidil dan CDM Jalilahbeham pada September 2007. Beliau mula bertindak lebih serius apabila melihat potensi yang begitu besar di dalam AT 181.
Beliau layak sebagai CDM pada Disember 2009. CDM Khdzir sudah melancong ke Korea, Beijing, mengerjakan umrah dan juga Swiszerland. Sejak pertengahan 2009, CDM Khadzir sudahpun sepenuh masa bersama AT 181.

"Mutiara tidak dimuntahkan oleh laut.
"Ilmu pengetahuan hendaklah dicari dan dipelajari
dan ia tidak akan datang dengan sendiri.
Usaha dan terus berusaha.
Sesuatu yang baik akan hanya diperolehi apabila kita berusaha dengan bersungguh-sungguh".
TAHNIAH CDM KHADZIR!!!




CDM Azlina Mohd. Taib.
Berpendidikan Diploma UITM.
Masih bertugas sebagai Pegawai Insolvensi Kanan di sebuah kementerian di Putrajaya.
Bersama Akademi Taipan 181 sejak 1 Mac 2008. Telah berjaya melancong ke Paris, Beijing serta mengerjakan umrah. Dan akan sama2 melancong ke Perth Australia pada Mac 2011 nanti.
CDM Azlina sudahpun memandu Toyota Wish BKA 9181.
Tahniah Lin!!
Seorang Juara Pasti Melahirkan Juara2 Baru!!
CDM AZLINA MOHD TAIB

CDM NOR AISA ABD JALIL
Berasal dari negeri Johor.
Berpendidikan Sarjana Muda Pendidikan Dgn Pengurusan. CDM Nor Aisa telah bersama Hai O
sejak  bulan Jun 2005 dan layak sebagai Crown Diamond Manager pada bulan Disember 2008.
Beliau sudahpun memandu Mercedes Benz JLB 1811.
Beliau sepatutnya dinobatkan di pentas CDM pada majlis ulang tahun ke 17 2009 yang lalu, tetapi pada waktu itu beliau baru sahaja melahirkan anak.

Tahniah CDM AISA!!!


CDM SITI AINON RAHMAN

CDM Siti Ainon menyertai akademi ini pada bulan Jun 2008. Berasal dari Sabah dan berpendidikan sehingga STPM. Masih bertugas sebagai seorang jururawat.
CDM Siti Ainon begitu kagum dengan bimbingan yang disediakan oleh AT 181, beliau mula serius  dan memberikan komitmennya untuk berjaya.
Impian untuk merasai dan menikmati hidup seperti orang lain menyebabkan CDM Siti Ainon tidak memandang ke belakang lagi.
Tiada jalan mudah untuk berjaya apa lagi untuk menjadi hebat seperti yang anda saksikan. Tetapi bak kata orang tua2
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang masuk Taipan, biar sampai jadi jutawan. CDM Siti Ainon terus berusaha dengan gigih dan sabar sehingga beliau dinobatkan sebagai CDM.
CDM Siti Ainon telah memandu kereta idaman iaitu Prado serta telah melayakkan dirinya melancong ke Beijing, Switzerland dan mengerjakan umrah.

Tahniah CDM Siti Ainon!!!


CDM Suriati Abd Habir

Berasal dari Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
Bertugas sebaagai seorang guru.
Perjuangannya bermula pada awal tahun 2009.
Melihat kepada perubahan saudara sepupunya iaitu CDM Rosmah Leonardo dan CDM Siti Rahmah Leonardo, Suriati terus membulatkan tekad untuk turut sama berkecimpung dalam perniagaan hebat ini.
Banyak halangan dan cabaran yang dilaluinya,
tetapi itu semua semakin menguatkan semangatnya untuk berjaya.
Syukurlah, sokongan keluarga dan rakan2 dalam AT 181 telah melengkapkan cita-citanya untuk merealisasikan impiannya.
Telah berjaya melancong ke Beijing termasuk mengerjakan umrah secara percuma. Sudah memandu kereta mewah idaman ramai Prado.
Tahniah CDM Suriati!!!
Teruslah berjuang. Jangan takut dengan cabaran, jangan gentar dengan kesusahan, jangan tewas dengan kata nesta orang.

Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.



CDM Abd Manaf Hj. Hassan
Dikenali juga sebagai Paksu.
Belajar sehingga SPM, Sebelum ini sehingga kini, Paksu bekerja sebagai pesawah padi di Kedah dan Perlis.
Paksu telah bersama AT 181 sejak 16 Mac 2009. Setahun tujuh bulan kemudian, beliau layak digelar Crown Diamond Manager.
Cdm Paksu telah melancong Beijing, Switzerland dan German. Beliau juga telah layak merasai kemanisan ibadah umrah secara percuma pada 2009 yang lalu.
Matlamat CDM Paksu ialah untuk melahirkan seberapa ramai pemimpin berpangkat CDM di dalam networknya bersama AT 181. Katanya bimbingan Taipanlah yang menyebabkan dia menjadi seperti hari ini. Tahniah Paksu. Jika Paksu boleh, anda juga pasti boleh!

Jika anda berusaha dan menemui jalan buntu,
maka anda haruslah menggunakan cara lain untuk mengtasi masalah dan mengecapi kejayaan.
Tertumbuk biduk dikelokkan,
tertumbuk kata difikiri.

TAHNIAH CDM PAKSU!!!
CDM Haison bergaya bersama hasil kejayaannya.

CDM Haison Jahudin. Berasal dari Kota Kinabalu Sabah.
Beliau merupakan seorang Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah.
Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan.
Beliau hanya mengambil masa selama lapan bulan untuk melayakkan dirinya bergelar
CROWN DIAMOND MANAGER HAISON.

Lakukan apa yang anda mampu,
dengan apa yang anda miliki
walau di mana pun jua anda berada.
Tahniah CDM Haison!!!
CDM Hasnah Dualis
Merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa sebelum terlibat dengan Akademi Taipan 181.
Tidak memiliki pendidikan tinggi. Kehidupannya dahulu tidak lain hanyalah suami, anak2 dan rumahtangganya sahaja.
Sungguh pun demikian, seperti orang lain yang mempunyai impian dan harapan, CDM Hasnah juga mempunyai impian untuk mengubah kehidupan.
Syukurlah, impiannya terlaksana melalui AT 181.

Beliau sudah pun merasa pendapatan lima angka sebulan, sudah juga melancong keluar negara termasuk Beijing dan mengerjakan umrah.

Tahniah CDM Hasnah!!!
"Lakukan yang terbaik pada ketika ini dan anda
akan meletakkan diri anda pada kedudukan yang terbaik pada ketika berikutnya."



CDM Hjh Masni Ali,berasal dari Sabah. Sudah bersama kumpulan ini sejak Jun 2005. Berpendidikan sehingga SPM  dan merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa.
Beliau pernah berehat seketika dalam perniagaan ini ketika sudah berpangkat DSM.
Tetapi kemahuan untuk berjaya sentiasa ada. CDM Hj. Masni kembali aktif apabila rakan kongsi di bawahnya naik sebagai CDM iaitu CDM Jurinah Nasir.
CDM Hjh. Masni telah memandu Prado King. Telah juga layak melancong ke Perth, Tokyo dan mengerjakan umrah secara percuma.
TAHNIAH CDM HJH MASNI!!!

"Apa yang membezakan orang yang berbakat
dengan orang yang berjaya ialah
usaha yang gigih.

CDM Wan Iskandar Hj Wan Taha
Berasal dari Ipoh Perak.
Berkerjaya sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi.
Berpendidikan  Sarjana Pengurusan Perniagaan UM.
Cdm Wan Iskandar teruja untuk bergerak aktif bersama AT 181 apabila kehidupan adiknya CDM Wan Norhanim begitu berubah selepas setahun sahaja bersama akademi ini.
Setahun tujuh bulan kemudian, beliau dinobatkan sebagai Crown Diamond Manager dan sekarang sudahpun memandu BMW 5Series.
Bersama AT 181, beliau dan isteri telah melancong ke Sydney, Tokyo, Switzerland dan Germany.
CDM Wan Iskandar bersama isteri dengan simbol kejayaannya.
Tahniah CDM Wan Iskandar!!!
Hendak belajar berenang dapatkan itik,
Hendak n\belajar memanjat dapatkan tupai,
Hendak belajar terbang dapatkan helang.

TAHNIAH CDM HAMAKA!!!

CDM Mejar Hamaka Yusoff (Bersara)
Sebelum ini seorang Pegawai Tentera.
Berpendidikan Diploma Pemasaran UNISZA.
CDM Hamaka kini sudah sepenuh masa bersama Akademi Taipan 181.
Sudahmemandu Toyota Estima impiannya. Hari ini CDM Hamaka akan terus berusaha untuk melahirkan pemimpin2 CDM di dalam networknya.

CDM Hamaka melalui perjalanan yang agak panjang bersama kumpulan ini.
Bagaimanapun, beliau mula bergerak aktif pada 2007 apabila melihat kehidupan mentornya CDM Kartini yang cukup berubah dan menikmati kebebasan luar biasa.
CDM Hamaka banyaak membina networknya di Melaka tempatnya bertugas.
Benar bagai bidalan orang tua2
"Sehari selembar benang, lama2 menjadi kain".


CDM Mariam Yaakob

CDM Mariam Yaakob, berasal dari Alor Star Kedah.
Berpendidikan sehingga SPM sahaja.
Sebelum ini merupakan seorang suri rumahtangga sepenuh masa.
Sehariannya hanya mengharapkan pemberian suami.
Tetapi warna hidupnya yang suram bertukar apabila beliau berjumpa peluang hebat ini melalui uplinenya CDM Hasmidar Ahmad.

CDM Mariam banyak menfokus networknya di utara. Kemahuannya untuk mengubah kehidupab begitu kuat sekali. Impiannya untuk berjaya menjadikan segala halangan menjadi kecil bagi suri rumah hebat ini.
Pendapatan lima aangka sebulan telah dinikmatinya.

Setahun dua bulan selepas bersama kumpulan ini, beliau berjaya mengangkat dirinya daripada orang biasa sebagai
Crown Diamond Manager Mariam Yaakob.
Sudah berjaya memiliki Honda Accord baru KCK 181.
Lebih membuatkannya teruja apabila  CDM Mariam Yaakob telahpun berjaya melancong ke beberapa destinasi impian termasuk Korea, Paris, Sydney, Tokyo, Beijing dan akan mengerjakan umrah pada bulan Mac 2011 nanti.

Ular dipukul jangan mati
kayu pemukul jangan patah
tanah dipalu jangan lembang
Apabila anda melakukan sesuatu perniagaan atau pekerjaan,
lakukanlah dengan bijak, cermat dan berhati-hati.
Pasti anda akan memperolehi kejayaan.
TAHNIAH CDM MARIAM!!!

CDM Rogayah Jusoh
Bertugas sebagai seorang guru di Sek. Keb Gual Sitok,
Rantau Panjang Kelantan.
Seorang guru lepasan Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Trengganu.

Bersama Akademi Taipan Januari 2008 apabila diperkenalkan oleh uplinenya yang juga bertugas di tempat yang sama iaitu CDM Wan Suriani Wan Ahmad.
Cita-citanya untuk memberikan keselesaan kepada keluarga terlaksana melalui akademi ini. Lapan bulan setelah berusaha dengan gigih, CDM Rogayah telah berjaya memandu Toyota Estima untuk kegunaan keluarga.
Beliau juga telah berjaya melayakkan diri melancong ke Beijing, Tokyo dan mengerjakan umrah secara percuma. 181 sejak


Tahniah CDM Rogayah!!!

Di dalam diri anda terkumpul semua sumber kekuatan.
Tidak ada sebab kenapa anda tidak boleh menjadi lebih hebat
daripada rakan-rakan anda yang telah berjaya
kerana anda sememangnya mempunyai cukup
 kekuatan untuk mengalahkan mereka.


Kisah kejayaan CDM Maidah Malin dari Sabah tidak kurang menarik untuk disoroti.
Beliau hanya berpendidikan SPM.
Tiada pekerjaan, tak tahu memandu kereta apa lagi memiliki  lesen memandu. Beliau juga belum berumahtangga.
Sebelum bersama Akademi Taipan 181, CDM Maidah seorang kaki MLM. Itulah mata pencariannya.
Pelbagai syarikat MLM yang dicubanya. Tiada yang benar2 memberikan hasil lumayan yang mampu mengubah hidupnya dan keluarga.
Tetapi hebatnya AT 181.
Tertarik dengan bimbingan yang diberikan AT 181, beliau mencuba dan masuk pada awal  2009 dan lapan bulan kemudian terus dinobatkan sebagai CDM.
Beliau telah melancong ke Tokyo, Beijing serta telah mengerjakan umrah secara percuma. Juga layak ke Perth Australia pada Mac 2011 nanti.

Kini Toyota Harrier menjadi milik CDM Maidah.
Masih belum tahu memandu. Untuk berpergian ke mana2, adiknya yang menemani.
Kata CDM Maidah "Tiada alasan untuk berjaya"
"Tiada pekerjaan, tak tahu memandu dan tiada pasangan hidup
bukan alasan jika kita mahu berjaya."
Kejarlah impian anda walaupun dalam keadaan penuh kesukaran,
dan tukarlah kesukaran dan kelemahan menjadi peluang
untuk mengangkat diri anda sendiri ke mercu paling tinggi
dalam hidup anda"
"Hanya kita yang mampu melakukannya".
Tahniah CDM Maidah!!!

Terdapat beberapa orang lagi graduan hebat yang telah dinobatkan sebagai Crown Diamond Manager
dan akan naik ke pentas hari ini. Tetapi kisah mereka tidak dapat dipaparkan di ruangan ini.
Antaranya ialah

* CDM Mastura
* CDM Rosliah Tamin
* CDM Hjh Rohayah Abd. Hamid
* CDM Juainah A/P Ngaoi

Akademi Taipan 181
ingin mengucapkan
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Graduan-graduan Yang Akan Menerima Penganugerahan dan Pengiktirafan Pada Hari Yang Bersejarah Ini.
Dulu Anda Mungkin Hanya Bertepuk Tangan
Menyaksikan Kehebatan Dan Kejayaan Orang Lain,
Tetapi Pada Hari Ini
Kejayaan Itu Dinobatkan kepada Anda.
Tahniah Anda Telah melakukannya!!!
Tahniah Anda Seorang Juara!!!
Dan Juara Pasti Akan Melahirkan Juara-Juara
Yang Lain Pula....
Salam Kejayaan!!!

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.