Monday, December 27, 2010

Tuah Masuk Asrama...Ha Ha Ha

"Aisyah, kak Irah, Kak aimi dan abah ke Singapore tau...bercuti.Empat hari je ke sana.
Khamis nanti balik lah.
Tuah tak boleh ikut sebab tak ada pasport.
Tapi Tuah kena masuk asrama ya!. Janganlah sedih, nanti Aisyah beli mainan kat Singapore untuk Tuah ya"
Pesan Aisyah kepada Tuah.
Lucunya melihat gelagat Aisyah dengan Tuah.
"Bestnya dia orang gi holiday ke Singapore. Kat Universal studio tu macam2 boleh main kan! Tapi nak buat macam mana, aku mana boleh ikut" Tak apalah, biarlah aku masuk asrama empat hari ni. Aisyah janji nak beli mainan untuk aku nanti. Baik betul dia orang ni. Aku suka tinggal di sini".
Agaknya itu keluhan Tuah....jika dia boleh berkata2.
          Ha??  Tuah masuk asrama? Buat apa? Kenapa? Asrama apa? Ada ke? Kat mana?

          Kami sekeluarga akan holiday ke Singapore hari ni, bertolak pagi ni...empat hari ke sana. Bawa anak2 ke Universal Studio, safari dan shoping2 di kota Singa tu. Homsatun pun bercuti juga. Mana nak letak Tuah. Takkan nak bawa dia ke Singapore sekali. Dia tak ada pasport.

          Kami bertanya CDM Khazir. Dia kata kena hantar ke asramalah jika nak balik kampung atau berjalan2 jauh. Ooooooo....macam tu. Ha ha ha...tergelak besar Dzul, Aimi, Irah dan Aisyah bila Dzul bagi tau, Tuah kena masuk asrama sepanjang kami bercuti ke Singapore.

          Kat mana asramanya? Ada kat Puchong Jaya. Sehari kena bayar RM20 untuk kos penjagaannya. Siap kena hantar makanan dan ubatnya sekali. Alamak...nasib baik tak payah hantar pempers. Ha ha ha...berdekah2 lagi anak2 ketawa bila menghantar Tuah ke asramanya pagi tadi. "Bye bye Tuah, see you again". Kata Aisyah lagi sambil melambai2 Tuah.
         Salam, insyaallah kita jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.