Monday, December 13, 2010

Si Tuah Kesayangan Keluarga

Lepas dibuka sangkarnya Tuah segera akan masuk ke rumah, Tuah suka berbaring di ruang tamu.
Tuah akan mencari ruang yang sejuk, berangin, berkipas atau yang aircond.
Di mana juapun Tuah berbaring, Aisyah pasti akan memasang kipas dan menghalakannya ke arah Tuah.
Kat akupun anak tak buat macam tu.
Sayang betul anak2ku pada Tuah.

Tuah sedang minum air yang berkhasiat dari jenama Bio Aura. Tiga kali sehari Tuah minum.
Tapi kencingnya juga berjadual hanya dua kali sehari. Bagusnya Tuah, dia hanya kencing dan berak di atas pasir yang disediakan khas untuknya.
Jika tak ada pasirnyaq, Tuah tak akan membuang najisnya. Dia rela bersabar.
Pernah suatu hari pasirnya habis, dengan sabar dia menunggu Dzul pergi membelinya. Sampai saja dan dimasukkan pasir itu dalam bekasnya, baru dia melepaskan hajatnya.
Lucunya si Tuah. Itulah gelagat si Tuah. Semua perbuatannya menghiburkan hati sekeluarga.
Irah paling rajin mendukong Tuah. Tuah tidak suka didukong lama. Dia mahu dilepaskan tapi Irah tak mahu meletakkannya.
Didukong dan dicium macam mencium adik sendiri.
Bila Tuah menggelupur minta dilepaskan, Irah akan melepaskan seketika, kemudian diambil didukongnya kembali.
Tuah kadang2 rimas dengan Irah tapi dia suka pada Irah. Tuah akan menjilat kaki Irah, membalas cakap Irah, menggeselkan badannya pada Irah, bermain dengan Irah.
Hari ini Irah dan Aisyah tiada di rumah kerana menghadiri Program AMPAC di Bangi. Tuah benar2 kesunyian hari ni. Tak kedengaran suara mengiaw2 Tuah.
Dia berbaring depan sliding door menanti kakak2nya pulang.
Didukong Papanya...inilah sebahagian kerja yang Dzul buat setiap hari sekarang sejak Tuah ada di rumah kami.
Mengasuh Tuah macam mengasuh anak sendiri.
Selepas kembali ke rumah daripada urusan bisness atau balik dari masjid,
atau selepas dia membaca, Dzul sanggup duduk berjam2 dengan Tuah.
Dari dulu Dzul memang tak suka keluar rumah kalau tak ada urusan. Kawan2nya hanya dengan orang Taipan. Dia suka memerap di rumah sahaja.
Jika keluarpun mesti dengan upline je. He he he....
Apa lagi...Bila Tuah hadir lagi excited Dzul nak cepat2 balik ke rumah.
Rindu dengan Tuah katanya. Dia rela melayan apa saja kareneh Si Tuah..Alahai Si Tuah.
Di atas sofa ini selalunya Dzul melayan Tuah bermain. Pelapik khas disediakan untuk Tuah.
Bukan apa, aku bimbang bulunya gugur merata2.
Bila dia masuk sangkarnya, pelapik itu akan disidai di bahagian belakang rumah.
Tuah pun semacam faham, jika pelapik itu diletakkan, dia akan naik dan terus berbaring di atas pelapik itu.
Cerdiknya dia...kata Aisyah.
Tuah sedang bersantai sambil merenung masa depannya....Agaknya Tuah berbisik dalam hatinya
"Sampai bila aku akan berada di dalam sangkar emas ni.
Memanglah papa, kak Aimi, Kak Irah, Kak Aisyah dan Kak Hom sayangkan aku,
tapi aku mahukan kehidupan yang merdeka".
Pernah aku bersuara pada anak2 menyatakan kesianku kepada Tuah kerana tidak menikmati kebebasan hidup dan mencadangkan supaya  Tuah dilepaskan,
"Tak boleh, jangan lepaskan Tuah". Kata Aisyah.

Mama, nanti Tuah diambil orang jika kita lepaskan dia".
Kata Irah pula.

"Mesti Tuah mati selepas tu, dia bukannya makan nasi dengan ikan macam kucing lain. Mana boleh lepaskan. dia tak boleh hidup di luar sana".
Kata Dzul pula.
Ada waktunya Tuah kepenatan kerana bermain dengan papa dan kakak2nya,
Tuah sampai terlena kepenatan  di atas sofa. Aku menyatakan rasa tidak suka bila Tuah tidur di atas sofa ruang tamu kedua rumah kami,
seperti dijangka, anak2 bersuara membela si Tuah.
"Biarlah mama, bukan lamapun. Sekejap lagi dia bangun". Kata Irah

"Tak apalah mama, bukan rosakpun sofa mama tu". Aisyah pula membela adik kesayangannya.

"Tuah pun nak merasa juga sofa yang mahal. Bukan kita je nak selesa, binatang pun sama ada kemahuan seperti kita". Dzul pul bersuara.

"Ya lah.  Tuah memang bertuah, semua sayangkan dia."
Detik hatiku tak dapat menafikan kasih sayang keluarga kepada Tuah.
Tengok gelagat si Tuah,
ada waktuya tidur menelentang macam manusia.
Kadang2 memang melucukan.
Membuatkan kami sekeluarga tertawa dengan tingkah lakuya.

Ramai yang terkejut waktu kali pertama melihat si Tuah.
Badannya sangat besar.
Tuah tinggi. Saiznya sebesar anak haarimau.
Ramai juga tetamu yang datang ke rumah takut melihat Tuah kerana saiznya.
Beratnya 8.5 kilogram.
Doktor kata kena jaga dietnya nanti dia bertambah gemuk.
Sebab itu makannya disukat dan dietnya dijaga.
Makanannya Frieskies.
Harganya RM14 untuk satu kilogram.
Makannya mengikut masa yang ditetapkan. Bukan sembarangan.
Lihatlah gelagat Tuah. Gambar diambil ketika dia bermain dengan kakak2nya.
Beginilah setiap hari.
Ada sekali Tuah keluar ikut tingkap rumah, agaknya nak mencari girl friend. Bertempiaran semua termasuk Hom dan Dzul keluar mengejar Tuah sekeliling rumah takut hilang.
Tapi Tuah berhati lembut. Melihat keluarga bersungguh2 mencarinya, dia keluar dari tempat persembunyian dan menyerah diri minta dibawa pulang.
Dia pernah hilang sekali, rupa2nya anak Cina jiran kami mengambilnya.
Dia menyerahkan kembali apabila mengetahui Tuah milik kami.
"Nasib baik Tuah dijumpai semula," Kata Irah
Selepas kejadian itu,, anak2 lebih berhati2 dengan Tuah.
Bimbang dia keluar lagi.
Tuah sering membersihkan mukanya dengan air bio aura.
Lihatlah apa yang Tuah lakukan.
Tuah sangat pembersih.
Tempat sangkarnya langsung tidak berbau hancing kucing seperti kebanyakan kucing lain.
Rumah kami langsung tiada bau kucing seperti rumah orang lain yang membela kucing. Barang kali juga kerana Homsatun(pembantu rumah) yang juga menyukai kucing.
Setiap pagi, seawal jam tujuh pagi Hom akan membersihkan pasir Tuah.
Menggantikannya dengan pasir baru.
Hom juga akan membasuh sangkarnya tiga hari sekali. Bukan setakat disirami air, tetapi juga disabun, diberus dan disental supaya benar2 bersih.
Beruntungnya mendapat pembantu rumah yang sangat baik dan rajin.
Sangat ikhlas melaksanakan semua tugasnya.
Anak2 sangat menyayangi Kak Hom.
Tuah juga sangat sayang pada Hom.
Kaki Hom akan dijilatnya setelah Hom membersihkan sangkarnya.
Sebelum Tuah hadir, Aisyah selalu bersuara minta kami mengambil seorang bayi sebagai anak kami sendiri.
Aku berusaha juga nak mencari anak angkat sebagai anak sendiri tetapi belum ada rezeki. Ada yang berjanji nak menyerahkan padaku ketika dia mengandung, tetapi setelah dilahirkan, bayi tidak mahu diberikan seperti yang dijanjikan.

Tetapi sejak Tuah ada,
Aisyah tidak lagi memintaku mencari adik baru.
Barangkali kesunyiannya sudah terisi dengan kehadiran Tuah.
Maklumlah dia anak bongsu. Jarak dengan Irah yang agak jauh, iaitu lima tahun menyebabkan Aisyah tidak ada kawan sepermainan.
Irah sudah melangkah ke alam remaja, Aisyah masih lagi kanak2.
Itu yang menyebabkan dia sunyi.
Tetapi Tuah benar2 menyebabkan Aisyah happy dan seronok.
Setiap hari dia bermain dengan Tuah. Cuma Tuah tidak didukong kerana Tuah berat.
Jika Aisyah kembali ke rumah setelah berpergian ke mana2,
pasti nama Tuah yang dipanggil dahulu.
Tuah segera menjawab panggilan Aisyah.
Menjengok Tuah disangkarnya dahulu sebelum masuk ke rumah.
Jika dia bermalam di rumah Nina sepupunya sehari dua, Aisyah pasti akan menelefon abah untuk bertanya tentang Tuah.

Begitulah cerita Tuah. Dia benar2 menjadi kesayangan keluarga kami. Walaupun aku tidak menyukai kucing, tetapi secara perlahan2 aku juga semakin mengasihinya. Walaupun aku tidak pernah menyentuh Tuah, tetapi suaraku setiap hari anak2 dengar, '"Mana Tuah?".
Pesananku pada Hom setiap kali nak keluar rumah mengingatkan Hom tentang keperluan Tuah menyebabkan anak2 gembira.
Kata Irah "Wah bagus kan, mama pun dah sukan Tuah."

Kata Dzul pula
"Tengok mama dah asyik sebuat nama Tuah je. Haa kan dah kata, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal baru tahu".
  Moga Tuah benar2 mengikat kasih sayang kami sekeluarga.
Salam kebahagiaan. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.