Tuesday, December 14, 2010

NDS MELAKA


New Distributors Seminar (NDS)
Dewan Kristal Bangunan Perkeso
Ayer Keroh Melaka
11 Disember 2011
9 Pagi Hingga 5 Petang


Ne

Jam 7.30 pagi dah ada peserta yang sampai di dewan ini untuk berseminar. Semangatnya. Ini kali kedua AT 181 menganjurkan program seminar di sini.
Dewannya besar, selesa dan lengkap. Lain kali pun boleh buat di sini je.
Beberapa keping bunner digantung di bahagian depan dewan.
Juga terdapat bunting CDM Khazir Husin.
Hari ini CDM Khazir akan membuat slot produk bio aura.

CDM Hj. Hirzan Bazli atau Hj Cha menyampaikan kata2 aluan.
Di belakang beliau, digantung bunting kejayaannya diraikan sebagai CDM pada Majlis Anugerah CDM 4 Disember lalu. Tahniah CDM Hj. Cha.
Dulunya penggoreng cha kuew teow tetapi dengan AT 181segalanya berubah.
Dah tiada imejnya sebagai penjual cha kuew teow.
Yang kelihatan ialah imej sebagai seorang usahawan hebat.
DDM Rozita Johari, MC hebat AT181 yang semakin bersinar bintangnya hasil garapan akademi ini.
Dulunya seorang kerani di MPSJ, sudahpun sepenuh masa bersama AT 181 mengikut jejak kawan2nya yang sama2 berjaya dalam AT 181.
Empat orang graduan CDM yang lahir dalam akademi ini berasal sebagai staf di MPSJ iaitu CDM Aidil, CDM Khazir, CDM Syed Huzair dan CDM Shahrina.
DDM Rozita ialah calon kelimanya.
Tahniah MPSJ kerana kehebatan stafnya.
DDM Norkamisah dan DSM Rahim, gandingan suami isteri yang semakin mantap dari Melaka.
Setiap minggu turun ke KL untuk mencari ilmu dan mengutip semangat dari leader2 hebat. Tiada alasan untuk berjaya.
Yang lain pasti akan berkata jauhnya Melaka ke KL. Tetapi bagi yang mahu, jauh atau dekat hanyalah jarak.
Mereka adalah calon terdekat dari Melaka yang akan muncul sebagai CDM.
"Dulunya saya hanya seorang kerani bergaji RM900.
Suami kerja pasang kabel.
Syukurlah, dengan AT 181 kehidupan kami sekeluarga sangat berubah."
Perniagaan Di Dalam Islam...Tajuk yang disampaikan oleh DDM Ustaz Yusni.
Seorang lagi bintang yang berjaya diketengahkan oleh akademi ini.
Alhamdulillah, keluarkan potensi anda.
DDM Ustaz Yusni kali pertama diberikan slotnya dalam seminar anjuran AT 181. Wah..tahniah Yus, banyak ilmu, padat dan ada humor juga.
Teruslah berusaha membina network anda. AT 181 menanti kemunculan Yus sebagai CDM tahun 2011.
Tambah kapsyen
Peserta khusyuk mendengar slot yang disampaikan oleh CDM.
Merekalah yang akan menggempur AT di bahagian selatan ini. Selepas ini Melaka akan menjadi Koridor centre untuk selatan.
Ayuh orang Johor, Negeri Pahang, Orang Seremban dan Orang2 Melaka, buat habis2an.
Turun ke Melaka untuk sama2 kecoh hebohkan Bisnes Talk Melaka pada setiap Ahad jam 3 petang.
CDM Hamaka Yusof pun ada bersama rakan kongsinya. Tahniah CDM, dah pun bersara sebagai mejer.
Gunakan strategi perang dan pengalaman sebagai mejer untuk membina network anda yang lebih hebat selepas ini. Strategi risikan dan gempur serang hendap boleh digunakan.
Kamipun nak belajar strategi itu.
Slot bersama CDM Kartini menggegarkan semangat peserta.
Hong Kong! Hong Kong! Hong Kong!
Buat buat buat jangan berhenti.
Nak kaya ke tak nak??? Buatlah betul2. Ini bukan bisnes main2.
Boleh ubah nasib tujuh keturunan keluarga anda.
Peserta bersorak2an kerana bersemangat. Hebat CDM Kartini.


Mahu berjaya tiada alasan.
DSM Ani hadir setiap  minggu ke KL untuk mengutip ilmu.
Datang juga seminar kali ini walaupun ada anak kecil.
Yang tak ada bayi,mereka memberikan bagi alasan lain..kendurila, anak demamla, suami tak bagila, sakit perutla, cirit biritla dan bla bla bla...
Tahniah Ani...teruja melihat Ani dengan semangatnya yang tak pernah luntur.
Hebat sangat produk Bio Aura sebagaimana yang didemokan oleh CDM Khazir,
namanya semakin bersinar sebagai CDM Produk. Macam2 produk yang boleh ditunjukkannya. Tahniah CDM.



CDM Aidil, mengelolakan muzik dan teknikal. Tahniah CDM kerana bekerja keras untuk menjayakan NDS Melaka.
Slot CDM Jalilah tak kurang hebatnya....
Roadmap To Success...Terbentang luas jalan untuk kejayaan bersama AT 181. Buat dan terus menempa kejayaan dalam AT 181.
Dan sebahagian besar daripada peserta yang menghadiri NDS Melaka adalah daripada networknya.
Tahniah CDM.

 Buku program untuk NDS...Cantik dan murah harganya



DSM Basri bersama rakan kongsinya, datang dari Kota Tinggi Johor.
Dengarnya dah dapat bertukar ke Kelantan pulak!
Baru je nak boom kat Johor, bertukar la pulak hero Johor ni.


 Peserta sedang menjamu selera. Makan tengah hari disediakan oleh Jeff Catering. Sedap boleh tahan tapi kuah asam pedasnya tak cukuplah...

DDM Norkamisah dan DDM Rozita melihat buku2 yang dijual.
Belilah, semua warga Taipan kena tambahkan ilmu. Seminggu mesti habiskan sebuah buku.



 Kejayaan CDM yang dianugerahkan pada Majlis Ulang Tahun ke 18 keluar dalam Berita Harian 11 Dis 2010.

Flyers Bio Zone Food purifier turut dijual.

Tajuknya pun dah menarik....
Dunia Ini Penuh Wang.
Buku yang patut dibaca oleh semua warganya.



Hendak Susah Atau Senang....sebuah buku yang patut dibaca yang ditulis oleh Razzi ArMansur.
Semua orang nak senang, siapa yang mahukan kesusahan.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.