Friday, April 8, 2011

CDM YAN DAN DDM NIZAM




CDM Julianah Munaf
Dikenali juga sebagai CDM Yan
Berasal dari Sabak Bernam Selangor
Sebelum ini bekerja sebagai seorang kerani kilang.
Menyertai Hai O sejak tahun 2003.
Pada peringkat awal hanyalah ingin mencuba produk Premium Beautiful, kemudiannya mencuba
untuk menjadikannya sebagai sambilan.
Bermula sebagai jurujual, Yan kemudiannya berkongsi kehebatan produk Premium Beautiful
dengan kawan2 dan melebar luaskannya kepada sesiapa sahaja wanita lain.
Tetapi ternyata perniagaan ini sangat hebat sehingga CDM Yan mampu memiliki kereta idamannya
Toyota Altis pada tahun 2004.
Dari situ Yan mengorak langkah yang lebih berani apabila beliau meninggalkan kerja lamanya
sebagai kerani kilang
dan berkecimpung sepenuh masa sebagai usahawan Hai O.

Yan dinobatkan sebagai Crown Diamond Manager pada Januari 2007
dan dianugerahkan pada Disember 2007.
Daripada Toyota Altis, CDM Yan menambah sebuah lagi kereta mewah berjenama mewah
Mercedes Benz E200 WQA 181 pada tahun 2007.
Daripada pangsapuri, CDM Yan membeli sebuah rumah teres berharga lebih RM400 000
di Denai Alam Shah Alam yang menjadi kediaman beliau sekeluarga sehingga sekarang.

CDM Yan telah berjaya melahirkan ramai pemimpin2 berpangkat CDM
yang sangat hebat di dalam networknya.
Antaranya ialah CDM Siti Rozana Rozar, CDM Shahrina, CDM Wan Mahadzi,
CDM Muhammad Razali, CDM Ali Saad, CDM Ahmad Ishak dan CDM Paksu Manaf.
Yang lain ialah CDM Nor Aziizah Othman, CDM Khairul Nizam Hussein dan CDM Mastura.
Malahan ramai lagi pemimpin DDM yang bakal muncul sebagai CDM di dalam network mereka
pada tahun ini.
Sewaktu menjadi model iklan Bio Aura di TV3.

Antara kejayaan paling besar CDM Yan,
selain daripada melahirkan pemimpin2 bertaraf CDM,
ialah apabila berjaya mengubah persepsi suaminya
DDM Khairul Nizam Ishak
yang sebelum ini sangat negatif terhadap  MLM sehingga menjadi begitu positif.
Malahan DDM Nizam atau KUTWO (kah kah kah) kini menjadi antara bakal pemimpin pelapis
yang semakin menyerlah bintangnya
di dalam akademi ini.
DDM Nizam antara bintang yang sering dijemput menjadi pengacara majlis
untuk seminar, bengkel, pengukuhan dan meeting anjuran AT 181.
AT 181 sangat berterima kasih kepada DDM Nizam kerana banyak membantu
penyediaan slaid dan video untuk
program2 besar akademi ini apa lagi dengan kebolehan dan kemahirannyanya kepada IT dan teknikal.
CDM Yan dan DDM Nizam adalah antara pasangan suami isteri
yang menjadi daya penggerak kepada AT 181.
Gandingan suami isteri ini ternyata mampu memberikan momentum yang lebih besar bukan
sahaja kepada network mereka malahan juga kepada AT 181.
Tiada istilah kecewa ada dalam diri pasangan ini.
Sentiasa positif dan semangat yakin boleh sentiasa menjadi kekuatan
untuk mereka terus berjuang.

Dengan pengalaman yang begitu luas, selama lebih 8 tahun di dalam perniagaan ini,
CDM Yan adalah antara CDM yang begitu kental semangat dan daya juangnya.
Beliau telah merasai pahit manis bermula dari kosong.
Tidak gentar akan kegagalan, tidak takut akan cabaran
Putih hitam membina perniagaan ini ditempuhi dengan sabar dan reda.
Apa lagi sejak suami tercinta sama2 mengembelingkan tenaga,
sama2 berganding bahu untuk meredah kejayaan yang lebih besar
bersama AT 181.

Tahniah CDM Yan.
Tahniah DDM Nizam.
Teruslah berusaha.
Besar hati kaya jiwa, meski sebesar mana gelora datang menerpa,
andai kita kekal bersama maka ia menjadi mudah belaka.
Meski seberat mana sekalipun halangan yang datang,
pasti mampu kita harungi jua.
Yang berat sama dipikul
yang ringan sama dijinjing.
Di bahu kita terletak segala harapan dan impian seluruh warga
Akademi Taipan 181
yang menunggu kita datang kepada mereka untuk menghulur tangan
memberi bimbingan mengangkat darjat kemuliaan dan kejayaan bangsa.
Segalanya mampu kita ukir kegemilangan yang lebih besar
dan bermakna bersama
Akademi Taipan 181.

Salam Perjuangan Dedikasi Untuk

CDM YAN DAN DDM NIZAM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.