Wednesday, April 20, 2011

Tidak Ada Senang Datang Dengan Senang


Assalamualaikum warga taipan semua.
Malam tadi selepas Business Preview di USJ 9, seorang wanita Nor namanya datang menghampiriku.

"CDM, boleh tak nak minta sedikit pandangan.
Apa yang saya perlu buat, saya jumpa kawan2 ajak join AT 181 semua tak mahu.
Ada yang dah saya bawa ke meeting, mula2 positif tetapi selepas balik daripada meeting,
dah jadi negatif pulak.
Semua tak mahu join. Susahlah buat business ni".
"Macam mana orang lain buat berjaya dengan senang, saya buat susah sangat.
Saya nak sangat berjaya macam CDM".

Aku bertanya dia semula
" Dah berapa lama bersama AT 181?"

Nor menjawab
" Baru sebulan CDM".

Aku bertanya lagi?
"Dah berapaorang yang pergi jumpa atau bawa ke meeting?
Ada tak dalam 20 orang?"

Katanya lagi memberi jawapan pada ku
" Tak lah sampai seramai tu, saya ingat dalam 6 atau 7 orang adalah,
tetapi kat mana tak kena semua tak mahu.
Ada yang kata kau buat dululah, ada yang tertawakan saya,
ada yang kata dah pakai kereta apa?
Ehss, rasa susah hatilah CDM, rasa nak berenti je.
Tak apalah tak jadi kaya pun."

Jangan lupa pepatah lama orang2 tua juga...

"Jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya?"

"Tidak ada senang datang dengan senang"

"Rajin dan usaha tangga kejayaan"

"Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang".

Itu adalah antara beberapa kata pepatah lama yang menggambarkan tidak ada yang senang untuk berjaya.

Jawapan aku kepada SM Norliza
" Buat je, sebenarnya semua yang Nor lalui telah dilalui oleh semua SM SSM DSM DDM dan CDM.
Nor tidak berseorangan melalui cabaran seperti itu.
Saya dah berjuang hampir 9 tahun dalam perniagaan ini.
Pahit manis, suka duka jatuh bangun, semua dah rasa.
Bukannya hari ini masuk, esok lusa terus kaya dan berjaya."

"Nor cerita apa benda pun susahnya perniagaan ini, itulah jalan2 yang telah kami lalui.
Tanyalah CDM Kartini, CDM kamaruddin,CDM Kuyah, CDM Che Mat, CDM Yan,
CDM  Siti Rohani,CDM Fitri, CDM Hasmidar, CDM Jalilah atau sesiapa sahaja
yang sudah berada di puncak menara, maka itulah jawapannya.Mereka telah merasa
sama seperti yang Nor rasai.
Mereka telah mengharungi apa yang Nor ceritakan itu.
Mereka telah tempuhi apa yang mereka harungi itu.
Bezanya mereka tidak kalah dengan segala cabaran itu.
Mereka terus bertahan dengan ujian itu.
Mereka berani menghadapi kegagalan demi kegagalan sebelum berjumpa dengan
kejayaan dan kemenangan.
Maka sampailah mereka ke puncak menara.

"Nor kena sentiasa datang kelas untuk berjumpa mentor, datang untuk mengambil semangat,
terus buat jangan mengalah ya. Nor baru juumpa 7 atau 8 orang, habis adakah
semua yang saya jumpa sekarang akan masuk sebab saya dah berjaya?"
Tanya aku padanya?

"Tidak juga kan. Ya tak ya jugak."

"Jangan kecewa, terus buat jangan berhenti.
Jika saya kecewa, putus asa dan berhenti buat sembilan tahun dahulu,
tak mungkin saya akan berjaya
seperti hari ini. Tak mungkin saya akan berada di sini lagi Nor dengansaya sama je, tiada apa bezanya.
Cuma Nor orang baru, saya orang lama tetapi bakat dan potensi diri sama je Allah kurniakan."

" CDM, jikalaulah saya pandai bercakap dan mempunyai aura macam CDM,
tentu saya boleh menjadi hebat kan!"
"CDM tolong doakan saya ya, saya mahu berjaya, saya nak ubah nasib hidup dan
keluarga saya."

"Ya insyaallah,nanti kita jumpa lagi ya.
Apa pun tahniah kerana terus berusaha."

Nor nampak lebih lega dan keyakinannya mula datang kembali.

"Terima kasih ya CDM".

Salam tuan2 dan puan2 pembaca budiman, pengunjung setia blog ini.
Hakikat sebenarnya...laluan yang anda alami dengan laluan yang kami harungi adalah sama.

Orang tak mahu tentulah yang paling didengarkan.
Tak apalah orang tak mahu,jika kita mahu maka teruskanlah.
Adakah semua orang tak mahu?
Tak juga sebab ramai yang join dan masuk perniagaan ini. bahkan setiap hari
ada orang yang join business ini.
Teruskan sahaja.

Orang tak percaya dengan kita?
Biarlah yang penting kita percaya kepada diri kita sendiri.

Kita hilang kawan sejak join perniagaan ini?
Jangan risau, di dalam Taipan kita akan mendapat kawan lebih ramai dan jauh lebih baik,
lebih positif, lebih kaya dan lebih segala2nya berbanding kawan2 yang
memulaukan kita kerana business ini.

Setakat orang kata? Tak ada apa yang kurang dengan kata2 orang>
Adat manusia tak puas hati tengok kita berubah atau lebih senang daripada dia.
Jadi dia katalah nak suruh kita mengalah dan tunduk pada kata2 dia.

Yang paling penting ialah diri kita dahulu yang kena kuat, kena positif, kena percaya pada diri sendiri,
kena yakin, kena optimis dan kena sangat rapat dengan mentor2 di dalam AT 181.







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.