Friday, April 8, 2011

Tak Bunuh Diri


Salam Tuan2 dan Puan yang dikasihi sekelelian.
Pernahkah kita melihat kucing mengejar tikus?
Pernahkah kita melihat kucing mengejar cicak utuk dijadikan makanannya?
Tentu pernah kan!

Tetapi pernahkah kita mendengar ada kucing yang membunuh diri kerana kecewa
kerana gagal menangkap tikus untuk menjadi makanannya.
Pernahkah kita melihat kucing masuk ke dapur mengambil pisau lalu menikam dirinya sendiri
lantaran kecewa gagal mendapatkan tikus selepas berpenat lelah mengejarnya?

Tentunya tidak kan!
Kucing tidak pernah kecewa.
Kucing tidak pernah berputus asa.
Kucing tidak pernah mengaku kalah.
Kucing tidak pernah tewas.
Kucing tak pernah menangis atas kegagalannya itu.
Kucing tak pernah meraung kecewa kerana ketidakupayaannya pada hari itu.

Dia pasti akan mencubanya sehingga berjaya.
Dia terus berusaha untuk menangkap mangsa yang seterusnya.
Dia menyusun strategi baru.
Dia memperbaiki rentaknya.
Dia akan memperkuatkan cengkamannya.
Sehingga kucing akan terus mencuba sehingga dia berjaya.

Kita patut melihat dan mengambil  hikmah daripada usaha kucing.
Selamat maju Jaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.