Friday, April 15, 2011

Strategi Bijak Mendapatkan Wang


Salam Jumaat,
Syukurlah masih sihat walafiat di hari Jumaat yang mulia ini.
Aku dalam kereta ketika ini sementara menunggu Dzul menunaikan Solat Jumaat.
Baru berkesempatan menulis untuk hari ini.

Seingat aku, selama 9 tahun merentasi dunia perniagaan ini,  tiga produk utama yang menjadi fokus untuk menjana pendapatan.
Sekian lama sebelum itu, pelbagai perniagaan sama ada MLM
ataupun bukan MLM yang aku telah ceburi.
Daripada kain baju, kasut, tudung, batik, barang emas,makanan, tupperware, pinggan mangkuk,
rempah ratus, alat2 make up, minyak urut.barang hiasan diri dan perabot serta hiasan rumah.
MLM pula pelbagai syarikat dari syarikat A sampai syarikat Z yang aku ceburi.
Pada akhirnya, apa perniagaan pun mesti menjurus kepada mahu menjana keuntungan yang paling besar, paling tinggi dan paling maksima.
Senang cakap, pendapatan yang boleh memberikan kita kekayaan dalam masa yang paling cepat.
Jika ada jenis perniagaan yang paling mudah, paling senang, paling bagus, paling
tak sakit kepala, paling cepat kaya, paling bagus produknya,, maka carilah perniagaan itu.

Ramai yang bagi jawapan kepada MLM.
Tetapi aku dah join 17 syarikat sebelum ini.
Tak kaya pun walau pun aku bekerja siang dan malam.
Keluar petang balik malam. Itu jika hari bekerja.
Keluar pagi balik malam. Itu pula pada hari cuti.
Jual sabun terbaik, jual syampoo untuk lebatkan rambut, jual make up untuk awet muda, jual jamu untuk rapat merapatkan suami isteri, jual pinggan mangkuk untuk buat makan mahupun untuk hiasan di alamari, jual vitamain untuk panjangkan hayat, juaal susu untuk kuruskan yang gemuk, jual periuk yang boleh masak 8 jenis makanan dlm satu masa, jual hiasan rumah dan macam2 jual.
Tetapi tidak kaya2.

Rupa2nya nak kaya dan berjaya, tidak cukup dengan jual produk terhebat sahaja.
Tidak cukup juga dengan join syarikat ternama bertaraf antarabangsa sahaja.
Tidak cukup juga dengan rajin dan kemahuan sahaja.

Apabila join Hai O bersama AT 181, baru aku tahu.
Kita mesti melihat kepada strategi bijak untuk menjana keuntungan berdasarkan
produk yang boleh memberikan PV , BV dan RM yang besar juga.
"BIJAK BIJAK"

Strategi AT 181 fokus kepada menjana untung yang besar, cepat dan berterusan.
Produk pula mestilah fokus kepada 'killer product'.

Inilah yang orang kita mahu.
Tanpa bersusah payah memikirkankan tentang produk kerana produk memang dah hebat
dan boleh dijual pada sesiapa sahaja, pada bila2 masa dan kepada sesiapa sahaja.
Produk memang terhebat dan terbaik.
Di AT 181, fokus produk ialah tiga sahaja iaitu

Premium Beautiful
Bio Aura
Bio Zone Food Purifier


Tetapi bagaimana dengan produk hebat terbaik itu, kita boleh pula mengaut keuntungan dengan cara
yang cepat, besar, berterusan serta sah pula di sisi undang2.
Tak lain tak bukan ialah dengan strategi dan modul perniagaan yang ditunjukkan oleh
AT 181 yang ada sekarang.

Maka fokus utama ialah menjana pendapatan.
Mengaut keuntungan.
Mengambil hak kita berdasarkan usaha yang kita curahkan dalam membina perniagaan ini.

Seingat aku, mula2 join dulu fokus aku hanya kepada produk Premium Beautiful sahaja.
Darimula sehinggalah pertengahan tahun 2006.
Kemudian apabila keluar produk Bio Aura, fokus beralih kepada sistem rawatan air ini
sehingga akhir tahun 2010.
Selepas itu barulah beralih kepada Bio Zone Food Purifier yang baru dikeluarkan oleh syarikat
pada Ogos 2010.
Hanya tiga produk ini sahaja yang AT 181 fokuskan.

Tak salah nak jual maharani ataupun ubat lipas.
Itu semua untuk kegunaan sendiri sahaja ataupun user.
Bukan nak diusung ke sana ke mari untuk dijual. itu jualan langsung tahun 1960 atau 70an.
Sekarang, semua orang sibuk. Nak berniaga apa dengan strategi yang mudah tetapi boleh mendapat untung yang besar dan banyak?
Maka inilah dia modul perniagaan yang telah diusakan oleh Akademi Taipan 181.
Buat sajalah. Usahakan sajalah. Fokus sajalah.
Bina perniagaan yang mudah dan simple tetapi boleh menjana pendpatan  tanpa had kepada sesiapa sahaja.

Selamat berusaha.
Selamat berjuang.
Selamat meneruskan usaha.
Boleh call saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang AT 181.
Faridah 016 2212 181

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.