Monday, April 11, 2011

Merakamkan kenangan 8 tahun dahulu di Shanghai.

Salam Sejahtera.
Gambar di atas merakamkam kenangan ketika kali pertama aku dan Dzul layak
melancong ke Shanghai China pada Januari 2004.
Inilah kali pertama aku memiliki pasport antarabangsa.
Inilah kali pertama menaiki pesawat antarabangsa.
Inilah kali pertama melancong ke luar negara.

Alhamdulillah, dua bulan menyertai perniagaan ini aku layak dua tiket melancong
ke Shanghai.
Berdua sahaja.
Tiada rakan kongsi lain yang aku bawa bersama.
Aku melihat sahaja group orang lain yang ramai ketika itu.
Aku melihat seronoknya membawa rakan kongsi melancong bersama2.
Aku merasa sangat cemburu dengan kejayaan mereka.
Aku merasa sangat kerdil kerana berdua sahaja.

Tetapi pelancongan kali pertama ini menjadi detik baru dalam perjalanan hidup ku dalam perniagaan ini.
Seminar di Shanghai membuka mata dan semangat juang ku.
Ake bernekad bahawa trip pelancongan yang ke seterusnya, aku pasti akan
membawa lebih ramai rakan kongsi bersama2.
Jika orang lain boleh, aku juga pasti boleh.

Dan ternyata, selepas Shanghai, aku terus melayakkan diri dalam setiap trip pelancongan yang ditawarkan
oleh Hai O. Lebih membanggakan,kali ini aku bukan lagi bersendirian
tetapi membawa bersama rakan kongsi ku.

Aku boleh
Aku hebat
Aku pasti berjaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.