Friday, March 25, 2011

Tiada Perniagaan Yang Gagal

Salam kejayaan.
Tetapi kenapa belum berjaya?
Kenapa belum berhasil?
Kenapa belum sukses?

Perniagaan di dalam apa bidang pun memerlukan tekad dan kegigihan yang tinggi untuk berjaya.
Ia tidak semudah menyebut 1 2 3 atau A B C untuk berjaya.
Tidak ada perkara yang mudah untuk berjaya.
Tetapi kejayaan itu tidak mustahil.
Di dunia ini tidak ada perniagaan yang gagal.
Yang gagal selalunya ialah individu atau pun manusia yang tidak berusaha
atau belum cukup usahanya.

Jika kita sudah menceburi perniagaan, maka kita perlu mempunyai keazaman yang
tinggi untuk berjaya.
Teruskan semangat dan kekalkan beristiqamah untuk berusaha
bagi merealisasikan cita2 dan impian kejayaan anda.
Jangan takutkan cabaran kerana cabaran pasti akan anda temui sepanjang
mendaki kejayaan dalam perniagaan.
Sebaliknya bersedialah menghadapi setiap cabaran dengan ilmu yang mantap.
Kebanyakan usahawan kedangkalan ilmu yang merentap kekuatan dan ketahanan diri apabila
berhadapan dengan cabaran dan ujian.
Ini menyebabkan mereka goyah dan tidak mampu bertahan menghadapi gelombang
cabaran yang sangat hebat di dalam dunia perniagaan.

Maka di sini pula anda perlu mempunyai mentor sebagai orang yang mampu
memberikan tunjuk ajar dan bimbingan berterusan kepada anda.
Mentor anda mestilah seorang usahawan dalam perniagaan yang telah anda ceburi yang telah berjaya
dan mampu membuktikan kejayaan dan ketahanannyanya.

Di dalam bidang perniagaan MLM, walaupun kita boleh buat secara sambilan
tetapi kita tidak boleh memandangnya secara sambil lewa.
Perniagaan MLM, walaupun ia suatu perniagaan yang mudah
tetapi kita tidak boleh memandang dan bersikap serba mudah terhadap perniagaan ini.

Jika ia sebuah perniagaan, dan jika kita mahukan kejayaan yang besar dalam perniagaan ini, maka kita perlu bersungguh2, serius, memberikan segala komitmen, berkorban masa,
tenaga dan wang ringgit untuk berjaya, bekerja lapan jam sehari, mencari ilmu dan belajar untuk memantapkan keyakinan diri serta mempunyai imej kendiri yang hebat.
Jika ini dapat anda terapkan ke dalam diri,
pasti anda akan berjaya.

MLM bukanlah suatu perniagaan kecil2an.
Bukan perniagaan main2.
Bukan perniagaan yang sekadar di pinggiran.
Bukan juga perniagaan jalanan yang tak ada class
atau tak ada standard.
Bukan juga perniagaan untuk kelas bawahan.

MLM sebuah industri besar yang diiktiraf di seluruh dunia.
Senario MLM di Malaysia adalah sebuah industri yang sangat teguh dan telah menunjukkan rekod pembangunan yang berterusan sejak 10 tahun terkebelakangan ini.
Pencapaian industri MLM di negara ini terus melonjak naik setiap tahun dengan data dari KPDNKK
sebanyak RM7.5 billion bagi tahun RM2010,
RM8.5 billion bagi tahun 2011 iaitu kenaikan sebanyak 15% dan
RM10 bilion untuk tahun 2012 iaitu anggaran kenaikan sebanyak 15% juga.
(Rujukan majalah Jutawan Feb 2011)
Hebat kan.

Jangan kita memandang sahaja.
Ini suatu peluang yang amat baik untuk kita semua.
Akademi Taipan 181 telah menyediakan suatu platform yang paling sistematik, terbukti dan hebat serta terbukti  untuk memberikan kita ruang mengubah kehidupan.
Jika mahu maju ke depan dan mempunyai pendapatan yang tinggi, berdaya saing dan
mampu menjadi masyarakat yang maju, maka MLM lah jawapannya untuk kita.
Dengen sistem mentoring dan bimbingan yang berterusan, tidak ada sebab untuk kita gagal.
Yang paling penting ialah kemahuan kita untuk berjaya dan dijayakan.

Salam kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.