Sunday, March 27, 2011

Table Talk Selepas BOP Hari Ini

Salam untuk warga Taipan 181.
Salam kejayaan dan kebahagiaan.
Aku tiba di TTC 1, USJ 9 jam 10.15 pagi.
CDM Kuyah dah sampai rupanya. Baguslah pakat2 datang awal.
Busines ini dah jadi periuk nasi aku.
Inilah hidup mati aku sekeluarga.
Inilah hitam putih kehidupan aku sampai ke hujung nyawa.
Selagi Hai O ada di pentas MLM, aku tidak akan berundur.
Dah masuk 9 tahun hidup jatuh bangun dalam perniagaan ini.

Kelas pagi tadi adalah kelas bimbingan untuk yang mahu berjaya.
Diberi secara percuma.
Tak ramai CDM yang hadir.
Yang aku nampak ialah CDM Kuyah, CDM Norzarina, CDM Hanim,
CDM Hanum, CDM Aidawati, CDM Siti Rohani, CDM Shahril,
CDM Wan Iskandar, CDM Syed Huzair, CDM Haryati, CDM Kepten Jai,
CDM Azlina Taib, CDM Zaifrey,CDM Che Mat Akhbar dan CDM Hasmidar.
Tidak dapat dipastikan ke mana pergi yang lain2. Mungkin ada kenduri atau ada demo.

DDM pun tak ramai yang datang.
Yang ada ialah DDM Nahdatul Akmal, DDM Norita, DDM Rozita Johari
dan DDM Ummi.

Apa pun terima kasih kepada yang bertugas untuk B.O.P hari ini iaitu CDM Kuyah bagi peralatan demo, CDM Shahril untuk laptop, DDM Norita menjadi MC,
CDM Azlina Taib untuk kata2 aluan,  CDM Wan Iskandar untuk ice breaking
dan CDM Faridah(he he he aku lah tu) untuk motivasi.
Semoha setiap keikhlasan, komitmen dan kesungguhan kita memberikan momentum berganda untuk semua yang hadir untuk bergerak memajukan diri sendiri.

Selepas B.O.P setiap CDM mengadakan table dengan prospek masing2.
Beberapa sedutan di bawah berjaya dirakamkan untuk anda.

Wah meriahnya CDM Wan Norhanum bersama groupnya.
Semuanya sporting belaka. Bestlah group CDM Hanum ni.
DDM Akmal dah buat table talk sendiri dengan orang baru.
Tahniah, kena cepat2 naik CDM. Makin lewat naik, makin
banyak yang rugi.
CDM Wan Iskandar bersama prospek baru
dan rakan kongsinya.
CDM Hanim sedang berbincang dengan rakan kongsinya.
Tahniah CDM Hanim.
Ada orang ke tak ada orang ke, CDM Hanim sentiasa hadir
ke B.O.P untuk sokongan kepada AT 181.
CDM Norzarina bersama networknya di stokis.
Wah tahniah CDM, ada ramai orang baru hari ini.

DDM Norita sedang menceritakan strategi menjana pendapatan
mengikut acuan AT 181 kepad prospeknya yang hadir.
CDM Shahril sedang berbincang dengan DSM Joni.
Ini pula CDM Aidawati dan geng2nya.
Ramai pulak yang pakai baju merah hari ini.
Nanti dapat baby putih merah...
Tahniah CDM Aidawati.
Ini pula group CDM Syed Huzair.
Lepas ni nak turun ke Melaka lak bantu groupnya di sana.
Tahniah juga untuk CDM Syed Huzair.
Dulu hanya seorang kerani di MPSJ.
Ini pula CDM Azlina. Wah berkobar2 semangat baru ibu
yang baru  habis pantang ini.
Tahniah Lin. Hari ni segerombolan orang baru Lin bawa.
Tabe talk sangat penting selepas B.O.P. Ia menerangkan strategi
dan tunjuk cara untuk menjana pendapatan mengikut acuan AT 181.
Selepas table talk, selalunya prospek akan mengisi borang keahluan dengan RM30.
Prospek boleh memilih untuk memilih dana tabungan mengikut kehendak masing2 untuk memulakan perniagaan sendiri.
selepas itu perniagaan sudah boleh dimulakan.
Datanglah terus belajar ke AT 181 untuk menuntut ilmu, berkongsi, memahami selok belok perniagaan, mendengar pengalaman dan jatuh bangun perniagaan.

salam kejayaan untuk anda semua/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.